Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

30 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

 1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi. "Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari. "Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai."Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana. "Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan. "Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar...

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban. "Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa. Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara. Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia. Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya. Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya. Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.

 

10 Perkara dalam perkahwinan...

Sedikit tips buat member-member yang banyak melangsungkan perkahwinan sekarang ni...

Oklah...

Pagi ni saya dah janji dengan Datuk Shukri untuk sarapan pagi. Saya lewat sampai. Maaf Datuk sebab saya kurang sihat. Selepas lama berbual tentang banyak perkara terutamanya bola, saya kemudian habiskan sedikit masa di MC Tech. Kemudian saya ingat ingin ke kampung tetapi saya tertidur akibat rasa kurang sihat.

Apa pun malam saya sempat main futsal di Sportsplanet Alor Setar bersama gang Hijaukuning.com. Kemudian saya berehat di rumah sambil hanya menyambut detik merdeka di rumah. Badan memang rasa tidak begitu sihat. Selepas liputan Piala Malaysia, terus saya masuk tidur.

WASSALAM... 

29 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya demam hari ni + batuk-batuk. Apa pun saya tetap luangkan masa ke kedai lama saya dan kemudian saya ke MC Tech untuk jumpa rakan-rakan sebelum saya ke Alor Setar untuk sedikit urusan peribadi. Kemudian saya terbaring atas katil sampai petang.

Malam saya ke Stadium Darulaman dan Alhamdulillah Kedah menang 5-0 ke atas PKNS. Lepas game, saya sempat jumpa Dato’ Basri Akil bersama Schaarq. Dan bila balik terus saya rehat dan kemudian makan-makan dengan Fahmy dan Ariff. Selepas itu saya lepak di tempat kerja lama sampai jam tiga pagi. Hujan berhenti jam 3 pagi nak buat macam mana. Tapi hari ni memang saya demam. Apa pun bila Kedah menang rasa macam tak demam pulak. Hehehe...

WASSALAM... 

28 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam sememangnya kelam kabut. Paleo last minute terpaksa batalkan trip ke Penang disebabkan ayahnya dimasukkan ke Wad dan bermakna saya kena cari tiket bas ke Alor Setar! Puas dicari, Alhamdulillah dapat walau hanya bas tambahan, itupun last ticket. Bayangkan nak balik malam, jam 6 baru kelam kabut cari tiket. Hehehe...

Itu cerita semalam...

Hari ini...

Apa pun saya tiba pada jam 7 pagi di Alor Setar dan Alhamdulillah dapat jumpa family setelah sekian lama. Cuma abah yang agak kurang sihat. Jam 9.30 pagi terus saya naik motor ke Penang. Sebelum tu saya ke Sungai Petani dan Buterworth terlebih dahulu sebelum saya ke Paya Terubong hadiri kenduri Yanie dan Aizi. Hmm... Saya sampai jam 11.30 pagi dan pengantin sampai jam 1.30. Lama betul saya tunggu. Last sekali sampai pun. Dapatlah jumpa Yana, Yanie, Marlini dan Aizi. Tahniah!!!

Petang terus saya ke rumah Muiz di Sungai Bakap. Fuh penat jugak naik motor merantau hari ni. Sepetang saya menikmati panorama kampung Muiz. Selepas Solat Maghrib, terus saya berangkat pulang. Itu pun saya berhenti di Bukit Mertajam sekejap sebelum saya tiba di Alor Setar, kira-kira jam 10 malam dan terus saya ke tempat kerja lama saya. Sambil saya tonton live EPL, ramai international student yang study di UIA cawangan Alor Setar terkejut melihat saya dan ramai yang bertanya khbar. Alhamdulillah... Kemudian saya jumpa sekali lagi student Palestine yang yang jumpa di KLCC hari tu. Ada saya tulis dalam diari saya sebelum ni.

Kemudian lepas makan malam dengan member-member, saya pulang ke rumah kira-kira jam 3 pagi selepas game Arsenal vs Norwich. Kemudian terus saya tidur. Penat betul... Hampir 400km saya travel dengan motor hari ni!

WASSALAM... 

27 OGOS 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Ada satu lagi aktiviti menarik... Klik di sini dan kemudian ikut arahan di bawah...

1. Open the attached file with Microsoft Excel.
2. Click Format > Row > Height. Set the height as 15
3. Click Format > Column > Width. Set the width as 2
4. Take care, all rows and columns are selected when setting the
height and width.

Apa komen anda?

Oklah...

Bestnya hari ni. Hehehe... Nak balik kampunglah katakan... Esok saya ambil cuti dan esok InsyaAllah saya berada di Penang untuk majlis kenduri kawan sekolah dahulu, Izyanie Ariffin dan Aizi. So hari ni memang happy saya di pejabat. 

Tengahari, solat Jumaat di Masjid Zubair al-awwam. Kemudian saya rehat sekejap di rumah sebelum kembali ke pejabat. Tak banyak yang dapat saya ceritakan hari ni sebab saya akan berjumpa dengan ejen Insuran saya jam 5 petang ni dan jam 8 malam, InsyaAllah saya akan bertolak ke Penang bersama dengan Paleo dan Yankee dari Cheras.

Hari ni saya awalkan sikit pengemaskinian diari ini...

WASSALAM... 

26 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Adik Bunuh Abang!!!

Abang tegur adik merokok mati ditikam

IPOH 26 Ogos - Gara-gara menegur adiknya merokok, seorang pemuda maut ditikam oleh adiknya itu di Taman Mas, Chemor, 15 kilometer dari sini malam tadi.

Mangsa, Yusaini Termidi, 19, mati akibat ditikam pada leher oleh adiknya yang berusia 15 tahun.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Supritendan Abdul Rahman Hashim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam apabila mangsa menegur adiknya yang sedang merokok di luar rumah.

Beliau berkata, teguran mangsa menyebabkan adiknya marah lalu berlaku perselisihan faham.

``Kerana terlalu marah, adiknya telah mengambil sebilah pisau di dapur rumah lalu menikam Yusaini menyebabkannya rebah berlumuran darah'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sewaktu kejadian emak serta adik-beradik mangsa berada dalam rumah manakala bapa mangsa, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bertugas di Markas PGA Briged Utara, di Hulu Kinta di sini.

``Kejadian ini disedari selepas ahli keluarga mangsa mendengar jeritan Yusaini. Mereka kemudian membawa mangsa ke Hospital Ipoh untuk rawatan.

``Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 malam tadi,'' jelasnya.

Polis pergi ke rumah mangsa dan menahan adik mangsa untuk siasatan lanjut serta merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

`Kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,'' tambahnya.

Sumber: Utusan Online

Fikirkanlah...

Oklah...

Jam tujuh pagi baru saya bertolak ke pejabat. Memang agak letih dan mengantuk. Kemudian saya settlekan beberapa kerja sambil menanti Din datang ke pejabat untuk minta pengesahan saya. Dia nak minta saya tolong sahkan sijil-sijil member tunang dia. Jam 11 pagi baru sampai. Waktu petang sambil saya settlekan reading on Tutorial Jdeveloper, saya surf beberapa site yang memuatkan kisah lucu seperti Gelihati dan kartun dalam Tutor.

Bila balik terus saya ke pasar malam dan kemudian saya kemaskan sikit bilik dan packing untuk balik Kedah malam esok. Malam saya ke pasar malam (yang yang lain pulak) untuk beli sedikit keperluan rumah. Kemudian saya luangkan masa depan Lap Top untuk settlekan beberapa perkara peribadi sambil menonton TV.

Jam 12.30 malam, time to sleep...

WASSALAM... 

25 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Alamak.... Lupakanlah entri saya semalam. Hehehe... Ramai yang tanya pulak... Segan saya nak jawab. For me better membisu dalam bab ni.  Cukuplah setakat yang saya tulis tu...

Oklah...

Saya dah prepare untuk kursus hari ni. Tapi masalahnya ialah ia ditangguhkan last minute! Alamak! Saya dah prepare my mind, tak apalah saya teruskan dengan sikit kerja update Version Work process, Data Flow Diagram, entity relational Diagram dan Data Dictionary for normalization. Sambil tu saya revise sikit Jdeveloper tools di samping install Macromedia Dreanweaver Mx serta Swish mx. Hmmm... Kira agak banyak benda yang saya settlekan tetapi still banyak yang perlu saya lakukan.

Habis waktu pejabat terus saya bergegas pulang. Hehehe... Kad perakam waktu memang problem. Siapa yang datang lewat memang best sebab kalau am 8.09 minit, ia akan rekodkan jam 8.00. Ia pantas 9 minit dari jam biasa. Maknanya kalau jam 4.30 nak balik, kena tunggu jam 4.39 sekurang-kurangnya barulah kad tak merah. Hehehe...

Selepas Solat Asar dan isi minyak terus saya ke Ofis Schaard di Wisma Celcom Petaling Jaya. Jumpa jugak saya dengan kawasan kat situ. Kemudian kami bertolak ke Stadium Perbandaran Selayang untuk menyaksikan perlawanan antara Kedah dan MK Land.

Sampai kat sana, kami berbual dengan Dato’ Basri Akil dan barisan pegawai yang baru dalam rombakan KFA. Alhamdulillah semuanya ceria dan pemain cukup bersemangat menghadapi perlawanan. Saya dapat VIP Pass untuk masuk dan saya duduk bersama Dato’ Basri, Schaarq dan kumpulan penyokong yang lain. Turut sama ialah Mr. Fendi iaitu ejen player. Sambil menonton banyak jugak yang kami bincangkan soal bolasepak negara dan antarabangsa.

Kemudian dengan tak disangka-sangka terjumpa dengan Firdaus yang baru seminggu kerja di KL ni. Tahniah. Dia dapat tiket dari MK Land tapi dia sokong Kedah. Hehehe... Memanglah dah anak jati Kedah. Kumpulan penyokong Kedah merupakan majoriti dalam Stadium Selayang. Tahniah walaupun Kedah hanya mampu seri 1-1. Ulasan perlawanan dalam HijauKuning.

Kemudian habis perlawanan, kami luangkan sedikit masa untuk berbual dengan pemain dan memberi sedikit semangat untuk perlawanan akan datang. Di rumah saya sambung tonton Siaran langsung tertunda antara Penang dan MPPJ. Habis game baru saya masuk tidur. Letihnya...

WASSALAM...   

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah