Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

01 FEBRUARI 2004 / 10 ZULHIJAH 1424 H

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Raya Qurban 1424H.

Alhamdulillah kerana masih lagi dapat kita meraikan satu lagi hari kebesaran dalam kalendar Islam. Setiap kali hadirnya bulan Zulhijah, memori kita pasti akan segar dan disegarkan dengan pengorbanan tidak terhingga seorang ayah yang sanggup menyembelih anaknya dan anaknya merelakannya demia atas arahan tuhan. Cukup suci, besar dan murninya pengorbanan hingga seekor Kibas ditukar di saat akhir sebagai satu ganjaran dan balasan. Itulah antara secebis kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Justeru sebagai satu simbolik kepada pengorbanan, kita meraikannya pada 10 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah sebagai manifestasi kepada pengorbanan yang dilakukan oleh dua beranak ini.

Sebenarnya pengorbanan perlulah ditafsir dalam ertikata yang lebih luas meliputi pengorbanan dalam segenap aspek kehidupan seperti kalau hendak berjaya kita harus bersusah terlebih dahulu. Dalam hal ibadat pula kita harus mengorbankan tidur yang lena untuk meraih keredhaan Alalh dengan bangun bersolat, berzikir dan bertahajud kepada Allah.

Oleh itu kita harus kembali memikirkan kembali apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan dalam hidup kita. Jika ya Alhamdulillah dan jika tidak apakah langkah yang harus kita ambil?

Saya sendiri harus kembali bermuhasabah mengenangkan kembali soal pengorbanan. Pengorbanan merupakan sesuatu yang harus dilakukan degan seikhlas hati. Percayalah yang Allah akan tetap memberikan ganjaran atas apa yang kita lakukan. Sebab itu kita harus kembali menghayati semua yang berkaitan dengan pengorbanan.

Oleh kerana fitrah kita sebagai manusia, mudah lupa (perkataan insan itu sendiri berasal dari perkataan nasiya yang bererti lupa) dan sebab itu kita harus sentiasa diingatkan seperti yang terkandung dalam Surah Al-‘Asr

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan mereka-mereka yang berpesan kepada kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

(Surah Al-‘Asr, Ayat 1-3)

Justeru dalam hal ini, hawa nafsu haruslah kita ketepikan dia merupakan satu pengorbanan kerana kita sebenarnya sentiasa dalam kerugian apatah lagi dalam suasana kehidupan kita kini. Kita harus berkorban dan memilih yang mana sesuai dengan kehendak Allah.

Akhir kata saya dengan ini menyeru agar kita semua termasuk diri saya sendiri agar menghayati dengan sebenar-benarnya erti pengorbanan tidak hanya dengan perbuatan semata-mata tanpa iktikad dan niat yang sebetulnya. Moga-moga usaha kita semua dirahmati Allah hendaknya...

Wallahu’alam

SELAMAT HARI RAYA QURBAN 1424 H

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah