Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

15 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya rasa saya perlu lebih kuat dari biasa. Saya perlu semakin kuat. Kuat dalam ertikata saya boleh menghadapi tekanan emosi yang tinggi. Alhamdulillah setakat ini saya boleh hadapi dengan tenang banyak benda. Bila kita terpaksa membantu orang menyelesaikan masalah, memang ia sesuatu yang cukup berat.

Ramai yang bila ada masalah peribadi datang dan mengadu. Saya dah jadi macam kaunselor kerana terpaksa mendengar banyak kisah. Sebab itu saya tahu banyak rahsia orang. Dan amanah orang perlu saya jaga. Itu saya cukup pegang. Kalau kita dedahkan rahsia orang, rahsia kita juga akan terdedah suatu ketika nanti. Percayalah. Sebab itu saya bolehlah dikatakan jenis perahsia.

Saya tahu banyak benda. Yang baik atau yang buruk tentang orang itu dan ini tetapi apabila diberi amanah, jangan sesekali dikhianati. Tetapi ia memerlukan “kekuatan” yang lebih. Mujurlah saya pernah mempunyai asas dalam bidang kaunseling ni. Saya bukan sepakar Datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah tetapi Cuma sikit-sikit sahaja. Paling penting ialah sifat empathy. Selain sympathy itu adalah sifat yang perlu ada.

Saya telah didatangi dengan ramai orang. Bila saya kaji segalanya, apa yang dapat saya rumuskan ialah sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan Allah, InsyaAllah kita tak akan menghadapi masalah sangat dengan bab lain. Tetapi masalah itu adalah bab biasa.

Ada yang cukup mengejutkan. Ada yang berani membuat pengakuan “berani mati” depan saya. Tetapi saya kena rahsiakan banyak benda. Sebab itu kadang kala saya lambat buat tindakan kerana saya kena fikir banyak benda sebelum bertindak. Ia tak mudah kerana semua ffaktor harus diambil kira. Tetapi apabila saya berjaya membantu, saya rasa cukup gembira dan lega.

Dulu cikgu saya pernah mengatakan bahawa ramai pskiatris mati awal kerana mereka juga seperti menanggung masalah client mereka. Saya tak pasti sangat akan hakikat itu tetapi apabil saya selalu didatangi, memang ia ada kebenarannya. Cuma kita harus bijak mengendalikan semua itu. Bagi saya Al-Quran adalah penawarnya.

Segalanya bermula sewaktu di MRSM dulu. Saya lebih dikenali sebagai ustaz di sana. Waktu tu, ada seorang kawan datang mengadu masalah dan Alhamdulillah saya  dapat membantunya. Kemudian  apabila diperkenalkan PRS (Pembimbing rakan sebaya), saya langsung tidak apply untuk memasuki PRS. Yang saya lakukan ialah hanya dengan mendengar kawan-kawan saya ditemuramah. Setelah selesai segalanya, saya ditanya oleh kaunselor sama ada berminat atau tidak. Saya kat minat jugak.

Bila diumum senarai yang berjaya menjadi PRS, nama saya pun ada! Dah tu dilantik sebagai presiden pulak! Memang mengejutkan. Sejak dari itu kami diberi pendedahan dan kursus tentang psikologi. Alhamdulillah saya banyak dapat membantu kawan-kawan.

Bukan bermakna apabila kita menjadi PRS, kita tak ada masalah. Ia silap! Seperti mana konsep kaunseling di mana kita bukan menyelesaikan masalah client tetapi kita membantu client menyelesaikan masalah mereka. Ia melalui banyak cara.

Banyak aspek yang perlu diambilkira. Paling penting ialah latarbelakangnya. Dan jangan anggap kalau seorang itu menjadi kaunselor dia itu dia tahu segalanya tidak. Ia bergantung kepada ilmu dan pengalaman. Macam saya yang masih mentah, masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari.

Kena banyak membaca dan yang paling selalu ialah saya mendengar ceramah Datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah sama ada melalui TV atau pun CD yang saya beli. Di samping itu pemahaman tentang Islam juga penting dan sebab itu saya suka refer kepada kawan-kawan yang mempunyai ilmu dalam bidang ini.

Cuma ada beberapa benda yang saya masih belum alami tetapi Alhamdulillah saya dapat membantu. Ada juga yang melibatkan masalah rumahtangga. Walaupun saya tak berumahtangga lagi, Alhamdulillah saya dapat membantu. Bab couple pun banyak. Bab ni saya bukannya ada pengalaman tetapi setakat apa yang selalu saya baca, kaji dan dengar, dapatlah saya bantu. Ada yang sampai menangis-nangis. Hati kita pun memang cepat rasa sayu. Tetapi itu adalah lumrah yang harus ditempuh. Kita tak boleh dihanyut dengan perasaan sangat. Yang penting adalah akal untuk berfikir.

Mengkaji banyak tokoh-tokoh dalam dunia, yang memainkan peranan selain IQ ialah EQ. Bagaimana kita mengawal emosi. Emosi ini harus dikawal kerana ia banyak mempengaruhi peribadi kita. Sebab itu, matlamat hidup saya mudah sahaja untuk mencapai ketenangan hati dan akhirnya keredhaan Allah.

Saya meluah tekanan melalui banyak cara. Dan sebab itu terlalu sukar untuk saya marah dan saya pun tak tahu kenapa saya terlalu sukar marah sampai saya selalu hairan dengan orang yang marah. Benda kecil pun marah! Sebelum nak marah fikirlah 144 sebab. Itu antara sebahagian yang dianjurkan oleh Nabi kita.

Tetapi terus terang sekarang saya agak tertekan dengan banyak benda tetapi Alhamdulillah saya masih mampu mengawalnya...Alhamdulillah...

Pagi ni saya memang tak turun jogging. Tetapi macam biasa pada hari Ahad saya akan tonton segmen Datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah. Kemudian saya tonton berita sekejap. Laparnya, lepas tu saya beli sarapan tapi tak sempat naka sarapan sebab kena hantar adik ke hospital dengan pertolongan Boss saya. Apa pun, bila balik terus saya makan. Nikmatnya sebab saya dah sehari tak makan!

Kemudian saya siapkan beberapa benda dan tengah hari saya set perjumpaaan dengan Nas di Kancut untuk ambil upah buat assigmnent. Ada beberapa benda lagi yang saya lakukan untuk kerja. Zaman sekarang kena ekstra sikit bab kerja ni sebab banyak bend ayang perlu saya selesaikan dan saya sekarang memang cukup sibuk. Dunia saya dah terbalik. Malam jadi siang dan siang jadi malam. Hehehe... Buat yang baru dapat kerja, Tahniah dan bekerjalah dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Kalau ada masalah jangan segan minta pertolongan saya.

Kemudian saya rehat sekejap di rumah sebelum masuk kerja macam biasa. Cuma sebelum waktu Maghrib saya dapat Private Message dari Datuk Shukri Hashim berkenaan dengan posting. Terima kaish atas teguran Datuk, saya akan usahakan juga. Terima kasih atas kepercayaan yang Datuk berikan kepada saya yang baru setahun jagung ni. Susah nak jumpa seorang yang macam Datuk. Walaupun mempunyai segala macam kelebihan dan kedudukan, Datuk tak pernah sombong dan bongkak malah sentiasa membantu. Terima kasih Ya Allah kerana diberikan saya peluang untuk mendampingi Datuk yang melayan saya seperti sahabat dan anak.

Kemudian saya sempat tonton Live Arsenal vs Chelsea. The gunners menang 2-1 ke atas The Blues. Habis waktu kerja saya dan Fahmy singgah makan di restoran depan kedai saya sebelum kami bertolak pulang kira-kira jam 1.30 pagi. Hmm macam nilah saya tiap-tiap malam. Tutup kedai selalunya dekat 12.30 malam. Lepas tu keluar untuk minum. Bila balik nak kena settle beberapa kerja sebelum tidur. Sebab tu tidur mencecah jam 3 atau emapt pagi hampir setiap hari!

WASSALAM...

14 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Kasih sayang dalam Islam mengatasi Hari Valentine
Oleh Saidul Amin Usman

HARI Valentine atau hari kasih sayang diperingati pada tarikh 14 Februari setiap tahun oleh sebahagian besar remaja dunia ini. Pada hari itu, mereka akan saling mengirim kad untuk mengungkapkan kata cinta atau kasih sayang. Ada pula yang mengirim bunga atau coklat yang berbentuk hati sebagai simbol rasa sayang.

Di Barat, budaya ini, dalam sesetengah keadaan, sudah melampaui batas. Di sana hari kasih sayang diraikan besar-besaran. Dari awal petang hingga pagi hari, dengan mengadakan pelbagai acara hiburan. Bermula daripada sekadar menyanyi, tari menari dan bersuka ria, hingga kepada pesta seks. Tidak ada yang mencelanya, sebab malam itu adalah malam kasih sayang, malam kebebasan dan malam berasmara.

Di Malaysia, remaja Muslim pun kadang-kala terikut-ikut dengan budaya itu. Pada hari itu, mereka juga ikut saling mengirimkan kad, SMS atau jambangan bunga sebagai tanda cinta kepada seseorang yang dikasihi. Walaupun tidak sehebat di Barat, di tempat tertentu ada yang meraikan hari berkenaan dengan pelbagai acara tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran agama dan budaya bangsa.

Sebenarnya, kebanyakan remaja yang terikut-ikut memperingati hari kasih sayang ini hanyalah kerana suka-suka. Mereka tidak faham sejarah Hari Valentine dan tidak menyedari bahawa peringatan ini mengandungi ajaran agama serta budaya luar yang tidak sesuai dengan agama dan adat resam masyarakat kita.

Dalam The World Book Encyclopedia 1998 dijelaskan bahawa hari kasih sayang sebenarnya adalah budaya bangsa Rom Kuno (ancient Roman) yang diadakan setiap 13 hingga 18 Februari untuk menghormati Dewi Cinta.

Acara ini bermula pada 13 Februari, di mana setiap gadis akan menuliskan namanya pada sehelai kertas dan memasukkannya ke dalam sebuah kotak. Kemudian pada 14 Februari setiap pemuda akan memilih satu lipatan kertas dalam kotak itu. Mereka akan hidup bersama perempuan yang ada namanya dalam lipatan kertas itu selama satu tahun. Jika dalam masa itu mereka menganggap diri masing-masing sesuai antara satu salam lain dan saling mencintai, maka kedua-duanya akan dinikahkan. Upacara ini dikenali sebagai Lupercalia.

Selepas agama Kristian memasuki Rom, maka mereka mengambil dan mewarnai upacara tradisi ini dengan unsur Kristian serta menjadikannya sebahagian daripada ajaran agama mereka.

Menurut Encyclopedia Britanica, pada 496 Masihi, Gelasius I menjadikan upacara ini satu bentuk daripada perayaan gereja dan menukar Lupercalia kepada Valentine's Day. Ini untuk menghormati St Valentine, iaitu seorang yang dianggap suci dalam agama Kristian yang berkebetulan mati pada 14 Februari.

The Catholic Encyclopedia pula menjelaskan bahawa ada tiga orang suci (saint) dalam agama Kristian yang mempunyai nama Valentine. Mereka adalah orang yang dianggap memiliki jasa besar terhadap agama itu. Antara mereka adalah St Valentine yang hidup pada zaman Kaisar Claudius II, seorang Kaisar yang melarang askarnya untuk menikah.

Kaisar Claudius II berpendapat bahawa askar bujang lebih berani dan tabah dalam berperang berbanding askar yang telah berkahwin. Untuk itu Kaisar melarang askarnya berkeluarga kerana akan melunturkan semangat patriotik mereka.

St Valentine tidak bersetuju dengan sikap Kaisar ini. Secara senyap dia, menikahkan askar itu. Namun, perbuatannya diketahui oleh Claudius II hingga dia ditangkap, diseksa dan dihukum gantung pada 14 Februari.

Sejak itu, hari kematian St Valentine pada 14 Februari dianggap suci, bersejarah dan diperingati sebagai penghormatan di atas keberaniannya menentang kezaliman penguasa yang membunuh naluri semula jadi manusia.

Kebiasaan mengirim surat pada Hari Valentine dimulakan oleh The Duke of Orleans yang dipenjara di Tower of London pada 1415.

Pada setiap 14 Februari, dia akan mengirimkan surat berupa puisi kasih sayang kepada isterinya di rumah.

Perbuatan ini kemudian ditiru oleh masyarakat Barat, kemudian menjalar ke Timur dan akhirnya menjadi budaya global hingga ke hari ini.

Pada era moden ini pula, peringatan hari kasih sayang sudah tidak lagi memiliki hubungan dengan upacara agama Kristian. Peringatan hari itu sekadar upacara muda-mudi untuk mengungkapkan rasa cinta. Ia selalunya diiringi dengan pelbagai acara yang boleh menjurus kepada kemaksiatan yang pernah diamalkan oleh masyarakat Rom kuno.

Bagaimana dengan Islam? Islam adalah agama kasih sayang. Tetapi kasih dan sayang dalam Islam didasari oleh iman dan persaudaraan yang murni dan bersih daripada semua unsur kemaksiatan.

Islam menyedari bahawa cinta dan kasih sayang adalah fitrah semula jadi manusia yang tumbuh dan berkembang, khususnya di kalangan remaja. Islam membimbing dan memberikan panduan agar cinta dan kasih sayang itu tetap dipelihara menjadi suatu yang suci serta terhindar daripada kemaksiatan.

Cinta dan kasih sayang dalam Islam bersifat positif dan sejagat. Ia bukan setakat hubungan kasih antara muda dan mudi, suami dan isteri saja. Lebih daripada itu, meliputi semua umat. Bahkan kasih sayang itu adalah ciri daripada ajaran Islam yang berfungsi sebagai rahmat untuk semesta alam.

Tingginya kedudukan kasih sayang dalam ajaran Islam dapat dibuktikan daripada beberapa aspek, antaranya:

·  Kasih sayang adalah ciri umat Nabi Muhammad.

Allah berfirman bermaksud: “Muhammad itu adalah rasul Allah dan orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayanglah sesama mereka...” (Surah al-Fath, ayat 28).

Ayat di atas menggambarkan bahawa umat Muhammad memiliki dua sikap, iaitu tegas terhadap orang lain, tetapi sangat lembut sesama sendiri. Mereka bagaikan satu tubuh yang saling melengkapi satu dengan lainnya. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ke lurah sama menurun ke bukit sama mendaki.

Sikap seperti inilah yang sentiasa diingatkan rasul dalam salah satu hadisnya bermaksud: “Umat Islam itu seperti satu tubuh, apabila sakit bahagian tertentu, maka bahagian yang lain juga akan merasainya.”

Umat Islam itu bagaikan satu keluarga. Hingga masalah apa pun yang terjadi antara mereka akan dibincangkan dengan penuh kasih sayang dan kebijaksanaan. Persoalan besar akan dijadikan kecil, sementara permasalahan kecil akan mereka ketepikan. Mereka hidup bertimbang rasa.

Setiap Muslim menyedari bahawa kasih sayang bukan saja akan membentuk masyarakat yang harmoni, malah satu syarat, turunnya rahmat Tuhan dari langit. Ini sebagaimana disebut dalam salah satu sabda Rasulullah bermaksud: “Sayangilah orang yang ada di bumi, maka yang ada di langit akan menyayangi kamu.”

Ertinya, kasih dan sayang itu adalah perintah Allah yang menjadi ciri khas umat Muhammad.

Dengan kasih sayang ini pula dibentuk masyarakat Islam yang harmoni

Petikan dari Artikel dalam ruangan Agama Berita Harian 14/02/2004.

Kasih sayang menrupakan sesuatu yang cukup suci lagi tulus. Tetapi dalam merenangi lauatn kaish sayang, bairlah kita berpaksi kepada apa yang dituntut dan dibenarkan oleh ajaran agama. Usahlah terikut-ikut dengan propaganda agama lain yang ingin mneyesatkan akidah umat. Jadi sama-samalah kita merenungi untuk kebaikan bersama. Mudah-mudahan hidayah Allah akan membuka hati kita kepada jalan yang benar.

Oklah, hari ni saya turun jogging macam biasa. Cuma rasa sikit sakit di bahagian kaki. Kemudian saya ke Sekolah adik saya untuk urusan borang pengesahan adik saya untuk mendapatkan rawatan secara percuma di hospital. Kemudian saya sepatutnya tolong jiran tetapi ada masalah sikit saya terpaksa tangguhkannya.

Kemudian saya ke stadium untuk membeli tiket bola seterusnya ke kedai dan surf beberapa laman dan membaca paper online. Ada yang istimewa pagi ni. Alhamdulillah... Kemudian saya bergegas ke rumah kawan saya sebab dia pun dah nak balik KL. Kira-kira jam 2 saya balik rehat sekejap sebelum saya masuk bertugas kira-kira jam 4. Tapi sebelum tu dapat call dari Zam di Langkawi yang nak suruh beli tiket bola. Saya sempat ke stadium dulu sebelum masuk kerja.

Jam lapan selepas solat Maghrib, terus saya ke Stadium tetapi hampanya bila Kedah tewas 3-4. Permainan menarik tetapi kegugupan penjaga gol membuatkan Kedah tewas. Tak apa... Teruskan perjuangan. Saya tetap berdiri di belakang pasukan walaupun tewas. Tetapi ia memang menjejaskan mood saya yang sememangnya cukup baik, ceria dari pagi. Hehehe... Lepas game terus saya dan Zam serta Boss minum di perkarangan Stadium sambil berbicara banyak benda. Jam 12 kami bertolak balik dan saya banyak siapkan meterial untuk banyak benda. Jam 3 pagi baru masuk tidur...

WASSALAM...

13 FEBRUARI 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Sejak dua menjak ni, saya rasa saya lebih banyak berdiam diri. Saya rasa, saya tak banyak bercakap seperti sebelum ni. Ia harus saya akui walaupun saya adalah jenis suka bercerita dan mendengar cerita. Saya suka berbual tetapi kebelakangan ni saya rasa terlalu berat untuk berbicara.

Saya terlalu letih berfikir. Tentang banyak perkara. Tentang diri, keluarga, orang lain dan lain-lain. Memang cukup memenatkan hingga saya tak sempat nak memberi tumpuan penuh kepada banyak perkara. Ya Allah...

Rasanya saya perlukan lebih kekuatan ketika ini. Mujurlah ada diari ini untuk mencurah banyak perkara walaupun saya lebih banyak menggunakan ayat yang saya sahaja memahaminya. Bila saya menjengah kembali, saya akan tahu apa yang pernah berlaku dalam hidup saya.

Memikirkan masalah orang pun adalah tugas saya. Hmmm... Ramai yang mengadu itu dan ini kepada saya. Susah hati kalau tengok rakan berkecamuk fikiran mereka. Tetapi apakan daya, saya adalah jenis yang susah nak gembira kalau orang sekeliling saya sedih. Saya boleh pulak gembira (walaupun hakikatnya saya sedih) kalau orang sekeliling saya gembira.

Bagi saya cukuplah ketenangan pada hati. Dari hati yang kuat, kita akan dapat menghadapi cabaran-cabaran kehidupan yang kian hari kian mencabar. Dengan ketenangan hati kita akan merasakan hidup ini suatu yang membahagiakan.

Tetapi itulah kehidupan, banyak yang perlu kita ketahui. Kadang-kadang mata boleh menipu kita! Telinga pun masih boleh menipu kita! Sebab itu harus kita fikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku kerana kita sering dikejutkan dengan sesuatu yang tak terduga.

Bila difiikir kembali, memang ia adalah cabaran buat kita. Hidup ini hanya semnetara. Teringat saya kepada isi khutbah Jumaat hari ni berkaitan dengan Kubur. Dunia ini cumalah persinggahan, jadi apa perlu kita terlalu menghambakan diri kepada dunia. Carilah bekal sebanyak mungkin.

Nak menulis pun tak selancar dulu dah. Banyak sangat yang bermain dalam kepala otak saya. Situasi politik semasa juga memberi kesan kepada kepala saya. Bab bola pun satu hal. Alamak sampai nak lelap mata pun saya tak dapat larikan minda saya dari berfikir tentang banyak benda.

“... Sesungguhnya, orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujurat [49]: 13)

Oklah

Hari ni saya agak lewat turun jogging. Lepas bangun dari tidur dan solat Subuh, sengaja baring tetapi terlelap dan mujurlah saya still sempat turun jogging. Hari ni pun saya teruskan dengan speed test. Alhamdulillah lulus ujian saya. Cuma yang menjadi masalah ialah terasa sakit-sakit di beberapa bahagian tetapi itu adalah perkara biasa.

Kemudian saya dan Taufik buat sikit senaman di dalam kawasan taman rimba. Lepas sahaja buat senaman cooling down, terus kami ke Stadium untuk menjenguk suasana kat sana. Rupanya dah ada yang tanya saya pasal tiket! Awalnya malam esok baru lawan, hari ni dah cari tiket. Kemudian kami makan di Seberang Perak sambil membaca paper dan berbual. Kemudian bila balik saya terlelap akibat tidur lewat malam tadi. Lepas tu nak tolong jiran pasal pencarian kerja tetapi ada sikit masalah.

Kemudian ke Masjid untuk solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Khutbah membicarakan soal Kubur dan kematian. Kemudian saya dapat call dari seorang kawan. Dia tak percaya yang saya tiada handset! Hehehe... Memang saya tak pakai handset. Selalu saya tulis dalam ni yang saya tak pakai handset. Saya tak berapa minat sangat memakainya tetapi kadang-kadang saya memang nampak menggunakan handset tetapi yang kawan. Itu pun sebab nak tolong repair (dulu saya pernah kerja jual handset) atau nak perbetulkan sebarang masalah (walaupun saya dah banyak lupa pasal handset ni!).

Kemudian saya masuk kerja macam biasa. Malam macam biasa, saya rehat sekejap. Cuma malam ni saya terlalu berdebar dan rasa cukup gugup. Sebabnya.... Biarlah anda meneka. Saya tak mahu ulas bab ni.

Habis waktu kerja, saya dan rakan-rakan makan di restoran depan kedai saya sebelum balik rumah kira-kira jam 1.30 pagi. Bertembung dengan sekumpulan remaja Cina yang sedang bergaduh. Tak tahulah sama ada melawak atau tak sebab nampak semuanya macam mabuk! Kehidupan selepas tengah malam!

Bila balik, macam biasa, saya perlu lakukan banyak kerja untuk menyelesaikan tugas saya.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah