Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

15 OKTOBER 2004 @ 01 RAMADHAN 1425H [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Raihan

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Sumber: www.liriklagu.com

Alhamdulillah, kita kini sudah berada di dalam Bulan Ramadhan sejak masuk Maghrib semalam. Alhamdulillah kerana ketibaan Ramadhan kali ini adalah jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari dan bertembung pula dengan Bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Sememangnya Ramadhan ini saya sudah menetapkan beberapa misi peribadi setelah Ramadhan tahun lepas agak tidak begitu berjaya buat diri saya. Saya berazam agar Ramadhan kali ini cukup bermakna buat diri saya, InsyaAllah...

Buat pengunjung setia Diari ini, saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1425 dengan harapan agar kita sama-sama dapat memanfaatkan segala peluang yang ada dalam Bulan Mulia ini sementara kita masih ada kesempatan untuk mengecapinya.

Di akhir Ramadhan pula, ada peluang untuk kita mencari malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Marilah kita sama-sama menghidupkan Ramadhan dengan segala macam kebaikan dan meningkatkan lagi ketaatan kepada Allah apatah lagi sepanjang bulan ini, Syaitan an Iblis dikurung di dalam neraka.

Marilah sama-sama kita memanfaatkan peluang untuk berada di ‘Universiti’ Ramadhan ini. Lupakan dahulu tentang Syawal. Marilah kita tempuh Ramadhan dengan sepenuh hati kita agar ketibaan Syawal nanti cukup bermakna buat kita, InsyaAllah.

Usah kita keluh dengan kehadiran Ramadhan, sebaliknya marilah kita sama-sama meraikan kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan. InsyaAllah kita jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik pernah kita lalui kerana tahun depan, kita tidak pasti sama ada kita akan menempuhnya lagi atau tidak.

Akhir kata AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK!!!

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248][249][250]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah