Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

03 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Balasungkawa

Al-Fatihah

Terkejut, terperanjat dan memang saya benar-benar sedih dengan berita yang saya terima dari sahabat baik saya Tunku Faris mengenai berita seorang guru saya telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. Memang cukup mengejutkan. Dalam diari saya, pernah saya tulis mengenai Cikgu Normi Ismail sebagai salah seorang guru yang bertanggungjawab menyedarkan saya di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.

Kemudian, saya menulis mengenai kejayaan anak Cikgu Normi dalam diari saya pada penghujung tahun 2003. Saya tahu yang Cikgu Normi menghidap barah dan saya cuma dua kali sempat mengunjungi cikgu Normi semasa beliau sakit dan saya dimaklumkan bahawa penyakitnya sudah semakin sembuh. Tetapi perkhabaran yang saya terima hari ni cukup mengejutkan!

Kemurnian baktimu tidak kan kulupakan,
Cuma secebis doa sahaja yang mampu kukirimkan kini,
Pesananmu pasti takkan luput dalam ingatan,
Buat bekalan dalam perjalanan ini,
Semoga di ‘sana’ kebahagiaan abadi menanti,
Tatkala kami di sini masih mencari erti hakikat..

Terima kasih atas segalanya...
Terima kaih atas kesedaran...
Terima kasih atas ilmu...
Terima kasih atas bimbingan...
Terima kasih... Terima kasih...

Cikgu Normi Ismail Dalam kenangan...

Al-Fatihah...

Untuk itu juga, saya akan rehatkan diari saya selama tiga hari sebagai tanda berkabung...

Kembali kepada diari saya hari ni...

Awal juga saya bangun untuk Solat Subuh walaupun saya tidur hampir jam 5 pagi. Tapi lepas tu saya sambung kembali tidur memang sakit satu badan diri saya. Memang rasa lenguh. Jam 11 pagi baru saya bangun dan kemudian saya membaca sambil berehat dan mengemas bilik yang kembali berselerak. Malas nak keluar jadi saya just makan Mi segera dan kemudian berehat sambil menonton berita dan cerita hindustan.

Kemudian saya tidur sekejap sebab rasa terlalu letih. Mujurlah hari ni cuti, bolehlah berehat dan siapkan apa yang patut. Malam saya ke Leisure Mall untuk beli sedikit barang keperluan dan top up kredit telefon saya. Kemudian just membaca sambil menonton TV. Sambil tu juga menanti result MSL. Kalah lagi 1-3. Banyak yang perlu dilakukan. Dan kemudian melayan call dan sms dari member-member.

Lepas tu barulah saya terima berita yang cukup mengejutkan iaitu pemergian Cikgu Normi...

WASSALAM...

02 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Kita tidak harus meminta balasan apabila kita memberi. Biarkan ia menjadi sesuatu yang ikhlas kerana apabila apa jua yang terjadi, ia tidak akan membuatkan kita makan hati. Memberi dengan seikhlas hati kan menjadikan kita lebih tenang dan lapang. Cuma sebagai makhluk yang dibekalkan dengan nafsu, kita seringkali ingin memuaskan kehendak hati. Kita seringkali terikut dengan pujukan yang mndorong kita ke arah yang salah.

Bila kita sudah tidak ikhlas, jika kita tidak mendapat balasan yang kita inginkan, kita pasti akan rasa kecil hati dan tidak puas hati dan akhirnya maraklah api kebencian dan permusuhan. Justeru sedaya upaya tanamlah perasaan ikhlas dalam diri agar kita tidak terjebak dalam perkara yang kita tidak ingini. Fikirkanlah...

Oklah...

Tak best rasanya bila Greece menang. Tapi itulah bolasepak, keputusan ditentukan melalui jumlah jaringan dan bukannya permainan. Dan sebab tengok bolalah saya agak lewat ke pejabat (still awal). Hehehe... Hari ni saya uploadkan the latest work to ftp. Semalam silap upload. Kemudian sarapan bersama Megat, Ina, Aieshah dan Khairill. Rahman cuti hari ni balik Ipoh. Banyak benar cuti Rahman ni. Hehehe...

Tengah hari macam biasa, saya selepas makan tengah hari terus ke Masjid cuma hari ni tak ada pulak kuliah. Selalunya saya akan dengar kuliah dahulu sebelum dengar khutbah. May be ada masalah sikit kot hari ni. Teringat pulak yang Rabu lepas bila meeting Jabatan, saya kena bagi tazkirah. Oklah tu sebab saya dapat juga refresh ilmu saya. Kalau nak ikut layak, ramai lagi yang layak tapi Dr. Taufik pilih saya untuk beri tazkirah.

Lepas waktu Solat Jumaat, saya sambung sikit kerja saya dan kemudian lepas Office hour ramai yang turun main badminton di Bandar Tasik Selatan. Antara yang turun Saidi, Abang Shahrul, Shidee, Azizi, Zaidi, Zaki, Aieshah, Aisyah, Erni, Yuzila dan Dr. Taufik! Ramai betul yang turun main petang ni. Memang mengejutkan jumlah yang turun. Oklah permainan hari ni. Cuma kalau ada Rahman may be better for me.

Kemudian berehat sekejap di rumah sebelum bertolak ke Subang Jaya untuk main futsal. Saya sampai jam 10.20. Jadual main jam 11 malam. Rupanya dipinda ke jam 11 malam! Alamak! Terpaksalah menunggu sampai jam 12. Bila main, tak cukup seorang dan Yeen volunteer nak main. Geng saya kira ada seorang perempuan dan tak boleh nak expect more sebab just cukupkan korum dan dia pun malu-malu nak main. Apa pun our team still menang 15-8. Saya score 10 goals. Sejam main memang memenatkan sampai lembik kami dibuatnya.

Malam ni just dua kaum hawa datang. Yang lain semuanya lelaki. Kemudian Kuril bawak kami makan kat PJ SS2. Saya pun blur kat mana sebenarnya dan pelik jugak kawasan tu. Hehehe... Jam 3 baru habis berbual + short meeting mengenai alumni kami. Saya sampai rumah kira-kira jam 4 pagi. Lewatnya dan letihnya. Jangan tak bangun sudahlah esok pagi!

WASSALAM...

01 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Hadis: Ilmuwan ada darjat sendiri

RASULULLAH bersabda maksudnya: “Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu, lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang pada mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat.”

Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan) hingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia pada pandangan Islam.

Allah berfirman bermaksud: “...nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat...” (Surah al-Mujaadalah, ayat 58)

Disebabkan kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu. Mereka juga hendaklah bekerja berdasarkan ilmu yang diperoleh itu, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan

Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna. Begitu juga dengannya dapat memberikan gambaran yang betul mengenai sesuatu perkara, tanpa iri hati atau tamak. Ini kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu itu.

Sedikit renungan buat renungan bersama sebelum saya membuka bicara...

Kembali kepada diari saya...

Memang waktu Euro ni saya agak lewat ke pejabat. Mengantuk betul tapi lewat saya still awal sebab bawah 7.30 pagi. Hari ni saya dan rakan sepejabat kena attend demo Oracle 10g technology di Oracle Corporation Tingkat 38 Menara City Bank, Jalan Ampang (sebelah KLCC tu). Memang banyak latest updates yang kami dapat dan kami diajar secara langsung oleh tutor yang berada di Singapore menerusi net meeting. Teknologi oracle yang terbaru.

Saya memang dalam bab database ni masih baru dan memang banyak yang perlu saya pelajari. Apa pun dalam hal ni kita kena rajin. Bagi saya better saya mula sekarang sebab kalau lewat kita akan terus ketinggalan.

Makan tengah hari memang mewah. Kalau macam saya ambik tu may be dah kena RM 15. Udang besar-besar dengan ayam, telur, ikan, aneka ulam, sambal belacan, aneka buah (kiwi, tembikai dll), air sirap + air tin + air masak. Ada yang terkejut bila tengok pinggan saya licin dan depa pun tanya mana pergi tulang dan kulit udang? Saya memang makan semua tu. Hehehe... (Macam tulang tu, setakat yang boleh makan bukan semua saya makan!) View sebelah KLCC memang menarik!

Jam 2.30 baru sampai office kemabli dan jam 3.30 kena attend meeting sampai jam 5 dan 5.25 baru saya beansur dari pejabat. Lepas solat turun jogging sekejap sebelum berehat di rumah. Lepas tengok Tv dan siapkan kerja terus saya tidur dan bangun balik tengok game Checz lawan Greece. Saya memang tak suka cara Greece main walaupun depa menang! Tak ada seni! Apa pun final nanti saya akan sokong Portugal! 

WASSALAM...

30 JUN 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Lahir Mak!!!

Sesungguhnya terlalu banyak pengorbanan yang telah mak berikan. Nak diungkap dengan kata-kata memang tak akan terungkap dan nak diceritakan memang tidak akan tercerita (ada ke perkataan ni?) kerana jasamu yang tidak terhingga.

Tanpa mak, saya pun tidak tahu apa yang akan jadi pada diri ini dan Alhamdulillah berkat doa mak, saya dah semakin banyak mengecapi apa yang saya inginkan dalam hidup. Terima kasih mak. Nanti datang KL, akan ada hadiah buat mak...

Kebetulan juga tarikh lahir mak sama dengan salah satu blog yang selalu saya kunjungi iaitu Wawa. Selamat hari Lahir! Semoga panjang umur dan murah rezeki.  

Oklah..

Hari ni rutin hidup berlalu macam biasa, tak banyak yang boleh saya catat cuma Alhamdulillah saya berjaya settlekan beberapa urusan kewangan saya. Alamak agak parah kedudukan kewangan bulan ni. Nak kena set balik banyak benda ni.

Kemudian still menanti sesuatu yang tengah saya usahakan bersama sekumpulan rakan tetapi masih belum dapat respon dan output yang kami kehendaki. Memang agak tertekan dengan perkara ni. Petang waktu nak balik hujan renyai-renyai dan bila dah sampai rumah terus lebat. Baguslah hujan, turunnya rahmat. Lagipun dalam dua tiga minggu ni jerebu dan bila hujan mula turun minggu lepas, keadaan jerubu semakin pulih. Alhamdulillah...

Kemudian turun main badminton tapi begitu perform pulak hari ni. Entahlah kenapa. May be sebab ankle still injured waktu main futsal malam tadi. Malam just rest dan kemaskan bilik. Huh, puas hati bila dah kemaskan. Baru selesa sikit, kalau tidak nampak tak teratur. Hehehe... Bilik orang bujang. Tidur agak awal sebelum bangun semula tengok Portugal lawan Belanda dan Portugal menang! Memang saya sokong Portugal... Terus sambung tidur sekejap... 

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah