Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

30 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya tersedar Bila Datuk Shukri buat misscall macam biasa gerak bangun Subuh. Terus saya teringatkan Din dan terus saya pecut motor dalam keadaan mengantuk. 100kmsj saya bawak dan nasib baik keadaan jalan baik dan tak banyak kenderaan. Hmmm... Memang saya dah lupa dengan lesen dan duit sebab terlalu kalut. Sorry Din sebab terpaksa tunggu sejam! Silap saya.

Din tidur di rumah saya dan saya pulak banyak habiskan masa membaca paper. Jam 11, kami bertolak ke Kuala Kedah atas bantuan Khairi dan Shaukhi. Thanks...

Dah dua tahun dua bulan saya tak ke Langkawi. Alhamdulillah kami sampai jugak ke Langkawi dan Zam datang ambil di Jeti dan kami terus ke Pekan Kuah untuk settlekan beberapa urusan perbankan dan selepas makan tengahari, kami terus ke rumah Zam.

Selepas Solat, kami terus ke Kereta Kabel di Gunung Mat Cincang. Kami empat orang, saya, Zam, Din dan Fizi. Memang indah ciptaan Allah. Subhanallah... Memang rasa tenang setenangnya menghayati keindahan alam. Saya banyak memikirkan soal perjalanan masa depan. Alhamdulillah saya dapat idea mengenainya...

Kemudian kami ke Langkawi Harbour dan kemudian ke Langkawi Lagoon sebelum kami habiskan masa di tepi pantai Langkasuka untuk menghayati suasana matahari terbenam sambil menemankan Fizi berbuka puasa. Kemudian kami solat di surau berhampiran Pantai Chenang/Pantai Tengah.

Kemudian kami makan nasi di Padang Mat Sirat. Fuh Sedapnya... Just nasi putih, kari ikan, ikan termenung (kembung) goreng beserta ulam dan sambal belacan. Sedapnya! Alhamdulillah. Kemudian kami habikan masa di Dataran Lang sebelum kami pulang berehat.

*Gambar-gambar yang sempat kami rakamkan di Langkawi... Ada lebih kurang 150 keping gambar tetapi saiznya agak besar menyebabkan saya tak dapat upload kesemuanya.

WASSALAM... 

29 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Sampai di rumah, saya terus bersalaman dengan mak dan abah dan kemudian solat dan terus saya ke Stadium Darulaman menjenguk latihan terakhir Kedah sebelum bertemu Pahang malam ni. Saya bersama dengan coach Mr. Azraai, Radhi Mat Din dan Mohammad Ramli melihat aksi pemain.

Kemudian saya menghabiskan banyak masa di Stadium dan saya lihat sambutan peminat cukup menggalakkan. Kemudian saya ke Kedai Gunting rambut untuk gunting rambut. Lepas habiskan masa membaca, terus saya ke tempat kerja lama saya dan kemudian saya settlekan beberapa urusan di Stadium sebelum saya balik ke rumah dan saya tak dapat tahan rasa mengantuk hingga tertidur. Petang saya just rehat di rumah dan selepas Solat Maghrib saya ke Stadium Darulaman. Kedah menang 5-1 ke atas Pahang. Ulasan di HKC. Kemudian saya keluar makan dengan adik saya, Khodir, Shaukhi dan Bang Wan di Nasmeer Nasi Kandar. Bila sedar jam 2 pagi baru saya balik ke rumah. Kemudian saya tak terus tidur dan sambil berbual dengan adik, saya melayari Internet.

Din call kira-kira jam 4 pagi memaklumkan dia sudah di Gurun. Kira-kira jam 4.40 pagi, dijangka sampai Alor Setar. Tapi saya yang masih belum tidur tertidur pulak!!!

WASSALAM... 

28 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

“ Mutakhir ini saya lebih insaf betapa sukar dan sulitnya komunikasi. Tambahan komunikasi membabitkan pihak kedua dan ketiga. Yang mudah, bercakap seorang diri (intra-personal). Sebab itu komunikasi telah menjadi satu displin ilmu dan ketrampilan yang penting dalam dunia pengurusan dan displin ilmu kepemimpinan.”

“ Yang sudah pandai atau ‘pakar’ pun harus bersedia untuk terus belajar dan diajar. (learn, unlearn and relearn). Kalau tidak, takut-takut, lain yang dihajati lain pula kesan (effect) yang diperolehi pihak pendengar”.

“ Maka apa yang berlaku ialah seumpama cubaan berdialog di antara orang sufi dan orang fikah. Laras bahasa dan bunga bahasanya saling tak difahami antara satu sama lain. Tidak keterlaluan dan agak ekstrem kalau saya ungkapkan contoh Ibn ‘Arabi seorang ahli sufi di zaman Andalus yang akhirnya dihantar ke tali gantung kerana gagasan “WehdatulWujud”nya sukar untuk difahami umum, termasuk golongan pemerintah dan para fuqaha”.

“Apabila maksud penghantar (transmiter) tak mampu diterima (decode) oleh penerima (receiver), komunikasi tergendala. Hasilnya caca-merba. Komunikasi lebih sulit ketika terdapat beraneka prejudis yang tebal di pihak pendengar mahupun penghantar. Tambahan pula kalau prejudis itu sudah terpasak sekian lama sekeras konkrit”.

Itu adalah petikan tulisan Dr. Dzulkifli Ahmad dalam artikelnya “Antara Berstrategi dan Bertawakal – Polemik Usang”.

Begitulah sukarnya komunikasi. Dalam diari ini saya juga berkomunikasi. Kadang-kadang ia pada saya mungkin maknanya lain dan pada pembaca maknanya berbeza. Sebab itu paling penting ialah kita harus bersangka baik antara satu sama lain.

Saya rajin melayari blog kawan-kawan yang lain. Kadang-kadang ada yang saya tidak faham tetapi saya tidak akan terus buat tafsiran kerana banyak faktor yang harus kita selidiki. Tafsiran melulu boleh jadi salah kerana kita tidak memahami atas konteks apakah seseorang itu melakukan sesuatu dan begitu juga dengan orang itu terhadap kita. Cuma apabila kita sudah mengetahui halangan dalam komunikasi, kita sepatutnya lebih terbuka dan tidak terlalu pantas meletakkan kesimpulan.

Saya ingin mengulas panjang tetapi kurang berkesempatan...

Oklah...

Lewat lagi! Saya pun tak tahulah. Saya cukup ingat, waktu study di Asrama dulu. Kalau hampir waktu saya balik ke rumah, saya memang cukup lewat bangun. Hari ni dekat-dekat jam tujuh pagi baru terjaga! Kelam kabut jadinya...

Hari ni banyak jugak yang sempat saya lakukan. Cuma bila seorang kawan bicarakan soal perkahwinan, tiba-tiba saya rasa lain. Saya macam bersemangat nak kahwin. Hehehe... Saya dah meneliti dari dulu dan Alhamdulillah kalau Allah izinkan saya cukup bersyukur. InsyaAllah. Segalanya kuasa Allah. Saya sentiasa redha dengan ketetapan Allah.

Waktu rehat tengahari saya ke Masjid Jamek untuk beli tiket balik Kedah dan kemudian bergegas ke pejabt dan Alhamdulillah saya menepati masa. Jam 6 petang hingga 8 malam, saya perlu mengajar nurse pelatih Microsoft Power Point dan kemudian saya terus bergegas ke Pasar malam untuk beli sedikit makanan dan kemudian terus bersiap dan jam 10.30 malam, Din, Duan dan Zul hantar ke Jalan Duta. Thanks. Jam 12, saya bertolak ke Alor Setar, Balik kampung.

WASSALAM... 

27 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Banduan yang pintar

Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?"

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.

"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka."

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pengsan.

Oklah... Just sedikit jokes,

Kalutnya saya hari ni. Entah mengapa sejak dua menjak ni saya bangun lewat ja. Tak tahulah apa yang saya fikirkan sampai tak terjaga. Nak kata mimpi indah tak jugak. Tapi saya memang kelam kabut sebab banyak benda yang perlu saya selesaikan. Minggu depan saya harus mengajar Jdeveloper dan lusa saya dah bercuti. Saya perlu berhempas pulas selesaikan kerja-kerja saya. Penatnya...

Pagi saya attend pengenalan kursus oleh Dr. Taufik dan waktu petang, saya just bantu Azhar settlekan beberapa kerja sambil saya menyiapkan tugasan saya. Modul saya memang dah dipinjam menambah kesukaran saya untuk terukan kerja. Alamak!

Kalutnya! Petang hari macam biasa hujan renyai-renyai. Saya pun dah tak berkesempatan nak beli tiket balik Kedah esok. Alhamdulilah, saya sempat sempurnakan ibadah puasa sunat hari ni. Malam saya just just siapkan kerja yang tertangguh dan masuk tidur kira-kira jam 1.30 malam.

WASSALAM...   

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah