Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

30 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bersahur jam 4.30 pagi dan selepas Solat Subuh saya tidur kembali sampai jam 10 pagi dan kemudian bersiap untuk check out dari hotel. Jam 12.30 tengahari bertolak pulang ke KL dan sampai jam 3.30 petang.

Saya Cuma berehat di pejabat sampai jam 5 petang sambil melayari Internet. Kemudian hantar barang ke rumah sebelum beli juadah berbuka. Selepas berbuka, saya Cuma berehat di rumah dan kemudian bersahur sebelum menyaksikan EPL antara Arsenal dan Southampton. Seri 2-2 dan memang dramatik. Saya tidur jam 12.30 malam.

Saya tak dapat menulis panjang disebabkan banyak perkara yang perlu saya selesaikan... Maaf.

WASSALAM...

29 OKTOBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah saya sampai ke Kuantan lebih kurang jam 4 petang semalam. Kemudian saya dan Rahman sama-sama beli makanan berbuka dan saya sibuk berhubung dengan rakan saya di HTAA, Dr. Lela yang juga rakan sekolah saya dulu. Tapi keadaan hujan tak mengizinkan kami bertemu dan kemudian waktu malam saya dan Rahman just berehat di bilik. Nak berterawih pun tak dapat nak redah hujan yang cukup lebat tu.

Hari ni saya bersahur jam 4.30 pagi di Shahzan Inn dan kemudian waktu pagi saya menumpang kereta Azhar bersama Khairill dan Rahman ke MS Garden Hotel tempat Airpool menginap. Berseminar di sana seharian dan bersolat Jumaat di Masjid Negeri yang tak jauh dari tempat kami menginap.

Sempat jugak saya bertemu Airpool yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah... Airpool pun dah berjaya...

Malam saya tak ada just ke Masjid Negeri untuk berterawih dan Alhamdulillah keadaan di sana cukup tenang. Saya sukakan life dekat Kuantan ni. Tak begitu sesak. Saya tidur jam 11 malam

WASSALAM...

28 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Ni Artikel Utusan semalam

TNB cadang naikkan tarif elektrik

PETALING JAYA 26 Okt. - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Che Khalib Mohd. Noh berkata, syarikat itu akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menaikkan tarif tenaga elektrik.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila TNB akan berbuat demikian.

``Bila kami kemukakan, kami akan beritahu dan bila kami kemukakan, kerajaan perlu menilai dan ini mungkin akan mengambil masa selama enam bulan.

``Banyak kajian perlu dibuat, seperti kajian ke atas operasi dan kenaikan harga minyak. Kami perlu membuat cadangan muktamad dan menghantarnya.

``Ini bukan bererti tarif akan dinaikkan esok. Kami cuma kata kami akan kaji semula keseluruhannya,'' katanya pada sidang media yang diadakan semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak Utiliti Kebangsaan 2004, di sini hari ini.

Che Khalib berkata, semakan tarif elektrik itu akan bergantung kepada berapa banyak Petronas menaikkan harga gas yang dibekalkannya kepada TNB. Pada masa ini harga yang dikenakan adalah harga subsidi pada RM6.40 bagi setiap juta unit termal British (mmbtu).

``Petronas berkata mereka mahu menyemak harga (gas) tetapi mereka belum membuat keputusan,'' katanya.

Harga gas akan disemak menjelang akhir tahun 2005.

Che Khalib berkata, kerajaan berperanan menentukan harga yang sesuai lebih-lebih lagi memandangkan bukan semua gas yang dibekalkan oleh Petronas diperoleh dari telaga minyak di Malaysia.

Petronas juga mendapatkan sumber gas dari Thailand dan Indonesia yang dibeli pada harga pasaran iaitu kira-kira AS$3 hingga AS$4 (RM11.40 hingga RM15.20) bagi setiap mmbtu, jelasnya.

``Kami tidak kata kami sanggup membeli ada kadar pasaran. Apa yang kami kata ialah jika Petronas perlu menyemak harga untuk memastikan mereka boleh menyediakan jumlah yang mapan, kami benar-benar perlu menyemak harga,'' tegas Che Khalib.

Beliau juga berkata, dengan kenaikan harga arang batu melebihi 100 peratus dalam setahun lalu, TNB telah mempertingkatkan penggunaan gasnya kepada 60 peratus.

Sementara itu, beliau berkata, permintaan bagi tenaga elektrik pada tahun 2005 diunjurkan meningkat pada kadar tujuh peratus, kurang sedikit sahaja daripada pertumbuhan sebanyak 7.8 peratus yang diunjurkan bagi tahun 2004. - Bernama

Hari ni pula dalam Berita Harian...

 TNB catat untung sebelum cukai RM1.48b

Oleh Azli Ayob

TENAGA Nasional Bhd (TNB) memperoleh keuntungan sebelum cukai kumpulan berjumlah RM1.48 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2004.

Ia adalah penurunan 10.1 peratus berbanding RM1.65 bilion yang dicatatkan dalam tahun kewangan sebelumnya akibat kerugian tukaran wang asing berikutan pengukuhan mata wang yen dan pound berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Perolehan kumpulan syarikat utiliti itu bagaimanapun meningkat 7.6 peratus kepada RM17.71 bilion daripada RM16.46 bilion dalam tahun kewangan lalu.

Selepas ditolak cukai dan peruntukan cukai tertunggak sebanyak RM626.4 juta, keuntungan bersih kumpulannya ialah RM813.7 juta, merosot 23.4 peratus berbanding RM1.06 bilion dalam tahun kewangan lalu.

Pengerusi TNB, Datuk Leo Moggie ketika mengumumkan keputusan kewangan berkenaan, berkata dalam tahun kewangan yang dikaji, syarikat itu mengalami kerugian urus niaga tukaran wang asing RM209.9 juta dan kerugian pertukaran RM211.7 juta.

Beliau berkata, permintaan bagi elektrik dalam tahun kewangan yang dikaji meningkat 7.8 peratus menghasilkan perolehan RM17.22 bilion bagi jualan 72,921.4 GWh tenaga elektrik berbanding RM15.973 bilion bagi jualan 68,254.3 GWh tenaga elektrik tahun kewangan lalu.

Katanya, jualan tenaga elektrik kepada sektor industri dan komersial yang menjadi pendorong utama kepada permintaan elektrik, masing-masing berkembang 6.9 peratus dan 8.6 peratus dalam tahun kewangan berkenaan.

“Berdasarkan kekukuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan unjuran pertumbuhan sebanyak tujuh peratus bagi seluruh tahun ini, jualan tenaga elektrik di negara ini dijangkakan meningkat 7.6 peratus sejajar dengan peningkatan keuntungan jualan 8.1 peratus tahun lalu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ketua Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohamad Noh dan Ketua Pegawai Kewangan TNB, Mohd Izzaddin Idris.

Sementara itu, Che Khalib berkata, TNB akan mengurangkan pendedahan pinjaman dalam mata wang asing bagi mengelakkan kerugian yang lebih tinggi dalam tahun kewangan akan datang.

Beliau berkata langkah itu perlu diambil terutama selepas TNB mengalami kerugian tukaran asing berjumlah RM571.8 juta dalam tahun kewangan yang baru berakhir berikutan pengukuhan pound dan yen.

“Strategi sudah diambil bagi pembayaran semula hutang termasuk berunding dengan bank asing bagi membayar ketika dolar AS mengukuh,” katanya.

Beliau berkata, TNB akan memastikan pendedahan pinjaman dalam mata wang asing dikurangkan hanya kepada dua hingga tiga jenis mata wang berbanding dalam beberapa mata wang sebelum ini.

“Daripada jumlah tunai RM3.8 bilion yang ada sekarang, RM1.8 bilion akan digunakan untuk membayar semula pinjaman jangka pendek dalam ringgit manakala RM800 juta lagi adalah bagi perbelanjaan modal,” katanya.

Che Khalib juga berkata, pada masa sama, TNB dijangka membuat pembayaran segera pinjaman dalam yen yang bernilai kira-kira AS$100 juta.

Selain itu, beliau berkata, TNB akan mengurangkan penggunaan arang batu sebagai bahan api kerana peningkatan dalam harganya, sebaliknya akan memberikan tumpuan kepada penggunaan gas dan tenaga hidro.

Pada sidang akhbar itu, Moggie turut mengumumkan pemberian dividen kasar terakhir 10 sen sesaham dan dividen istimewa empat sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2004.

Memanglah peratus keuntungan turun. Tetapi masih lagi untung. Pada pandangan saya kebajikan rakyatlah yang harus dijadikan keutamaan bukannya keuntungan. Fikirkanlah... Wajar atau tidak Tarif Elektrik dinaikkan...

Oklah...

Hari ni saya akan updatekan diari saya awla kerana jam 12 tengahari nanti saya akan bertolak ke Kuantan untuk Seminar esok. Saya akan menginap di Shazan Inn.

Saya pun bangun agak lewat hari ni. Alhamdulillah masih sempat bersahur dan log in sistem jam 7.23 pagi. Teruskan kerja dan kemudian settlekan beberapa kerja terutamanya untuk hari keluarga PTM 2005 sebelum saya bertolak ke Kuantan.

WASSALAM...

27 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya cukup terkejut dengan berita yang saya tonton malam tadi. Mulanya hanya memaklumkan ENAM orang yang terbunuh di Selatan Thailand. Tetapi apabila menonton kembali berita, saya terkejut melihat mayat-mayat bergelimpangan di depan Balai Polis Tai Bak kalau tak salah saya.

Cukup sedih melihat begitu ramai Umat Islam dibunuh sebegitu kejam oleh pihak berkuasa Thai. Thaksin harus meletakkan jawatan atas kejadian itu! Malah dia menyokong tindakan tentera Thai!!! Sekarang saya cukup berminat untuk menyaksikan tindakan susulan OIC atau OIC hanya sekadar Ooo... I See sahaja!

Kalau sesiapa yang dapat lihat rakaman kejadian, anda boleh lihat bagaimana mereka dihampok dan dihentam dibelasah dengan pelbagai macam cara. Begitu kejam! Tanpa peri kemanusiaan...

Banyak yang nak saya komen tapi maaflah sebab saya agak sibuk kini. Tapi

Sila rujuk:- Akhirnya Selatan Thailand akan ulangi Tragedia Bosnia, Chechnya dan Palestin.

-         Thaksin Umum Sisasat Kematian.
 Thai army blamed for deaths in Tak Bai.
Parut luka boleh hilang tapi parut hati tak boleh hilang.

Banyak lagi yang anda akan baca dalam online news di Internet. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dna memohon doa agar Roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah…

Oklah...

Alhamdulillah hari yang cukup menjadi buat diri saya. Thanks All my team yang bekerja keras dari pagi sampai petang. Saya dah pun present dan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah...

Tak banyak yang dapat saya updatekan hari ni sebab cukup sibuk Cuma selepas habis presentation, terus saya rasa lega... Petang macam biasa, berbuka puasa di rumah dan kemudian berterawih sebelum saya jumpa ejen insurans saya jam 10.20 malam dan habis sahaja perbincangan terus saya berehat di rumah. Jam 12.30 malam baru saya masuk tidur...

P/s: Lawak tengok Nightline mengenai Pusat Serenti di Pahang. Ada ka pelatih kat situ boleh pi Shopping dna dapatkan bekalan dadah di KL lepas tu kembali ke sana. Terkejut jugak dengan senjata-senjata yang dirampas di sana. Apa nak jadi?...

WASSALAM...

26 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Di HUKM ni, saya bekerja dalam environment yang cukup merangsang saya mencapai kejayaan. Banyak sungguh kejayaan yang dicipta oleh penyelidik di sini dan walaupun mereka dalam bidang perubatan dan saya dalam bidang yang lain tetapi cara dan corak kerja mereka harus saya sesuaikan.

Misalnya dalam pembangunan sistem yang sedang saya bangunkan ni, kritikan tu adalah perkara biasa walaupun benda-benda kecil. Seolah-olah perfectionist jadinya. Idea-idea mereka kadan kala melangkaui pemikiran dan memang seronok bekerja dalam keadaan sebegini walaupun banyak cabaran dan hambatan yang perlu dilalui.

Saya sukakan environment yang merangsang ke arah kejayaan walaupun saya masih baru tetapi saya cukup seronok. Doakan saya berjaya mencipta kejayaan!

Berikut saya petik satu petikan wawancara yang saya ambil dari akhbar the star Sabtu lepas. Saya tertarik dengan Tokoh ini...

Syed Mokhtar explains the way he does business

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary has a reputation for shunning the press, preferring to let his associates do the talking. But over the past week, the 52-year-old tycoon has met the press twice to talk about his charitable work and his to buy a block of strategic shares in DRB-HICOM, which pitted him against the influential consortium of Tan Sri S.M. Nasimuddin Amin. WONG CHUN WAI met up with Syed Mokhtar late on Thursday night. 

IT was almost 11pm when Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary walked into the meeting room of a hotel business centre, where the interview was to be carried out.

Wearing a white long-sleeved shirt and a pair of sandals, he seemed out of place at the five-star hotel at Jalan Sultan Ismail in Kuala Lumpur. He was also two hours late. 

His aides had warned this writer that he would probably be “waylaid” on the way here by businessmen and politicians. Many of them, it appeared, would usually ask for business deals and favours, which explained why he remains a reclusive figure, in some ways. 

SYED MOKHTAR: Says he has won many contracts and that made many businessmen jealous.

To avoid being disrupted in his daily work, he shuttles between his house in the affluent Bukit Tunku, his companies and the hotel business centre to conduct his business. 

But there is an unusual favourite spot of his, where deals amounting to millions of ringgit have been made – an Indian restaurant at Jalan Pahang, where he enjoys meeting his partners and clients. 

“If (the late Tan Sri) Loh Boon Siew can meet his friends at a coffee shop every morning, I see no reason why I cannot enjoy my teh tarik at the shop. I am also tong san mali, like him,” he said, in jest, laughing at the intrigue and mystique surrounding him. 

The term tong san mali popularly used in the 1960s refers to immigrants who came from China. For Syed Mokhtar, his ancestral roots can be traced to the Hadbramaut region of Yemen. The six-footer from Kedah is of fair complexion and speaks a sprinkling of northern Hokkien,  

Before his father settled down in Kedah, he travelled as far as Central Asia to do business. He then moved to southern Thailand, alternating between Sadao and Hatyai, before moving to Kedah for good in the mid-1940s. 

Born into a family of seven children, Syed Mokhtar was number three. From childhood, he had learnt to make deals to survive. In his own words, the family lived in a wooden house with no beds, no tables and no chairs. 

The family sold vegetables at the Jalan Telok Wan Jah wet market to supplement the household income while his father took care of his livestock near the Alor Star railway station. 

His father did well in business and soon the family's fortune improved. With only a Form Five education, Syed Mokhtar learnt the trade fast, moving from livestock to transportation and the rice business. 

With Government contracts to supply foodstuff to the army, Syed Mokhtar travelled around the country visiting army camps and selling rice at the same time. In 1987, he turned his attention to international business. 

And the small-time entrepreneur became a big name when he was given the opportunity to develop the Port of Tanjung Pelepas (PTP) and later acquiring control of MMC Corp Bhd which has become his flagship. Getting Maersk Sealand of Denmark and Evergreen Marine of Taiwan to shift from Singapore earned him the respect of the Malaysian authorities.  

He continued to make his presence felt with the support of powerful politicians from Johor, including being involved in the privatisation and subsequent public listing of Johor Port Bhd and the corporatisation of the Johor Tenggara Land Development Authority (Kejora). 

One key person was Tan Sri Muhyiddin Yassin, who was then the Johor State Economic Development Corporation managing director, who went on to become the Mentri Besar and now Agriculture Minister. 

Syed Mokhtar is back in the news again. This time, it is the fight over a strategic 15.8% block of shares in DRB-HICOM held by three parties including the estate of the late Tan Sri Yahaya Ahmad. The estate of the late Tan Sri is disputing the 40:40:20 ownership of this strategic stake. 

Eyeing that stake is a consortium led by automotive tycoon Tan Sri S.M. Nasimuddin S.M. Amin, who owns the Naza Group. His consortium includes the former head of a stock broking firm Nizam Razak and Datuk Muhammad Azaham Wahab, who is the chairman of the construction firm Merge Energy Bhd. 

Billed as the “Fight of the Big Boys,” the contenders for the prized catch have waged a psychological warfare, with both sides feeding information to the media to claim victory. The situation, however, appears fluid and uncertain until now. 

The series of newspaper headlines has forced the publicity shy Syed Mokhtar to come out and talk to reporters to put the record straight. 

“The DRB-HICOM deal is a straight forward business transaction. I have put in my bid and I have gone through the proper process. There is no short cut, that’s all,” he said, but admitted that he turned juak (hot in hokkein) when he talks about it. 

Describing himself as a long-term player, Syed Mokhtar said he decided to speak up because he wanted the people to understand him better, adding that all he asked for was fairness. 

“I am nothing special. I am just a businessman from a small town with a Form Five education. I have no diplomas and I speak the layman’s language but I mean well. I just ask for things to be done properly,” he said. 

He refuted allegations that he was a “crony” of former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad. He had won many contracts and that made many businessmen jealous. 

Syed Mokhtar said he first met Dr Mahathir on Jan 17, 1997, after he had written a letter seeking an appointment to explain some problems he was facing. 

“I remembered that day well. The meeting took place at the Home Ministry. He happened to be in a bad mood. As I was ushered into the office, Tun did not even look up. 

“He was busy looking at his pile of paperwork and when he did not invite me to take the seat, I pulled a chair to sit down. For a while, he did not say a single word but I explained the problems I was facing. He gave me a fair hearing,” he said, declining to say whether the problems involved powerful figures then. 

Syed Mokhtar also shared an anecdote involving his brother who met Dr Mahathir in Florence while the then Prime Minister was on a trip to Italy. His brother, Syed Mohamed, was cycling in the city when he saw a large Malaysian crowd with Dr Mahathir. 

When he introduced himself as a Malaysian from Kedah, Dr Mahathir was surprised and happy to meet someone from his hometown and soon got Syed Mohamed involved in the Islamic Arts Centre in Kuala Lumpur, built by the Al-Bukhary Foundation. 

Saying that the public only sees his successes and not his failures, Syed Mokhtar said he went through the “ups and downs” of business, recalling the many times he had been cheated by businessmen of all races. 

His early business partners were two Chinese men – Ng Chiak Gee, a rice trader, and Chua Chong Tan, a rice miller, with himself holding a majority 52% stake. He described the partnership as his first corporate deal. 

The business remains to this day with the children of the two Chinese men continuing as his business partners. The business, which reportedly has expanded into sugar, is said to be doing about RM250mil a year in turnover. 

Saying he enjoyed the business, which was based on trust, Syed Mokhtar said there were no “fancy corporate meetings” and that the business was carried out in a low key and simple manner. 

Some politicians and businessmen who know him said Syed Mokhtar had “zero social life” because of his business commitments. As the interview was conducted, his mobile telephone, which had the ring tone of a chirping bird, rang incessantly. 

Apologising profusely for these numerous interruptions, Syed Mokhtar said as a result of business, he had to marry much later in his life. He only tied the knot at “41 years old but my wife (Puan Sri Sharifah Zarah) is 17 years younger than me.”  

The couple now has two girls and two boys, ranging from three to 11 years old. 

He maintains an austere lifestyle, never travelling first class in planes even today. He prefers his old Mercedes-Benz and Proton Perdana to a fleet of luxury cars. 

“I never behave like a big man because everyone, whether he is a Malay, Chinese or Indian, is the same. The most important thing is that we must be consistent and work our way up. There is no short cut to success. 

“I remember meeting some bankers in New York. They literally threw their name cards at me across the table but I kept my composure. In the end, I won their trust through my humble ways. I never forget my kampung roots,” he said. 

The interview ended at about 1.15am. Syed Mokhtar escorted me to the door. Shaking my hands, he said he had to go back to work because “I think and plan well at night when things are quiet.” 

I am sure the fight for DRB-HICOM was very much on his mind. 

Oklah...

Saya log in sistem jam 7.08 minit pagi. Terus mulakan kerja. Memang sampai esok kami harus bermati-matian menyiapkan tugasan. Saya cukup berterima kasih dengan team  work kumpulan saya, Kak Hajar, Fazie, Khairill, Muiz, Azrul dan Faizal yang bertungkus lumus membantu menyiapkan tugasan kami. Penatnya!!! Kak Hajar sampai mengadu naik Jerawat HIS katanya. Hehehe... Nak buat macam mana dah kerja kenalah hadapi semua ni.

Sekarang ni memang dalam kepala kerja... kerja... kerja... Kerja... Kerja... Memang betul-betul kerja dan betul-betul sibuk dan waktu macma ni lah saya akan dapat banyak pelawaan member untuk itu dan ini. Hehehe... Maaf memang kurang berkesempatan buat masa ni.

Tengah hari saya luangkan masa untuk berehat di rumah dan kemudian saya terus kembali ke pejabat dan macam biasa kerja yang hendak diselesaikan cukup banyak. Thanks my team!

Inilah waktu yang paling sibuk sepanjang saya mula bekerja. Esok selepas presentation barulah terasa lega dan malam saya ada temujanji. Khamis pulak saya akan ke Kuantan dan Hari Sabtu baru bertolak pulang ke KL. Lepas tu petang tu ada majlis berbuka puasa dan kalau sempat saya akan cuba hadir...

Malam macam biasa, selepas sahaja terawih terus saya masuk tidur...

WASSALAM...       

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248][249][250][251][252][253]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah