Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

17 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya
Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Semoga ia menjadi panduan bersama, InsyaAllah...

Oklah...

Karutnya saya hari ni... Terlupa yang hari ni dah masuk Bulan Rejab!!! Sepatutnya saya berpuasa pada hari ni. Tak apalah lusa saya akan mula berpuasa balik sebagai salah satu latihan sempena Ramadhan. InsyaAllah...

Hari ni badan terasa cukup letih dan sakit. Hmmm... Susah nak dikata. Dah berapa hari saya tak sempat nak menjenguk Internet sebab sibuk dengan kursus. Hari ni still di UKM. Banyak jugak yang saya belajar dari penyampai kursus, Cik Rusilawati.

Petang balik dah penat tapi saya terpaksa stay di office sebab ada benda yang harus saya selesaikan. Saya balik dari office jam 8 dan terus ke bank tapi langsung tak dapat keluarkan duit sebab masalah ATM machine. Kemudian saya keluar makan dengan Paleo sambil berbual banyak perkara sebelum saya ke Taman Midah untuk keluarkan duit. Dah nazak dah nak tunggu hari gaji ni. Hehehe... Kemudian selepas Solat Isyak, saya tonton TV sebelum rehat. Tidur kira-kira jam 11 malam

WASSALAM...

16 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

*Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

 *Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam  kehinaan.

 *Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan  banyak tapi diiringi dengan riak.

 *Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada  insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

 *Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari  batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Sedikit mutiara kata buat renungan bersama...

Oklah...

Hari ni saya dan jabatan saya memulakan kurus Java di UKM, Bangi. Saya tak ada asas langsung dalam Java ni dan mujurlah ia lebih kurang macam C Programming dan diperkayakan lagi dengan pelbagai penambahan yang lebih memudahkan. Memang saya rasa cukup puas hati dengan apa yang saya belajar. Maklumlah first time saya leran this programming. Thanks Encik Sufian Idris, penceramah hari ni.

Petang, jabatan saya lawan bola dengan Student KKL (Kampus Kuala Lumpur). Penatnya dan kami dibelasah 3-0. Cukup perit main dalam padang yang becak dan habis seluruh badan saya disaluti lumpur. Tapi yang seronoknya ialah kepuasan.

Saya puas dengan permainan tadi walaupun prestasi tak memberangsangkan dan kami tewas. Saya tak pentingkan sangat keputusan, yang penting ialah semangat. Apa pun jika kami boleh memperbaiki kelemahan yang cukup banyak, InsyaAllah boleh bertapak kukuh...

Malam saya menerima kunjungan Hafiz Nazif, kawan sekelas sewaktu sekolah rendah dulu. Mujurlah bilik saya dah cukup kemas hari ni. Hehehe... Tapi badan saya rasa macam cukup letih dan tak bertenaga. Bila saya keluar makan di Velodrom baru rasa sikit bertenaga dan terus saya tertidur kira-kira jam 11.00 malam disebabkan terlalu letih.

WASSALAM...

15 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

*Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

 *Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal  mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

 *Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

 *Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.  Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan.  Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan  kebahagiaan.

 *Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

Sedikit lagi petikan kata-kata hikmah buat renungan bersama...

Oklah...

Saya bangun hampir jam 7 dan selepas menonton Motivasi Pagi oleh Datuk Dr. Mohammad Fadzillah Kamsah, terus saya bergegas pulang ke rumah dan bersiap kemaskan rumah.

Kemudian saya berada di pejabat dari pagi sampai petang. Kat Ofis yang ada ialah Rahman, Naterah dan Wati. Banyak jugak benda yang sempat saya lakukan. Banyaknya kerja!!! Penat rasanya. Sorry Men, saya tak dapat keluar sebab banyak halangan hari ni.

Petang balik rumah dan kemudian luangkan masa sekejap untuk jogging dan waktu malam saya ke rumah Dean tengok bola Arsenal vs Everton dan MU vs Chelsea. Jam 1 pagi barulah saya bertolak balik dan jam 2.30 pagi baru tidur selepas tonton Olimpik.

WASSALAM...

14 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

*Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan  berkembang jika ianya digunakan. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

 *Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

 *Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

 *Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

 *Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Lama saya tak masukkan kata-kata hikmah dalam diari saya. Kali ni saya masukkan dan moga ia menjadi panduan bersama.

Oklah...

Hari ni Sabtu bekerja. Selalunya Sabtu bekerja agak relaks dan begitulah hari ni. Tapi saya sempat jugak siapkan tugasan saya dan banyak juga discussion pasal bola untuk game hari Isnin ni.

Lepas office hour, saya terus ke LRT Maluri dan ke Ampang untuk bertemu dengan seorang sahabat yang saya cukup kagumi dalam bidang komputernya, Bill. Bill ni memang cukup terrer dalam programming dan banyak yang saya belajar dari Bill. Memang seorang yang hebat. Alhamdulillah saya ada seorang rakan macam Bill.

Semakin sihat nampaknya Bill dan InsyaAllah hujung tahun ni, Bill akan berumahtangga. Bill ni Melayu yang dipanggil Bill tu sebabnya ialah dia cukup hebat di kampus dulu dalam programming seperti Bill Gates. Sebab tu digelar Bill.

Banyak jugak yang kami perbualkan dan ternyata, Bill memang seperti dulu, seorang yang penuh dengan idea dan cukup optimis. Semoga berjaya! Kemudian saya rehat di rumah dan waktu malam saya ke rumah Dean untuk tonton bola Liverpool vs Spurs, Norwich vs Crystal Palace dan Newcastle vs Boro. Ruginya Newcastle sebab lepas gol last minute!

Lepas tonton Olimpik, terus saya tidur di rumah Dean dengan Ali, Zul dan Duan.

WASSALAM...

13 OGOS 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Tidak pernah kita berfikir tentang air.....rahsia-rahsia yang air itu memegang, rahsia di sebalik rahsia, kekuatannya, faedahnya, dan lagi dan lagi dan lagi.......

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini....! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.

CVT(Colour Vibratiopn Theraphy) mengajak kita berfikir sejenak tentang kelebihan dan kebesaran air....Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?

Persidangan air sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan "kehebatannya". Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah.

Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.

Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkadung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf  7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonans (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi (Alif  terbit) maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana "alam pada diri manusia" itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman. Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya :-

"Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata".

Satu petikan email yang saya terima dari seorang rakan. Banyak yang dapat kita pelajari dan hayati dari artikel di atas. Marilah sama-sama kembali bermuhasabah melihat diri kita...

Oklah...

Saya macam biasa ke pejabat hari ni. Dapat pun saya tahu bagaimana jawapan cerita semalam dari member kat ofis ni. Hehehe... Lega rasanya...Hari ni agak relaks tapi banyak juga benda yang perlu saya lakukan. Pagi meeting dan petang pun meeting! Tengah hari Solat Jumaat di tempat biasa. Petang turun main badminton dengan Jabatan Teknologi Maklumat. Kehadiran 10 orang, oklah tu.

Kemudian saya Sufri dan Rahman makan di Velodrom sambil berbual. Dan waktu separuh masa kedua Telekom Melaka vs MPPJ, saya baru masuk stadium dan perlawawan cukup sengit! Untungnya masuk free dan dapat tengok 4 gol! Memang fight dan jika tidak gol yang agak kontroversi, perlawanan dah masuk ke extra time.

Kemudian saya terus balik rumah dan menulis tentang bola sebelum tidur kira-kira jam 12.30 tengah malam.

WASSALAM...

12 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Lebih empat ribu virus baru muncul

SEPANJANG enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 4,677 virus baru berjaya dihasilkan untuk `hidup' di Internet, menunjukkan peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Syarikat pakar dalam pembangunan perisian antivirus dan antispam, Sophos berkata, virus utama dikesan muncul sepanjang tempoh itu  ialah Sasser yang menguasai 26.1 peratus keseluruhan virus paling aktif.

Penganalisis Sophos, Graham Cluley berkata, kira-kira 70 peratus komputer dijangkiti adalah melalui kejayaan hasil tangan seorang pelajar Jerman yang dikatakan melahirkan Sasser serta variasinya, Netsky.

Katanya, pelajar berkenaan berusia 17 tahun ketika menghasilkan virus itu dan kini sedang menunggu perbicaraan di Jerman atas dakwaan mengarang kedua-dua virus itu.

"Virus dihasilkan pelajar ini dikesan menyebabkan kerosakan sehingga berbilion dolar.

"Cecacing Sasser dikesan sebagai virus paling ganas manakala variasinya, Netsky hanya menguasai lebih 40 peratus keseluruhan serangan virus," katanya.

Cluley berkata, profil biasa penulis virus kini sudah menunjukkan banyak perubahan dengan menyaksikan mereka yang lebih cenderung dalam kegiatan jenayah mula mencatat perkembangan dan buat pertama kali muncul seorang penulis virus wanita.

"Penulis virus wanita itu dari Belgium, pengarang kepada Coconut-A, Sahay-A, dan Sharp-A bagaimanapun sudah berjaya ditangkap dan didakwa atas tuduhan mensabotajkan komputer. Dia mungkin akan dipenjara sehingga tiga tahun atau dikenakan denda sekiranya didapati bersalah," katanya.

Laporan Sophos itu menegaskan perundangan tegas akan menjadi kaedah paling berkesan dalam menangani jenayah siber.

Oklah...

Jam 5 pagi dah bangun untuk membasuh baju-baju dan seluar. Boringnya benda ni. Lepas tu nak kena seterika pulak untuk seminggu. Hmmm.... Benda yang paling saya tak suka buat. Kemudian saya sampai di ofis jam 6.37 pagi. Siapkan kerja dan kemudian masuk discussion HL7. Alamak memang pening nak faham dengan slanga dua Mamat dari Australia ni.  Hmmm... Sampai tengah hari dan selepas rehat tengah hari saya just rehat sambil buat sedikit kerja.

Lepas tu saya updatekan laptop saya dengan latest virus definition. Dah dua tahun depa tak update! Lepas tu download ceramah dari Laman Nur Hidayah Islamic Media.

Kemudian saya dengan Khairill, Azhar dan Sufri solat di Masjid Sungai Besai dan kemudian kami makan mee sup di Bandar Tasik Selatan sebelum saya sambung sikit kerja saya dan balik ke rumah kira-kira jam 10.10 minit malam.

Isi minyak sekejap sebelum rehat di rumah. Tak puas hati langsung saya sebab saya tengok cerita Monk di TV3. Menarik sebab pembunuh tu boleh kelirukan polis dalam marathon. Waktu yang sama dia membunuh mangsa. Sukar nak kenalpasti sebab dalam rekod marathon, dia menyertai marathon dan setiap peserta dipasang cip untuk semakan di check point. Saya tertidur terus...

WASSALAM...

11 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Jack, a smart businessman, talks to his son :
Jack: I want you to marry a girl of my choice
Son : "I will choose my own bride".
Jack: "But the girl is Bill Gates's daughter."
Son : "Well, in that case..."

Next Jack approaches Bill Gates
Jack: "I have a husband for your daughter."
Bill Gates : "But my daughter is too young to marry."
Jack: "But this young man is a vice-president of the World Bank."
Bill Gates : "Ah, in that case..."

Finally Jack goes to see the president of the World Bank.
Jack: "I have a young man to be recommended as a vice-president."
President : "But I already have more vice-presidents than I need."
Jack: "But this young man is Bill Gates's son-in-law."
President : "Ah, in that case....."
This is how business is done!!


Lihatlah bagaimana orang bisnes menyelesaikan urusan mereka. Fikir-fikirkanlah...

Oklah..

Saya tiba di office kira-kira jam 7.29 minit pagi. Hari ni masih lagi kena training HL7. Kat Malaysia ni still baru bab HL7 ni sebab tu kena import instructor dari Australia. Kalau sesetengah reference tu, pakarnya hanya ada di Kanada dan US.

Kalau ikut plan asal, kami patutnya ke Australia untuk training ni tapi sebab kos yang tinggi, better bawak instructor ke sini sebab lebih menjimatkan daripada menghantar staf ke sana. Di waktu petang, segala lelah terubat sebab dapat sijil.

Thanks to Mr. Mike Rochow, Certified HL7 v2.4 Control Specialist, Australia National Technical Director and Mr. Adrian Russell, Certified HL7 v2.4 Control Specialist, Technical Business Analyst. Thanks...

For futrher info, please log to Kestral.

Habis sahaja training ingat dah boleh balik tapi ada short meeting pulak! Untuk discussion + training esok. Last sekali saya stay sahajalah kat ofis. Waktu Maghrib saya dengan Azhar dan Khairill solat Maghrib di Masjid Sungai Besi dan kemudian kami makan di Velodrom.

Kemudian saya sambung buat sikit kerja di ofis sambil surf dan balik rumah kira-kira jam 10.05 minit malam. Bila balik, murahnya rezeki sebab tuan rumah buat kenduri. Tak larat nak makan Char Koteaw, Ayam panggang, cucur cempedak dan kuih. Alhamdulillah. Jam 11 malam terus saya masuk tidur.

WASSALAM...

10 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Sorry, saya terlupa nak masukkan jawapan soalan dua hari lepas. Jawapannya ialah Seringgit tu tak wujud!

Kenapa? Kerana mudah sahaja... 9 X 3 = 27. Maknanya mereka mengeluarkan RM 27 dan diberi RM 2 kepada Bell boy tu dan ini bermakna jumlahnya kini yang mereka bayar kepada hotel ialah RM 25. Kenapa nak 27 + 2? Sedangkan patutnya RM25-RM2. Fikirkan...

Oklah...

Masuk office jam 6.44 pagi dan hari ni still sambung training HL7. Tapi waktu rehat sempat saya tinjau Case-Mix Conference sama. Nak buat macam mana tak dapat nak membantu banyak sebab ada training. Alhamdulillah setting Power Point yang saya dan Megat buat berjalan dengan baik.

Kemudian sambung balik training HL7 yang agak memboringkan. Hehehe... Ramai yang tak bagi perhatian. For me, I try to pay very close attention sebab saya kalau boleh nak betul-betul faham. Tapi susah jugak dengan pelat Mike Rochow dan Andrian Rusell ni. Hehehe...

Kemudian turun training bola bersama team PTM dan memang cukup memenatkan. Hmm... Cukup penat! Malam saya sempat ke pasar malam sekejap sebelum saya tidur seawal jam 11 malam. Badan dirasakan cukup penat!

WASSALAM...

09 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Amalan ikhlas lebih diterima


DIRIWAYATKAN daripada Omar bin al-Khattab, katanya, Rasulullah saw bersabda maksudnya: “Segala amalan adalah dengan niat dan untuk seseorang itu apa yang diniatkannya.

“Siapa yang berhijrah (berpindah) kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya. Siapa yang berhijrah untuk mendapat dunia atau mengahwini perempuan, maka hijrahnya juga kepada barang yang dia berhijrah kepadanya.” – (Hadis riwayat Syaikhan)

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan bahawa segala amalan berasaskan niatnya.

Amal ibadat yang dilakukan tanpa niat adalah tidak sah. Orang yang melakukan suatu amalan dengan niat ikhlas, maka akan mendapat balasannya di sisi Allah. Sesiapa yang melakukannya tanpa niat yang baik, maka terserahlah kepada perkara yang diniatkannya itu. Amal kebaikan itu mesti dilakukan dengan niat baik dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak menerima mana-mana amalan kecuali amalan yang ikhlas yang dilakukan semata-mata kerana-Nya.” (Hadis riwayat an-Nasa’i dari Abi Umamah)

Ikhlas ialah niat yang tulus atau motif yang murni ‘kerana Allah’ dalam segala amal ibadat dan kerja kebajikan serta dalam keengganan melakukan maksiat. Seseorang yang ikhlas beribadat bukan untuk mendapat sanjungan orang lain. Mereka juga meninggalkan maksiat bukan kerana takut dihina orang atau takutkan undang-undang. Mereka berbuat demikian dengan motif yang luhur iaitu semata-mata kerana menjunjung perintah Allah dan mendapat keredaan-Nya.

Inilah niat murni yang menjadi asas penilaian Allah terhadap segala amalan manusia

Semoga sama-sama dapat mengambil iktibar atas sedikit renungan di atas, InsyaAllah...

Oklah...

Hari ni selepas tonton berita TV3 (Berita pagi) barulah saya ke pejabat. Entahlah rasa cukup bersemangat hari ni. Bila sampai kat office dah kelam kabut dengan training Health Level 7 (HL7) Standard. Hmmm... Banyak betul nak kena belajar. Instructor dari Australia tu cakap pulak memang pelat. Jenuh nak faham apa yang dia cakap. Hehehe... Tu yang jadi pening sikit.

Sampai jam 5 petang barulah habis training dan saya stay kat office sampai jam 9.30 malam. Kemudian saya dan Khairill makan bihun Sup di Bandar Tasik Selatan sebelum saya balik dan siapkan keperluan untuk hari esok.

Penat jugak walaupun tak main hari ni... Jam 12 dah tertidur!

WASSALAM...
 

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah