Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

03 SEPTEMBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

HADIAH TERBAIK

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
 

Sedikit kata-kata untuk hari ini...

Oklah...

Hari kedua dan terakhir kursus hari ni. Hmm... Alhamdulillah dapat sijil lagi. Banyaknya koleksi sijil saya terpaksa cari satu lagi fail untuk isi sijil-sijil yang baru. Banyak sungguh kursus yang kena attend sekarang ni.

Solat Jumat di Masjid Zubbair Ibnul Awwam. Khutbah berkisar soal Masjid sebagai simbol perpaduan Ummah. Cuma hari ni tak ramai yang solat di sini. Rasanya ramai yang berkunjung ke Masjid Wilayah yang khatib hari ini adalah Imam Masjidil Haram. Saya kalau tak berkursus, dah ke sana sekurang-kurangnya dapat bersalaman dengan Imam Masjidil Haram pun jadilah.

Lepas Solat Jumaat sambung kursus dan habis agak lewat. Saya merancang nak jumpa My Big boss tapi disebabkan saya dah janji dengan Encik Nasri di Velodrom, terpaksalah saya tepati janji. Setelah settle semua urusan saya just rehat sekejap di rumah. Setelah selesai solat Isyak terus saya ke Sportsplanet Subang Jaya untuk main futsal bersama member ex-MRSM PDRM.

Tapi tak ramai yang hadir. Sukar jugak nak bincangkan sama soal alumni di bawah ANSARA. Yang datang just Adz, Kuril, Ijam, saya dan Lela (kini dah bergelar Dr. Norlelawati). Kemudian kami ke mahboub di Bangsar. Thanks Adz atas ole-ole dari Bali dan transport. Juga Ijam atas transport.

Saya sampai di rumah kira-kira jam 2.30 pagi dan kemudian saya just rehat dan terus lelapkan mata.

WASSALAM... 

02 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Hari bermacam-macam benda berlaku. Ada pahit dan manis. Saya hampir menitis air mata menyaksikan pembebasan Daruk Seri Anwar Ibrahim dan Tahniah kepada Puan Haireen yang mendapat cahayamata perempuan kira-kira jam 4 pagi tadi.

Takziah buat Azhar yang kehilangan ayahnya. Banyakkanlah bersabar. Al-Fatihah.

Paling menarik hari ni ialah pembebasan DSAI yang setelah sekian lama dizalimi. Jangan anggap saya berkempen. Saya cuma meluah dari kacamata saya betapa DSAI sebenarnya teraniaya dalam perjalanan perbicaraan yang cukup berat sebelah. Siapa pun yang celik undang-undang pasti akan mengakuinya.

Menarik untuk melihat bagaimana situasi politik negara selepas ini...

Oklah...

Entahlah waktu pagi bila on the way ke pejabat, saya rasa cukup tenang dan rileks. Ni lah kelebihan cuti... Lama bercuti memang banyak memberi kesan. Ia banyak membuatkan saya membuang ketepuan fikiran sebelum ni. Hehehe... Pendek kata menyegarkan semula minda.

Memang seronok bila dapat lihat sawah padi dan sebagainya. Tengok balik tempat kita membesar dan tengok balik kesemua yang pernah saya lalui. Jumpa kawan-kawan lama. Menjenguk kenangan silam. Hehehe... Indahnya.

Bila balik rumah tak macam sekarang. Dekat rumah sewa sekarang bila balik rasa macam sorang je. Housemate memang jarang ada kat rumah. Bila saya keluar depa baru balik ke rumah dan kadang-kadang tu sampai beberapa hari tak jumpa walaupun satu rumah. Sebab tu saya selalu keluar set temujanji dengan kawan-kawan lama. Dengan Airpool rakan sekampus dulu pun saya tak sempat jumpa lagi di sini. Hehehe... Bukan Airpool sahaja, ramai lagi yang masih belum berkesempatan jumpa walaupun ramai juga yang dah saya jumpa.

Ariep sorry sebab tak dapat hadir hari tu. Saya bercuti di Kedah waktu tu... Apa pun saya selalu baca blog Ariep.

Apa pun...

Hari ni, saya terpaksa berkursus lagi. Kursus lagi!!! Kursus Orientasi HUKM. Alamak, macam zaman student pulak nak kena orientasi. Hehehe... Banyaknya yang hadir adalah nurse. Hmmm... Budak laki macam dah pupus.

Taklimat demi taklimat yang didengar dan sampai waktu petang. Habis sahaja kursus terus saya settlekan beberapa perkara dan kemudian saya cari juadah berbuka di Pasar Malam Bandar Tun Razak.

Malam, saya just berehat di rumah sambil menonton Berita dan TV. Saya tidur agak awal malam ni. Hehehe... Memang mengantuk + penat.

WASSALAM... 

01 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM
 
 Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada
 kekejaman ialah:
 
 1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan
 tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
 
 2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap
 harinya tidak membaca seratus ayat.
 
 3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak
 sembahyang dua rakaat.
 
 4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian
 tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
 
 5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari
 Jumaat kemudian tidak
 sembahyang jemaah.
 
 6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang
 alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa
 daripadanya.
 
 7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan
 masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
 
 8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak
 datang.
 
 9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu
 belajar ilmu dan kesopanan.

 10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa
 tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari
 makanannya itu.

Sedikit renungan pembuka bicara pagi ni.... Semoga sama-sama mendapat manfaatnya, InsyaAllah...

Oklah...

Bas sampai kira-kira jam 8 pagi lebih di Pudu. Terpaksa saya ambil cuti kecemasan hari ni. Kemudian terus saya naik LRT ke apartmen dan terus berehat. Ramai yang marah-marah. Nak samanlah sebab masalah bas ni. Hmmm... Demam balik jadinya. Saya hanya duduk rumah waktu siang tapi waktu malam saya luangkan masa sekejap ke pejabat.

Di Pejabat pening jugak fikir tentang kerja yang masih tertangguh. Banyak pulak tu. Alamak! Hehehe... Kemudian saya rehat di rumah sebelum masuk tidur.

WASSALAM... 

31 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Alamak, saya ada tulis komentar Merdeka tapi saya tak ingat kat mana saya save. Tak apalah, bila saya jumpa nanti saya terbitkan. Sayang betul!

Waktu pagi saya just di rumah sebelum saya ke Kampung untuk jumpa Tok Wan dan saudara mara yang lain. Alhamdulillah semuanya ok dan sihat. Cukup seronok nikmati suasana kampung dan terutamanya mandi di bilik mandi luar yang open air. Memang menyegarkan. Berbual dengan Tok Wan merupakan sesuatu yang harus saya lakukan. Pak Long dan Mak Long bersama Athirah kebetulan balik kampung. Memang agak meriah sebab yang lain macam Mak Cik, Pak Cik Habib, Paksu, Maksu, Akmal, Yun, Huzaifi, Kak Cik Aida ada kat kampung sekali.

Kemudian saya menjenguk sepupu saya yang baru bersalin di Pendang dan kemudian saya keluar dengan Zam dan Boss di Star Parade. Tersempat dengan ramai orang antaranya Abang Badrul, Nazura dan Badrul Afzan.

Saya pulang waktu Maghrib dan kemudian bersiap untuk bertolak ke KL. Bas patutnya jam 11 malam tapi jam 2 pagi lebih baru bertolak! Alamak! Saya kerja pagi esok!

WASSALAM...   

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah