Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

20 MEI 2004 

DIBALIK CERMIN MIMPI

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Didalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi
Yang penuh bermakna 

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayangku hilang
Diselubungi kerdip nurani
Mencurah kasih
Kasih murni
Muncurah kasih….

Korus:
Di balik cermin, cermin mimpi
Ada realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

 Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi….pelangi 

LAGU:M.NASIR
LIRIK: S.AMIN SHAHAB

Cermin sinonim dengan subjek perhiasan. Tambah-tambah lagi bagi kaum hawa. Ada yang rasa tidak dapat hidup jika tiada cermin kerana sukar untuk orang melihat ‘kecantikan atau keburukan’ fizikal diri. Kadang-kadang ada bahagian yang kita tidak dapat lihat terus melalui mata dan hanya terhasil dari menatap cermin. Dari cermin, kita boleh memikirkan suatu yang tersirat. Apabila menatap cermin, imej yang terhasil merupakan pantulan kepada apa yang ada di hadapannya. Mengapa tidak kita cari sesuatu medium yang boleh menjadi ‘cermin’ kepada spiritual kita?

Alhamdulillah, hari ni lepas chat dengan seseorang, saya dah ada ‘cermin’. Biarpun ada yang pahit tetapi itulah ubat untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.

Saya harap ia akan menjadi titik tolak kepada kecemerlangan diri saya selepas ini.

Oklah...

Hari ni still sampai sebelum jam 7 pagi ke office. Terkejut bila baca seorang pembantu rumah kena dera dengan kejamnya. MasyaAllah kenapa jadi begini? Kejamnya mereka itu...

Kemudian, saya ke Hospital Putrajaya bersama staf Pusat Teknologi Maklumat HUKM dan kami disambut oleh Encik Yunus dan Encik Nawawi. Melawat wad-wad dan bilik server serta beberapa kawasan lain untuk mengetahui sistem yang digunapakai oleh Hospital Putrajaya. Alhamdulillah banyak yang dapat saya dapat.

Bila habis lawatan pada waktu tengah hari, saya just sambung buat kerja tapi tak banyak sebab saya ada buat benda lain waktu ni. Petang saya sempat turun jogging sebelum waktu malam ada seorang kawan ajak keluar minum di Uptown. Bila balik rumah member lain dah tidur. Saya just sambung tonton ulangan Final UEFA Cup. Habis tu baru saya masuk tidur.

WASSALAM...

19MEI 2004

Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia. Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya:

"Dari mana kalian datang ?" Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila  berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)."(HR. Muslim)

Saya sampai di office sebelum jam 7 pagi lagi... Hari ni sebab saya singgah di Bank untuk urusan perbankan (cucuk duit. Hehehe). Kemudian masuk kerja tapi kerja saya dah settle, cuma rileks sambil surf dan study beberapa bab baru. Thanks to Aieshah sebab sediakan sarapan pagi. Rajin betul. Orang melawak sahaja, dia terus buat... Hehehe...

Kemudian kerja macam biasa cuma yang paling ambil masa ialah meeting. Bab meeting ni memang selalu ambil masa yang agak panjang. Saya pulak habis sahaja office hour terus nak balik. Petang ni ingat nak jogging tetapi tak. Hehehe...

Malam saya sempat shopping dengan Din di Carefour berhampiran Bukit Jalil. Banyak jugak RM yang melayang. Hehehe... Bila balik saya just rehat sambil lawan game dengan Duan. Asyik kalah je dengan Duan ni. Dia pakai ilmu apa entahlah (saya yang tak terer). Hehehe...

WASSALAM...

18 MEI 2004

SELAMAT HARI GURU...

GURU BERKUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN...

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Nukilan SN Dato Usman Awang

Saya cukup bertuah kerana pernah dibimbing oleh guru yang banyak membantu apa yang telah saya capai kini. Guru yang banyak berkorban untuk kesenangan anak muridnya. Terima kasih tidak lah cukup untuk semua pengorbanan itu tetapi hanya itulah yang termampu untuk saya balas. Semoga Allah merahmati jasa-jasa guruku...

Sebenarnya dalam hidup, kita ada guru secara formal atau pun tidak formal. Secara formal guru-guru di sekolah. Secara tidak formal mungkin anjing pun boleh jadi guru kita. Justeru, berterima kasihlah kepada semua guru kita. Jangan jadi orang yang tidak bersyukur...

Maaflah sebab saya lewat publish topik hari guru ni kerana kesibukan... Ni pun tak banyak...

Oklah...

Macam biasa, tak banyak yang boleh saya ceritakan cuma sekarang keadaan memerlukan saya sentiasa berfikir. Berfikir tentang banyak benda. Benda yang boleh membuatkan saya lebih insaf mengenai diri saya.

Alhamdulillah banyak jugak kerja yang dapat saya selesaikan. Saya juga dapat offer ujian Khas PTD di SP pada 09 Jun ni. Alamak! Macam mana ni. Sebab saya ada bengkel di PD waktu tu. Last sekali saya dengan Aieshah minta kebenaran penyelaras untuk hadir. Alhamdulillah ok cuma kena tunggu pengesahan sahaja.

Lepas waktu balik, saya just berehat di rumah sambil siapkan beberapa perkara yang perlu saya settlekan. Tak sempat nak keluar jogging hari ni. Malam saya just menonton TV bersama housemate sebelum, saya masuk tidur kira-kira jam 12.30 tengah malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah