Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

22 FEBRUARI 2004 / 01 MUHARAM 1425 H

ASSALAMUALAIKUM...

HIJRAH

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan


Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Alhamdulillah, buat sekali lagi, kita masih diberikan peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ini. Kita masih lagi diberi ruang untuk hidup dan meneruskan kehidupan yang sementara ini. Dan hari ini, tibalah detik 01 Muharam 1425H. Salah satu hari kebesaran dalam kalendar Islam. Satu hari yang mengingatkan kita akan perpindahan Nabi tercinta, Muhammad S.A.W dari Kota suci Mekah ke Kota Madinah.

Hijrah rasul itu memberi impak yang cukup besar buat agama Islam yang kemudiannya menjadi bertambah kukuh dan berkembang luas hingga dapat menumpaskan kaum Kafir Musyrikin dengan mudah. Dan ia merupakan satu kejayaan buat seluruh umat Islam.

Apabila diperhalusi, hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal dari satu lokasi ke satu lokasi, ia sebenarnya juga boleh ditafsir sebagai penghijrahan sikap dari yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. Itu adalah sebahagian daripada Hijrah yang dituntut.

Malangnya kini, kita (termasuk saya) bersikap cuai dan alpa terhadap konsep hijrah ini. Kita sentiasa memberi alasan yang membuatkan kita gagal menghayati konsep hijrah ini dengan sepenuhnya. Justeru tinggallah kita dalam serba kemunduran dan serba serbi ketinggalan.

Dan sempena dengan perayaan peristiwa Hijrah ini, marilah kita sama-sama membuatkan tekad untuk mengubah apa-apa yang tidak baik kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. Moga-moga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Oklah...

Itu adalah sebahagian daripada apa yang ingin saya katakan mengenai hijrah dan Alhamdulillah saya kini sudah banyak mengatur langkah ke arah itu dan ada antaranya yang sudah hampir berjaya. Cuma cabaran dan godaan cukup kuat untuk meneruskannya dan saya amat berharap Allah akan membantu saya melawan segala macam cubaan itu.

Semakin perit, terasa semakin manis pula kejayaan yang dikecapi tetapi ia memerlukan ketahanan yang bukan sikit untuk menghadapinya. InsyaAllah tak lama lagi saya akan berjaya. Amin...

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya, lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang menang." (At-Taubah, 9:20)

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah