Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

17 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Badai ganas menghentam perahu yang ditumpangi oleh seorang bos dan anaknya, yang hendak pergi berhibur ke sebuah pulau. Perahu itu hancur berkeping-keping, tapi kedua penumpang ini selamat, kerana mereka membawa pelampung. 

Setelah terapung berjam-jam dan dilanda rasa putus asa, si anak mulai berkeluh kesah, "Ayah, saya rasa kita tidak akan selamat."

"Oh, bertenang nak. Pasti ada yang menyelamatkan kita !"
"Mengapa ayah begitu yakin? Siapa lah yang ingin mencari-cari kita di tengah samudera yang luas ini ?"
"Para pekerjaku ! Gaji mereka bulan ini belum sempat saya bayarkan."

Satu jenaka pendek buat sedikit hiburan. Hayatilah...

Awal-awal pagi lagi saya dah ke Taman Rimba untuk berjogging macam biasa. Macam mana pun stamina perlu dijaga dan perlu ditingkatkan. Kemudian saya saya habiskan masa dengan baca paper. Biasalah kalau saya baca paper memang agak lama.

Kemudian saya bersama Men dan Zam ke Alor Setar untuk cop nama kami di Jersi Hijaukuning.com. Oklah harganya. Kemudian Zam belanja makan dan Men belanja minum. Lepas tu turn saya pulak belanjan minum di Stadium sebelum saya terus masuk kerja.

Macam biasa dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam. Disebabkan saya memang kaki Internet, ia bukanlah satu masalah bagi diri saya. Cuma malam ni kejutan apabila Wolverhampton Wanderers berjaya menegjutkan MU dengan kemenangan 1-0. Pasti suram penyokong MU.

Saya masih menanti perlawanan Newcastle dua hari lagi. Habis sahaja waktu kerja terus saya balik rumah dan mengarang beberapa perkara yang saya fikirkan perlu untuk saya luahkan. Tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

16 JANUARI 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni entah mengapa saya rasa cukup malas nak berjogging. Mungkin disebabkan tidur lewat malam tadi kot. Lepas Solat Subuh, saya kembali membuta. Kemudian selepas sarapan, saya luangkan masa membaca akhbar sebelum saya berehat untuk solat Jumaat.

Saya solat Jumaat di Masjid Alor Semela dan hari ni khutbah berkisar tentang ketaatan kepada raja. Memang cukup panjang dihuraikan oleh khatib termasuklah dengan menterjemahkan kembali doa yang sering dibaca dalam Khutbah Jumaat.

Kemudian saya masuk kerja macam biasa dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam.

WASSALAM...

15 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

 Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Sedikit selingan buat pedoman bersama...

Hari ni walaupun agak mengantuk saya tetap gagahkan diri turun jogging. Kenapalah malas sangat saya nak turun jogging ni. Tapi saya dah tahu apa yang perlu saya lakukan. Lepas jogging, saya terus ke Stadium melihat training paukan Kedah sambil membantu Kit Man Kedah Misai menjalankan tugasnya.

Yang penting sekarang ialah ilmu yang coach ajar. Saya kena belajar dan analisis semua sekali. Hehehe... Sebab minatlah saya jadi macam ni. Saya minat sangat terhadap bola. Saya memerhati semua aspek dalam bolasepak.

Bukan sahaja coaching, pengurusan jugak penting. Terima Kasih kepada Datuk Shukri kerana memberi banyak maklumat, didikan dan informasi tentang pengurusan bolasepak. Waktu di kampus saya pernah ambil kursus Bolasepak yang merangkumi cara coaching dan management.

Cuma saranan saya untuk rakyat Malaysia, kalau nak tengok Malaysia maju dalam bolasepak, tukarlah kepimpinan FAM! Maaf kalau ia kasar bagi anda. Tetapi itulah hakikat sebenarnya.

Kemudian saya balik rehat sekejap sebelum saya terus ke MC Tech untuk tolong ambil jersi buat Men. Terima Kasih buat Huzainee yang belanja makan tengah hari!

Kemudian saya rest kat rumah sekejap sebelum masuk kerja macam biasa. Macam biasalah lepas waktu kerja, saya tak terus tidur. Tapi malam ni awal sikit tidur, kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

14 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni waktu pagi saya tak turun jogging. Badan masih lagi terasa sakit. Hmm... Tak apalah. Lepas tu yang jadi masalah ialah membuta... Hehehe... Kemudian saya ke kedai sekejap untuk surf sebelum saya balik dan sambung penulisan saya dalam beberapa ketika.

Seperti biasa saya masuk kerja dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam. Cuma waktu rehat petang saya terus ke Stadium untuk ambil jersi saya dari Zickeys. Datuk pun order jugak! Hehehe...

Kemudian saya rest sekejap di rumah sebelum saya sambung kembali kerja. Bila balik dah dekat jam 1 pagi dah. Buat apa yang perlu sikit sebanyak sebelum saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah