Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

22 JUN 2004

Saya teringat apa yang saya baca minggu lepas tulisan Dato’ Dr. Haron Din yang bertajuk Masalah Sosial : Kita Tuai Apa Yang Kita Semai. Saya tertarik dengan frasa Kita Tuai Apa Yang Kita Semai. Ia cukup berkait dalam kehidupan kita sehari-harian.

Apa yang kita kecapi hari ini sebenarnya adalah apa yang kita lakukan suatu masa dulu. Apa yang kita lakukan hari ni mungkin kita akan rasai suatu hari nanti. Umpamanya, kalau dulu kita bersusah payah belajar dengan bersungguh-sungguh, kini mungkin kita boleh hidup dengan senang. Kalau dulu kita ponteng dan tidak belajar bersungguh-sungguh kini kita akan menghadapi kesusahan.

Satu contoh lagi. Kalau hari ini mata kita masih lagi elok tetapi kita suka membaca dalam gelap, suatu masa nanti kita akan menjadi rabun atau menghadapi masalah penglihatan.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dinyatakan tetapi apa yang penting kita harus sedar setiap apa yang kita lakukan ada kesannya. Kalau tidak sekarang mungkin pada masa akan datang. Justeru setiap tindakan yang kita lakukan, haruslah difikirkan terlebih dahulu..

Oklah...

Agak lewat pagi ni. Mulanya dah turun tapi rupanya tertinggal baju, terpaksalah pulang semula mengambil kembali baju tu. Masuk office macam biasa dan kemudian dapat confirmation dari Schaarq yang nak ke Ipoh malam ni. Terus saya setuju... Hehehe...

Thanks Rahman sebab pinjamkan duit... Terover sikit bulan ni. Waktu tengahari saya settlekan sikit bab perbankan di Maybank Taman Midah. Petang saya, Rahman dan Khairill tepat sahaja jam 4.30 kami terus Punch Card kami. Hehehe...On time! Apa lagi terus saya pecut ke Puchong.

Selepas Solat Asar, dan Chorn sampai terus kami bertolak dan on the way kami singgah jemput Izwan dan isterinya di LRT Kelana Jaya sebelum direct ke Ipoh...

Kalah 1-0 tapi game best... Tak apalah...Terus makan bihun sup di luar stadium dan kemudian bertolak pulang. On the way singgah buat jamak sebelum hantar Izwan dan wife di Keramat dan kami tiba di rumah Schaarq dekat jam 3 pagi. Saya bertolak balik ke Cheras dan tidur kira-kira jam 4 pagi++.

WASSALAM...

21 JUN 2004

18 DALIL AMERIKA DALANG DI SEBALIK PENYEMBELIHAN NICHOLAS BERG

Minggu lalu, dunia digemparkan dengan pendedahan rakaman video adegan penyembelihan seorang rakyat Amerika oleh sekumpulan lelaki bertopeng. Amerika mendakwa bahawa mangsa itu dikenali sebagai Nicholas Berg, kumpulan lelaki tersebut didakwa sebagai pejuang Al – Qaeda, dan lokasi rakaman penyembelihan dikatakan terletak di sebuah kawasan yang tidak dikenali di Iraq. Pihak CIA Amerika ( Central Intelligence Agent ) mendakwa lelaki bertopeng dalam rakaman tersebut yang berperanan menyembelih Nick ialah Abu Mus’ab Zarqawi, salah seorang pemimpin Al – Qaeda.

Rakaman video yang memakan masa 5 minit 37 saat itu dimulakan dengan ucapan ringkas Nicholas Berg yang memperkenalkan diri dan keluarganya yang hanya memakan masa 15 saat. Kemudian disusuli dengan ucapan berteks dari lelaki bertopeng yang juga penyembelih mangsa yang memakan masa 4 minit 10 saat. Kemudian proses penyembelihan yang memakan masa 1 minit 7 saat. Rakaman diakhiri dengan penyembelih memegang dan menjulang kepala mangsa.

Jika ditonton sepintas lalu, kita mungkin akan menyimpulkan bahawa ini tindakan agresif, radikal lagi ganas pejuang Al – Qaeda ke atas seorang tawanan Amerika yang tidak berdosa. Namun atas fakta apakah kita berkata demikian? Apa hujjah – hujjah konkrit yang mampu membantu kekukuhan dakwaan kita tersebut? Atau kita sekadar terikut rentak simfoni fitnah yang dimainkan oleh Amerika dan media munafiq?

18 Dalil : Amerika Mendalangi Penyembelihan Nicholas Berg akan mengupas dan menjawab segala persoalan, keraguan, kesangsian dan kekeliruan yang wujud serta berlegar – legar di kepala setiap insan di muka bumi ini yang tertanya – tanya, ‘benarkah ini perbuatan sekumpulan pejuang Islam bergelar Al – Qaeda?’

KESANGSIAN PADA DIRI MANGSA, NICHOLAS BERG

1. Perhatikan kerusi yang diduduki oleh Nick pada awal rakaman video itu iaitu ketika dia membuat ucapan ringkas. Kerusi tersebut adalah kerusi tentera yang serupa dilihat dalam gambar foto berwarna yang ditangkap di Penjara Abu Gharib. Dalam dunia ni ada beribu – ribu jenis kerusi wujud, mustahil pula secara kebetulan pejuang Al – Qaeda menggunakan kerusi dari jenis dan warna yang sama dengan kerusi tentera AS.

2. Dalam video tersebut, Nick memakai ‘jumpsuit’ penjara berwarna oren. Kita semua maklum bahawa hanya tahanan AS sahaja yang memakai pakaian jenis dan warna ini. Pakaian pesalah jumpsuit berwarna oren itu adalah pakaian yang diberi tentera AS kepada tahanan di bawah jagaannya. Pakaian yang serupa dipakaikan kepada tahanan AS yang terdiri daripada pejuang Al – Qaeda dan mujahid Taliban di penjara Kem X-Ray di Teluk Guntanamao, Cuba. Amat sukar untuk mempercayai bahawa Al – Qaeda akan menyediakan jumpsuit tersebut kepada tawanan mereka. Adalah tidak mungkin Nick akan terus memakai uniform tahanan AS sekiranya ia dibebaskan oleh tentera AS sebagaimana yang telah didakwa.

3. Jika kita tonton rakaman ini dari mula hinggalah kepada babak Nick disembelih, Nick langsung tidak menunjukkan rasa takut pada wajah dan perilakunya. Ketika awal ucapan ringkas Nick, dia kelihatan duduk di atas kerusi sambil bercakap dengan tenang dan tidak menunjukkan reaksi dia dipaksa bercakap dsb. Hatta ketika ucapan berteks selama 4 minit 10 saat oleh si penyembelih, Nick hanya duduk terdiam sambil tangan dan kaki terikat. Dia langsung tidak meronta – ronta atau paling kurang cuba ‘menggagalkan rakaman’ tersebut dengan bertindak liar seperti menjerit, berguling – guling atau cuba melepaskan diri.. padahal dia tau yang dia akan mati beberapa minit lagi! Pelik kan?

Selepas selesai ucapan berteks, Nick ditolak oleh penyembelih, rambutnya ditarik dan pisau tersebut terus mencecah lehernya. Hatta ketika disembelih, dia langsung tidak meronta dan tidak menjerit, sedangkan seekor ayam yang disembelih pun meronta – ronta dan berlari – lari apabila dilepaskan.

4. Sebagaimana yang telah disahkan oleh beberapa doktor pakar bedah, penyembelihan tersebut adalah satu pembohongan. Secara saintifiknya, kepala manusia mengandungi 1.5 gelen darah. Pemisahan kepala dari badan akan menyebabkan limpahan darah yang memancut ke sana sini. Arteri tengkok akan memancutkan darah sepanjang 1 kaki. Tetapi apa yang berlaku ialah darah Nick kelihatan hanya mengalir di bawah lehernya tanpa berlaku percikan atau pancutan darah. Ketika penyembelih itu mengangkat dan menjulang kepala Nick, tidak kelihatan langsung darah yang sewajarnya mengalir dari lehernya!

Secara peribadi, saya pernah melihat video penyembelihan seorang tawanan ketika perang Dunia ke II. Sebaik sahaja pisau memenggal leher tawanan tersebut, darah memancut – mancut dari tengkoknya. Saya juga pernah melihat video penyembelihan seorang pelancong oleh seorang Cannibal. Dalam keadaan pelancong itu duduk di atas tanah, parang dilibaskan ke tengkoknya. Darah memancut ke atas setinggi 2 kaki!

Berdasarkan tiada darah yang memancut, kemungkinan Nick sudah pun mati sebelum kepalanya disembelih. Jika benar, ini menunjukkan si penyembelih tidak berani untuk menyembelih hidup – hidup seseorang yang masih bernyawa lantas memilih ‘soft method’ bagi menyempurnakan tugasannya ( mungkin Nick disuntik dengan ‘lethal injection’ terlebih dahulu, kemudian baru dipotong kepalanya. Kita perlu menyedari bahawa CIA dan FBI mempunyai pelbagai bahan kimia pembunuh untuk mencapai hasrat mereka ).

5. Lebih menarik lagi, kesan penyembelihan itu begitu kemas dan rapi. Mustahil ini berlaku kerana penyembelihan tersebut kelihatan dilakukan secara kasar dan dengan kelajuan yang pantas menggunakan sebilah pisau. Kepala yang diangkat itu menunjukkan Nick telah disembelih dengan kemas oleh sejenis alat memancung pesalah yang digunakan di Perancis satu masa dahulu yang dikenali sebagai ‘Guillotine’.

KESANGSIAN PADA DIRI LELAKI – LELAKI BERTOPENG

6. Berdasarkan warna kulit pada pergelangan tangan kelima – lima lelaki bertopeng ini, kita akan pasti yang mereka ni bukan pejuang Al – Qaeda. Kita menyedari bahawa pejuang – pejuang Al – Qaeda terdiri daripada rakyat Arab, Afghanistan, Iraq, Syria dan Negara Timur Tengah yang lain. Mereka ini bukan sahaja memang memiliki warna kulit yang agak gelap sejak lahir, malah setiap hari mereka menjalani latihan ketenteraan dan berkawad di tengah padang pasir ( rujukan rakaman video latihan ketenteraan Al – Qaeda ). Mana mungkin mereka memiliki kulit secerah itu seperti yang tergambar dalam rakaman video tersebut?

Malah jika kita perhatikan dalam video tersebut, lelaki bersenjata paling kanan sekali yang melilitkan mukanya dengan serban hitam putih. Lilitannya agak longgar hingga menampakkan 30% wajahnya. Kelihatan kulit mukanya amat putih, secerah pergelangan tangannya yang memegang senjata. Kelima – lima lelaki bertopeng ini memiliki warna kulit pergelangan tangan yang cerah dan menyerupai kulit tentera AS sendiri.

7. Si penyembelih itu membaca teks dengan merujuk kepada 2 helai teks bertulis yang dipegangnya. Kita fikirkan secara logik... jika 2 helai teks ucapan itu mempunyai 4 halaman bertulis yang perlu dibaca, pastilah penyembelih itu hanya perlu menyelak sebanyak 1 kali untuk membaca halaman berikutnya. Dalam video tersebut, pada minit ke 2 saat ke 41, teks itu diselak & diputar sebanyak lebih dari 4 kali hanya untuk mencari teks berikutnya yang perlu dibaca, seolah – olah susunan teksnya bercampur baur dan tidak tersusun.

Jika benar rakaman ini milik Al – Qaeda, kita akan terfikir.. logikkah sebuah gerakan Jihad yang memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan persenjataan serta telah melaksanakan berpuluh – puluh operasi pengeboman secara licik, efektif dan bersistematik tanpa boleh dikesan oleh risikan CIA, FBI dan pasukan intelligent dunia, tidak mampu menyediakan teks ucapan yang tersusun dan teratur sehingga memaksa si pembaca menyelak dan memutar teks ucapan tersebut berulang kali?

8. Pakar senjata menyatakan bahawa senjata yang dipegang oleh beberapa orang lelaki bertopeng itu bukanlah AK – 47 tetapi sebenarnya adalah ‘Gilal’. Saya merujuk koleksi majalah yang berkaitan dengan teknologi persenjataan ketenteraan seluruh dunia. Saya mendapati Gilal adalah senjata yang dicipta oleh pakar senjata Israel berdasarkan senjata terkenal AK – 47 buatan Russia. Gilal merupakan klon kepada AK – 47.

Orang awam seperti kita amat sukar untuk membezakan antara AK – 47 dengan Gilal. Al – Qaeda mahupun pejuang Iraq seperti Fedayeen, Syiah dsb rata – rata menggunakan AK – 47, hatta jarang sekali menggunakan M – 16 apatah lagi Gilal yang amat sukar diperolehi dan bilangan pengeluaran amat kecil serta penggunaannya hanya terhad kepada tentera Israel dan segelintir unit – unit kecil dalam battalion tentera AS.

9. Menurut laporan tentera AS, lelaki bertopeng yang menyembelih Nick ialah Abu Mus’ab Zarqawi, iaitu seorang rakyat Jordan. Pakar Bahasa Arab berkata bahawa lelaki bertopeng dalam video itu tidak pun bercakap dalam dialek ( loghat ) Jordan. Ada pihak berpendapat bahawa yang lelaki bertopeng yang membaca teks bertulis itu mungkin bukan penutur asal dalam bahasa Arab.

10. Perhatikan rakaman video tersebut dengan teliti… penyembelih yang dikatakan sebagai Abu Mus’ab Zarqawi itu memakai cincin emas. Mustahil seorang pemimpin gerakan Jihad yang berpegang teguh kepada Islam melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Allah?

11. Pada minit ke 4 saat ke 27 rakaman video tersebut, kedengaran suara seorang lelaki ( tiada dalam visual rakaman kerana berada di belakang kamera ) melaungkan kalimah “Allahuakbar” dan disusuli oleh laungan 2 lelaki lain dari posisi yang sama. Turut kedengaran suara seorang perempuan juga melaungkan kalimah yang sama. Pada ketika itu si penyembelih yang sedang membaca teks tersebut terdiam dan menghentikan ucapannya. Dia kelihatan terpaku dan terpinga – pinga. Sekejap dia toleh ke arah rakannya yang melaungkan takbir di belakang kamera tadi, sekejap dia renung teksnya kembali.

Situasi ‘tidak tau nak buat apa’ itu berlaku selama 7 saat. Mungkin lelaki ini terkejut kerana rakannya tidak mengikut kronologi lakonan yang mereka telah rancang? Pada minit ke 4 saat ke 34, dalam keadaan terpinga – pinga itulah lelaki ini mengeluarkan pisau panjang dari ‘vest’nya dan menolak Nick lalu terus menyembelih tanpa menghabiskan bacaan teks yang terbantut tadi.

12. Ketika proses penyembelihan berlaku, laungan takbir dan jeritan ( bukan jeritan Nick ) kedengaran tanpa henti. Jeritan yang kedengaran telah ditafsirkan sebagai jeritan orang perempuan oleh ramai pemerhati. Beberapa pakar teknologi rakaman pita video memperkatakan bahawa jeritan itu telah disadur masuk secara amatur ke dalam rakaman tersebut.

13. Anda perhatikan dengan teliti… lelaki bertopeng hitam yang membaca teks ucapan itulah yang bertanggungjawab menolak Nick, menarik rambutnya dan akhirnya menyembelih leher mangsa dengan pisau. Tiba – tiba selepas leher Nick putus dan benar – benar terpisah dari tengkuknya, didapati lelaki bertopeng putih pula yang memegang pisau di tangan kanannya dan mengangkat kepala Nick di tangan kirinya. Eh, bila masa pula si penyembelih bertukar orang? Seolah – olah penyuntingan berlaku pada rakaman tersebut!

KESANGSIAN PERISTIWA PENYEMBELIHAN INI SECARA GLOBAL

14. CIA mendakwa pihaknya telah melakukan kajian ke atas pita video berkenaan dan mengatakan bahawa lelaki bertopeng yang membaca teks ucapan dan yang menyembelih Nick itu adalah Abu Mus’ab Zarqawi, salah seorang pemimpin tertinggi Al – Qaeda. Walau bagaimanapun, bagi anda atau sesiapa pun yang pernah melihat rakaman video berkenaan pasti mendapati amat sukar untuk mengenali bahawa benarkah lelaki bertopeng tersebut ialah Zarqawi? Malah amat mustahil juga bagi sesiapa jua untuk mengenali 4 lelaki lain yang berlilitkan serban di muka masing – masing.

15. Menurut laporan tentera AS dalam bulan April 2003, Zarqawi telah terbunuh dalam satu serangan helikopter AS di Fallujah, Iraq. Tetapi selepas pendedahan video penyembelihan ini, mereka mengatakan Zarqawi bertanggungjawab menyembelih Nick… eh, Zarqawi hidup balik ke?

16. Media AS pernah mendakwa bahawa Zarqawi telah kehilangan sebelah kakinya dalam tahun 2001. Jika benar Zarqawi telah kehilangan sebelah kakinya dan telah dipulihkan dengan kaki palsu yang semestinya tidak mungkin menyamai kaki asal serta tidak sempurna fungsinya, pasti dia akan kelihatan terjengkot – jengkot atau tangannya berpaut pada rakan di sebelahnya dalam rakaman tersebut. Tetapi ini tidak berlaku, malah kedua – dua tangan lelaki bertopeng yang didakwa sebagai Zarqawi itu memegang erat teks ucapannya, dan dia kelihatan begitu ‘sihat’ tanpa masalah ketika berdiri sambil sekali sekala menggoyangkan badannya.

17. Media AS berkata bahawa Nick telah dibunuh kerana Al – Qaeda ingin membalas dendam di atas perbuatan tentera AS yang menyeksa dan mengaibkan rakyat Iraq di penjara Abu Gharib. Kita sedia maklum bahawa penyeksaan dan penderaan ke atas rakyat Iraq di penjara Abu Gharib telah berlarutan selama lebih dari 1 tahun. Jika Al – Qaeda mahu membalas dendam di atas penderaan tersebut, mereka pasti telah melakukannya sejak dari dahulu lagi. Tetapi mengapa setelah Mirror Daily mendedahkan penderaan ini dan mendapat liputan meluas dari media seluruh dunia, Al – Qaeda baru hendak bertindak? Logikkah Al – Qaeda perlu menunggu laporan dari media terlebih dahulu baru mereka boleh bertindak?

18. Pihak tentera AS telah menyatakan yang Nick tidak pernah ditahan oleh tentera AS dan mendakwa bahawa Nick ditahan oleh polis Iraq. Pihak polis Iraq pula berkeras menafikan yang Nick pernah ditahan di bawah mereka. Pada 1 April 2004, sebuah e – mail dari Beth A. Payne, seorang Pegawai Perunding AS di Iraq yang dihantar kepada keluarga Nick. E – mail itu menyatakan yang beliau telah berjaya menjejaki Nick yang ketika itu berada dalam tahanan tentera AS. Tetapi hari ini, Nick didapati hilang dari tahanan AS. Visual rakaman yang memperlihatkan dia berpakaian ‘jumpsuit’ berwarna oren menguatkan lagi dakwaan bahawa sememangnya Nick berada dalam tahanan tentera AS sebelum dia dibunuh, bukan dalam tahanan polis Iraq.

KEMUNGKINAN BESAR

1. Nicholas Berg ditahan oleh tentera AS dan dipakaikan pakaian tahanan ‘jumpsuit’ oren. Dia diarahkan memperkenalkan diri di hadapan kamera ( ini prosedur biasa bagi setiap tahanan AS, seperti yang anda dapat lihat di awal video penyembelihan ini ).

2. Ketika rakaman adegan pembacaan teks oleh lelaki bertopeng, Nick kelihatan duduk dengan tenang sambil tangan dan kaki terikat. Kemungkinan, pengarah video menerangkan kepada Nick bahawa lakonan ini hanya untuk rakaman, tidak lebih dari itu dan Nick hanya perlu duduk diam. Nick juga tidak dimaklumkan bahawa dia bakal dibunuh ( sebab itu dia hanya duduk diam seperti yang diarahkan ).

3. Selepas membaca teks, lelaki bertopeng hitam itu menolak Nick dan jika kita perhatikan dengan teliti, sebaik sahaja pisau itu mencecah leher Nick, sudut posisi kamera telah berubah. Pada pandangan saya, sebaik sahaja pisau itu mencecah leher Nick, rakaman itu telah dihentikan. Kemudian Nick dibunuh dengan cara lembut yang tidak menjejaskan tubuh badannya samada melalui racun atau suntikan.

4. Beberapa jam setelah Nick mati, rakaman tersebut disambung semula. Untuk rakaman kedua ini, posisi kamera telah berubah dan tidak lagi berada di posisi babak terakhir dalam rakaman pertama. Dalam rakaman kedua ini, leher Nick disembelih dengan pisau tanpa reaksi rontaan dari tubuhnya ( ini membuktikan Nick telah pun mati sebelum disembelih lagi ).

5. Sebaik sahaja kepala Nick terpisah dari tubuhnya, hanya sedikit darah yang mengalir membasahi lantai. Tidak wujud pancutan darah dari tengkoknya ( membuktikan Nick telah mati sebelum disembelih lagi ).

6. Akhir sekali, kepala Nick diangkat dan dijulang oleh lelaki bertopeng putih. Dan seperti yang disaksikan dalam rakaman video tersebut, tiada setitik darah pun menitik dari leher kepala Nick ( membuktikan Nick telah pun mati sebelum disembelih lagi ).

Bagi AS, apalah sangat harga nyawa seorang rakyatnya jika dibandingkan dengan kepuasan serakah mereka untuk menfitnah Al – Qaeda dan Islam. Tolong sebarkan kepada umum. Ini jihad kita untuk memulihkan kembali imej Islam. Biar umum tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Allahuakbar !!!

Ini versi Bahasa Melayu, sebelum ni saya terima versi Bahasa Inggeris... Saya tak mahu cakap betul atau tidak tetapi, dengan akal yang waras fikirkanlah...

Oklah...

Sampai di Pudu jam 6.50 terus saya bergegas ke LRT Plaza Rakyat dan terus ke LRT Cheras. Dari LRT Cheras saya dengan pantas berjalan ke rumah dan sampai kira-kira jam 7.20 pagi. Mandi dengan ala kadar dan Subuh gajah, terus saya bersiap ke pejabat dan tengok kat motor nampak lain. Rupanya side mirror dah kena kebas! Alamak... Terbang duit saya... Apa pun sempat ketik kad pada jam 7.51 pagi. Paling lewat dalam sejarah kerja saya!

Kemudian bukak PC, surf dan buat sikit sahaja perbincangan dengan Fazie. Petang ingat nak sambung main badminton tapi ada maslaah sikit. Tak dapatlah dirasmikan kasut baru tu. Hmm Tak apalah esok may be ok kot.

Malam saya banyak melayan panggilan telefon yang rata-rata bercakap lebih 10 minit. Lama jugak kan... Tidur sekejap sebelum sambung bangun tengok Euro England lawan Croatia. Nak tengok France tak dapat channel 8.

WASSALAM...

20 JUN 2004

Saya bangun untuk Solat Subuh sebelum sambung kembali tidur. Mengantuk + penat. Kemudian keluar beli tiket di Shahab Perdana dengan Shaukhi sebelum shopping di Mydin dan kemudian saya berseorangan pusing Shopping Complex kat Alor Setar. Sempat saya singgah ke kedai CD di City Plaza tingkat 3. Masuk-masuk saya belek katalog yang dipamerkan. Mula-mula ok tetapi bila saya semak satu katalog, Astagfirullahala’zim terus saya letak dan tak sanggup tengok. CD porno dijual secara terbuka. Saya pusing dua tiga kedai lagi, senario yang sama juga berlaku. Mana penguatkuasa ni? Boleh dipersoalkan. Yang jual tu budak melayu pulak tu. Perempuan! Tapi saya tahulah taukenya Cina. Bila lah nak habis kes-kes macam ni. Tu yang banyak benda tak elok terjadi kebelakangan ni...

Kemudian saya rehat kat rumah sebelum ambik Shaukhi di Alor Setar. Lewat saya pi sebab tertidur. Lepas tu belanja dia minum air kelapa sebelum saya rehat di rumah sambil menonton satu filem di TV3. Seronok tapi dengan tiba-tiba pemancar TV3 di kawasan saya ada gangguan. Langsung tak dapat tengok ending. Kempunan...

Selepas Solat magrib saya ke beberapa destinasi sebelum ke kedai lama utnuk jumpa kawan-kawan. Jam 9 saya luangkan masa ke tempat yang sering saya kunjungi dan saya disambut mesra. Hmm... Thanks atas layanan yang cukup baik...

Jam 10.20 saya bertolak ke Shahab setelah bersalaman dengan mak dan abah dan keluarga. Jam sepatutnya jalan jam 11.15 tapi sampai jam 11.30 tak jalan lagi. 11.40 baru dia bukak pintu bas dan jam 12 baru jalan! Lepas tu ambil orang kat sana sini sampai Sungai Petani jam 1.25 dan bertolak dari SP kira-kira jam 1.30 pagi! Men dah kat Perak dah waktu tu.

Saya tak dapat tidur nyenyak sebab duduk belakang drebar dan bila tengok drebar bawak laju, rasa tak dapat tidur nyenyak. Sebelum tu saya duduk kat belakang tapi sebab sebelah saya penumpang perempuan, jadi saya tukarlah tempat duduk. Sebab tu kena duduk belakang drebar bas...

WASSALAM...

19 JUN 2004

Cuba klik link ni... http://www.flashtoons.org/movies/movie51.swf

Sedikit lawak + pengajaran buat tatapan bersama... Moga-moga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari apa yang ada, InsyaAllah...

Oklah..

Saya bangun sekejap untuk baca paper dan sarapan dan kemudian sambung tidur balik dan kemudian berbalas SMS dengan member sebelum sambung tidur balik last sekali saya terlewat sampai di rumah zam. Sorry. Selepas makan tengah hari + solat di rumah Zam, kami pun meneruskan projek shopping kami. Ingat nak beli pen sempena hari bapa tapi promotion yang saya baca dalam paper tu tak ada di cawangan Alor Setar. Alamak...

Kemudian ikut Boss dan Zam beli CD. Sempat jugak saya beli cd Troy. Sampai jam 5 kami terpaksa berpisah sebab Zam dah nak balik Langkawi. Jadi saya rest di rumah sebelum saya cuba contact datuk Shukri tapi tak dapat dapat. Malam saya ke Stadium tonton game Kedah. Seri lagi 1-1 Ulasan saya dalam HKC. Balik saya belanja adik makan di nashmir Nasi Kandar. Kemudian tengok bola Belanda lawan Chez. Kalah Belanda 3-2. Kemudian baru tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah