Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

17 MEI 2004 

Sedikit renungan di atas sebagai renungan buat kita yang sentiasa leka ini...

Oklah...

Saya bertolak agak awal tetapi sampai lewat sikit kat office iaitu kira-kira 7.14 disebabkan saya saja bawak perlahan. Kemudian settlekan kertas kerja dan DFD. Cuma work process yang agak menggusarkan saya kerana tiada salinan softcopy.

Petang, saya sempat balik sebelum hujan turun. Alhamdulillah... Jadi malamnya taklah begitu panas. Apa pun saya tidur agak lewat sebab main game dengan Dean. Ok jugak prestasi saya malam ni. Hehehe...

WASSALAM...

16 MEI 2004

Sekalung tahniah dua warga Malaysia, anak Melayu yang berjaya menawan puncak dunia semalam. Semoga ia menjadi penerus kepada kecemerlangan negara, InsyaAllah.

Kemudian mengenai pembunuhan Berg seorang warga US. Saya dah saksikan melalui www.thememoryhole.org dan bagi saya ia sebenarnya berpunca dari Bush, Sharon dan Blair. Bagi saya penyembelihan itu adlah sesuatu yang di luar batasan Islam dan tidak pernah dianjurkan oleh Islam, agama yang mencintai kedamaian dan keamanan. Tetapi apabila kita melihat kekejaman demi kekejaman US ke atas bumi Iraq, kita pasti faham mengapa ia berlaku dan mungkin akan berlaku lagi.

Yang pasti, kita umat Silam kini sudah jauh ketinggalan dan sudah begitu tertekan. Tanpa perpaduan, sampai bila-bila pun kita akan tetap berada di bawah.

Oklah...

Pagi esoknya, saya just rehat-rehat di rumah Schaarq sambil berbual dan tengok komputer dia yang ada sedikit masalah. Tengah hari baru saya balik ke rumah sewa saya. Saya just rehat di rumah sambil membaca berita dan menonton cerita Hindustan di NTV7. Memang best cerita tu. Tapi biasalah agak tak logik. Hehehe...

Malam saya habiskan masa menonton Badminton Piala Thomas Final. Memang saya dah agak, China akan menang dan memang banyak yang dapat saya belajar dari pertemuan tersebut. Dekat pukul dua pagi baru habis sebelum saya masuk tidur.

WASSALAM...

15 MEI 2004

BUSH DAN BLAIR

Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender "Bukankah itu Bush dan Powell?".
Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka."
Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa "Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
Bush menjawab "Kami sedang merancang perang dunia ke-3."

Jawab lelaki "Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"
Bush menjawab "Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal"
Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut "Penjual Basikal?"
Bush menoleh ke arah Powell dan berkata "Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?"

Itu adalah salah satu cerita lucu yang saya terima dari seorang kawan tetapi sindiran yang cukup tajam terkandung dalamnya, fikir-fikirlah di mana kita kini.

Oklah...

Saya bangun agak awal walaupun hari Sabtu tak kerja. Apa pun bila dah rasa boring saya sambung tidur balik sebab badan pun terasa cukup penat main Futsal malam tadi. Hehehe...

Tengahari saya ke rumah Schaarq untuk teruskan jadual kami untuk hari ni. Lepas tukar kasut Akiff di Jusco Puchong, terus kami ke Shah Alam. Sebelum tu sempat Schaarq pasang Surbo dalam unser dia. Kemudian kami berkumpul di Hotel Blue Wave di Shah Alam untuk bertolak sekali dengan player dan pengurusan Kedah. Kami diiringi oleh Trafik yang membantu melancarkan aliran trafik. Sampai sahaja di Stadium Shah Alam, kami terus mengiringi player ke bilik persalinan dan kemudian menjenguk Padang di Stadium Shah Alam.

Selepas Solat di Surau Stadium, kami memulakan sokongan buat pasukan. Game memang best tapi tetap tewas. Nak buat macam mana tak ada luck. Bagi saya memang puas hati sebab bukannya kalah tanpa melawan. Saya ada buat ulasan dalam HKC.

Kemudian saya dan Schaarq serta Jenan keluar makan di Sunway sambil menonton Live EPL perlawanan terakhir dan Alhamdulillah Newcastle layak juga ke UEFA Cup tahun depan. Kemudian saya tidur di rumah Schaarq. Nasib baik wife dia kursus di Singapore, kalau tidak kena balik jugaklah tengah-tengah malam. Hehehe...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah