Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

21 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Memang dalam kesibukan kerja pasti timbul tekanan dan sekiranya tidak dikawal ia akan mebuahkan kemarahan. Ia normal. Ia terjadi pada hampir setiap orang. Kemarahan itu bergantung kepada individu. Ada yang lekas marah dan lekas surut marahnya. Ada yang lamabat marah dan lambat surut marahnya ada yang cepat marah tapi lambat surut marahnya dan ada yang lambat marah tapi lekas surut marahnya.

Saya juga berhadapan dengan situasi ini apabila di tempat kerja. Dalam keadaan yang cukup sibuk seperti ketika itu, pastinya banyak tekanan yang wujud. Alhamdulillah saya adalah yang jenis terlalu sukar untuk marah. Hari ini ada pengalaman yang saya lalui tetapi saya harus faham kesibukan kerja membuatkan orang lekas marah walaupun itu bukan salah kita.

Dan hanya kerana perkara remeh temeh kemarahan itu terhasil. Sebab itu bila ada api kita harus jadi air agar kita mampu ‘memadamkan’ marak kemarahan itu. Dan Alhamdulillah semuanya sudah selesai setelah keadaan menjadi sejuk.

Saya teringat kata-kata Datuk Dr. Mohammad Fadzillah Kamsah yang mengatakan jika kita sedang marah lakukanlah perkara yang bertentangan dengan apa yang sedang kita lakukan. Umpamanya jika kita marah ketika sedang berdiri, kita hendaklah duduk tetapi sambungnya lagi ada beberapa ajaran yang telah Islam beri seperti mengambil air sembahyang dan membaca Al-Quran.

Kalau tak salah saya, Rasulullah pernah bersabda yang menyuruh kita mencari 144 alasan sebelum kita marah. Marah itu harus dikawal. Teringat suatu ketika, saya bermain bolasepak dan kemudian keadaan agak tegang dan terus seorang rakan naik angin. Akhirnya dalam pergelutan di udara, saya telah ditumbuk dari belakang. Memang sakit! Tapi saya tahan. Saya buat selamba. Saya tahu dia sedang panas dan kalau saya panas juga, nanti akan berlaku pertengkaran.

Saya Cuma diam dan bermain seperti biasa. Kemudian bila balik bilik terus saya meluah rasa hati. Ini adalah apa yang saya tulis (Sila Klik perkataan . Malamnya kawan saya itu datang ke bilik dan meminta maaf. Alhamdulillah. Bagi saya saya langsung tak ambil hati dengan insiden itu. Saya tak mahu susahkan hati dengan dendam dan sebab itu saya maafkan dia. Dan pernah saya tulis dalam diari ini, saya tak kisah dengan apa jua orang nak buat ke atas diri saya. Saya tetap akan maafkan. Saya inginkan ketenangan hati. Mengapa harus diingat dengan peristiwa yang menyakitkan? Kan?

Semakin bijak kita mengawal rasa hati, ia adalah sesuatu yang cukup baik buat diri kita. Kebetulan semalam saya ada masukkan artikel AWAS! SUKA MARAH TINGKATKAN KOLESTEROL.

Fikirkanlah...

oklah...

Memang saya agak kelam kabut pagi ni. Banyak yang nak kena saya lakukan. Hari ni dateline nak kena hantar ERD dekat big boss. Saya baru siapkan table-table untuk database. Ada sedikit kekeliruan yang timbuan dari segi naming convention yang membuatkan saya pening. Dari segi atribut dan fields name yang harus saya letakkan.

Kemudian harus dilakarkan semula ERD dalam SmartDraw. Sebelum ni saya gunakan Microsoft Visio. Alamak kelam kabut!!! Dah tu saya ingat nak bagi assistant saya buta tapi takut depa tak faham, jadi saya buat sendiri dan Alhamdulillah hasilnya cukup memuaskan hati saya.

Siap jua akhirnya... Hehehe... Dalam sibuk-sibuk tu pun saya mampu makan di luar lagi. Pagi makan Roti Jala bersama Azhar, Khairill dan Rahman di Jalan Mewah. Tapi tengahari kami tak makan langsung sebab semua sibuk hingga terlupa makan, nasib baik tak lupa solat!

Last sekali hantar tepat jam 4.15 petang dan kemudian kami terus keluar makan petang bersama-sama. Lega rasanya. Tapi malam ni saya kena datang ke ofis sebab nak kena prepare presentation untuk meeting esok. Alamak ramai pegawai kanan hadir! Saya kena lakukan yang terbaik.

Kemudian sempat saya main badminton dan performance cukup memuaskan hati tetapi dari segi stamina, harus saya pertingkatkan lagi. Malam ini genap tiga malam berturut-turut saya stay di pejabat settlekan apa yang patut. Jam 11.45 malam baru saya beransur pulang dan terus tidur.

WASSALAM...

20 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

AWAS! SUKA MARAH TINGKATKAN KOLESTEROL

Tahukah anda amarah, selain menyebabkan anda kehilangan selera humor, dan selalu tampil dengan sikap bermusuhan, juga buruk bagi kesihatan tubuh. Mulai dari naiknya tekanan darah, tingginya kadar kolesterol, kegemukan, depresi sampai masalah-masalah jantung dan kanser.

Lalu, apa hubungannya marah-marah dengan kolesterol? Dalam studi yang dilakukan terhadap 103 orang dewasa sihat, berusia antara 25-40 tahun, para penyelidik menemukan bahawa ledakan amarah berakibat pada menurunnya kadar HDL (High Density Lipoprotein), dan meningkatkan kadar LDL (Low Density Lipoprotein) pada tubuh manusia.

Masalahnya kalau anda jenis orang panas baran dan selalu menunjukkan sikap bermusuhan, kadar HDL, kolesterol yang baik bagi tubuh tadi, akan turun drastik. Sedangkan kadar LDL, justeru meningkat tajam, apalagi kalau kondisi tubuh anda tidak prima.

Begitulah hasil kajian yang dimuat dalam Journal of Behavioral Medicine.

Bagaimana hubungan rasa marah dengan menurunnya kadar HDL dalam darah? Tidak jelas benar, tapi Aron Wolfe Siegmen dan rakan-rakannya dari University of Maryland di Baltimore, Amerika Syarikat yang melakukan penelidikan ini, mengatakan bahawa rasa marah memicu reaksi berlebihan hormon-hormon tubuh seperti adrenalin. Reaksi ini meningkatkan kadar LDL dalam darah.

So, jangan cepat marah ya!!! Hehehe...

Oklah...

Alamak pagi ni lewat saya bangun! Selepas Solat dan bergegas bersiap terus saya datang office tapi lewat saya, saya akan tetap sampai office sebelum jam 7.30 pagi! (Waktu masuk jam 8 pagi). Surf sekejap sebelum sambung buat kerja. Hmmm... Banyak yang harus saya settlekan.

Tambah pulak dengan aktiviti sampingan lagi. Hehehe... Dan akhirnya berita yang saya impikan tiba. My Big boss lanjutkan dateline untuk Data Dictionary dan Cuma ERD sahaja yang harus saya hantar esok. Kuranglah sedikit tekanan kerja.

Petang, saya bersama tiga lagi member di PTM turun training bola dan kami terpaksa join HR kerana tak cukup korum ( 4 orang je turun!). Malam saya berada di pejabat untuk siapkan kerja tapi tak siap sebab saya banyak tumpukan kepada bab bola. Hehehe... Kedah menang dengan Sarawak 3-2. Di pejabat yang stay bersama saya ialah Azhar, Kak Zet dan Khairill. Jam 11.35 baru kami balik.

Saya yang lapar sangat terus makan di Velodrom dan bila balik bilik terus saya nak tidur tapi lupa saya belum solat dan kemudian ingat nak tidur tapi terlupa yang saya kena jahit seluar yang koyak! Alamak bab-bab jahit ni yang leceh. Hehehe... Nak buat macma mana kena survive jugak. Ada bini kan best. Hehehe... Kira-kira jam 12.45 malam baru saya dapat tidur. Lewatnya...Esok nak kena bangun awal!

WASSALAM...

19 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Indahnya tidur...Suasana cukup dingin. Kira-kira jam lima pagi saya dah bangun. Saya tak bukak lampu dan duduk termenung. Jam 5.15 Hujan mula turun dengan lebatnya. Saya terus terlelap tetapi terjaga sebab Datuk Shukri buat miss call macam selalu gerak solat Subuh. Ambil air sembahyang dan terus solat. Kemudian berbaring sekejap sebelum mandi.

Tup... Tup... Jam dah menunjukkan jam 7 pagi! Kelam kabut saya dibuatnya. Terus saya mandi dan bersiap dan terus bergegas ke pejabat. Mujurlah pejabat dengan apartment saya dekat. Tapi still awal daripada orang lain. Cuma Megat sahaja yang saya nampak dah datang.

Sambil tu saya sms Abang Midi yang hantar adik saya ke Maktab Perguruan Ipoh hari ni. Dah lapor diri dah adik saya di sana. Tahniah! Jadilah orang yang berguna...

Seperti biasa baca online news terlebih dahulu dan kemudian surf sebelum saya mulakan kerja. Banyaknya kerja! Nak kena meeting itu dan ini. Asyik meeting sahaja! Puan Kamariah pulak tak datang, saya dah janji nak settlekan kerja. Terpaksa tunda esok.

Kemudian kelam kabut dengan request saya pada user dan akhirnya saya turun jumpa Kak Hanim untuk dapatkan maklumat yang saya perlukan tetapi mengecewakan. Apa pun thanks Kak Hanim sebab banyak membantu. Terus saya jumpa big boss dan ceritakan masalah kumpulan saya dan Big Boss panggil Khairill dan Aieshah untuk short Discussion. Oklah sebab Big Boss nampak memahami.

Saya pulak terus turun main badminton dan kemudian selepas Solat Maghrib terus bergegas ke pejabat untuk settlekan segala macam kerja. Berseorangan saya di pejabat waktu malam settlekan semua kerja. Hmmm... Beginilah kerjaya saya... Saya bertolak balik kira-kira jam 11.30 malam.

WASSALAM...

18 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

NASIHAT Lukman Al-Hakim kepada anaknya:
 
"Sepanjang hidupku, aku memilih 8 kalimah daripada pusaka Nabi sebagai pedoman hidup".
 
Kalimah itu ialah :-
1) Apabila engkau sedang solat (sembahyang) jagalah baik-baik fikiranmu.
2) Apabila engkau berada di rumah orang lain, jagalah matamu.
3) Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis,maka jagalah lidahmu (perkataanmu).
4) Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, maka jagalah perangaimu.
5) Ingatlah selalu kepada Allah.
6) Selalulah ingat akan mati dan bersedialah untuk menghadapi kematian.
7) Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.
8) Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadap kamu.

Semoga sama-sama akan mendapat manfaat dari apa yang telah disampaikan, InsyaAllah...

Oklah...

Hari ni macam hari bekerja pulak. Hehehe... Awal-awal lagi saya dah berada di ofis. Settlekan assignment HIS. Alamak Dr. Nak 21hb ni. Masalah betul... Banyak requirement masih belum dapat dikumpul. Sambil tu baca paper dna Alhamdulillah Zaki ada kat ofis hari ni. Jadi kami pun pelahap koteaw untuk peserta seminar yang tak habis tu. Hehehe... Jimat belanja.

Sambil tu baca paper and surf sampai petang. Dekat nak balik Kak Zet datang bagi sikit idea tapi susah jugak sebab dah lama saya tinggal bab AI ni. Apa pun cuba jugaklah... Kemudian balik rehat dan turun jogging. Malam just berehat di rumah dan kemudian tidur jam 11 malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah