Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

04 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Larilah kalau kau mampu
Selagi aku mampu akan terus aku kejar.
Sembunyilah kalau kau mahu
Selagi itu aku akan terus mencari
Pergilah kalau kau ingin
Aku tetap akan mengikut

Biar ke lubang cacing sekalipun
Akan terus kujejak
Aku tak akan mengalah
Aku akan terus sedaya kudratku

Andai aku gagal
Kaulah pemenangnya
Andai aku berjaya
Kaulah watak yang tewas

Bukan kerana apa
Kerana Dia aku memburu
Terima kasih jika kau memahami..............

Secara spontan saya cipta kata-kata di atas. Just saya sahaja yang tahu apa maksudnya.

Oklah...

Selepas Solat Subuh memang saya sambung tidur balik. Kemudian bila bangun terus sambung kerja balik. Penatnya... Lepas tu sampai pulak surat dari HUKM memaklumkan bahawa saya dikehendaki menjalani temuduga untuk jawatan Pegawai Sistem Maklumat. Alamak Isnin ni. Just empat hari! Kelam kabut dibuatnya. Mulalah nak contact orang itu dan ini untuk minta tolong sepanjang di sana nanti. Hmmm...

Kemudian saya sambung buat kerja sampai dekat nak kena masuk kerja. Sebelum tu saya pecut ke Pejabat Pos tetapi terpeangkap tengah hujan sampai basah sikit surat adik saya dan buku Nas. Sorry! Kemudian anak buah saya hantar mesej yang dia dapat 10A1! Tahniah. Mak dan ayahnya nak hantar ke London. Alhamdulillah. Saya cukup gembira dan seronok. Sebelum exam, dia ada masalah yang serius sampai dia dengan sengaja nak gagal dalam SPM dan Alhamdulillah saya boleh pujuk dia untuk lupakan semua tu. Tahniah! Saya memang rasa cukup seronok walaupun bukan saya yang keap 10A1 tu. Terima kasih Ya Allah

Selepas settle segala urusan di Pejabat Pos, saya ternampak sesuatu. Saya tak mau cerita lanjut. Terus saya pecut ke kedai untuk pastikan sampai tepat pada waktunya. Jam 6.30 barulah Nas mai ambil buku tu. Saya masih fikirkan tawaran Nas, tengoklah nanti saya buat keputusan. Hari ni saya tak balik rehat. Just stay di kedai dan memang ramai orang pada malam Jumaat ni.

Jam 12.15 baru tutup kedai dan saya singgah minum sekejap di Taman Nakishah sebelum saya sampai di rumah kira-kira jam 12.45 malam. Lepas tu saya call Zam dan beberapa orang lagi. Sorry ganggu tengah-tengah malam. Buat Paleo, Thanks atas offer nak tolong saya di KL nanti, InsyaAllah esok saya akan confirmkan balik.

Kemudian saya sambung buat kerja sampai jam 3 pagi sebelum tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

03 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

 "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

 "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan
mati tak ber teman.."

 "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

Sedikit buat santapan hari ni...

Seawal jam 4 pagi saya dah bangun. Tak mau lelap mata nampaknya. Hmmm... Saya sambung buat kerja sikit sebelum saya tidur-tidur ayam. Kemudian jam 8.20 saya bertolak ke Kulim bersama boss saya atas urusan kerja. Bab Kulim ni memang saya tahu jalan di sana sebab saya pun biasa study di sana dulu. Di sepanjang perjalanan dah berlakunya perang bendera. Hehehe... Election dah dekat!

Sampai di Kulim, terus jumpa kedai yang kami nak pi tu. Hehehe... Tapi still tak bukak lagi. Apa pun kami singgah sat di Masjid Kelang Lama atas urusan peribadi. Kemudian kami ke Pekan kulim, saja round. Lepas tu kami singgah makan tengah hari kat sebuah restoran di Kampung Tunku Putra. Tempat Reza. Reza dah kerja kat Klang pulak la ni. Ina pun dok kat situ jugak tapi mana sempat nak jumpa. Sorry! Kami sampai di kedai yang dituju. Vipertech. Kami disambut mesra oleh En. Khaironisam. Banyaklah input yang dapat kami pelajari.

Kemudian kami terpaksa pulang awal atas sebab tertentu. Saya pulak lupa nak bagi instruction jalan kat Boss saya sampai kami terlajak ke Kuala Sedim. Waktu terlajak ni kami bukak radio dan dengar Parlimen dah dibubarkan! Hehehe... Kena pusing balik kot Sungai Karangan masuk balik ke Hi Tech dan kemudian terus kami guna highway ke Butterworth sebelum terus ke Alor Setar (singgah sat kat Gurun). Sampai di rumah kira-kira jam 3 petang. Saya tidur 30 minit sebelum saya masuk kerja kira-kira jam 4 petang.

Agak penat tetapi saya still boleh bertahan sampai jam 12 tengah malam. Bila balik rumah terus sambung buat kerja sampai jam 4.30 pagi! Memang tak larat dah dan terus saya tidur.

WASSALAM...

02 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang
lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita
akan terkejut dengan hasilnya."

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita
sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

Sikit lagi kata-kata hikmah buat renungan bersama...

Oklah...

Lepas bangun dan berehat sambil baca paper, saya dan Boss saya macam biasa untuk hari Selasa di gelanggang Badminton di Dewan Lung Kong, Alor Setar. Tewas! 15-10, 15-17. Mujurlah menang semua game double. Silap sendiri yang banyak hantaran saya tersangkut di jaring. Hmm... InsyaAllah minggu depan nak kena perbetul balik semua ni. Lepas tu berhenti sekejap kat Pak Non makan buah dan minum air di Tanjung Bendahara.

Kemudian saya siapkan sikit kerja sebelum terlelap akibat letih + mengantuk + sakit badan. Bila bangun saya just rehat sebelum saya ke kedai. Selepas Solat Asar saya ada sikit urusan dan siasatan. Hehehe... Kemudian saya balik rumah dan main bola. Dah lama saya tak main bola di padang. Selalunya Street soccer atau futsal sahaja, Alhamdulillah rasa cukup puas. Seronok bila boleh buat tendangan-tendangan kencang. Dan yang paling penting saya dah score hasil gerakan solo dari bawah. Hehehe... Laju jugak speed saya... Tapi akhirnya sakit kaki! Alamak!

Lepas Solat Maghrib saya terus ke kedai untuk siapkan beberapa perkara. Kemudian saya telefon Keluarga angkat saya di NS. Hmmm... Ceria semuanya. Adik angkat saya dah kena posting di Bahau, baguslah... Dekat jugak dengan rumah. Bilalah dapat saya ke sana lagi... Seronok...

Kemudian saya cuba call anak buah saya untuk dapatkan keputusan SPM dia. Tapi gagal. Tak apalah... Saya just tinggal mesej sahaja. Kemudian saya nak cari En. Bad tapi tak jumpa pulak. Terus saya balik dan tidur awal malam ni sebab satu badan sakit. Kerja! Terpaksalah saya tunda.

WASSALAM...

01 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Renungan: Siapkan bekalan mati sikap paling pintar, cerdas

DIRIWAYATKAN bahawa Ibnu Umar berkata, pada suatu hari, beliau datang berjumpa Rasulullah saw dan ketika itu Baginda sedang berada di tengah-tengah sahabatnya yang terkemuka.

Tiba-tiba salah seorang sahabat dari golongan Ansar berdiri dan bertanya kepada Baginda: “Ya Nabi Allah, siapakah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas otaknya?”

Lalu Rasulullah menjawab: “Yang paling cerdas dan paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang banyak bekal untuk menghadapi mati.

“Orang seperti itu biasanya melengkapkan diri sebagai persediaan untuk mati.”

Sabda Baginda lagi: “Apabila hati seorang sudah dimasuki Nur (cahaya iman), maka hati itu akan menjadi lapang dan terbuka.”

Selepas mendengar ucapan Rasulullah itu, orang ramai lalu bertanya: “Apakah tandanya hati yang lapang dan terbuka itu ya Rasulullah?”

Jawab Rasulullah: “Adanya perhatian terhadap kehidupan yang kekal di akhirat nanti serta timbul kesedaran dan pengertiannya terhadap tipu daya kehidupan dunia sekarang ini; maka bersiap-siaplah menghadapinya sebelum datangnya mati itu.”

Akhirnya Rasulullah bersabda: “Cukuplah mati itu sebagai guru atau pelajaran.”

Umat Islam digalakkan supaya sentiasa mengingati mati. Ini kerana dengan mengingati mati, kita sentiasa akan menyedari dan menilai diri apakah amalan yang sudah dilakukan selama ini cukup untuk dibawa ke akhirat nanti.

Firman Allah bermaksud: “Di mana saja kamu berada, mati pasti akan menjumpaimu, walau sekali pun berada dalam mahligai yang kukuh dan kuat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 78)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Katakanlah, bahawa mati yang kamu lari daripadanya, pasti akan menemui kamu juga; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan nyata, lalu Dia akan khabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu lakukan.” (Surah al-Jumaah, ayat 8)

Dalam menggalakkan umatnya mengingati mati, Islam tidak memaksudkan agama menyuruh kita bercita-cita supaya lekas mati. Sebaliknya dalam Islam kita dilarang bercita-cita demikian.

Diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda: “Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu bercita-cita supaya lekas mati, kerana satu malapetaka mungkin menimpa dirimu.

“Daripada bersikap demikian, lebih baik kita berkata: “Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya mati itu yang lebih baik bagiku.”

Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam adalah orang yang panjang umurnya dan baik perbuatannya, sedangkan sejahat-jahat manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi jahat kelakuannya.

Begitulah besarnya faedah mengingati mati bagi membentuk budi pekerti dan peribadi setiap insan dalam menempuh hidup ini.

Cara yang sangat baik untuk mengingati mati menurut ajaran Allah dan rasul-Nya ialah sentiasa menziarahi sanak saudara atau sahabat dan kenalan yang sedang menderita sakit.

Juga, biasakanlah menziarahi ke rumah keluarga yang ditinggalkan ahli keluarga yang mati.

Selain itu, biasakan juga mengurus jenazah, memandikannya, menyembahyangkannya, menghantar jenazah itu ke kubur, menyaksikan jenazah itu dimasukkan ke liang lahad dan mendoakan orang yang sudah mati, terutama terhadap ibu bapa sendiri.

Mati adalah satu kejadian yang paling hebat, paling menakutkan dan paling mengerikan, yang pasti dihadapi oleh setiap manusia.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat...

Bila bangun saya hantar adik ke sekolah sebelum saya berjogging di Taman Rimba. Alhamdulillah rasa cukup bertenaga. InsyaAllah menang lagi kot esok. Hehehehe...

Kemudian saya settlekan beberapa kerja. Tapi saya rasa ada keanehan. Mimpikah saya? Entahlah... Biarlah Allah yang menentukan. Usaha sudah. Yang lain di tangan Allah.

Bertungkus lumus jugak saya kena siapkan itu dan ini. Mengantuk pun ada jugak, last sekali saya tidur waktu tengah hari sampai jam 2 petang. Mengantuk sangat. Kemudian sambung kerja balik sebelum saya masuk bertugas kira-kira jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam. Jam 12.50 baru tutup kedai sebab ada masalah sikit.

Habis waktu kerja saya dan boss saya singgah makan Char Koteaw dulu kat Taman Nuri sampai jam 1.45 pagi. Bila balik terus saya sambung buat kerja dan akhirnya tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah