Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

04 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Bila bangun pagi, saya rasa cukup mengantuk. Selepas Solat Subuh saya gagahkan diri untuk mandi sebab saya nak paksa diri saya jogging walaupun mengantuk.  Sewaktu dalam bilik mandi terdengar satu deringan telefon. Abah pun angkat. Yang saya dengar ialah Abah kata terima kasih. Kemudian abah cakap kat mak,” Jah mai sini. Dengaq cukup jangan bising, Fazli ada kat hospital, eksiden kaki dia patah. Jom kita pi la ni. Lekaih siap.”

Tergamam saya bila dengar abah cakap macam tu. Terus saya cepatkan mandi dan tanya kepastian dari mak. Apa lagi, tak jogginglah saya. Mak dan abah pi dulu. Saya kemudian tetapi saya sampai dulu sebab saya guna shortcut. Bila sampai rasa lega sebab Cuma kaki sahaja yang teruk. Yang lain ok dan yang paling penting ialah kepala dia. Alhamdulillah.

Bertuah saya dapat abah yang cukup tenang menenangkan suasana. Berbalik kepada situasi adik saya. Dia pun nampak tenang dan senyum sahaja sampaikan attendan hospital tu kata, “Aik, awat senyum ja, selalunya orang patah kaki muka masam.”

Adik saya balas,”tak kan nak menangis kot, benda dah jadi”. Alhamdulillah semuanya terkawal. Kemudian saya dan Firdaus, kawan adik saya mencari lokasi tempat kemalangan. Puas mencari akhirnya saya yang jumpa hasil kepakaran forensik. Hehehe...

Kemudian saya settlekan report dan kembali ke hospital untuk urusan selanjutnya. Cuma masalahnya ialah kekurangan doktor. Tiga Jam! Tiga jam kena tunggu sebelum doktor datang buat rawatan. Nak suruh kenalan saya Doktor Wan, saya tak nampak dia pun, lagi pun dia bahagian sakit puan. Nak cari Doktor Nazirah pun bahagian lain. Tapi tu lah masalah di hospital kerajaan.

Kalau anda baca blog Cik Imm, dalam tu pun ada keluhan pasal hospital kerajaan. Dekat jam 12.15 baru dapat rawatan. Kemudian saya hari ni kena kerja siang dan terima kasih kepada pengurusan tempat saya kerja yang membenarkan saya ambil masa sikit untuk settlekan masalah adik saya. Terima kasih juga kepada yang menghantar adik saya ke hospital. Semoga Allah memberkati usaha murni anda!

Saya masuk kerja jam 12 tetapi saya minta masuk jam 1. Kerja taklah sibuk sangat hari ni tapi jam 5 saya dah bergegas ke hospital untuk tengok keadaan adik saya. Terima kasih kepada semua yang menziarahi adik saya. Terima kasih banyak-banyak. Sedih saya tengok keadaan adik saya tu. Macam disentap zaman keriangannya. Kalau diikut hati kecil saya, dah menangis dah tetapi sebagai seorang lelaki, saya kena tahan dari mengalir air mata itu. Bagi saya ada banyak pengajarannya terutama adik saya tu. Dia yang salah masuk laluan van tu dan akhirnya kena langgar. Nasi dah jadi bubur. Nampaknya saya kena berkampung di hospital lah selepas ni. Tapi hari ni badan saya cukup letih dengan tidur tak cukup.

Kemudian sebelum saya masuk kerja kembali, saya sempat melawat dua saudara saya di hospital. Satu sakit di bahagian perut dan satu lagi baru bersalin. Comelnya anak dia. Lepas tu keluarlah soalan cepu emas. Alamak. Tapi buat biasa cukuplah.

Kemudian saya kembali masuk kerja. Selepas waktu kerja terus saya balik untuk rest sekejap tetapi Pak Njang dari Langkawi mai dan ajak saya ke hospital terus saya pi. Adalah dekat sejam lebih sebelum saya balik. Mak yang tunggu adik kat hospital. Bila balik sempat singgah minum sekejap sebelum saya update diari ni. Penatnya hari ni! Nampak gaya macam nak tidur lena. Jam 3 pagi barulah dapat tidur. Zzzzzzzzzzzzzzzzz...

WASSALAM...

03 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Satu pengajaran, iktibar dan renungan buat diri saya. Selepas mendengar beberapa perkara, akal saya seolah-olah berselirat dengan seribu satu macam persoalan. Banyak yang perlu saya lihat dan teliti serta fahami. Namun selepas membuat perkiraan lanjut saya mula mengerti banyak benda.

Kadang-kadang kita tidak boleh terlalu pantas mempercayai apa yang kita dengar dan lihat kerana mungkin apa yang kita nampak hanyalah yang tersurat sedangkan yang tersiratnya tidak sampai lagi ilmu kita untuk memahaminya. Mungkin nanti apabila kita sudah menimba ilmu barulah kita tahu yang mana hak dan yang mana batil.

Sebab itu, buat masa sekarang, saya serahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk kepada saya yang mana benar dan yang mana salah. Dan setelah memikirkannya masak-masak. Saya seudah membuat keputusan. Semoga Allah menetapkan saya di jalan yang benar, Amin...

Oklah...

Hari ni saya Cuma sempat tidur selama dua jam. Kemudian saya turun joggging di Taman Rimba. Hari ni saya buat speed dan memang menyakitkan badan. Saya belajar sesuatu hari ni. Kalau tidur tak cukup better jangan dera badan. Kita perlukan rehat yang cukup untuk tugas-tugas berat. Kan dah cedera nasib baik ringan sahaja. Alhamdulillah....

Kemudian, saya meluangkan masa untuk hadir ke Stadium menyaksikan latihan pasukan Kedah sambil mendengar pendapat ramai orang. Itulah orang kita yang mentaliti mereka terlalu negatif. Saya hairan kenapa kita suka terlalu negatif?

Kemudian saya sempat tidur untuk 30 minit sebelum saya sa,bung kerja saya di Sekolah Rendah Islam Alor Setar. Kemudian, saya rehat sekejap di rumah sebelum masuk kerja dari jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam.

WASSALAM...

02 JANUARI 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Waktu pagi, saya cuba semak kembali status wang saya dan Alhamdulillah pihak Bank Muamalat Alor Setar memang cekap mengendalikan kes sebegini. Tahniah! Terima Kasih...

Kemudian saya ke kedai untuk surf Internet sekejap sebelum saya solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Hari ni khatib yang lain bertugas membicarakan soal berbuat baik tak kiralah kepada sesiapa sahaja. Saya kemudiannya bersama Men ke Lapangan Terbang Kepala Batas Untuk meraikan ketibaan pemain Import Baru Kedah dari Argentina. Datuk hantar mesej kepada saya untuk turut sambut, jadi saya dan lebih kurang 10 orang member HKC terus ke sana untuk memberikan sedikit sokongan kepada skuad Kedah.

Kemudian saya balik rumah sekejap sebelum saya masuk kerja dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam. Tapi malam ni saya balik lewat iaitu kira-kira jam 2.30 pagi disebabkan masalah network di Kedai. Apa pun lepas balik terus saya settlekan kerja-kerja saya hingga hampir jam lima pagi barulah saya masuk tidur.

WASSALAM...

01 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

2 0 0 3   : S u a t u    R a n g k u m a n
(Sepintas Lalu)

::: JANUARI :::

Suatu permulaan yang cukup indah dalam hidup  saya. Cukup bersemangat. Azam tahun baru yang bersemarak dan membayangkan tahun ni, saya akan kecap banyak perkara yang indah. Saya merasakan permulaan yang cukup cemerlang dan diingini.

::: FEBRUARI :::

Sambungan permulaan yang cukup baik, matlamat tahun ini, saya mula capai sedikit. Usaha ke arahnya dah berjaya.

::: MAC :::

Satu lembaran baru, saya diterima bekerja dan dihantar berkursus di PD, NS. Segalanya berjalan lancar.

::: APRIL :::

Saya dah mula tinggal di Penang. Memulakan kerja dan di akhir bulan terasa sedikit keraguan dan kekeliruan. Apa pun inilah bulan yang cukup indah bagi diri saya. Alhamdulillah...

::: MEI :::

Awal Mei saya berada di Ulu Kinta untuk kursus induksi Kadet ASP. Di Ulu Kinta, saya mula kembali terfikir tentang banyak perkara. Kerisauan diri, masa depan, arah tuju dan perancangan selepas ini.

Terus terang, apa yang saya fikirkan di Ulu Kinta cukup akan saya kenang hingga hari ini. Terlalu banyak yang saya fikirkan. Saya pasti ingatinya seumur hidup saya!!!

Bulan ini permulaannya saya cukup bersemangat tetapi tiba-tiba terasa momentumnya semakin hilang. Saya terpaksa berhenti kerja disebakan syarikat tidak mampu untuk mebayar gaji dan beberapa masalah dalaman.

Tiba-tiba saya sedar, ia semakin jauh. Perubahan yang cukup saya takuti. Tetapi saya redha kepada Allah kerana Allah tahu segalanya.

::: JUN :::

Bulan kelahiran saya, tetapi tak cukup indah buat diri saya. Ada banyak perkara yang membuatkan saya terpaksa menyusun kembali perancangan diri saya. Saya akur terhadap takdir dan saya akan cuba betah menghadapinya.

::: JULAI :::

Bulan yang cukup perit. Banyak pahit dan kegetiran yang harus saya lalui. Saya tertanya-tanya  dan keliru tetapi Alhamdulillah, Allah berikan saya ketabahan utnuk menghadapi segalanya...

::: OGOS :::

Bulan yang memberikan saya tekad untuk nekad. Alhamdulillah saya ada kekuatan untuk nekad.

::: SEPTEMBER :::

Bulan transit untuk saya menanti segala impian.

::: OKTOBER :::

Mungkin lagu Awie sesuai untuk menyatakan perasaan saya dalam bulan ini. Tragedi Oktober. Macam bulan malang bagi diri saya. Saya terlepas beberapa perkara yang memerlukan saya kembali bersaing dan mencari kekuatan baru.

::: NOVEMBER :::

Saya semakin tabah. Alhamdulillah dan saya semakin banyak mempelajari erti kehidupan.

::: DISEMBER :::

Entah mengapa akhir Disember seolah-olah banyak kegembiraan yang datang menjengah. Seronoknya... Saya semakin yakin dan saya pasti langkah saya semakin betul, InsyaAllah...

::: 2003 :::

Saya kurang berjaya mencapai matlamat saya. Apa pun saya sudah ada tapak yang boleh saya gunakan untuk melangkah dengan lebih jauh. Banyak pengajaran yang saya dapat dan saya perlu kembali membina diri dengan lebih jitu dan saya amat mengharapkan 2004 sebagai wadah kecemerlangan diri saya.

Saya memulakan 01 Januari 2004 dengan satu kejadian yang harus saya jadikan pengajaran. Saya ke Bank Muamalat Alor Setar dan kemudian saya memasukkan wang sebanyak RM 100 ke dalam akaun saya melalui mesin automatik. Dan ketika saya sedang memasukkan wang, mesin tersebut tiba-tiba offline! Duit saya tidak dikira dalam akaun dan RM 100 tu tetap berada dalam mesin!

Apa lagi terus saya masuk ke dalam bank dan buat pengaduan. Setakat ini, saya dilayan dengan baik. Alhamdulillah tetapi saya masih menanti hari esok untuk ditentukan sama ada duit saya itu hangus atau tidak. Harapnya tidaklah, InsyaAllah...

Pengajaran yang saya fikirkan ialah lain kali sebelum nak masukkan duit secara mesin, better salin dulu no siri duit tu dan kemudian kalau jadi apa-apa senang nak buat aduan dan rujukan. Sekarang berserah sahajalah...

Oklah, hari ni saya tak dapat nak tidur dengan nyenyak. Sebabnya? Hehehe... Sebabnya ialah nyamuk yang terlalu banyak. Sekarang ni dah sampai musim banyak nyamuk. Dulu saya masih ingat lagi waktu nak solat di Suarau Taman saya nyamuk cukup banyak sampaikan nampak hitam kehitaman di siling surau! Seakrang ni pun lebih kurang begitu. Selepas Solat Subuh barulah saya lena tidur. Last sekali jam 11 baru bangun. Lepas tu kelam kabutlah nak buat itu dan ini.

Destinasi saya yang pertama ialah Pejabat Pos untuk urusan pos dan beberapa urusa lain. Kemudian ke Bank Muamalat Alor Setar dan kemudian ke Courts Mammoth Alor Setar sebelum saya ambil raket saya di Kompleks Hijaukuning. Awal bulan lagi dah terbang lebih kurang RM 100 duit saya. Repair motor, renew lesen memandu, tali raket putus dan beberapa keperluan lain. Hmmm... Bilalah nak dapat kerja tetap ni. Asyik hantar resume tetapi susah betul nak dapat. Yang penting kena tetap berusaha. Selagi kita yakin rezeki itu di tangan Allah, kita harus sentiasa berusaha. InsyaAllah...

Kemudian saya rehat sekejap di rumah sebelum saya masuk kerja dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam. Waktu Maghrib, saya rehat sekejap untuk berbuka dan saya cukup bersyukur dalam hari pertama bulan Januari 2004 ini saya dapat berpuasa sunat sempena hari Khamis (bukan sempena tahun baru).

Mengulas tentang tahun baru 2004, saya cukup tak bersetuju dengan cara majoriti sambutan tahun baru diadakan. Bagi saya, tahun baru 2004 bukanlah sesuatu yang perlu kita sambut sangat dan kalau kita kaji sejarah sambutan tahun baru ia lebih kepada sambutan memperingati tuhan orang-orang Nasrani.

Oleh kerana, kita telah menggunapakai sistem tahun Masihi, saya just jadikannya sebagai satu takah untuk menyemak kembali segala apa yang telah saya lakukan dan menyemak kembali apa yang ingin saya capai. Itu sahaja.

Oklah, saya pun dah mengantuk ni. Berdebar jugak menanti hari esok untuk ketahui status duit saya tu.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah