Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

12 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya tertarik dengan diskusi dalam RTM TV 1 hari ni jam 9.00 malam. Ia menjemput Datuk Nazri Aziz, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Lim Guan Eng dan Dr. Ganeson yang mewakili beberapa platform politik. Ini satu perkembangan yang cukup baik. Diskusi umum seperti ini seharusnya sudah lama dilakukan. Cuma kalau dibuat selama dua jam ia adalah lebih baik. Tontonlah ia setiap Ahad jam 9 malam!!!!

Oklah...

Hari ni awal pagi saya dah bangun dan lepas Solat Subuh saya sambung tidur sebab terlalu mengantuk dan kemudian rehat sambil membaca paper. 2 jam saya habiskan masa membaca paper dan kemudian tonton Sumpah Orang Minyak lakonan P. Ramlee. Saya cukup tertarik dengan dengan filem ni.

Tengah hari saya rancang nak ke Bukit Jalil tapi hujan membuatkan saya berpatah balik dan rehat di rumah sahaja sambil membaca majalah Ujang. Kemudian nak turun jogging tapi hujan. Last sekali tertidur.

Lepas tu malam saya makan di Velodrom sebelum saya tonton Debat Perdana macam saya tulis kat atas tu. Jam 11 terus tidur sebab besok nak kena ready awal untuk kursus.

WASSALAM... 

11 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Di Russia, Iraq, Indonesia, Arab Saudi kini cukup hangat dengan apa yang didakwa oleh barat sebagai keganasan. Saya secara peribadi mengutuk segala jenis aktiviti keganasan. Keganasan merupakan sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Dalam Islam hatta tahnanan perang pun diberi layanan baik, langsung tidak diperlakukan seperti sekarang seperti sembelih hingga memuncak kemarahan seperti di Nepal.

Saya macam apa yang saya tulis dua hari lepas, kita umat Islam harus sentiasa memperbaiki diri agar kita menjadi lebih kuat. Kalau kita kuat, kita tidak akan diusik malah akan dihormati. Apa yang terjadi kini ialah kita terlalu lemah hingga boleh ditndas seperti salah satu petikan sabda Rasulullah yang mengibaratkan Umat Islam di hujung zaman umpama buih di lautan.

Namun benarkah serangan di Indonesia angkara JI atau angkara licik ejen CIA? Begitu juga di Iraq? Sebab itu hari genap tiga tahun tragedi hitam 11 Septeber. Bagi saya, langsung saya tak percaya ia angkara Al-Qaeda. Ia angkara MOSSAD dan sekutunya. Mereka mengorbankan sesuatu yang bernilai tinggi untuk mengaut sesuatu yang lebih tinggi nilainya.

Perkataan ganas yang ditujukan kepada Umat Islam harus menjadi cabaran buat kita agar lebih memperbaiki bukan sahaja diri tetapi umah. Kita kekurangan pemimpin Islam yang berkarisma dan dihormati agar suara Islam di pentas dunia didengari dan dihormati. Apa pun ada ironinya, apabila Islam menjadi agama yang paling pesat berkembang di dunia malah di Britain sendiri.

Juteru 11 September adalah pengajaran buat semua agar menghentikan segala macam bentuk ketidakadilan. Inilah padah ketidakadilan yang berlaku. Ia juga adalah satu ‘kenangan’ yang pasti tidak akan luput dalam lipatan sejarah.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan kembali memahami ajaran Islam yang sebenarnya. Mudah-mudahan kita akan berada di pihak yang menang, InsyaAllah...

Hari ni waktu pagi macam biasa hari Sabtu bekerja, attend sessi “talk” dan saya cukup tertarik dengan teknologi e-beams yang diperkenalkan kepada kami. Memang teknologi kini semakin canggih.

Kemudian sambung buat kerja dan saya balik agak lewat iaitu kira-kira jam 2.30 petang. Kemudian saya just tonton cerita hindustan di TV3. Petang just rehat sambil melakukan sedikit kerja di Lap top.

Malam ke rumah Dean menonton bola tapi Astro ada problem di rumah Dean tapi nasib baik ada live Pahang lawan Terengganu di TV3. Apa pun kemudian saya sambung tengok bola di gerai makan kat rumah saya sampai jam 12.15 malam dan kemudian saya tonton berita Nightline sebelum sambung tonton TV3 Movie Out Of Sight sampai jam 2.30 pagi dan baru masuk tidur.

WASSALAM... 

10 SEPTEMBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilah... Itu reaksi pertama saya bila mendengar berita bajet 2005 selepas perlawanan bolasepak jabatan saya. Elaun rumah sewa saya sudah menjadi RM 210. Bermakna kini, saya hanya perlu tambah RM 30 lagi duit saya sebab bayaran sewa saya kini ialah RM 240.

Bonus pula saya akan dapat RM 1500. Cadangan saya ialah nak buat tabungan sahaja. Manalah tahu ada yang perlu saya gunakan nanti. Apa pun saya masih belum boleh beri pendapat menyeluruh sebab saya tak dengar siaran langsung bajet disebbkan perlawanan bola dan saya perlu mengajar.

Apa pun, saya menyambut baik bajet 2005, cuma saya lebih pentingkan mekasnisme pelaksanaannya agar golongan sasar benar-benar mendapat impak positi dari bajet yang dibentangkan oleh Pak Lah. Namun ada banyak lagi isu yang harus difikirkan seperti kenaikan kos hidup.

Kenaikan tambang bas dan teksi diperjuangkan oleh persatuan yang mewakili golongan pemandu teksi dan syarikat bas harus diteliti. Jika tidak ia tetap di tahap yang sama. Pelarasan gaji polis adalah berita gembira buat ayah yang cuma setahun lagi akan pencen. Apa pun dah cukup lewat bagi ayah nak kecapi banyak kelebihan. Apa pun Alhamdulillah. Tun Hanif Omar bila bersara barulah sedar yang gaji polis ni kecil. Hmmm... Malas saya nak komen isu ni.

Oklah...

Hari ni saya terpaksa mengajar staf HUKM tentang Power Point dari pagi sampai petang. Thanks kepada urusetia Zaini dan Shikin yang membantu. Semuanya berjalan lancar.

Solat Jumaat hari ni di Masjid Zubbair Ibnu Awwam yang berkisar kisah 27 Rejab Dua tahun selepas kenabian Rasulullah. Kemudian sambung mengajar sampai jam 4.30 petang dan kemudian menyampaikan sijil kepada peserta-peserta.

Kemudian lawan bola friendly dengan Sumber manusia. Hehehe... Kalah 5-0. Apa pun ada improvement dari aspek persefahaman cuma stamina masing-masing yang out. Hehehe... Apa pun tahniah buat semua. Kemudian saya rehat sambil menonton berita dan kemudian ke pasar tani di velodrom untuk jenguk barang-barang di sana.

Malam just rehat sambil menonton VCD Nujun Pak Belalang dan tidur kira-kira jam 11 sebab terlalu letih.

WASSALAM... 

09 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Cantik tarikh hari ni 09/09...

Takziah kepada keluarga mangsa Pengeboman di Kedutaan Australia di Indonesia hari ni.

Terus terang saya memang bencikan serangan berani mati macam ni. Saya Cuma sokong serangan berani mati di Israel. Selain dari di Negara Israel, saya rasa ia bukan satu yang sesuai dan tepat. Ia hanya memburukkan lagi imej Islam.

Saya bersetuju dengan kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan umat Islam agar melihat diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain. Memang benar Israel dan US menindas tetapi apakah mereka akan menindas kita sekiranya kita kuat? Sudah tentu mereka tidak berani.

Kita kini sudah hampir meminggirkan budaya ilmu dan sudah beralih kepada budaya hedonis. Kita sudah hilang jatidiri. Kita sudah jauh dari ajaran Islam. Islam kita tidak ubah seperti kosmetik, sedangkan cara hidup kita sudah lari dari landasan yang diajar.

Sebabnya kita lahir sebagai orang Islam. Justeru ramai dia antara kita hanya Islam disebabkan KETURUNAN bukannya disebabkan KESEDARAN! Sebab itu kita begitu jauh terpesong dan lari dari ajaran Islam. Fikrah Madiyyah begitu menebal dalam diri hingga bab-bab ukhrawi kita pinggirkan.

Marilah kita sama-sama kembali menginsafi dan bermuhasabah diri kita. Moga-moga kita akan menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang, InsyaAllah... Amin...

Oklah...

Pagi ni saya tunggu reply dari kawan yang hantar email tu. Ni email saya saya terima dari dia:

A'kum saudara!...
 
Memang benar la saya dapatkan email saudara melalui alamat.com...tapi macam mana pulak ada alamat saudara kat situ?
...so saudara tak minat la berkawan sama-sama boy?..( sekadar ingin tau je!..)

Saya tak pasti apa maksud “boy” tu. Saya tanya member-member sepejabat, semuanya cakap “boy” tu Gay! Benarkah? Saya kena soal dia balik lepas ni...

Macam-macam!!!

Hari ni pulak memang agak rileks, hehehe... Nak kena present 22hb Sept pulak. Lambat lagi! Hehehe... Apa nak jadi ni! Buat kerja last minutes. Sebenarnya bukan apa, saya nak kena review waht is J2EE and the different between J2EE and Java. Minggu depan seminggu kena attend kursus di Menara Citibank Jalan Ampang. May be kat tingkat 38 atau 18 macam hari tu. Pluss free ONE LUNCH at NIKKO HOTEL. Fuh! Mewahnya... Hehehe... Mewah makan... Saved sikit bajet. Hah sebut pasal Bajet harap, esok dapat bonus. Hehehe... Pak Lah dah menang besar tak kan tak boleh bagi kurang-kurang sebulan dengan minimum RM 2000. Boleh save duit tu buat persediaan kawin. Kawin? Hehehe...

Petang turun main bola dengan gang jabatan saya. Saja nak training tapi ada friendly dengan team Mikrobiologi. Kami menang 9-1. I’m scored 5 goal. Hehehe... Tapi saya kena akui yang saya terlalu lemah keadaan stamina saya kini. Dah tiga minggu tak jogging atau main badminton Cuma dua kali sahaja main futsal. Memang stamina saya out. Ariep kata saya aktif! Hehehe... Tahniah sebab dapat second Accessment for PTD. All The best...

Malam saya kembali ke pejabat untuk settlekan sedikit kerja sebelum saya balik-kira-kira jam 10.45 malam sebab sembang dengan Yazeed dulu di bilik server dan singgah di Velodrom untuk makan malam. Kemudian tonton Monk di TV3. Ingat nak tidur dah tapi tertarik dengan Late at 8 di Cahnnel 8. Tips bagaimana nak mengingat oleh pakar memori. Best betul demo yang dilakukan memang depa cukup ingat number and so on. Last sekali jam 1 baru tidur. Esok nak kena mengajar, tak prepare sangat... Macam mana ni?

WASSALAM... 

08 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Surat Pilihan: Antara kejayaan Zahid dengan Irma Nurzahrah

HARI ini jika ditanya 10 orang Melayu di negara ini, mungkin lima atau lebih daripada mereka kenal siapa dia Zahid, bukan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pelancongan, tetapi Ahmad Zahid Baharuddin juara Akademi Fantasia 2 (AF2).

Tetapi jika ditanya siapa anak Melayu bernama Irma Nurzahrah Junian, jangankan 10, tanya 1,000 orang Melayu pun belum tentu ada yang mengenali beliau.

Kejuaraan Debat Universiti Dunia yang diadakan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura awal tahun ini disertai lebih 1,000 peserta daripada lebih 100 universiti termasuk Malaysia.

Irma Nurzahrah, 22, dari Malaysia dinobatkan pemidato terbaik dunia apabila beliau mengalahkan peserta dari Universiti British Columbia dan Universiti Alberta, Kanada pada peringkat akhir.

Tetapi sayangnya, orang kita mungkin kurang tahu hal ini kerana kurang atau tiada liputan media mengenainya.

Inilah manifestasi kemelut minda orang Melayu yang seolah-olah tidak tahu lagi membezakan antara kaca dengan permata. Ia bukan saja menjangkiti orang Melayu kebanyakan bahkan kelas atasan seperti ahli korporat, pemimpin dan cerdik pandai turut dijangkiti ‘wabak’ ini walaupun bukan semua.

Budaya mengidolakan artis atau berhibur semakin menjadi-jadi dewasa ini bahkan ada kalanya sehingga pada tahap melampau. Jika tiada hiburan majlis, program, sambutan dan apa saja peristiwa seakan-akan tidak sempurna.

Daripada program amal sehinggalah ke program motivasi pelajar sekolah, artis mendapat tempat amat istimewa pada mata penganjur. Mungkin inilah puncanya sehingga ulama terpaksa bersuara agak nyaring sehingga menusuk gegendang telinga banyak pihak yang mendengar.

Hatta, pada Muktamar Pas, baru-baru ini turut dilaporkan ada cadangan daripada ahli sayap Wanita parti itu yang bercadang ingin mengguna pakai pendekatan berkonsert bagi menarik minat lebih ramai orang muda terhadap parti itu, walaupun kononnya dengan pendekatan yang lebih Islamik. Soalnya, kenapa mesti hiburan?

Untuk ‘perjuangan’ 10 minggu, artis seperti Zahid di AF2, Melayu sanggup menitiskan air mata, berbelanja sehingga RM7.5 juta untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), demam panas, membuang masa berjam-jam menonton televisyen serta mengadakan majlis sambutan dan penghargaan untuknya setelah beliau dinobatkan sebagai juara.

Kebetulan hampir semua universiti baru saja selesai mengadakan majlis konvokesyen masing-masing. Tetapi bagi pelajar Melayu yang lulus cemerlang selepas berhempas pulas bertahun-tahun memerah otak untuk memakai jubah dan menerima ijazah pada majlis konvokesyen, ada sesiapa yang menangis selain ibu bapa mereka atau membuat sambutan bagi menghargai usaha dan kejayaan mereka kerana mereka anak kelahiran tempat atau daerah tertentu? Apakah usaha Zahid seorang sehingga berjaya menyarung jubah ‘konvokesyen’ AF2 setanding usaha seorang pelajar Melayu yang berjaya menamatkan pengajian walaupun cacat penglihatan?

Apa hebatnya Zahid yang berjaya mengalahkan peserta dari negeri lain dengan mendendangkan lagu Biarkan Bulan Bicara dan Milikku berbanding Irma Nurzahrah dan rakannya Raihan Ismail yang berjaya ke peringkat akhir debat dunia kategori bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua membahaskan tajuk That Japan Should Involve In Peacekeeping In Foreign Land mengalahkan peserta dari negara lain?

Nampaknya menyarung jubah AF dan menerima hadiah daripada Ramli MS lebih mahal pada mata kebanyakan orang Melayu daripada menyarung jubah konvokesyen dan menerima segulung ijazah daripada canselor atau rektor universiti. Apa sudah jadi?

Sindrom berhibur melampau ini sebenarnya menampakkan kecetekan jiwa dan minda bangsa Melayu yang sejak sekian lama sememangnya berkrisis.

Kemelut minda orang Melayu telah lama menjadi topik dan tema pelbagai perbincangan, tulisan dan seminar inisiatif cerdik pandai dan pemimpin Melayu.

Namun, hingga kini ia masih sukar untuk dirungkai. Salah siapa? Mereka yang berbincang, menulis atau berseminar atau mereka yang malas berfikir.

Berhibur tidak salah jika kena pada tempat dan caranya. Tetapi berhibur semata-mata bukanlah cara bangsa yang merdeka. Hidup penuh hiburan adalah simptom kejatuhan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

Barat berdiri megah kerana maju. Malangnya jiwa bangsa mereka tempang kerana hedonisme menjadi sebahagian budaya hidup mereka. Tamadun yang mereka bina sebenarnya menuju kelam.

Allah swt tidak melarang manusia berhibur mengikut lunas petunjuk-Nya, tetapi Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Jika kita dambakan kejayaan duniawi dan ukhrawi maka hendaklah menjadi hamba kepada ilmu dan bukannya menjadi abdi kepada hiburan.

Orang Melayu di negara ini memikul dwiamanah yang cukup besar sifatnya. Sebagai khalifah mentadbir alam ini daripada manusia pertama bernama Adam as, dan sebagai pewaris kedaulatan tanah tumpah darah ini daripada pejuang kemerdekaan silam.

Pada 31 Ogos, genap 47 tahun kita merdeka daripada penjajahan imperialis. Kita seronok kibarkan bendera dan laungkan merdeka, tetapi mungkin tiada yang menitiskan air mata menginsafi pengertian, keperitan dan pengorbanan di sebalik erti sebuah kemerdekaan melainkan mereka yang terbabit melakar sejarah itu.

Tetapi yang menghairankan apakah alasan orang kita menangis melihat idola mereka ‘terkorban’ dalam AF dan rancangan seumpamanya. Jangan sampai kita menang sorak, tanah tergadai kerana kita memang telah banyak bersorak untuk perkara yang tidak berfaedah.

Maka, jika selepas ini ada sesiapa yang bertanya Irma Nurzahrah itu anak siapa, kelahiran mana dan belajar di universiti mana untuk memberi penghargaan kepadanya, terserahlah kepada orang Melayu sendiri untuk mencari jawapannya, jika masih ada yang sudi.

MUHAMAD KHAIRIL FUAD RAZAK,
Batu Caves, Selangor.

Source: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Rencana/20040908000807/Article/ (08/09/2004)

Fikirkanlah di mana kita (terutamanya diri saya) sekarang?

Oklah...

Agak lewat saya bangun hari ni. 6.45 baru tersedar. Kelam kabut saya ke pejabat sebab hari ni kena bentang pasal submodul. Tak siap sepenuhnya lagi. Hehehe... Meeting dari pagi sampai petang.

Waktu petang saya just stay kat pejabat sampai jam 10.45 malam. Sambil update result Malaysia vs China, saya setting forum untuk laman alumni sekolah lama saya.

Seronok jugak set up benda ni. Kemudian makan malam di Velodrom sebelum saya tonton siaran langsung tertunda Malaysia vs China dan tertidur bila habis game.

WASSALAM... 

07 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka
akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu
-Anonymous-

Entahlah kenapa sejak dua menjak ni, saya asyik dapat panggilan dari Terengganu. Tapi asyik wrong number. Pagi ni dapat satu lagi. Nak cari Adik Nur katanya. Hehehe... Tak apalah... harapnya lepas ni tak selalu jadi Wrong Number lagi. Hehehe...

Di pejabat, saya buka email terus dapat satu email yang ingin berkenalan dengan saya. Saya pun reply. Email senders ni lelaki. Saya tanya macam mana awak dapat email saya? Dan waktu petang dia reply dan mengatakan dia dapat alamat saya dari www.alam*t.com , Yang tanda * anda carilah sendiri laman apa. Janganlah masuk!!!

Saya cukup terkejut bila masuk laman tu. Ingat saya ni GAY!!! Terus saya reply dan bertanyakan dia. Saya pun tak tahu macam mana boleh ada alamat email saya dalam Laman tu. Astagfirullahal’azim...

Tergelak member sepejabat dengan saya. Hmmm... Tak tahulah siapa punya angkara. Bagi saya senang sahaja, buat tak tahu sudahlah, asalkan hati tenang. Benda macam ni bukan boleh control sebab kadang-kadang komputer generate sendiri. Tak tahu lah...

Hari ni memang sibuk sikit dengan definition sub module for my project. Habis waktu pejabat terus saya ke pasar malam beli sedikit makan malam dan waktu malam just rehat kat bilik sambil menonton TV sampai jam 11.30 malam.

WASSALAM... 

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah