Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

14 MEI 2004 [JUMAAT]

Saya teringat tentang falsafah ikan. Selalu saya jelaskan kepada kawan-kawan saya. Juga kepada mereka yang datang menemui saya untuk beberapa perkara. Lihatlah sang Ikan di lautan. Apabila anda merasa isinya, adakah ia masin walaupun hidup di lautan yang masin? Ia hanya akan masin apabila mati (apabila dibuat ikan kering/masin). Justeru contohilah sifat ikan ini. Itu yang harus saya tanam dalam diri saya ketika ini. Biarlah cabaran dan dugaan menggila tetapi saya harus berpegang kepada apa yang betul.

Oklah...

Hari ni saya bangun jam 5.15 pagi. Lepas tu terlelap. Sedar-sedar dah 6.45 pagi! Lewatnya. Selalunya saya dah di pejabat dah waktu tu! Apa pun saya tiba di pejabat jam 7.38 pagi. Paling lewat dalam sejarah saya di sini. Hehehe...

Kemudian kena attend meeting sebelum tu saya kena bincang sikit dengan aieshah tentang kertas kerja. Sebelum Solat Jumaat saya dapat pembetulan kertas kerja tu dan Alhamdulilah tak banyak yang kena pembetulan.

Kemudian saya keluar awal untuk repair motor. Sekejap sahaja rupanya, jadi saya makan dulu sebelum dengar ceramah di Masjid. Fasih sungguh penceramah tu. Muda lagi. Memang seronok dengar sampai terlebih waktu dia berceramah. Hehehe... Kemudian khutbah berkisar megenai jasa guru sempena hari guru dua hari lagi. Saya dah pun dapat wish haria guru hari ni. Saya bukannya cikgu tapi orang panggil saya cikgu! Terima ajalah. Hehehe...

Habis Solat Jumaat, saya sempat balas dua tiga email sebelum masuk taklimat dan kemudian saya terus balik sebab malam ni ada futsal dan saya dah janji dengan Mike.

Alhamdulillah best rasanya main dengan member-member lama di Planetfootball Subang Jaya... Menang 18-10. Score 13 gol!  Esok nak “kidnap” Datuk. Hehehe... Rancangan saya dengan Schaarq tapi Datuk respon tak pasti boleh ke tak...

WASSALAM...

13 MEI 2004

Saya bangun kira-kira jam 5.30 pagi. Mengantuknya. Tidur rasa macam tak cukup. Di KL ni semakin panas rasanya ketika ini. Malam pun cukup panas, sampaikan waktu tidur berkualiti pun terganggu.

Masuk kerja awal macma biasa. Lepas present dan discuss tentang DFD saya terus sambung buat dua tiga kerja sampai petang. 4.35 petang saya dah bertolak balik dah. Hehehe... Awal datang. Awallah balik. Sat lagi nak pi jogging.

Lepas jogging saya rehat sekejap kat rumah dan kemudian terus saya dan Din melihat bilik yang saya nak sewa di Cheras. Alhamdulillah semua housemate tak merokok dan baik-baik. Kami singgah makan di Sungai Besi sekejap sebelum bertolak pulang kira-kira jam 11.15 malam.

Lepas habis Fear Factor baru saya tidur. Seronok tengok smabil makan. Hehehe... Member serumah terejut tengok saya makan keropok lekor tanpa dimasak. Saya dah biasa dah. Hehehe... Syaa masuk tidur kira-kira jam 1.30 pagi. Tapi susah jugak nak lelapkan mata. Banyak benda yang nak kena fikir...

WASSALAM...

12 MEI 2004

Malaysia alami masalah jika wanita tidak kahwin bertambah - Mufti

KUALA LUMPUR 12 Mei - Malaysia akan mengalami masalah seperti kebanyakan negara Arab apabila bilangan wanita tidak berkahwin semakin bertambah setelah kaum lelaki menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang membebankan.

Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, fenomena itu berlaku di sesetengah negara tersebut kerana kaum lelaki mengalami bebanan untuk memenuhi kos perkahwinan yang tinggi.

Salah satu sebabnya, menurut beliau, kerana keluarga perempuan di negara-negara berkenaan meletakkan wang hantaran yang terlalu tinggi bagi menjaga status dan kedudukan mereka.

Di Malaysia, jelasnya, trend meletakkan wang hantaran tinggi sudah menular di kalangan umat Islam sehingga menakutkan lelaki-lelaki bujang untuk mendirikan rumah tangga atau menunggu sehingga kedudukan kewangan kukuh sebelum berbuat demikian.

``Kebiasaannya harga mas kahwin yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam sesebuah negeri tidak membebankan tetapi hantaran perkahwinan yang paling sedikit sekurang-kurangnya RM5,000 membuatkan lelaki takut untuk masuk meminang.

``Saya khuatir kos hidup dan tekanan akibat hantaran perkahwinan yang tinggi seperti yang berlaku di Timur Tengah akan menyebabkan bilangan andartu semakin bertambah di negara ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid mengenai jumlah perkahwinan di kalangan orang Islam mengalami penurunan serius sejak tujuh tahun lalu.

Ahmad Sarji berkata, keadaan diburukkan lagi apabila kajian mendapati jumlah penduduk Islam yang belum berkahwin semakin meningkat manakala perkahwinan pertama berlaku ketika usia lewat, di samping kadar penceraian yang tinggi.

Mohd. Shukri menambah, masalah kahwin lewat bukan sahaja berlaku di kalangan perempuan yang sudah tentu menunggu lelaki masuk meminang mereka tetapi juga membabitkan kaum lelaki yang berpunca daripada pelbagai faktor.

Sebagai contoh, katanya, seorang lelaki yang bekerja tetapi mempunyai gaji kecil sudah tentu menghadapi dilema dan tekanan untuk memiliki seorang gadis yang bekerjaya serta bergaji lebih tinggi daripadanya.

``Kadang kala apabila si gadis yang bergaji besar itu sudah suka tetapi keluarganya pula jadi penghalang dan semua ini mempengaruhi keadaan,'' katanya.

Tegas beliau, masyarakat perlu mengawal situasi ini supaya tidak meresapi generasi muda bahawa perkahwinan adalah sesuatu perkara yang menyulit dan membebankan sehingga menimbulkan masalah sosial seperti generasi muda lebih suka bersekedudukan di luar nikah.

``Kita bimbang satu hari nanti budaya seperti di negara-negara Barat yang lebih suka bersekedudukkan kerana menganggap perkahwinan sebagai satu yang membebankan boleh menular ke negara ini,'' katanya.

Beliau juga menggesa pihak-pihak berkuasa melakukan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar mengapa ramai orang Islam enggan berkahwin atau bernikah pada usia lewat.

Beliau juga mencadangkan, bagi tujuan jangka panjang pelajar sekolah didedahkan tentang alam perkahwinan dengan memasukkannya di dalam kokurikulum.

``Mereka perlu diasuh bahawa perkahwinan itu bukannya sesuatu membebankan sebaliknya tanggungjawab yang perlu dihadapi oleh umat Islam sejajar dengan sunah nabi,'' katanya.

Mengulas mengenai kadar penceraian yang tinggi, Mohd. Shukri menyarankan pihak berwajib menekankan semula konsep keibubapaan dalam perkahwinan.

Mohd. Shukri menambah, poligami bukan jalan penyelesaian untuk mengurangkan bilangan wanita tidak berkahwin kerana jumlah kaum lelaki lebih ramai berbanding wanita di negara ini.

``Kalau hendak berpoligami tetapi tidak tahu peraturan dan ajaran sebenar berlandaskan tuntutan agama ia hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada Islam,'' katanya.

Beliau menambah, terdapat juga kes enggan berkahwin disebabkan pengalaman lampau melihat ibu mereka dimadukan dan bapa yang poligami mengabaikan kehidupan anak-anak.

Dipetik dari Utusan Malaysia...

Saya tak mau komen banyak. Kalau ikut hati saya, hari ni nak terus kahwin...Hehehe...

Oklah...

Sebelum tu saya nak ucap, SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA buat semua nurse seperti di HUKM ni... Teruskan khidmat murni anda itu

Saya memang agak awal datang ke office. Bulan lepas paling lewat 7.36 pagi. Average jam 7.15 pagi. Bulan ni setakat hari ni. Paling lewat jam 7.09 pagi. Paling awal 6.38 pagi. Average 6.45 pagi.

Memang agak sibuk sikit saya dengan kertas kerja Ke PD bulan depan. Alhamdulillah ramai yang membantu saya menyelesaikan tugasan saya yang lain. Kalau tidak, sakitlah saya...

Habis sahaja waktu kerja terus saya balik, jogging dan kemudian tonton Suku akhir Piala Thomas. Memang siapa yang sakit jantung akan terasa tekannanya. Hehehe... Memang saya pun jadi cukup suspen. Apa pun Malaysia tewas. Macam mana pun Tahniah!

Saya masuk tidur kira-kira jam 1.30 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah