Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

21 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, diantara apa-apa yang tumbuhkan bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.”     
(Ya Sin : 36)

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh kebahagiaan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah:216)

Sedikit madah buat renungan bersama. Ia berkaitan dengan persahabtan. Nilailah diri kita kembali sejauh mana kita menjadi seorang sahabat yang baik dan bukannya sama ada sahabat kita merupakan sahabat yang baik atau tidak...

Oklah...

Bangun dari pagi hari ni badan memang terasa cukup perit dan sakit. Belakang saya cukup sakit akibat aktiviti kecergasan yang lebih dari kebiasaan semalam. Tapi saya kena hantar jugak adik ke sekolah. Lepas hantar ingat nak tidur tak jadi sebab kena baca paper dan sarapan. Lepas tu saya tonton CD “Jutawan Fakir” sebelum saya menulis beberapa perkara.

Kemudian saya kena bawak adik ke hospital untuk rawatan lanjut. Tapi adik saya Shaukhi yang banyak settlekan sebab saya terpaksa ke Balai Polis Alor Setar untuk ambil borang Kadet ASP. Senang kerja sebab ramai yang kenal saya. Alhamdulillah. Jadi kerja pun berjalan dengan lancar dan kemudian saya rest sekejap kat kedai untuk surf Internet.

Bila sampai di hospital, saya terjumpa dengan jiran lama saya. Patah kaki dan tangan kanan. Kesiannya. Dah dua bulan dan sekarang dah nampak banyak beransur pulih. Alhamdulillah.

Kemudian lepas pemeriksaan adik saya settle saya beli satu kotak Limau Mandarin untuk family saya. Saya memang kuat makan buah. Memang yang ni manis daripada yang saya makan tempoh hari. Kemudian saya tidur waktu tengah hari sebab rasa cukup mengantuk. Entahlah apa yang ada kat rumah saya ni sebab asyik rasa nak tidur sahaja. Bila keluar rumah tak pulak! May be sebab saya asyik berjaga malam kot. Siang mengantuk. Tapi kalau berjaga malam ada sebab tak apa dan berfaedah, lebih baik!

Kemudian saya masuk kerja awal sikit sebab member saya ada hal kecemasan. Kemudian saya selepas waktu kerja, saya kembali mengadap komputer. Entahlah dalam sehari masa dihadapan komputer rasanya may be dalam 10 jam. Komputer dah jadi begitu penting dalam hidup saya. Kalau tak ada komputer rasa macam tak lengkap hidup ni tambahan pulak Internet. Saya memang kena surf mencari bahan dan pembacaan. Banyak info yang kita boleh peroleh dan capai.

Sebagai pengguna Internet yang cukup lama online, saya sedar yang ramai surf bukannya untuk tujuan info tetapi lebih kepada keseronokan dan mencari bahan yang tidak elok. Sebenarnya ia terletak kepada iman kita. Kekuatan iman akan memberikan kita kekuatan untuk menepis segala macam dugaan. Sebab tu saya akan paksa diri saya dalam sehari kena baca sekurang-kurangnya satu halaman Al-Quran kerana ia walaupun nampak kecil tetapi ia mampu menjadi benteng kepada kita untuk menepis segala godaan. Begitu juga Solat. Ini lagi penting dan jangan tinggalkan satu waktu pun!

Kemudian saya tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

20 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya tertarik dengan satu isi kandungan email saya. Jadi sebagai pembuka bicara kali ni saya siarkan satu kisah jenaka yang menarik minat saya. Sama-samalah kita hayati bersama...

Di sebuah ladang ternakan ayam... kelihatan seekor ayam jantan yg tua duduk termenung... .masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan tuannya utk membeli ayam jantan yg masih muda... apa tidaknya ..di kawasan yg mempunyai 25 ekor ayam betina itu... hanya dirinya sja yg jantan dan diharapkan untuk memastikan ayam betina yg lain mampu bertelur... sedangkan dirinya sudah semakin tua... .mana la larat kan...

satu hari seekor ayam jantan yg muda mula berada disitu... pastinya dibeli oleh tuannya... si ayam muda begitu angkuh membawa ayam2 betina di hadapan si ayam tua... ayam tua hanya mampu menahan marah... tersenyum sinis... .

dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yg pernah hadir dikawasan itu... namun kerana kepintarannyalah dia berjaya mengusir semua ayam2 jantan yg lain...  

“apa kata kalau kau beri aku 10 ekor ayam betina... kau ambillah lagi 15 ekor,” kata ayam tua...

“mana boleh... kau tu dah tua... bagila can kat aku yg muda ni”, kata ayam muda dengan angkuh...

Lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan diadakan dan pemenangnya berhak mendapat semua ayam betina yg ada... si ayam muda bersetuju...

Pertandingan yg ditetapkan adalah lumba lari 400m... tetapi ayam tua meminta supaya dia dibenarkan berlari dahulu kerana dirinya sudah tua... ayam muda bersetuju... ayam tua mula berlari... nun dihujung sana ayam muda mula mengejar... semakin hampir...

dan tiba2... DUM... tuannya menembak si ayam muda... dengan kesal mulutnya membebel... . AKU X TAU KENAPA SEMUA AYAM JANTAN MUDA YG AKU BELI NI GAY... TAUNYA KEJAR AYAM JANTAN JUGAK... .DAH LA TU... NGAN AYAM TUA PUN DIA LAYAN JUGAK!!!

... ayam tua tersenyum kemenangan... .

Ada mesejnya walaupun lawak! Oklah...

Hari ni dengan keadaan mengantuk saya gagahkan jugak diri untuk menghantar adik ke sekolah. Kemudian saya tak terus jogging sebab hari ni ada badminton. Saya just baca paper lepas tu dan siram pokok bunga di halaman dan sambil tu saya membasahkan tanah di sekitar rumah agar tak nampak terlalu kering.

Kemudian saya macam biasa setiap Selasa, main badminton dengan Boss saya dan Alhamdulillah saya menang straight set 15-11, 15-8. Hehehe... Hasil usaha berterusan di Taman Rimba. Nampaknya lepas ni saya kena gandakan usaha saya untuk tingkatkan lagi pencapaian. Tetapi saya ni memang jenis kaki single. Kalau double memang saya lemah, tetapi kejohanan terakhir yang saya jadi champion UUM ialah Double. Sebelum tu pun ada single tetapi yang terakhir adalah double. Sekarang rasanya saya dah kurang sikit dengan double ni.

Lepas tu seorang Cikgu datang dan minta saya ajar sikit sebanyak anak murid dia minggu depan. Saya pun tak kisah sangat. Alhamdulillah saya dah pernah berguru dengan ramai coach. Ala Indon pun ada dan ala China pun ada. Kemudian saya ke Bangunan Peruda untuk mabil jersi hijaukuning.com yang dicetak nama dan kemudiannya menikmati buah-buahan di Taman Tunku Hosna.

Bila balik tengah hari saya rest dan tidur sekejap sebelum saya berjogging di Taman Rimba. On the way saya hampir-hampir kemalangan di Jalan Langgar. Saya follow sebuah Proton Wira Aeroback tetapi tiba-tiba Proton tu berhenti mengejut! Habis... Saya rasa macam dah tak dapat elak dah pelanggaran tu tetapi saya tetap cuba mengelak dan Alhamdulillah saya berjaya. Kereta tu tak perasan ada lubang dan tiba-tiba dia brek sebab tak mau masuk lubang tu. Manalah saya nak expect dia nak berhenti terus. Alhamdulillah selamat.

Di Taman Rimba jumpak pulak ramai member. Awat ramai pulak kat sini petang ni. Hehehe... Kemudian saya ke Stadium Darulaman untuk beli tiket bola Kedah lawan PDRM malam ni. Adik saya terkejut bila Akmal Rizal melambai tangan kepada saya. Hehehe...Lepas beli tiket terus saya balik dan rest sekejap. Selepas Solat Maghrib terus saya ke kedai dan surf sekejap sebelum saya dengan Men ke Stadium bersama. Bila pakai baju Hijaukuning.com ramai yang tengok dan tertanya-tanya sama ada laman tu wujud ke tak. Nampaknya masih ramai belum tahu kewujudannya. Ramai yang nak beli. Hehehe... Tapi just limited edition. Dalam dunia ni ada just lebih kurang 50 helai sahaja. Hehehe...

Kedah menang 3-1 dengan persembahan yag cukup meyakinkan. Alhamdulillah, InsyaAllah Kedah akan berjaya menjuarai Liga Super tahun ni. Kemudian saya ajak Men buat edisi siasat sat. Hehehe... Adalah... Apa yang saya siasat ni adalah fasa pertengahan lagi. Dah banyak yang dapat saya kumpul. Sekarang bukan masa untuk bertindak lagi. Sekarang fasa untuk mengumpul maklumat dan kemudian barulah mengambil tindakan. Segalanya harus berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. Cuma lepas tu saya gagal mengorek satu source risikan. Tak apalah saya akan jejak satu source lagi. May be Minggu depan. InsyaAllah berjaya. Ada beberapa persoalan yang harus saya fikirkan dan saya harus cari jawapannya disebabkan oleh beberapa peristiwa yang sama ada “kebetulan” atau memang hakikat. Saya kena pastikan dulu.

Saya tak kisah sangat kalau gagal tetapi yang penting ada usaha. Kemudian bila balik kedai ada kes gaduh antara orang tempatan dnegan student asing ni. Hmm... Susah kalau tak faham budaya ni. Sorang tak tau cakap Melayu dan soarang lagi tak tau cakap English. So jadilah macam ni.

Kemudian bila tutup kedai saya balik dan terus lakukan beberapa perkara yang dah menjadi rutin saya waktu tengah malam sebelum saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

19 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Satu ungkapan yang saya dapat dari seorang kawan... “ ANIMALS belong in ZOO While DEVILS belong in HELL. (That’s the order of THIS Nature!)”. Ia adalah reaksinya kepada pembunuhan kejam yang berlaku seperti dalam diari saya hari semalam.

Saya cukup bersetuju dengan kalimah tu. Tetapi usaha di peringkat awal adalah lebih berkesan kerana mencegah adlaah lebih baik dari mengubat tetapi ia memerlukan reformasi dalam banyak aspek sosial di negara kita. Ia melibatkan peranan bersepadu kerajaan. Dalam soal ni saya dengan rasa kesal menyatakan bahawa kerajaan gagal dalam aspek sosial di negara kita. Maaf bunyinya agak keras tetapi itulah hakikatnya. Selagi tiada kawalan yang lebih ketat, perkara yang sama akan berulang dan terus berulang. Dan kita akan kesal dan kesal sepanjang masa. Saya tak mahu ulas lanjut sebab nanti ia banyak melibatkan soal politik dan mungkin ramai yang tak senang dengar. Maaf.

U b a t     i t u    s e l a l u n y a     p a h i t ,     r a c u n     i t u     s e l a l u n y a    m a n i s   ...

Oklah...

Waktu pagi selepas Solat Subuh, saya hantar adik ke sekolah sebelum saya berjogging di Taman Rimba. Hmm... Rasanya dah semakin ok fitness saya. Semakin meningkat. Alhamdulillah. Penting untuk hari esok. Saya kena menang!

Apa pun kemudian saya seperti biasa akan mengikuti latihan pasukan Kedah di Stadium Darulaman. Nampak cukup mantap aksi dalam latihan dan saya ada beberapa soalan yang sempat saya tanya Datuk Shukri di stadium.

Kemudian saya berehat di rumah sambil membaca paper. Mak saya pulak menziarah orang mati dengan adik sorang lagi. Saya pulak memang tak mampu nak pi tengok sebab dah terlalu penat dan mengantuk. Lagi pun adik saya yang patah kaki keseorangan kat rumah. Jadi saya kena tunggu agar kalau ada apa-apa bolehlah saya cover.

Kemudian saya tidur sekejap. Tapi tak berapa selesa sangat sebab hari cukup panas. Musim panas macam sekarang ni saya mandi sampai empat kali sehari! Saya memang banyakkan minum air suam agar badan sentiasa nampak segar.

Kemudian macam biasa masuk kerja dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam. Tengah malam saya balik lewat disebabkan keluar makan dengan Fahmy. Banyak jugak yang dibincangkan. Cuma malam ni kat tempat saya makan penuh dengan kumpulan remaja berskuter melepak dan makan. Dengan lelaki dengan cara berpakaian yang rabak dan perempuan pulak dengan pakaian tak cukup kain. Apa nak jadi? Corak pergaulan bebas yang amat melampau! Saya seumur hidup saya tak pernah dengan sengaja saya sentuh perempuan bukan muhrim saya dengan sengaja. Kalau kanak-kanak dengan bayi adalah, tu pun untuk dukung sahaja. Tetapi remaja hari ni dah semakin bebas. Menakutkan...

Bila balik terus saya buat catatan. Nak tidur  pulak tak boleh terus saya siapkan sijil-sijil saya untuk disahkan sebab hari rabu ni saya nak ambil borang kadet ASP. Sedar-sedar dah jam 4.15 pagi dah. Terus tidur dengan nyenyaknya...

WASSALAM...

18 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Sudah menjadi rutin saya sekarang tidur lewat malam. Selalunya jam 3.30 pagi. Menulis, membaca dan memikirkan beberapa penyelesaian untuk beberapa pihak merupakan salah satu perkara yang sering saya lakukan pada lewat malam. Satu lagi ialah saya nak kan the latest news. Jadi Laman Bernama dan Utusan adalah antara pilihan saya. Laman berita yang lain memang lambat update. Utusan, jam dua pagi dah disiarkan dah.

Cuma hari ni saya terasa sedikit emosional dengan satu kejadian rogol, liwat dan bunuh ke atas murid berusia 10 tahun! Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Semakin mudah dalam runtunan hawa nafsu. Kita sudah semakin jauh dari landasan yang sepatutnya.

Saya sendiri, termenung memikirkannya. Sebab itu saya kadang-kadang rasa cukup sesal kerana Allah telah memberikan saya banyak kenikmatan, kesenangan dan dalam masa yang sama saya seolah gagal melakukan apa yang Allah perintahkan. Saya kembali terfikir akan kefanaan dunia. Bila-bila sahaja kita akan kembali menghadap Allah.

Terus saya capai Al-Quran dan baca dengan hati yang cukup sesal. Air mata mengalir. Tetapi air mata kepuasan dan juga penyesalan. Dalam umur saya ini, saya kena semakin bersedia menghadapi pancaroba kehidupan. Di hadapan ada cabaran yang perlu saya lalui. Saya tak mahu jadi sesat dalam hidup.

Sebab itu saya impikan seseorang yang dapat bersama-sama saya membantu menghadapi arus yang cukup kuat ini. Untungnya saya kini ialah saya ada mak dan abah yang cukup pembimbing. Cuma sebagai seorang yang sulung saya harus mengerti, pergantungan saya kepada mak dan abah haruslah seminimum mungkin. Biarlah adik-adik yang dapat segalanya.

Saya? Bagi saya cukuplah dengan impian saya Ketenangan hati. Alhamdulillah saya kini semakin bersedia untuk kembali menyusun langkah. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan saya “sesuatu” untuk saya kembali bangkit dari lena.

Cukuplah apa yang saya lalui selama ini. Biarlah kita sentiasa istiqamah. “ Istiqamah!!!” Ungkapan yang harus sentiasa berada dalam kepala saya!

Oklah...

Hari ni saya luangkan sedikit masa untuk mendengar motivasi pagi oleh Datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah sebelum saya jogging di Taman Rimba. Alhamdulillah saya kini semakin tenang. Hati kembali ceria. Sebabnya.... Maaflah buat masa ni ia terlalu peribadi. Cukup setakat saya katakan saya kembali bersemangat!

Di Taman Rimba hari ni saya terpaksa ubah sikit haluan jogging sebab ramai student yang menunggu di tepi jalan untuk meraikan Sultan Kedah sempena hari keputeraan Baginda yang ke-76. Dirgahayu Tuanku!

Kemudian, saya pun tak tahu kenapa nak ke Taman Rimba saya gunakan jalan jauh? Spontan pulak tu. Sebab apa ya! Hehehe... Saya ketawa sendirian...

Kemudian saya luangkan masa membaca paper tapi tak sempat habiskan sebab saya dah janji dengan Zam untuk ke rumahnya makan kenduri. Lama jugak nak pi Gunung Keriang ni. Kemudian saya sampai di Kedai tepat jam 12. Menarik!!!

Entahlah kenapa seolah semacam saya ni ditakdirkan untuk sesuatu. Saya malas fikirkannya sebab saya tak mahu kisah lama berulang tetapi saya harus kerana ia adalah nadi kehidupan. Terima kasih Ya Allah...

Hari ni memang kelam kabut sikit sebab Arif cuti. Apa pun saya cukup bahagia hari ni. Saya dapat sesuatu... Berahsia pulak! Tapi itulah hakikatnya.

Kemudian saya habis kerja jam 8 malam. Jadual saya memang sebelah malam kecuali hari Ahad dari jam 12 tengah hari hingga ke 8 malam. Hari lain saya dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam. Hari Selasa, cuti!

Bila balik, ramai tetamu di rumah. Pak Su dan Mak Su pun ada melawat adik yang masih terlantar di ruang tamu rumah. Banyaknya makanan tetapi maaflah sekarang selera makan saya agak kurang. Kemudian selepas Solat Isyak saya kembali ke kedai menyaksikan Live bola antara Arsenal dan Aston Villa. Bestnya Henry-2 gol! Maknanya malam ni point saya ialah 19!

Kemudian saya berbual dengan Boss saya mengenai masalah keluarga. Bila balik, apa lagi menari-narilah jejari ni di atas papan kekunci komputer. Jam 3.30 pagi barulah tidur...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah