Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

  

21 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Hmmm... Bila dilanda masalah barulah kita teringatkan Allah! Saya sindir diri saya. Saya marahkan diri saya. Saya perlu belasah diri saya. Saya hampir menangis memikirkannya. Saya dah banyak berdosa. Saya dah banyak lakukan kesilapan. Saya dah terlalu banyak bersalah. Saya rasa senang ja sebelum ni. Bila ada kejutan hadir, saya rasa begitu tertekan. Dah lah dengan kerja yang berlambak-lambak, kini hadir satu cabaran baru.

Ya Allah... Memang aku terlalu hina. Berulang kali lakukan kesipalan. Berikanlah aku benar-benar kekuatan untuk aku kembalikan kekuatan diri ini. Aku perlukan-Mu Ya Allah. Berikanlah petunjuk dan hidayah kepadaku agar aku sentiasa memperbaiki diri dan tidak terjerumus ke lembah kehinaan.

Aku akui Ya Allah yang aku sudah begitu banyak memungkiri janjiku. Begitu banyak melakukan dosa dan maksiat. Aku serahkan segalanya kepada Engkau untuk memutuskan segalanya.

Amin... Ya Rabbal  A’lamin...

Saya pun kena sentiasa sedar kesilapan diri. Saya perlu kembali perkukuhkan diri dan bina kekuatan semula. Saya percaya tiap yang berlaku ada hikmahnya. Mudah-mudahan saya mampu menanganinya, InsyaAllah...

Oklah...

Saya pun tidak tahu kenapa saya lewat bangun pagi hari ni. Sellaunya dalam jam 5.30 pagi saya dah tersedar dari mimpi tapi hari ni jam 7.15 baru terjaga. Bergegas saya ke pejabat dan Alhamdulillah sempat. Nasib baik rumah dekat dengan tempat kerja.

Masuk pejabat, banyak jugaklah benda yang harus diselesaikan. Memang agak berat tetapi harus diselesaikan juga. Nak buat macam mana kan...

Selepas sarapan di Al-Amal terus saya sambung kerja di pejabat sampai petang. Kemudian petang saya ada temujanji dengan Dr. Ismail di ED. AlhamdulillAh Dr. Ismail akan menunaikan Haji nanti. Ada kes orang kena tikam depan mata saya di ED ni. Orang kat sini dah terlalu biasa dengan kes sebegini malah lebih teruk lagi.

Malam saya ke ofis Cuma yang lawaknya dekat traffic light kat Bandar Sri Permaisuri  yang tak berfungsi, semua kereta tak mahu beralah dan akhirnya jam macam tu ja. Hehehe... Tu la tak nak bertolak ansur sangat!

Jam 11.30 malam baru saya balik ke rumah.

WASSALAM...

20 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya perlukan masa untuk renungkan kembali apa yang telah saya lakukan kebelakangan ni. Saya tak sempat nak menilai kembali apa yang pernah saya lakukan. Kesibukan cukup menghambat diri. Saya pun terfikir banyak perkara sekarang ni. Saya cukup takut kalau kalau ada perkara yang salah yang saya lakukan tanpa disedari.

Cukup penting bermuhasabah diri ini. Sebab itu bila sesekali kita dengar kritikan ke atas kita, kita akan rasa terpaku dan tersedar dari lamunan. Pujian bukannya boleh dikira sangat. Pujian kadang-kadang sebagai penyeri telinga atau kadang-kadang ada maksud yang tersirat yang boleh jadi sukar atau mudah difahami. Kadang-kadang pujian itu Cuma pujian kosong buat penyedap bicara.

Saya cukup takut sekiranya tiada kritikan. Tanpa kritikan kita tidak tahu perkara yang tidak kita sedari dan dengan kritikanlah akan membantu kita mencapai kejayaan sekiranya kita menilai dari sudut yang positif. Kita perlu sentiasa terbuka dan rasional sebab kritikan juga kadang kadang boleh mengguris hati dan jiwa. Tanpa kekuatan dalaman sukar untuk kita melaluinya...

Oklah...

Saya log in sistem jam 6.55 minit pagi dan kemudian lakukan beberapa kerja. Kemudian pengerusikan meeting. Alamak banyaknya benda yang tak siap lagi. Last minit dapat arahan untuk present, memang jadi kelam kabut.

Minggu depan dah la training dan cuti, maknanya saya memang dalam fasa yang cukup memeningkan. Tengahari selepas makan terus saya berehat di pejabat dan kemudian sambung beberapa kerja melibatkan use case dan sequence diagram. Saya baru sangat belajar bab UML ni. Memang banyak nak kena belajar. Alamak! Dateline Jumaat ni!!!

Petang saya balik jam 6 petang dan kemudian datang balik ke pejabat kira-kira jam 8 malam. Jam 9.30 malam saya berbual dengan Zam yang akan meeeting di Putrajaya esok.

Memang banyak benda yang dibualkan. Jam 11.30 malam kami pun beredar. Saya tidur jam 1 pagi.

WASSALAM...

19 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya ingin berkongsi satu pautan dengan anda hari ni. Isu ni mungkin dah basi tapi tak apalah sebab kita masih boleh menilainya lagi... http://www.neiu.edu/~ayjamess/hmmm.htm#Preloader

Oklah...

Hari ni dekat jam 7 baru bangun, tu pun Pian dan Rizal yang gerak. Dengar motivasi pagi oleh Datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah sekejap sebelum jam 8 kami keluar sarapan. Lepas tu saya hantar Rizal dan Pian ke Stesen LRT. Maaf sebab saya hanya boleh tumpangkan selama 3 hari sahaja sebab peraturan rumah sewa just beri masa tiga hari untuk tumpang.

Kemudian saya terus ke pejabat siapkan beberapa kerja sampai jam 3 petang. Kemudian saya merayau di Bandar Tun Razak mencari barang keperluan dan kemudian terus saya berehat di rumah. Malam ke rumah Din tonton Magpies vs The reds. Magpies kalah 1-3. Kemudian sambung tengok Arsenal vs Portsmouth. Arsenal menang 1-0.

Jam 12.30 balik rumah sewa dan terkejut tengok ramai orang. Family tunang member saya rupanya. Jam 1.30 pagi baru masuk tidur. Lewatnya!!!

WASSALAM...

18 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya dengan Pian dan Rizal ada plan hari ni berjalan-jalan di KLCC. Waktu pagi terjumpa Mak Cik Ani yang baru kami kenali. Cukup ramah dan di akhir pertemuan, dia belanja kami semua makan. Thanks!

Kemudian kami bersiar-siar di KLCC. Tengok wayang biar betul. Lawaknya sebab dari awal lagi kami memang dah gelak sampai babak last ja yang tak lawak. Tapi memang best.

Kemudian saya terpaksa beralah awal sebab nak kena ke pejabat smapai jam 6.15 petang. Malam saya dengan Pian dan Rizal makan sambil tonton perlawanan bola EPL di Taman Tenaga. Jam 1 baru kami tidur. Biasalah bila dah ramai memang banyak yang perlu dibualkan.

WASSALAM...

17 DISEMBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Saya memang agak lewat hari ni. Tapi still awal. Banyaknya bend ayang perlu saya lakukan hari ni. Pagi ni kena discuss mengenai OT. Dan agak lanjut sampai saya agak lewat ke masjid untuk Solat Jumaat di Masjid Zubbair Ibnul Awwam. Khatib membicarakan soal pembersihan harta melalui zakat dan qurban. Eloklah sebab raya haji pun dah tak lama lagi. Lebih kurang sebulan sahaja lagi.

Petang sambung kembali meeting sampai habis waktu kerja. Jam 5.30 baru saya balik meredah hujan lebat dan kemudian sambung main badminton. Saya tewas dnegan champion kat sini. Fuh, memang stamina saya tak terlawanan dengan stamina dia yang cukup hebat. Patutlah dapat wakil Malaysia.

Malam saya bertemu dengan Kabear, Zam, Pian dan Rizal Bandar Tasik Selatan. Zam balik Alor Setar malam ni manakala Pian dan Rizal menumpang tidur di rumah saya malam ni.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248][249][250][251][252][253][254][255][256][257][258][259][260][261][262][263]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Jongkang-jongket][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah