Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

24 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku  dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apsal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu..sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat taman tasik taiping... .intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor kriss aku yang dah tak rupa macam kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto..rambut berserabut lar..muka cair lar... kain terselak lar..malu nanti orang tengok lar..tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan.....intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier....baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... .jauh lagi besar dari kete mesedis... .

Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn.  Intan... intan terus mengahaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma je satu yang aku nak bagi nasihat kat korang korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku... jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar

Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...

Sekali imbas nampak lawak tetapi ada mesejnya yang tersendiri. Cubalah fahaminya sendiri...Oklah...

Hari ni seawal jam 8 saya dah berada di Kampung Berjaya untuk ambik Zam. Terus ke Yan dan kira-kira jam 8.40 dah sampai sana. Awal dan laju jugak saya bawak motor. Bestnya keadaan kat sana. Tenang dan damai. Taklah panas sangat, sejuk dan nyaman sahaja rasanya. Kami habiskan masa dengan sarapan di Pekan Yan sebelum meneruskan perjalanan ke Air Terjun Titi Hayun.

Sampai di Titi Hayun tak berapa ada air sangat. Maklumlah musim kering sekarang ni. Tak sama seperti si Sarawak yang banjir dan begitu juga dengan Johor. Kedah/Perlis sekarang musim kemarau! Lepas tu kami buat decision untuk ke Air Terjun Batu Hampar. Sesampainya di sana tengok tak ada orang pun. Air pun tak berapa banyak. Dekat jam 10 kami jumpa satu kawasan yang cukup best untuk mandi.

Sejuknyaaaaa... Hehehe... Mujurlah saya jenis tahan sejuk. Best betul keadaan kat sini. Sambil berendam saya dan Zam bercerita banyak benda. Suasana kat sini memang best untuk tenangkan fikiran. Cukup tenang dan damai. Sebab tu kalau boleh saya nak duduk kat Yan. Tapi masalah jugak...

Kemudian selepas empat jam saya mandi terus kami ke Masjid berhampiran untuk solat Zohor dan seterusnya ke Persisiran Pantai Murni untuk makan tengah hari. Menarik makan tepi pantai sambil memerhati laut. Cukup tenang. Banyak jugak melayan perasaan. Hehehe... Kemudian kira-kira jam 3.15 barulah kami bertolak pulang ke Alor Setar. Cuma tak boleh nak bawak laju sangat sebab angin lintang yang cukup kuat. Kalau naik motor rasa macam ada orang tolak bagi jatuh. Maklumlah kawasan dekat dengan laut sama  tambahan pulak kawasan tanah pamah. Apa lagi, kuatlah angin yang bertiup!

Kemudian saya sampai kat Alor Setar terus hantar Zam sebelum saya masuk kerja kira-kira jam 4.10 petang. Waktu rehat saya balik ke rumah sekejap sebelum saya kembali masuk kerja sampai jam 12 tengah malam. Ingat kot bila balik nak terus lena tapi macam biasalah sampai jam 3 pagi baru nak boleh lelap mata!

WASSALAM...

23 JANUARI 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Hmm... Fresh rasanya pagi ni lepas balik jogging. Kemudian sambung balik tidur. Nikmatnya. Hehehe... Sebelum tu saya buat beberapa bacaan untuk knowledge sebelum kembali sambung tidur. Kemudian Solat Jumaat di Masjid Alor Semela macam biasa. Hari ni khutbah berkisar soal pengorbanan sempena kedatangan hari Raya Qorban 1424H tak berapa lama lagi.

Petang saya masuk kerja macam biasa. Waktu rehat saya sempat ke Pasar malam Taman Nuri. Lama jugak saya kat sana sebab terserempak dengan beberapa kawan lama. Kelam kabut juga saya hari ni sebab ada yang cari. Tapi malangnya saya tak ada di tempat yang dicari. Lepas tu depa complain suruh saya pakai sahaja handset. Hehehe... Maaf hati saya masih belum terbuka untuk memilikinya. Entahlah... Sampaikan ada yang terkejut saya tak pakai handset. Nak buat macam mana saya lebih sukakan privacy. Tengoklah bila keperluan mendesak sangat, saya akan pakai. Manalah tahu esok saya pakai handset. Telefon ada lagi satu kat rumah, beli kad terus boleh pakai tapi buat masa ni tak mau lagilah...

Malam lepas habis kerja sempat saya settlekan beberapa kerja sebelum saya luangkan masa menonton Sin Chan. Last sekali tidur jam 1.30 pagi. Hari ni awal sikit sebab esok nak ke Yan for picnic!

WASSALAM...

22 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.  Jangan sekali Kemaafan yang diminta hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.  Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah lagi Maha Pema’af lagi Maha Kuasa”.   
(An Nisaa’ : 149)

Kita hanya boleh membentuk diri kita sebagai insan yang berfungsi sepenuhnya, Ini tidak bermakna kita tidak mengalami cacat cela. Kerana manusia itu dibekalkan dengan naluri dan sifat ghaflah serta nasigan iaitu lupa dan lalai"

“Dan barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. 
(An Nisaa’ : 110)

“Barang siapa diberi petunjuk Oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang-orang yang merugi”  
(Al-A’Raaf : 178)

Lagi madah dan kata-kata hikmah serta Ayat Al-Quran yang berkaitan dengan sahabat. Marilah sama-sama kita ambil seidikit manfaat, mudah-mudahan kita kan menjadi lebih baik. InsyaAllah...

Oklah masuk kepada diari saya hari ni.

Hari ni leganya tak kena hantar adik ke sekolah sebab sekolah dah mula cuti. Mengantuk pun ada tetapi kena gagahkan diri ke Taman Rimba. Saya kena tetap jogging untuk fitness. Kemudian bila balik sambung tidur. Hehehe... Nikmatnya dunia tidur ni. Malam tadi pun saya sempat tengok pertunjukan bunga api di Taman saya ni sebab ramai yang main Bunga api dan mercun. Tengah malam cerah dengan cahaya di Taman saya ni. Taman saya ni memang majoritinya adalah kaum Cina. Apa lagi waktu tahun baru macam ni. Makin meriahlah dengan bunga api dan mercun.

Kemudian bila saya bangun waktu tengah hari, saya rest sekejap walaupun kepala rasa agak pening. Rasa macam nak tidur lagi tapi saya tahan dulu untuk solat Zohor. Kemudian saya baca sedikit sebanyak bahan bacaan. Kemudian saya sambung tidur sekejap sampai jam 3.15. Lepas mandi baru saya perasan yang ada tetamu. Alamak! Hehehe... Dengan muka baru bangun tidur  dah kena jumpa. Nasib baik Tok Teh dengan family yang mai. Taklah segan sangat.

Tak lama saya dapat berbual sebab saya kena masuk kerja jam 4 petang. Hari cukup sibuk. Entahlah sejak dua menjak ni rasa agak sibuk sikit. Lagi banyak pelanggan bermakna lagi banyaklah kerenaj yang nak kena dilayan. Segalanya memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. Alhamdulillahs aya bukannya jenis yang cepat baran. Kalau jenis yang cepat baran, tak tahulah macam mana. Tetapi kalau kita sentiasa bersabar, Allah akan sentiasa membantu kita percayalah...

Habis waktu kerja dah jam 12.30 malam. Saya sempat singgah makan Char Koteaw di Kedai member saya sebelum saya sampai rumah kira-kira jam 1 pagi. Kemudian apa lagi, updatelah apa yang sepatutnya saya updatekan... Akhirnya tidur kira-kira jam 3 pagi. Hmm... Bilalah nak boleh tidur awal ni?

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah