Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

02 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum apa-apa, saya nak minta maaf kerana agak lambat update diair ini disebabkan kesibukan yang memuncak pada minggu lepas. Saya dah siapkan catatan cuma proses mengedit yang mengambil sedikit masa hingga agak lewat saya uploadkan catatan ini. Maaf sekali lagi...

Oklah kembali kepada catatan saya...

Lapangnya rasa bila ronda-ronda di jalan yang tak begitu sibuk pada waktu pagi. Dengan cuaca yang tak begitu terik, saya memang rasa begitu tenang ronda kawasan berhampiran rumah saya ni. Hmmm... Ada beberapa sudut memang cantik kalau tangkap gambar di area KL ni.

Tak pernah saya sangka, saya akan menjadi warga kota kosmopolitan ini dan pengalaman saya di sini banyak mengajar saya erti kehidupan. Merenung dan melihat telatah serta gelagat manusia, membuatkan saya semakin insaf dengan apa yang saya perhatikan.

Kalau dulu saya selalu dengar keruntuhan sosial di KL ini, kini saya dapat saksikan depan mata yang membuatkan saya kadang-kadang terkedu dan selalu saya doa agar saya tak terhanyut dalam arus yang deras ini.

Cukup banyak dugaan dan godaan yang datang membuatkan saya jadi begitu takut dengan realiti hidup di kota ini. Cabarannya cukup kuat dan mujurlah saya masih ada ramai “penasihat” yang sentiasa membantu memberi tunjuk ajar. Terima kasih..

Moga semuanya akan dapat saya lalui dengan jayanya, InsyaAllah...

Juga Al-Fatihah buat Adik Safiyyah yang kembali menemui Allah pada hari ini... Berita yang cukup mengejutkan...

Oklah...

Hari ni adalah hari cuti bagi saya. Saya ambil cuti untuk rehat dan tenangkan diri dari tekanan kerja. Just relaks di rumah dan kemudian saya keluar sarapan sambil settlekan urusan perbankan dan ronda-ronda sekitar Cheras dan Bandar Tun Razak. Kemudian kemaskan bilik sambil membasuh sikit lagi pakaian dan pada waktu tengahari saya just rehat di rumah. Waktu makan tengahari saya kebetulan bertembung dengan member sepejabat, Muiz, Yazeed, Shidee dan Zaki di Medan Selera Jalan Jujur.

Waktu petang turun training bola untuk game hari Rabu ini. Memang penat tapi member jabtan saya tak turun training. Hmmm... Depa silap info pulak. Terpaksalah saya training dengan jabatan lain. Malam saya just rehat di rumah sambil menyiapkan beberapa tugasan peribadi.

Schaarq call dan maklumkan sama ada nak ke Pahang tak esok? Alamak, saya ada training Jdeveloper esok dan saya tak dapat nak bertolak jam 4 petang. Awalnya... Highway baru just dua jam sahaja! Hehehe... Tengoklah kalau ada rezeki, saya akan sampai jugak kat sana malam esok.

Saya tidur kira-kira jam 1.30 pagi selepas tonton Liputan Liga Malaysia.

WASSALAM...

01 OGOS  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Setakat yang saya dengar dan baca, Majlis mufti telah mengumumkan bahawa Konsert Sure Heboh adalah haram. Tetapi sambutan orang ramai masih tidak berubah! Bagi saya ini menggambarkan ketidakpekaan orang ramai terhadap peranan mufti di negara kita. Kalau ia dijelaskan haram mengapa masih kita menyokongnya. Di Alor Setar, saya sendiri melihat betapa rosaknya akhlak muda mudi dengan beberapa kes khalwat dan penemuan kondom.

Ia dilakukan di dalam kawasan gelap Stadium Darulaman dan beberapa hotel sekitar Alor Setar. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pun ada mengulas impak negatif Sure Heboh seperti kes khalwat dan rogol. Anda boleh semak kenyataan Datuk Seri Adnan Yakob dalam paper Berita Minggu hari ini.

Bagi saya ia bukan sahaja kepada Sure Heboh tetapi konsert yang lain juga di mana pengedaran rokok dan arak diberikan secara percuma dan berleluasa. Ada juga yang menagih dadah ketika konsert dan pil khayal. Itu adalah gejala negatif yang cukup memalukan bangsa dan negara kita!

Bagi saya karnival Sure Heboh ni bukan langsung tak boleh tetapi dari beberapa aspek ia harus diperbaiki dan disesuaikan dengan tuntutan agama. Islam tidak menghalang umatnya berhibur tetapi bukan hingga di luar batasan...

Moga ada iktibar yang dapat kita kutip, InsyaAllah...

Oklah...

Saya selepas Solat Subuh terus sambung tidur dan cover balik rehat yang saya terlepas. Sambil tu menonton Kaho Na Pyar Hai dan jam 11 saya keluar beli paper sambil makan tengahari dan kemudian balik ke bilik dan basuh baju itu dan ini. Penatnya... Benda ni yang saya malas sekali.

Kemudian saya just rehat kat rumah sampai petang. Malam saya cuba explore jalan kat Cheras ni dan Alhamdulillah saya jumpa beberapa jalan baru. Tapi saya pun pening dengan jalan di area Cheras ni. Tapi slow-slow kena faham dan kemudian saya makan KFC sebab entah tiba-tiba nak makan kfc.

Kemudian saya just rehat sambil membaca dan jam 11.30 malam saya dah tidur...

WASSALAM...

31 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Pahlawan!

Al-Fatihah buat semua pejuang yang telah gugur memperthankan kedaulatan bangsa, negara dan agama...

Tanpa pengobanan mereka, siapalah kita. Masih banyak bekas perajurit yang tidak terbela, di manakah kita ketika sumbangan sempena hari pahlawan dilakukan. Biar pun sedikit sumbangan kita, ia besar ertinya buat mereka yang menghadapi kesukaran hidup ketika ini. Mereka harus dibela nasib mereka.

Bila saya tonton berita, saya lihat masih ada lagi upacara meletakkan bunga di tugu negara. Kalau tak salah saya ia telah difatwakan sebagai haram tetapi mengapa terus diamalkan? Betulkan saya kalau saya silap fakta tetapi kalau tak salah saya ia bertentangan dengan budaya Islam. Yang paling afdhal ialah majlis tahlil dan sedekahkan Al-fatihah...

Betulkan saya sekiranya saya silap...

Oklah...

Pagi saya agak lewat ke pejabat tetapi awal jugak saya prepare untuk ceramah yang saya perlu sampaikan kepada kakitangan Pusat Teknologi Maklumat. Saya sampaikan satu ceramah tentang Artificial Intelligence dan kemudian saya buat sedikit aktiviti dan Alhamdulillah berjaya mencapai matlamatnya... Hampir semua kena dengan gimik yang saya lakukan. Hehehe... Tapi ada moral of the story dari apa yang saya lakukan. Ramai yang tak puas hati kena trick. Hehehe...

Lega rasanya bila semua kerja dah siap. Petang, kami sama-sama main futsal di Soccer XL, Segambut dan kemudian kami sama-sama ke Birthday Party anak Isa di Kota Kemuning. Saya tumpang kereta Abang Shahrul dan sepanjang perjalanan, banyak tips yang saya dapat dari Abang Shahrul. Thanks...

Malam saya stay di office bersama Azhar dan sambil tu memantau perkembangan Kedah lawan Perak di Alor Setar. Hmmm... Seri pulak. Tapi oklah masih ada peluang lagi...

Thanks Azhar sebab hantar saya balik kira-kira jam 11.05 malam. Hmmm... Penat untuk minggu ni...

WASSALAM...

30 JULAI  2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab, keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu adalah kecantikan pemudi yang paling utama." (Mustafa Luthfi al-Manfaluthi )

Sedikit renungan buat hari ini.

Oklah...

Saya turun seawal jam 7 pagi untuk dpatkan gelanggang badminton kat bawah ni. Alhamdulillah dapat pun dan kemudian bergegas settlekan kerja sebab saya kena present dalam meeting hari ni dan Alhamdulillah settle dengan mudahnya. Tapi saya kena hantar report petang ni. Meeting dari jam 8.30 pagi sampai jam 4.30 petang!

Solat Jumaat hari ni khutbah berkisar tentang hari Pahlawan yang jatuh pada hari esok. dan kemudian saya terus settlekan sikit urusan di luar kerana untuk ceramah yang perlu saya sampaikan esok.

Petang pun saya just stay kat pejabat sampai malam. Sambil tu siapkan slide dan aktiviti untuk esok sambil buat discussion sekali dengan Megat tentang pameran Case-Mix tapi sekejap sangat sebab Megat agak sibuk dengan bilik server dan banyak yang dah settle. Jam 11.30 malam baru saya balik ke rumah. Hmmm... Asyik berada kat office sahaja pada waktu malam!

WASSALAM...

29 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Ikut jadual hari ni meeting + discussion dari jam 8.30 pagi sampai jam 4.30 petang tapi disebabkan masalah teknikal meeting sebelah petang ditunda ke hari esok. Apa pun makan tengah hari disediakan. Hehehe... Tapi lepas tu saya follow Megat meninjau masalah ILMS dan makan sekali lagi di Kafe tingkat 7.

Kemudian saya kena bergegas settlekan assignment saya untuk dihantar esok sambil merangka slide untuk hari Sabtu ni. Banyaknya kerja! Petang sempat training bola untuk PTM. Buat friendly dengan team remaja kat sini dan kami menang 6-1. Fazli hattrick, Zaidy 2 gol dan saya just 1 gol.

Malam saya terus ke pejabat sebab nak kena settlekan kerja dan assignment untuk hari esok. Jadi hari ni terpaksa balik dari office kira-kira jam 11.45 malam. Hmmm... Lewat lagi hari ni...

WASSALAM...

28 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Minggu ni cukup sibuk buat diri saya. Ada beberapa tugasan yang harus saya hantar dan selesaikan. Semuanya cukup mencabar minda dan emosi sampaikan waktu tidur pun, saya terjaga memikirkan banyaknya kerja yang harus saya settlekan. Di pejabat asyik meeting dan sebab tu, saya terpaksa hadir ke pejabat pada waktu malam untuk selesaikan apa yang patut. Apa pun, semua ni adalah tanggungjawab yang harus saya pikul.

Lagipun kena kerja jugak sebab waktu sekarang memang sukar nak cari kerja dan dengan peluang yang dah terbentang, Alhamdulillah... Saya kena banyak bersyukur dan menghargai apa yang telah saya perolehi. Semuanya hak Allah...

Bila-bila masa sahaja Allah berhak menarik balik segala macam nikmat yang dikurniakannya. Moga saya sentiasa beringat...

Oklah...

Awal-awal pagi lagi, Muiz dah call dan cakap yang dia MC hari ni. Alamak! Saya pulak kena ganti dia bagi tazkirah dalam meeting jabatan. Langsung saya tak prepare! Terpaksa saya mengadap big boss awal-awal pagi untuk maklumkan perubahan penyampai tazkirah.

Peningnya sebab dateline hari ni pun nak kena masuk meeting dan lain-lain lagi! Mujur sebelum mula meeting saya dah settlekan assignment saya. Meeting jabatan waktu pagi dan meeting jawatankuasa pelaksana HIS pulak waktu petang. Hmmm Meeting-meeting sahaja!

Petang pulak hujan lebat bermakna terpaksa cancel main badminton dan saya terus stay di pejabat sambil settlekan kerja sampai jam 11.30 malam..

Kemudian saya berhenti makan di Velodrom sekejap sambil memikirkan tugasan yang perlu saya hantar pada hari Jumaat ni. Apa pun malam ni saya tidur kira-kira jam 12.30 pagi.

WASSALAM...

27 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah saya dapat satu jemputan dari seorang kawan lama, Izyanie Ariffin ke majlis perkahwinannya di Kuala Terengganu pada 21 Ogos 2004 nanti. Beliau akan berkahwin juga dengan kawan saya, Aizi dan kenduri di pihak lelaki adalah di Penang pada 28 Ogos 2004.

InsyaAllah saya akan hadir di Penang pada 28hb nanti. Saya dah pun apply cuti sebab 21 hb saya dah ada event. Terus saya call Yanie untuk ucapkan tahniah...

Moga Bahagia selamanya dan dilimpahkan rahmat berpanjangan, InsyaAllah...

P/s: Menyesal tak mengorat Yanie ni dulu. Dia sekelas dengan saya dan Aizi pula kelas sebelah saya. Apa pun Yanie ni ada seorang kembar Izyana yang juga rakan sekelas saya. Yana ni bila lagi? Bukan calang-calang kembar ni!

Oklah...

Kelam kabut sikit hari ni dengan nak hantar tugasan tapi sempat sarapan kat luar lagi tu! Hehehe... Tengahari saya sempat jumpa ejen insurans saya sekejap di velodrom dan kemudian terus bergegas hantar tugasan kepada my big boss. Hmm... Legalah sikit tapi saya ada sikit kerja yang perlu saya settlekan lagi. Datelinenya esok! Alamak...

Tapi dah tak banyak dah... Petang training bola dan kemudian waktu malam saya join member main futsal di Balakong. Hehehe... Sempat lagi tu! Jam 12 baru sampai rumah dan lepas sola terus saya tidur.

WASSALAM...

26 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Itu adalah jawapan bagi soalan semalam. Macam mana? Hehehe...

Oklah kembali kepada diari saya...

Hmmm... Hari ni memang agak sibuk sikit, maklumlah esok dateline tapi banyak jugak yang dah settle. Cuma banyak jugak yang nak kena review. Memang tak sempat nak chat dengan sesiapa pun. Sorry, sebab tu saya lebih suka invisible my YM.

Kerja macam biasa dan cuma saya balik agak awal hari ni sebab nak beli TV dan DVD Player. Hari ni habis RM 850 belanja saya temasuk settlekan sewa rumah, handset dan lain-lain. Termenung saya dibuatnya! Badminton pun miss hari ni. Yang lawaknya bila saya nak bawak balik tv tu. Saya naik motor dan nak kena bawak naik motor! Tak ada khidmat penghantaran walaupun saya nak bayar. Hmmm... Mujurlah dengan segala kepakaran yang ada saya dapat bawak balik semua tu. Alhamdulillah dimudahkan urusan sebab semua traffic light warna hijau. Alhamdulillah... Tapi bila fikir balik rasa macam tak percaya pulak... Hehehe...

Malam saya bertandang di office untuk siapkan kerja dan Alhamdulillah ramai jugak kat office malam-malam pun. Hehehe... Nak buat macam mana, kerja nak kena settlekan jugak. Saya balik kira-kira jam 11.45 malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah