Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

01 MEI 2004

SELAMAT HARI PEKERJA

WASSALAM...

02 MEI 2004

Kadang-kadang saya rasa takut. Takut saya akan tersungkur di pertengahan jalan. Allah sudah berikan saya kekuatan untuk mengharunginya tetapi di perjalanan ini, cabarannya amat kuat. Kadang-kadang terasa ia terlalu menghimpit diri. Alhamdulillah saya masih lagi boleh bertindak waras dan Allah masih berikan saya kekuatan. Sebab itu saya selalu berdoa agar Allah tidak menarik kembali ‘kekuatan’ itu.

Memang tiap sesuatu itu ada baik dan buruknya. Ujian itu hadir kerana mahu menguji kita sama adalah insan yang bertakwa atau sebaliknya. Sebab itu Rasulullah diutuskan dan melihat cabaran yang dilalui oleh nabi junjungan kita itu, kita harus menghayati betapa besar kecekalan nabi. Dan itulah yang menjadi contoh kepada kita.

Saya teringat sewaktu kecil dulu. Waktu tu paling popular ialah rancangan Rambo. Watak seorang lelaki yang kuat dan yang penuh dengan kecekalan. Menghadapi musuh berseorangan diri dan menghadapi kesakitan dengan cukup menarik. Rambo menjadi pujaan. Saya juga tidak terkecuali. Kalau saya sakit, saya teringat aksi rambo mencucuh belerang di lukanya untuk mematikan kuman. Terus rasa sakit saya hilang.

Semakin lama, semakin saya sedar, kalau ikut acuan barat itulah caranya. Tetapi bagaimana pula dengan acuan Islam? Bila saya mula membaca bab-bab tokoh Islam terasa betapa kerdilnya diri. Kezuhudan mereka dan keikhlasan mereka dalam hidup cukup memukau dan menyentuh perasaan. Dalam jiwa seolah-olah meronta-ronta ingin jadi sepertti mereka.

Lalu saya terfikir, mengapa artis yang menjadi pujaan. Rupanya tokoh-tokoh Islam ini tidak diketengahkan oleh media dan pihak yang berwajib. Justeru saya harus cuba mencari sendiri tokoh-tokoh itu dan membaca, menyelami pemikiran mereka seperti Pak HAMKA pada era moden ini. Semakin lama saya semakin rasa cukup kerdil.

Ingin jadi seperti mereka-mereka itu tetapi kekuatan yang ada masih belum mantap. Sebab itu saya terus mencuba tetapi khuatir kalau-kalau di pertengahan jalan saya tergelincir kerana saya pernah melihat yang searah dengan saya tergelincir. Mereka jauh lebih hebat dan lebih kuat dari saya. Sebab itu doa lah yang merupakan salah satu cara saya untuk menghadapi rintangan ini.

Dan akhirnya bila samkin banyak saya membaca, haruslah diakui bahawa model yang sebenar bagi kita ialah Nabi Muhammad itu sendiri. Perjalanan hidup nabi Muhammad cukup kompleks dan penuh dengan pelbagai dugaan. Tiap peristiwa ada jalinan yang tersendiri. Plot yang cukup kemas. Kalau filem sebegini sudah pasti menggondol semua anugerah. Sebabnya Allah yang mengaturkannya.

Tetapi kini, ramai yang hanya menyebut keperibadian nabi sebagai teladan tetapi dari segi perbuatan langsung berbeza, termasuklah saya. Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul kali ini, marilah kita sama-sama menghayati betapa unggulnya keperibadian nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan kepada kita. Bukan tidka boleh ada idola yang lain tetapi jadikanlah Nabi Muhammad sebagai idola yang paling agung dalam hidup kita.

Kita sebenarnya masih mengembara mencari arah. Mintalah bantuan Allah agar arah itu adalah arah yang benar, InsyaAllah...

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL!!!

WASSALAM...

03-08 MEI 2004

Tiada Catatan

WASSALAM...

09 MEI 2004

Ibu engkaulah ratu hatiku...
Sepanjang zaman...
Sepanjang hidup...
Akan kukenang dan kuabadikan...
Setiap lelah pengorbanan...
Yang dikau pernah curahkan...

Ibu walau berhadap dengan liku yang pelbagai
Walau dilanda gelora
yang besarnya bisa mengahnyutkan siapa sahaja
engkau tetap setia membesar, mendidik, membelai diriku ini
hinggakan aku terasa betapa indahnya dunia
hinggakan aku terasa apa itu ibu
hinggakan aku bersyukur yang aku masih punya ibu

Walau hanya engkau dari kampung
Sesekali tidak akan kuperlekehkan dirimu
Kerna budimu yang suci itu amat bererti dan tidak dapat dicari
Hatta di menara gading sekalipun.

Dengan segala pengorbananmu tanpa mengharapkan balasan itu,
Aku amat kagumi
Mungkinkah aku jua akan bertemu seorang wanita sebagai isteriku yang perngobanannya seperti engkau?  

Buat Ibu tercinta, Selamat Hari Ibu walaupun kutahu ia cuma ungkapan biasa yang langsung tidak dapat membalas segala jasamu
Tapi kupinta terimalah ia sebagai satu penghargaan dariku untukmu...

Khas buat emak (Halijah Haji Ahmad)

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah