Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

25 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Hari baru saya tahu penulis asal senikata Bukan orang biasa yang saya masukkan dalam diari saya baru-baru ini. Sila ke Jongkang-Jongket. Beliau adalah penulis sebenar senikata lagu tu.

Oklah...

Saya bangun jam 5.20 pagi dan cepat-cepat sahur sebelum solat Subuh dan kemudian terus bersiap ke pejabat. Saya log in jam 6.40 pagi. Kemudian siapkan beberapa kerja sebelum saya masuk dalam perbincangan pembangunan sistem bersama pengguna. Banyak jugak yang perlu diperbetulkan. Ni yang penat ni. Banyaknya nak kena buat.

Petang lepas waktu pejabat, saya terus pulang ke rumah dan tidur sekejap sebelum kembali untuk majlis berbuka puasa HUKM. Lepas Solat Maghrib dan berbuka, saya ke pejabat saya sekejap sebelum saya solat Terawih di Masjid Saidina Othman. Kemudian selepas beli beberapa barang terus saya balik dan masuk tidur.

Memang hari ni cukup memenatkan bagi saya...

WASSALAM...

24 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Mengapa Mesti Menjerit?

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan  marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?"

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan  menjawab,

"Kerana ketika itu ia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak."

"Tapi..." guru itu balik bertanya, "lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak? Apakah ia tak dapat berbicara secara halus?"

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul Menurut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawaban yang memuaskan.guru lalu berkata, "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan,jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau  secara fizik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi."
 
Guru masih melanjutkan, "Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua  orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas.  Mengapa demikian?"

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.

Mereka nampak berfikir amat dalam namun tak satupun berani memberikan jawaban.

"Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Pada  akhirnya sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja amatlah  cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."

Sang guru masih melanjutkan, "Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di  saat seperti itu, TAK mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantu anda."

Fikirkanlah...

Oklah...

Saya bangun jam 5.15 pagi dan kemudian selepas Solat Subuh saya sambung tidur sampai jam 7 pagi dan kemudian berehat sambil menonton Motivasi pagi sebelum saya bergegas ke Hentian Puduraya kira-kira jam 8.15 pagi untuk beli tiket balik Kedah. Alamak! Saya ni boleh dikira lewat beli tiket, kan cukup susah nak dapatkannya! Tu La!!! Akhirnya, Alhamdulillah saya dapat pun tiket balik raya nanti iaitu pada malam raya 13 November 2004 jam 11 malam. Maknanya jam 4 pagi baru saya sampai Kedah. Hmmm... Adat mencari rezeki di perantauan terimalah.

Sukar jugak nak bayangkan suasana malam raya di KL ni. Hari Sabtu tu, pastinya cukup sunyi. Just beberapa orang sahaja yang ada di pejabat sebab ramai yang cuti awal bermula dari Deepavali lagi sedangkan saya mula cuti Hari Raya Pertama tu. Nak buat macam mana... Apa pun terimalah... Hehehe...

Kemudian saya ke pejabat settlekan banyak kerja yang tertangguh. Cuma Rahman yang ada bersama saya hari ni. Biasalah hari Ahad, tak ramai yang akan ke pejabat. Saya di pejabat sampai jam 3.30 petang sebelum saya ke BCB di Bandar Tun Razak sebelum saya beli beberapa barang keperluan rumah di sana. Kemudian terus saya plang ke rumah.

Jam 6.15 petang saya keluar beli barang berbuka dan dah banyak yang habis! Hmmm... Beli ajalah apa yang tingal. Kemudian solat Terawih dan kemudian terus join Rahman, Azizi, Fazli ke NZ di Wangsa Maju untuk tonton MU vs Arsenal. Saya lebih sokong Arsenal... Tapi Arsenal tewas 2-0. Saya sampai rumah jam 1.30 pagi dan kemudian saya buat beberapa kerja yang patut saya lakukan sampai 4.30 pagi sebelum masuk tidur.

WASSALAM...

23 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Bulan ramadan telah tiba.....dan kita sedang berpuasa........ Marilah kita sama-sama tambahkan ibadat dan berdoa semoga amalan kita di terima Allah...

Apa yang saya ingin katakan di sini ialah betapa pentingnya Qiamulail untuk membina semangat juang umat Islam.....samada berjuang melawan musuh...ataupun berjuang melawan hawa nafsu.... Salehuddin Al Ayubi...adalah salah satu pahlawan dan pemerintah besar Islam yang berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada tangan kafir..........dengan kuasa Allah...

Salah satu rahsia kejayaannya ialah Qiamulail.....

Apabila waktu dinihari....beliau akan menyamar dan menyelidiki tentera-tenteranya...di khemah masing-masing... Beliau kemudiannya akan mengenal pasti khemah-khemah yang askarnya berqiamulail....dan khemah-khemah yang penghuninya tidur......

Keesokan harinya...apabila beliau memilih tentera untuk berperang....beliau akan memanggil tentera-tentera daripada khemah yang penghuninya berqiamulail....

manakala tentera yang tidur tidak dibenarkan berperang.......kerana golongan yang kuat tidur ini tidak mempunyai semangat yang cukup kental untuk melawan musuh...

Itulah salah satu rahsia kejayaan Salehudiin Al Ayubi....

Itu adalah satu petikan tazkirah yang saya terima melalui email dan saya cukup terkesan dengan tazkirah ini. Justeru saya letakkan dalam diari saya sebagai renungan bersama. Mudah-mudahan dalam bulan yang mulia ini, kita beroleh manfaatnya, InsyaAllah...

Oklah...

Saya bangun bersahur jam 5.15 pagi dan kemudian tertidur sebelum saya bangun semula jam 6.30 pagi. Saya log in system jam 7.12 pagi dan kemudian bersiap untuk presentation. Memang agak kelam kabut hair ni dan Alhamdulillah, saya present empat modul selama sejam dan kemudian terus rasa lega. Sessi presentation habis jam 12.30 tengahari. Lepas settlekan sikit kerja dan solat Zohor terus saya balik rumah. Berehat sekejap sambil tonton Yeh Zindegi Ka Safar di TV3. Saya ingat nak ke Puduraya beli tiket bas tapi hujan pulak. Esok sahajalah.

Jam 5 saya tertarik dengan Jejak Rasul 10 kisah Perang Badar dan uhud. Maha Suci Allah. Kemudian saya ke bank sebelum membeli juadah berbuka. Just laksa dan cendol. Bulan puasa ni adalah paling jimat yang pernah saya lalui. Alhamdulillah... Sahur hanya dengan buah kurma serta air suam. Berat badan pun susut sikit. Alhamdulillah...

Malam saya solat Terawih di Masjid Zubbair Ibnul Awwam dan kemudian saya berehat sambil membaca di rumah sebelum saya menonton Liverpool vs Charlton di gerai mamak dekat rumah saya. Saya balik dan tidur kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM... 

22 OKTOBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

ramadhan sini cukup meriah,tk mcm kt malaysia..sehari sblm ramadhan pun depa sambut cam kita nak raya ja..persiapan ramadhan,depa buat..tiap2 rumah ada pasang lampu berwarna-warni..tarawih lak, alhamdulillah..masjid penuh sampai ke jalan raya..kena tutup lak jalan.sini masjid banyak,msk waktu ja..bersahut-sahut muazzin laungkan azan..meriah sungguh ramadhan kat sini..rasa kehangatan bumi anbiyak di sini..

baru-baru ni kami wat jaulah melawat makam2 awliyak..dlm bln ramadhan nie la..alhamdulillah,seronok sgt dpt melawat makam2 para wali..antaranya,makam imam syafie,hasan al-bana,rabia`tul adawiyah, saidah a`isyah,imam hanafi,byk jugak la dlm sehari melawat takkan habis..hari tu ada la dlm 40 lbh makam2 yg kami lawat..ada satu makam yg kami tertarik,iaitu wali kecik..beliau diangkat menjadi wali dlm usia 3thn..dlm usia muda itu beliau dpt menghafaz al-quran dgn lancar tanpa kesalahan..oleh kerana ada keraguan dikalangan ulama` sendiri beliau di panggil untuk tasmi` bacaan nya di hadapan sheikh2 al-azhar..ternyata tiada kesalahan dlm bacaannya..dan bila disoal siasat,ibu bapanya sendiri tidak pandai membaca al-quran..selepas seminggu berita tntg kewaliannya,beliau kembali mengadap ilahi dlm usianya 4thn..masa kami melawat makamnya kami jumpa ibu bapa beliau,bersama adik perempuannya..alhamdulillah,saya dpt peluang bertemu mrk di sini..selain tu kami melawat masjid2 di sini,antaranya masjid iskandari, iaitu masjid yg di bina ketika pembukaan mesir dahulu..masjid 4mazhab..mcm2 la..tgk pintu gerbang pembukaan mesir..kubu pertahanan solahuddin al-ayubi.dan byk lagi..

Itu petikan email yang saya terima dari seseorang yang better saya rahsiakan buat masa ni yang sedang study di Universiti Al-Azhar di Mesir. Bila saya baca, memang terasa cukup terharu dengan beberapa perkara terutamanya wali kecil tu. Kemudian bila direnung balik nama-nama aulia yang disebutkan, saya teringatkan diri yang terlalu banyak bergelumang dengan dosa dan noda... Rasa seperti ingin menangis sepuasnya-puasnya. Tapi bila hari sedar esok kembali seperti biasa, memang cukup ‘degil’. Banyak yang perlu saya perhalusi lagi tentang diri saya ini.

Memang kita mudah lalai dan alpa. Cabaran hiudp di kota besar ini, cukup menggerunkan saya. Kalau environment bekerja, saya rasa tak ada masalah tetapi bila saya bergerak dalam KL, saya rasa macam ramai yang tak puasa (jahatnya anggapan saya ni!). Sukar saya nak cakap bila tengok gelagat anak-anak remaja kita sekarang. Bulan puasa pun masih melakukan perkara-perkara yang tidak elok!

Ya Allah, kuatkanlah imanku dalam menempuh cabaran ini...

Oklah...

Saya bersahur macam biasa. Malas nak keluar awal-awal pagi. Nak masak. Hehehe... Tahu tahulah... Jadi setiap hari menu bersahur saya adalah sama seperti hari lain iaitu kurma dan air suam. Jimat pun jimat kan!

Saya log in jam 7.22 pagi dan kemudian saya berhempas pulas perbetulkan CVS. Entahlah apa problemnya! Kemudian saya bersolat Jumaat di Masjid Zubbair Ibnul Awwam di Cheras. Bertuahnya saya hari ni dapat bersalaman dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang menunaikan solat Jumaat di masjid ni. Kebetulan saya duduk antara saf yang depan dan berhampiran dengan Agong. Dapatlah saya bersalaman lebih awal. Khutbah hari berkisar soal kemuliaan Ramadhan.

Kemudian saya berehat sambil mandi di rumah sebelum saya kembali ke tempat kerja. Saya ada kan internal presentation untuk group saya dan kemudian kami buat sedikit perbincangan. Alhamdulillah hari ni memang cukup membahagiakan diri saya. Semuanya serba kena dan banyak pulak berita gembira. Tambahan pula dalam masalah gaji yang pernah saya ceritakan minggu lepas. Alhamdulillah...

Kemudian saya dan rakan sejabatan menyertai majlis berbuka di Saujana Impian Golf Club di Kajang. Hmmm... Banyaknya pilihan. Alhamdulillah nikmatnya rezeki Allah...

Kemudian saya kembali ke pejabat. Nak balik pun masih hujan dan terus sambung kerja. Terlepas buat kali ketiga solat Terawih. Tu yang paling rugi! Kemudian saya banyak cuba selesaikan satu masalah yang agak rumit bersama my big boss yang datang waktu tu sampai jam 12 tengah malam dan kemudian My Big Boss, Dr. Ahmad Taufik belanja saya dan rakan-rakan yang masih belum pulang (Muiz, Shidee, Khairill dan Azrul) di Al-Amal. Jam 1 pagi kami beredar dan saya pulak terus tidur disebabkan terlalu letih sejak dua menjak ni.

WASSALAM... 

21 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Bukan Orang Biasa
( nyanyi ikut tune lagu Bukan Cinta Biasa - Siti Nurhaliza )

Begitu banyak lebuhraya
Ada retak dan tak rata
Tapi Menteri Kerja Raya
Bukanlah orang biasa

Projek projek yang berbeza
beri kontraktor yang sama
Ku tak ingin rakyat tahu
Tetapi mereka selalu bertanya

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri Kerja Raya
Tak perlu dipaksa
Tak perlu ditanya
kerna ku yakin tiada jawabnya oohh...

Walau ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang tercedera
Tapi biarlah terkorban nyawa
Akan aku salahkan takdir nya

MRR2 keretakan
Pantai Timur tak rata
Utara Selatan runtuh
Hospital diserang kulat pula

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri yang lama
Tak ingin berhenti
Tak ingin berganti
Peduli apa orang nak kata

Andai ku mahu repair semua
Ku beri kontraktor yang sama
Highway kan runtuh telah diduga
Jangan harap ku letak ..jawatann ....

Saya dapat senikata lagu ni menerusi email dan memang ia menarik perhatian saya...

Bab lain...

Datuk Amrin Buang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dah beberapa malam namanya terpapar di TV3 disebabkan beberapa kontroversi yang melibatkan pembinaan sekolah. Saya tak mahu ulas lanjut. Anda boleh menilai sendiri apa sebenarnya yang berlaku dalam masyarakat kita kini.

Oklah...

Hari ni saya log in jam 7.29 pagi. Saya bangun kira-kira jam 3.30 pagi sambil menonton siaran langsung Ac Milan lawan Barcelona dan kemudian terus saya bersahur dan selepas Solat Subuh, saya tidur sekejap sebelum bangun balik jam 7 pagi.

Hari ini, saya mendapat sesuatu yang cukup mengejutkan dan cukup menggembirakan hati. Alhamdulillah Ya Allah. Ku harapkan ia berkekalan, dengan izin-Mu. Memang tak tersangka!

Hari ni memang cukup sibuk. Saya kena meninjau 5 orang anak buah saya. Alhamdulillah memang ada banyak benda yang perlu diselesaikan dan saya memang cukup sibuk tetapi masih terkawal. Alhamdulillah...

Petang bila habis waktu pejabat, saya tak lekas pulang disebabkan beberapa kerja yang perlu saya selesaikan dan akhirnya terkandas dalam hujan. Memang agak lambat saya balik dan kira-kira jam 6.45 petang baru saya balik. Tu pun hujan tak reda lagi.

Saya terus beli makanan berbuka di velodrom dan hari ni lelong habis-habisan. Hehehe... Bayangkan lagi 5 minit nak berbuka masih banyak yang tak terjual! Disebabkan hujan... Rezeki sayalah sebab dapat beli dengan harga yang cukup murah. Bayangkan Ikan bakar boleh dapat 3 RM1! Ada yang berharga RM 3 dah jadi RM 1. Kuih-kuih pun macam tu jugak. Seronoknya...

Selepas berbuka, saya just berehat sambil menonton berita dan hujan di luar masih belum henti-henti. Last sekali saya tak ke masjidlah jadinya. Saya gunakan masa ni untuk menulis banyak benda. Kemudian jam 10 malam terus saya masuk tidur. Awalnya waktu tidur saya kebelakangan ni!

WASSALAM... 

20 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

PBB anggap Malaysia berhadapan fenomena ganjil

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Malaysia berhadapan fenomena ganjil yang jarang ditemui di negara lain apabila jumlah wanita jauh mengatasi lelaki dalam mendapatkan pendidikan peringkat menengah serta tinggi dan ini dianggap oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai kemunculan masalah sosial.

Penyelaras Tetap PBB dan Wakil Tetap Program Pembangunan PBB (UNDP) Dr. Richard Leete berkata masalah itu adalah luar biasa dan ia ``semestinya memberi kesan'' terhadap kedudukan Malaysia dalam indeks jantina UNDP jika tidak ditangani secara serius.

``Saya tidak tahu secara spontan ranking Malaysia (dalam indeks jantina UNDP) pada masa ini tetapi saya tahu ia tidaklah tinggi daripada yang sepatutnya disebabkan masalah yang luar biasa ini.

Pelajar lelaki tercicir daripada pendidikan peringkat menengah dan tinggi manakala pelajar wanita pula jauh menandingi lelaki dengan margin yang tinggi,'' katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, demikian selepas perasmian Bengkel Sokongan Kebangsaan mengenai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) anjuran UNDP di sini oleh Duta Khas PBB untuk Pembangunan Milenium, Erna Witoelar.

Leete berkata, badan dunia itu sudah biasa dengan keadaan di mana anak-anak perempuan tidak dihantar ke sekolah terutamanya untuk mendapatkan pendidikan menengah dan tinggi disebabkan masalah sosial serta budaya tetapi apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya.

``Di Malaysia kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, mendapat peluang yang sama untuk memperoleh pendidikan tetapi kami bimbang kerana jumlah keciciran yang amat tinggi di kalangan pelajar lelaki dalam bidang pendidikan di peringkat menengah dan tinggi,'' katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata meskipun Malaysia telah mencapai keseimbangan dalam kemajuan, namun kerajaan perlu memberi perhatian terhadap beberapa isu termasuk HIV/AIDS, penagihan dadah, hak-hak pekerja asing dan anak-anak mereka.

Leete berkata bengkel hari ini dianjurkan bagi mengumpul input untuk dua laporan PBB mengenai pembangunan manusia di negara ini yang akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini.

``Laporan itu kini di peringkat akhir pengumpulan dan ia dijangka dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada minggu kedua Disember. Kehadiran kami di sini ialah bagi mengemukakan cadangan bagaimana mempertingkatkan pembangunan manusia di Malaysia,'' katanya.

Semasa berucap, Erna berkata pencapaian cemerlang Malaysia dalam pembangunan manusia, umpamanya mengurangkan kemiskinan daripada 16.5 peratus pada 1990 kepada 8 peratus pada tahun 2000, pendidikan dan kesihatan harus dipuji.

``Mengenai sasaran pendidikan dan kesihatan MDG, Malaysia telah mencatatkan kemajuan yang amat memberangsangkan dan saya amat percaya bahawa kesamaan jantina, kesihatan dan persekitaran yang mapan akan bergerak secara positif bersama matlamat lain pada masa depan. - Bernama

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm   (20/10/2004)

Saya log in system jam 6.22 pagi dan terus saya mulakan kerja dan waktu pagi ni memang sibuk untuk saya setkan banyak meeting. Memang sampai 27hb ni kami kena berhempas pulas untuk selesaikan tugasan kami. Sekarang dah 20hb dan bermakna lagi seminggu sahaja lagi. Gerun jugak bila nak kena present minggu depan. 22hb presentation group. 23hb Presentation Kumpulan. 25hb Presentation dan pembetulan dengan internal user dan 27hb presentation dengan user. Memang memenatkan dan agak mendebarkan.

Petang saya masuk meeting yang agak hangat dengan Prof Syed Zul yang cukup kritis. Memang kami agak gerun kalau present depan dia, sebab banyak sangat komen bila dia beruara. Kalaulah ada yang tak dapat buatkan dia berkata-kata ia memang perfect. Tapi pemikiran macam tu lah yang perlu ada sebab ia akan menjadikan kerja lebih perfect.

Petang bila saya beli juadah berbuka di Velodrom, saya terserempak dengan seorang jiran saya di Alor Setar. Hmmm... Kat sini jumpak.. Hehehe... Tiga hari lepas, saya terjumpa dengan seorang kawan yang dah 9 tahun kami tak pernah jumpa dan Alhamdulillah kami masih kenal mengenali...

Malam, saya just berehat di rumah dan saya tak bersolat Terawih. Entah kenapa agak mengantuk. Selesai sahaja solat Isyak terus saya masuk tidur.

WASSALAM...       

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248][249][250][251][252]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah