Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

29 FEBRUARI 2004 {Just 4 tahun sekali dapat dinikmati hari ini}

ASSALAMUALAIKUM...

 "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak
hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

 "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

 "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti
duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

 "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

 "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

Hari ni selepas menonton Motivasi pagi oleh Datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah, saya rasa agak berat untuk memikir banyak benda. Soal mendidik anak-anak. Saya masih belum punya anak juga isteri. Hehehe... Tetapi perancangan harus dimulai dari sekarang. Nampak macam banyak liku dan cabaran. Selagi belum memikul tugas itu, saya masih tidak dapat merasa betapa beratnya cabaran yang bakal digalas tetapi itu bukan alasan untuk tidak bersedia. Banyak benda yang harus diubah dan dilakukan.

Ayah pernah berpesan. Katanya, “ Kalau ada kecacatan dalam abah mendidik kamu dan adik-adik, jadikanlah ia sebagai satu yang kamu perlu baiki bila dah berkeluarga nanti”. Sebab itu saya selalu jugak baca dari pelbagai sumber mendidik anak ni. Pernah Ustazah saya bercerita yang mendidik anak ni sebenarnya bermula dari dalam perut ibu lagi.

Dalam satu kajian di sebuah universiti di Amerika, sekumpulan ibu yang mengandung didedahkan dengan bunyi muzik rock yang bingit dan satu lagi dengan irama muzik yang sentimental. Apabila mereka melahirkan bayi dan bayi mereka menangis, bayi mereka hanya akan diam apabila mendengar muzik yang didengari semasa dalam perut ibu. Di sini membuktikan bahawa pengajaran itu sudah boleh dilakukan sejak ibu mengandung lagi. Sebab itu kalau anda perasan ada yang bubuh headfone di perut ibu yang mengandung. Jangan ingat mereka gila!

Hari ni memang saya tak turun jogging sebab ada kerja lain yang perlu saya bereskan. Memang rasa cukup sibuk sikit. Lepas 06 Mei InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Posting dalam Hijaukuning.com pun saya tak dapat nak posting dengan aktif buat seminggu dua ni. Maaf Datuk sebab saya still tak siap lagi report personal buat Datuk.

Kemudian saya sambung buat kerja sampai siap sebelum saya masuk kerja kira-kira jam 12 tengah hari sampai jam 8 malam. Kemudian saya stay di kedai settlekan beberapa perkara yang perlu saya settlekan sampai jam 12 tengah malam. Kemudian saya bersama Fahmy, Ariff dan Syauqi singgah makan Nasi Kandar Salam di Jalan Putra. Jam satu pagi baru sampai di rumah. Saya hari ni jam 4 baru masuk tidur. Banyaknya kerja!  

WASSALAM...

28 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Nampaknya gendang pilihanraya sudah pun dipalu. Cuma menanti detik pengumuman sahaja. Dengan tiba-tiba suasana politik di negara kita menjadi cukup hangat. Setiap tindakan PM akan dikaitkan dengan election. Dijangkakan parlimen akan dibubarkan pada 5hb Mac ni. Itu ramalan yang paling popular.

Pertama kali dalam hidup saya akan mengundi. Kalau diikut kawasan lahir, saya lahir di Kampung Tanjung Radin, Pendang dalam DUN Bukit Raya (kini Tokai). Tetapi saya perlu mengundi mengikut alamat terkini iaitu di Parlimen Pokok Sena dan DUN Derga. Banyak sangat perubahan dari segi persempadanan yang agak berat sebelah.

Saya memang cukup berminat dengan perkembangan politik negara. Saya mengikuti dengan teliti apa yang sedang berlaku. Sejak kecil saya sering berhujah dalam bab ni. Selalunya saya berseorangan mempertahankan hujah saya dalam politik. Tetapi banyak perkara yang telah berlaku terutamanya enam tahun lepas yang membuatkan saya lebih mudah untuk berbicara bab ni.

Walaupun saya banyak mengikuti aliran politik di negara kita tetapi saya memang tiada langsung perancangan untuk aktif dalam bidang politik. Pada masa depan saya tidak tahu tetapi saya memang tidak mahu aktif. Cukuplah sebagai orang yang melihatnya secara bebas agar mudah nak memberikan pendapat yang tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Cuma apa yang paling penting ialah sikap kita. Adakah kita hanya menerima berita cuma dari sebelah pihak? Seharusnya dalam bab ini kedua-dua pihak harus diberi peluang dan ruang untuk memberikan hujah secara adil. Dengarlah dari kedua-dua pihak dan kemudian buatlah pertimbangan yang paling adil. Dan harus diakui kebebasan media di negara kita kini memang agak menghampakan. Memang harus diakui berat sebelah. Itu pandangan saya. Mungkin ia pahit bagi sesetengah pihak. Berdasarkan pemerhatian saya terutamanya ketika pilihanraya Pendang dan Anak Bukit dua tahun lepas, ternyata perbezaan yang amat ketara dalam laporan media. Jauh tersasar dan sebab itu harus ada satu media yang boleh bertindak secara bebas dan independen. Tetapi rasanya sukar wujud keadaan sedemikian.

Celoteh Pilihanraya... InsyaAllah saya akan menulis lagi bab election ni.

Oklah masuk bab diari saya hari ni...

Hari ni macam biasa rutin pagi saya. Hmm... Memang dalam perjalanan hari ni, saya banyak tersoal dalam minda beberapa perkara. Biarlah Allah yang menentukannya tetapi nampak semacam ada keanehan yang wujud. Bagi saya, saya menerima apa saja dengan redha dan saya rasa better Allah yang menentukan yang mana terbaik.

Nampaknya hari ni memang saya rasa semakin cergas. Alhamdulillah. Momentum kemenangan rasanya akan saya nikmati lagi minggu ni. Hehehe... Rabu depan saya akan ke Kulim atas urusan kerja dan kemudian perancangan saya pada bulan Mei ni. Saya nampak macam ada empat pertembungan aktivi pada awal bulan Mei ni. Macam mana saya nak aturkan ni? Saya harap ia ditunda tetapi may be bertembung dengan satu lagi aktiviti. Kalau awal bulan enam pulak rasanya agak susah jugak. Hmm... Pening-pening. Itu baru nampak sikit halangan sebab nanti may be akan ada masalah berbangkit. Saya kena dapatkan kata putus dan saya rasa saya akan terlepas dua aktiviti. Biarlah masa yang akan menentukannya.

Hari ni waktu pagi saya kena hantar adik ke sekolah sebelum saya singgah di hospital untuk tengok adik yang kena terima rawatan susulan. Tapi tak boleh memainkan peranan sebab bila saya sampai awal 45 minit. Jadi saya kelam kabut ke mana yang nak saya tunggu. Telefon handset abah tak ada orang angkat pun. Telefon rumah tak ada orang angkat. Hmm... Nasib baik jumpa jugak.

Lepas tu saya ke Shahab Perdana untuk tinjau office baru (dulu di Simpang Kuala) tetapi En Bad tak ada pulak. Susah jugak macam ni. Kemudian terus saya ke kedai atur player  dan balas beberapa email. Kena ikut giliran sebab sekarang komputer di rumah saya bermasalah dan sebab itu banyak kerja yang sepatutnya cepat jadi lambat.

Kemudian ambil adik dari sekolah. Adik saya yang eksiden tu pun ambil result SPM. Alhamdulillah keputusannya memang baik. Saya semak pulak keputusan anak buah dan anak didik saya, Alhamdulillah membanggakan. Tahniah buat semua!

Teringat zaman saya ambil keputusna SPM. Sebelum saya ke sekolah saya buat Solat Dhuha terlebih dahulu. Kemudian barulah saya pergi tetapi waktu tu tayar basikal saya pancit. Saya isi angin tetapi lagi tak masuk sampailah kena guna pam biasa barulah dapat masuk. Risau semacam jadinya. Saya yang paling awal sampai. Semua student waktu tu dok tengok kat saya sebab saya senior depa yang paling awal sampai. Saya rasa macam bukan hari ambil result! Kemudian baru sorang lagi kawan dari Johor sampai.

Waktu saya sampai, cikgu-cikgu semuanya tengah rileks dan ada yang tengah makan di kantin. Aik? Enjoy semacam sahaja. Kemudian Cikgu Khairuddin menyapa saya dan kata, “Saiful awat kamu sorang saja yang dapat pangkat tiga? Member kamu yang lain dapat pangkat satu!” Saya tergamam. Ya Allah, lepas ni kena cari kerjalah nampaknya. Nak sambung study dah tak boleh. Pangkat tiga mana IPTA nak terima. Kemudian Cikgu Khairuddin kata dia just jokes. Jokes! Macma nak gugur jantung saya! Hehehe... Kemudian saya dibenarkan masuk ambil result sebagai orang pertama masuk. Alhamdulillah pangkat satu dengan 13 Agregat. Yang paling lawak ialah saya tetap dibenarkan ambil result walaupun dari segi peraturan saya tak menepati peraturan sekolah. Bukan dari bab rambut tetapi janggut. Member yang lain kena potong rambut. Saya memang sentiasa berambut pendek tetapi janggut saya memang panjang. Tingkatan lima saya memang dah berjanggut. Kemudian dapatlah saya tawaran yang mencurah-curah dan akhirnya saya memilih Pusat Matrikulasi UUM.

Itu serba sedikit tentang pengalaman SPM saya dulu. Buat yang cemerlang teruskan momentum kejayaan anda. Masuk balik bab diari saya hari ni. Malam saya masuk kerja macma biasa. Bila dah student Arab bercuti bermakna tempat kerja saya pun sunyi jugaklah. Bolehlah saya tengok live bola dengan lebih tenang. Cuma malam ni jam 12.20 baru tutup kedai sebelum saya sambung tengok bola di restoran depan kedai saya. Habis game baru balik ke rumah.

Kemudian jenuh nak repair komputer. Nampaknya saya kena buat sesuatu dengan komputer ni. Saya tidur kira-kira jam 4 pagi.

WASSALAM...

27 FEBRUARI 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji."

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak
hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Sedikit mutiara kata buat panduan dan renungan bersama... Oklah...

Pagi macam biasa, saya kena gagahkan diri turun jogging di Taman Rimba. Nak kena maintain lagi sebab saya rasa dah banyak improve. Rasa makin cergas dan selesa. InsyaAllah saya dah capai beberapa target. Cuma saya kena banyak ‘berkorban’ lagi lepas ni agar ia benar-benar berjaya. InsyaAllah...

Bab sukan especially badminton ni, ramai yang tak percaya saya ni player badminton. Hehehe... Kalau di kampus dulu orang gelak bila saya kata saya wakil itu dan ini termasuklah universiti. Jadi depa tak percaya. Lepas tu yang best sekali ialah depa cabar untuk lawan depa dan kalau depa kalah, depa akan belanja saya. Alhamdulillah depalah yang belanja saya. Hehehe...

Sebenarnya banyak perkara yang perlu ada dalam sukan ni. Macam badminton ni perlu ada kecergasan, stamina, ketangkasan, teknik, skill, taktik dan yang paling penting mental. Waktu saya jadi champion universiti, ramai yang terkejut dan tak percaya tapi bila tengok piala barulah depa percaya. Hehehe...

Waktu saya kat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Waktu tu saya praktikal. Ada pemilihan untuk kejohanan badminton badan-badan berkanun kebangsaan. Saya turun selection. Bila saya turun orang yang buat pemillihan tanya saya sama ada saya nak main single atau double. Saya kata single. Dia tengok saya dari bawah sampai atas macam tak percaya. Lepas tu dia suruh saya lawan dengan second single LADA dan saya menang mudah. Terkejut betul orang kat situ dan kemudian saya disuruh lawan dengan first single LADA, Abang Bakri dan saya menang mudah! Terus saya jadi first single LADA.

Satu lagi faktor ialah pengalaman. Saya mula bermain badminton sejak umur 5 tahun. Pernah berlatih di bawah coach yang pelbagai coraknya. Ada corak China, Indonesia dan Malaysia. Sebab tu kat kampus bila saya lawan dengan pemain negeri lain, saya boleh menang. Dalam kejohanan di Kedah ni kadang-kadang saya boleh tewaskan pemain pilihan tetapi di Kedah ni memang ramai pemain yang cukup berbakat. Macam Kuan Beng Hong yang wakil Malaysia di Piala Thomas tempoh hari. Saya biasa dibelasahnya. Ada beberapa lagi player yang sekarang wakil Malaysia (Junior) pernah saya temui macam Ong Huck Lee, Tan Wei Meng, Hong Chiun Hun dan beberapa lagi. Cuma disebabkan mereka ni berlatih setiap hari memang permainan mereka jauh lebih baik sedangkan saya just bersifat macam sampingan.

Dalam bab ni, saya cukup berterima kasih kepada ramai pihak yang banyak membantu saya dalam badminton. Kalau nak terus ke Skuad kebangsaan memang umur macam saya ni dah dikira lewat. Tapi disebabkan minat saya memang akan terus bermain badminton ni. Hehehe... Banyak pulak dalam bab badminton ni.

Kembali kepada diari saya. Tengah hari saya solat di Masjid Al-Bukhary, tukar selera sekali sekala disebabkan saya dan Ariff nak ke Kedah Medical Centre untuk melawat member yang baru dapat anak Sulung. Tahniah Chorn & Ita. Habis melawat terus saya masuk kerja macam biasa sampai jam 12 tengah malam. Habis waktu kerja, saya dan Fahmy serta Syauqi dan Bang Wan singgah minum sekejap di Nurha Rest sebelum beredar kira-kira jam 1 pagi. Saya pulak bila balik kena siapkan kerja yang Nas upah saya. Hmm... Dah banyak dah siap. Alhamdulillah. Jam 3 pagi barulah saya lelapkan mata.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah