Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

12 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Al-Quran sebagai pembela

                        Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

Sedikit tazkirah buat diri kita yang sering alpa dalam mengharungi hidup. Kita sentiasa memerlukan pedoman dan pedoman itu ada dalam Al-Quran, justeru marilah kita sama-sama merenungkannya.

Oklah...

Pagi macam biasa, saya berjogging di Taman Rimba. Hari ni speed test. Alhamdulillah boleh capai masa yang ditetapkan tetapi agak penat may be disebabkan tiga hari tak berjogging. Boss saya pun ada jugak hari ni. Kemudina kami makan bersama sebelum balik. On the way balik, saya terjumpa sesuatu. Senyum tak habislah saya hari ni. Hehehe... Alhamdulillah... Satu lagi maklumat, satu lagi penemuan terbaru dan satu lagi kejayaan. Hehehe...

Lepas tu jumpak pulak dengan mak dan pak menakan saya yang dalam perjalanan ke hospital untuk rawatan. Bila balik, saya kena bersiap dan hajat nak siapkan kerja dengan Cik Bad tetapi ada masalah sikit sebab di kedai khidmat saya diperlukan.

Kemudian saya nak kena tolong Taufik, anak jiran saya untuk cari kerja. Tetapi ada masalah sikit terpaksalah saya tunda esok. Kemudian saya menonton TV sekejap sebelum saya tidur selama 30 minit. Jam 4 masuk kerja macam biasa.

Bila saya balik rehat malam, ada member call ajak keluar. Member lama yang sekarang ni duduk di KL. Saya tak kisah tetapi jam 12 malam ke atas selepas waktu saya kerjalah. Dia kata ok.

Kemudian saya terlalu berdebar disebabkan terlalu terkejut. Saya tak sangka langsung. Hehehe... Bila saya kenangkan balik, lawak! Hehehe... Apalah saya ni. Ishkkk... Hehehe... Tak keruan saya. Nilah saya. Hehehe...

Bila balik rumah, tiba-tiba kawan mai jemput dengan kereta ajak pi makan di Alor Setar. Eloklah tu sebab saya memang lapar. Cari makanan semua dah habis. Cari Maggi pun tak ada. Eloklah saya makan nasi lemak kat luar. Lepas sembang saya balik kira-kira jam 1.30 pagi. Lama tak jumpa Hafiz yang dah nak balik KL dan. Tahniah sebab dapat kerja di Seremban.

WASSALAM...

11 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Dalam sebuah syarikat pengangkutan kargo menggunakan kereta api ada seorang pegawai, bernama Nik.Dia sangat rajin bekerja, dan sangat bertanggung jawab,tetapi dia mempunyai satu kekurangan, iaitu dia merasakan tidak mempunyai harapan apa pun terhadap  kehidupannya, dia melihat dunia ini dengan pandangan tanpa harapan  langsung.

   Pada suatu hari semua kawan-kawan sekerjanya bergegas untuk merayakan hari ulang tahun kelahiran bos mereka, semuanya pergi dengan cepat dan tergesa-gesa. Dengan tidak sengaja
Nik yang sedang bekerja terkunci di sebuah bilik sejuk kontena pengangkutan ais yang belum sempat dibetulkan. Nik berteriak, memukul pintu dengan kuat sambil meminta tolong, semua rakannya sudah pergi merayakan ulang tahun kelahiran bosnya, maka tidak ada yang mendengarnya.

   Tangannya sudah merah dan bengkak2 memukul pintu  itu, suaranya sudah serak akibat berteriak terus, tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya, akhirnya dia duduk di dalam sambil menghelakan nafas
yang panjang.

   Semakin dia berfikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya berkata: dalam kontena sejuk pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah,
kalau dia tidak segera keluar dari situ, pasti akan mati kesejukan. Dia terpaksa dengan tangan yang gemetar, mencari secarik kertas dan sebuah bolpen, menuliskan surat wasiatnya.

   Keesokkan harinya, semua petugaspun datang bekerja.  Apabila mereka membuka
pintu bilik sejuk dalam kontena pengangkut ais tersebut, meraka sangat terkejut menemui Nik yang terbaring di dalam. Mereka segera menghantarkan Nik untuk ditolong, tetapi dia sudah tidak bernyawa lagi.   Tetapi yang paling mereka terkejut adalah, bekalan elektrik ke bilik sejuk untuk menghidupkan mesin itu tidak dibuka, dalam bilik kontena yang besar itu cukup oksigen di dalamnya, yang paling mereka hairankan adalah suhu dalam bilik itu 28 darjah C saja, Tetapi Nik  mati "kesejukan"!

   Nik bukanlah mati kerana suhu dalam kontena terlalu rendah, dia mati kerana ada titik ais di dalam hatinya. Dia sudah menghakim dirinya  dengan hukuman mati, Bagaimana dapat hidup terus?

   Percaya pada diri sendiri adalah sebuah perasaan hati.Orang yang mempunyai rasa percayaan diri tidak akan terus putus asa, dia tidak akan terus berubah sedih terhadap keadaan
hidupnya yang jalan kurang lancar dan berjaya.

   Tanyalah pada diri kita sendiri, apakah kita sendiri sering terus
memutuskan bahawa kita tidak mampu untuk mengerjakan suatu hal, sehingga kita kehilangan banyak kesempatan untuk berjaya? Kehilangan banyak kesempatan untuk belajar mandiri?  Untuk jadi lebih mengerti tentang kehidupan ini?

   Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar, melainkan dalam hati kita sendiri.  Sebelum berusaha sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri, biarpun ada banyak
bantuan yang tertuju pada diri kita ia tetap tidak akan membantu jika kita berkeadaan begitu.

Fikir-fikirkanlah pengajarannya. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Kalau kita positif terhadap apa yang kita fikirkan, InsyaAllah kita akan berjaya...

Oklah...

Bangun dari tidur, terus saya Solat Subuh tetapi agak sukar nak paksa diri jogging macam biasa disebabkan masih pening lagi kepala dan perut masih lagi sakit. Cirit birit pulak dah. Terpaksa selalu berulang alik ke tandas. Tapi tidur balik pun sekejap sahaja sebab nak kena bersiap untuk hantar adik ke hospital.

Saya minta tolong tumpang kereta Boss saya untuk hantar adik ke hospital. Kemudian menanti kat sana. Alhamdulillah ramai yang kenal sebab ramai customer saya. Banyak jugaklah topik yang dibualkan. Saya memang suka berbual dan saya suka dengar cerita orang. Tak tahulah memang dah jenis saya. Tetapi dalam sesetengah keadaan saya akan jadi senyap dan dalam sesetengah keadaan saya akan jadi banyak bercakap. Ia bergantung kepada keadaan.

Kemudian saya masuk kerja jam 12. Adik still ada kat hospital, mak dan abah temankan kat sana. Saya pulak terpaksa settlekan banyak kerja. Hmmm... Susah jugak. Teringat pulak benda lain. Hehehe... Adik saya balik kira-kira jam 2.30 petang.  Demam pun dah kebah sikit. Cuma sakit perut sahaja yang agak meruncing tetapi keadaan terkawal. Alhamdulillah...

Malam habis waktu kerja, saya still stay kat kedai untuk surf beberapa perkembangan terkini dalam negeri. Banyak benda yang perlu saya fikirkan. Nampaknya kebelakangan ni banyak sangat peristiwa yang terjadi. Saya tak sempat sangat nak meneliti semuanya tetapi saya tetap kena cari maklumat jugak. Ini zaman IT, Zaman teknologi maklumat, kalau kita perlukan info, cukup banyak sumber yang boleh kita cari.

Kemudian saya balik kira-kira jam 10 malam. Tetapi saya tetap tidur kira-kira jam 2.30 pagi. Saya tetap kena menulis dan setidak-tidaknya mencoret sesuatu seperti diari ni...

WASSALAM...

10 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga
ia mula bercakap kosong

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

 Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

 Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
 

Sedikit kata-kata hikmah buat membuka bicara hari ni...

Cukup perit hari ni. Badan terasa cukup lemah. Kepala dirasakan berpusing-pusing. Berdenyut-denyut. Nak buat macam mana ni? Malam tadi tak berapa bermaya tetapi saya lawan perasaan tu. Selepas menunaikan Solat Subuh, saya kembali berbaring dan kemudian saya diajak main badminton macam biasa. Walaupun saya rasa kurang sihat tetapi saya rasa better saya keluarkan peluh. Nah! Akhirnya tewas 10-15-10-15! Kepala rasa cukup pening.

Kemudian lepas pekena Air Kelapa Pandan, terasa semakin ok. Alhamdulillah tetapi perut pulak buat hal. Jadi saya habiskan masa di dalam selimut. Barulah rasa lega sikit. Tetapi perut pulak yang terasa semakin senak. Waktu demam, saya Cuma risau kena denggi sebab sekarang ni Kedah memang wabak denggi menjadi-jadi. Alhamdulillah dah ok. Cuma prut sahaja yang terasa senak. Aduh!

Kemudian, saya tetap hadirkan diri menyaksikan training di Padang Mada. Kemudian dapatlah berbual-bual dengan member-member yang hadir dalam training. Nak jumpak Datuk, nampak sibuk dengan urusan. Kemudian saya just rehat di rumah sebelum saya menonton berita. Kes Tan Sri Eric Chia. Saya mengalu-alukan penangkapannya tetapi kalau benar-benar ikhlas membanteras rasuah yang kini sudah menjadi budaya, perlulah dilakukan tangkapan susulan ke atas yang didakwa tak kiralah kalau orang itu berpangkat menteri. 

Malam ni saya sempat buat sedikit survey tentang projek saya dengan Zam dan Men. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, saya akan cuba usahakan...

Kemudian saya ke kedai untuk surf Internet. Alamak, banyaknya email yang tertangguh untuk dibalas. Saya still tak ada kekuatan untuk reply. Maaf. Kepala yang cukup sakit membuatkan saya tak begitu selesa membalas email. Kemudian berdenyut lagi kepala bila membaca dan berfikir soal politik negara di www.agendadaily.com .

Habis sahaja masa kedai beroperasi terus saya balik dan melakukan sedikit kerja sebelum masuk tidur kira-kira jam 1 pagi. Awal hari ni disebabkan oleh rasa yang agak kurang selesa.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah