Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

17 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Pernah suatu ketika saya ditemuramah oleh RTM mengenai kehidupan keluarga polis tiga tahun lepas. Saya mulanya agak keberatan tetapi setelah didesak, saya pun setuju. Saya dah bincang dengan abah apa yang patut saya perkatakan dan Alhamdulillah idea yang cukup bernas dari abah.

Saya dtemuramah sempena hari polis dan ketika sambutan Hari Polis, apa yang saya katakan tersiar dalam slot khas berita. TETAPI! Ia dieksploitasi! Mengapa harus disiar latarbelakang saya mengecam Reformasi? Mengapa hanya beberapa kerat sahaja yang disiarkan hingga langsung tak mencerminkan apa yang saya nak sampaikan? Diulangnya ENAM kali pada hari tu!

Memanglah jadi 'terkenal' sekejap saya ketika itu tetapi saya tak suka ia diputarbelit sedemikian rupa. Saya tak sentuh pun bab politik tetapi mengapa ia dikait sebegitu rupa? Inilah media kita. Sebab tu, bila saya dengar berita di TV tempatan, saya sukar sangat nak percaya sebelum saya betul-betul siasat.

Oklah...

Hari ni lepas Solat Subuh kalau ikut nak jogging macam biasa tetapi badan terasa cukup sakit dan saya buat keputusan untuk rehat dan balik kampung jenguk Tok Wan dan adik beradik yang lain yang balik kampung sempena cuti sekolah dan mengundi ni.

Elok sampai kampung baru saya teringat ada kenduri di sana dan saya pulak tak bawak pakaian yang sepatutnya. Terpaksalah saya pi dengan pakai pakaian sukan yang saya pakai. Hehehe... Cuma tambah lebai. Dapatlah jumpa calon yang bakal bertanding di Parlimen Pendang, Dr. Ahmad Hayati Othman. Memang cukup mesra dan ramah dan mudah didekati.

Kemudian saya just rehat di rumah Tok wan sebelum saya balik ke Alor Setar dan masuk kerja macma biasa. Petang ni saya kalut sikit siapakan upah type sebab malam tadi saya agak tak dapat tumpu kepada kerja saya. Tapi tak mai ambik pun. Hehehe... Tak apalah.

Malam agak ramai orang tetapi saya sempat tonton kelayakan Olimpik Iran lawan Korea. Korea menang 1-0 hasil jaring Lee Chun Soo. Cantik gerakan yang menyebabkan gol tu! Bila balik saya tinjau sekejap pihak-pihak yang bertugas memasang poster bagi semua parti yang bertanding sebelum saya singgah makan di Nurha Rest. Saja nak test sama ada masakan depa macam sebelum ni atau tidak. Sebelum ni depa terpaksa menutup kedai selama lebih kurang 2 minggu akibat masalah imigressen. Pengusaha restoran ni orang Siam dan Alhamdulillah memang masakan malam ni sama macam sebelum sebelum ni. Bolehlah saya jadikan ‘port’ untuk makan macam biasa.

Kemudian saya siapkan beberapa kerja peribadi sebelum saya masuk tidur.

WASSALAM...

16 MAC 2004 

ASSALAMUALAIKUM...

 "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang
lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita
akan terkejut dengan hasilnya."

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita
sering kali ingat apa yang orang lain ada."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

Sedikit kata-kata hikmat untuk renungan kita bersama agar kita lebih menghayati kehidupan ini dengan cara yang lebih baik, InsyaAllah...

Oklah...

Hari ni waktu pagi macam biasa, hari badminton bagi saya setelah minggu lepas tak dapat nak diteruskan akibat beberapa hal yang tak dapat dielakkan. Tewas. Kali kedua dalam bulam Mac ni. Hmm... 15-17 dan 9-15. Apa dah jadi? Dua minggu rehat membuatkan saya melakukan banyak unforced error terutamanya di jaring. Kena mengaku kalah. Tapi kemudian saya habiskan masa dengan untie dan uncle yang jaga dewan membincangkan bab politik. Dah nak mengundi! Dia kata dia dapat duit bila mengundi! Semua di sponsor! Lupakan bab tu...

Kemudian saya dan Khodir ingat nak main dengan geng Mydin sebab adik saya Shaukhi join sekali tapi nampaknya geng Mydin tak ada pun. Kempen kot. Hehehe... Kemudian kami rehat di Taman Rimba sambil makan buah sebelum balik ke rumah. Dengan badan yang penat saya pun tertidur waktu tengah hari. Petang saya yang dah lama gian nak main bola pun, mainlah dan Alhamdulillah semuanya menjadi. Just selalu tengok team Kedah training, saya pun dah dapat satu dua skill player Kedah. Hehehe...

Hari team saya menang 6-3 dan saya menjadi penyumbang gol pertama dan assist untuk dua gol yang lain. Simple play but very attractive. Salah satu lagi sebab kemenangan ialah kami memang dah ada persefahaman sesama sendiri dan memang senang nak atur gerakan.

Malam, saya masuk kerja macam biasa cuma saya tak dapat nak tumpu betul-betul sebab badan saya terasa amat sakit. Hmm... Pedihnya... Bila balik tengah malam saya sempat tinjau persiapan pihak yang bertanding dalam pilihanraya umum kali ni. Apa yang dapat saya lihat just satu pihak sahaja yang nampak gerak kerja yang tersusun. Memang cukup bersemangat. Pihak yang lagi satu nampak macam lesu sahaja. Tak perlulah saya namakan siapa yang bersemangat dan siapa yang lesu tu. Tetapi dalam perjuangan, kalau kita benar-benar mengikut jalan yang betul, InsyaAllah tiada masalah dari tenaga kerja dan lain-lain. Tetapi kalau hanya menjadikan duit sebagai ganjaran memang kena menanti duit jugaklah.

Bila balik saya sempat tonton Inter lawan Chievo di Channel 9 sebelum saya masuk tidur kira-kira jam 3.15 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah