Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

06 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Cukup pahit Hari ini dalam sejarah. Alhamdulilah tahun ini ia cukup bermakna... Ni pun saya tak mahu ulas panjang. Rahsia peribadi!!!

Oklah...

Hari yang cukup bermakna. Serba menjadi dan cukup saya kenang! Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Pagi saya tiba di pejabat kira-kira jam 6.29 pagi dan selepas settlekan beberapa kerja saya masuk bengkel kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK). Sampai petang dan saya berjaya present dengan jayanya. Alhamdulillah...

Kemudian saya dan Muiz bergegas ke KLIA dengan hanya menaiki motor. Hehehe... Sejam lamanya untuk hantar adik Muiz yang akan study di Universiti Al-Azhar. Selamat berjaya Huda. Kemudian saya terserempak dengan Megat yang terkejut melihat saya mengimamkan solat Maghrib di Surau KLIA. Alahai keciknya dunia. Megat kebetulan baru balik dari Singapore. Megat tolong rahsiakan ya! Hehehe...

Kemudian berdebar menanti keputusan Kedah vs Selangor Public Bank. Alhamdulillah Kedah menang 3-0 untuk layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2004. Hari yang cukup indah dan ternyata berbeza dengan genap setahun lepas. Alhamdulillah...

WASSALAM... 

05 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Tahun lepas, saya ada satu kenangan pahit pada hari ini....  Saya tak mahu ulas panjang sebab siapa yang tahu pasti akan faham.

Oklah...

Saya sampai di pejabat jam 6.38 pagi dan memang kelam kabut saya settlekan kerja HIS. Zaini pulak baru masuk ke PTM. Ingat dia saja melawak. Hehehe... Kemudian waktu petang meeting unit sukan sebelum saya balik dan berjogging di Tasik Permaisuri.

Kemudian saya kembali ke pejabat selepas Solat Maghrib. Setelah siapkan sedikit kerja, Azhar ajak makan malam di Velodrom bersama Khairill, Aisyah dan Watie. Jam 11 baru saya balik dari office.

WASSALAM... 

04 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya ke pejabat jam 6.36 pagi. Kemudian settlekan sedikit kerja sebelum saya mengajar J2EE using Jdeveloper. Alhamdulillah settle dan saya ikut kelas Dr. Taufik sampai petang dan kemudian saya sambung sedikit kerja sebelum berbuka puasa di Velodrom.

Malam saya just rehat melepaskan lelah sambil menonton TV. Lega rasanya buat sektika sebab esok banyak yang nak kena diselesaikan. Penatnya... Jam 11.30 masuk tidur.

WASSALAM... 

03 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Sepohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil.

Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya...

Oklah...

Saya habiskan masa sampai jam 12 tengahari di Office untuk settlekan banyak kerja terutamanya saya kena mengajar esok. Kemudian saya shopping di Carrefour Sri Petaling dan kemudian just berehat di rumah sampai petang.

Petang saya turun jogging dan kemudian rasa sempat tonton Malaysia VS China di Stadium PBKL Cheras. Malaysia tewas 3-0. Kemudian waktu malam saya just prepare banyak benda untuk bahan mengajar esok.

Jam 1 baru masuk tidur.

WASSALAM... 

02 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Seawal jam 5.30 pagi saya dah bersiap dan kami ambil bot jam 7.15 pagi. Sementara tunggu bas, bertemu dengan Encik Ramizi penyelia kami yang juga PRO LADA. Kami (saya, Din dan Zam), sampai di Kuala Kedah kira-kira jam 9.00 pagi dan selepas sarapan kami terus ambil teksi ke Kedai Proton.

Tahniah Zam dah dapat kereta baru! Kami yang rasmi kereta dia. Kemudian saya singgah di rumah sekejap sebelum kami bershopping di Star Parade sekejap.

Jam 12.45 bertolak ke KL tapi bas berhenti selama 45 minit di Penang. Saya target sampai Kljam 6. Tapi 2.45 still kat Penang. Kemudian singgah kat Ipoh pulak! 1 jam 30 kami di Ipoh!!! Bila sampai KL jam pulak! Akhirnya sampai di Pudu raya kira-kira jam 7.45 petang dan sampai rumah kira-kira jam 8.15. Saya kelam kabut Solat dan kemudian bukak TV memaklumkan ada live Kedah vs Public Bank tetapi saya tetap nak ke Bukit Jalil yang tak jauh dari rumah dan Alhamdulillah saya sampai sebelum perlawanan bermula.

Kedah kalah 2-0.Ulasan dalam HKC. Tak apalah. Kemudian saya terus tidur sebab terlalu penat...

WASSALAM... 

01 OKTOBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Pantai Pasir Tengkorak

Dah masuk bulan Oktober rupanya hari ni. Saya dan Zam keluar beli Roti canai dan nasi lemak di Pekan Kuah dan Kampung Kuah. Cuaca hujan renyai-renyai dan kami tetap buat keputusan untuk berkelah di Pantai Pasir Tengkorak. Bestnya dan kemudian kami sambung mandi di Air Terjun Temurun.

Kemudian kami solat Jumaat di Masjid Aisyah. Satu-satunya masjid yang berhawa dingin di Langkawi. Kemudian kami akan tengahari di rumah Pak Njang saya. Thanks Pak Njang dan Mak Njang. Lepas tu kami melawat Tok Hassan dan kemudian kami berehat i rumah sebelum kami keluar shopping di Pekan Kuah.

Malam, kami rancang nak main bowling tetapi full, jadi kami berehat di Awana Porto Malai. Sedih tengok ramai remaja Melayu minum arak di sini. Jam 11 malam kami balik dan Zam terus burn dalam CD gambar dan video kami. Memang penat!!! tapi menyeronokkan...

Air Terjun Temurun

WASSALAM...   

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah