Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

  

14 NOVEMBER 2004 @ 01 SYAWAL 1425H [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...

Alhamdulillah menjelmanya satu syawal menandakan kejayaan sebuah perjuangan bagi mereka yang benar-benar berjuang di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan berkat. Sudah menjadi fitrah dan Sunatullah, setiap yang hidup pasti akan mati, setiap yang baru akan menjadi lama dan begitu juga dengan Ramadhan, ia juga pasti akan berakhir.

Berbahagialah bagi orang-orang yang benar-benar memanfaatkan setiap detik dan ruang di dalam bulan yang mulia ini berjuang melawan hawa nafsu dan segala macam cabaran. Dan kehadiran Ramadhan untuk tahun berikutnya pasti amat dinanti lagi.

Ramadhan sudah berlalu. Kini tiba kita kembali kepada fitrah. Hari bagi kita merayakan kejayaan dalam perjuangan. Tak kurang juga yang menangis meratapi pemergian bulan yang penuh berkat ini. Marilah kita sama-sama menginsafi diri dan bermuhasabah apakah kita benar-benar mengambil manfaat Ramadhan. Moga-moga kedatangan Ramadhan sekali lagi (jika diizinkan, InsyaAllah) kita mampu membaiki segala kepincangan yang ada.

Di dalam kita merayakan hari kemenangan, marilah kita melaungkan kalimah-kalimah yang membesarkan Allah, bertakbir, bertasbih dan bertahmid sebagai mengagungkan Allah yang maha esa dan tanda kesyukuran sebagai menandakan kejayaan yang kita kecapi.

Dalam masa yang sama, usahlah kita terikut-ikut dengan pendekatan semasa yang meraikan hari raya dengan cara yang salah dan terpesong dari landasan yang dianjurkan. Penuh dengan sia-sia dan hiburan yang melalaikan.

Itu hakikat yang harus kita akui. Dunia semakin ke penghujungnya dan tanda-tandanya jelas kelihatan, justeru marilah kita berusaha menempatkan diri kita dalam golongan yang berada di dalam pihak yang tidak rugi.

Moga-moga ketaatan kita kepada Allah yang Esa semakin berkuat. Kalau takut kepada harimau kita akan lari tetapi bila takut kepada Allah, kita harus semakin mendekati Allah...

Dan sepanjang saya mula menulis di dalam alam siber ini, saya pasti sudah terlalu banyak kesilapan, kelemahan dan ada yang melukakan atau menyinggung perasaan pembaca diari ini. Di kesempatan yang mulia ini saya dengan penuh rasa rendah diri, memohon ampun maaf atas apa jua perkara yang tidak menyenangkan.

Marilah kita saling maaf memaafkan, dan memulakan lembaran baru dalam kehidupan kita. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kita teruskan apa yang telah kita mulakan dalam Ramadhan dan kekalkan serta sentiasa perbaikinya. Mudah-mudahan kita akan sentiasa diberkati dan diredhai Allah sentiasa, InsyaAllah...

Buat semua pembaca diari ini, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1425H

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248][249][250][251][252][253][254][255][256][257]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah