Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

15 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Buat para pejuang yang sedang berjuang kala ini...

Surah At Taubah ayat 32-33:

"Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai."

Oklah...

Hari ni seperti rutin biasa, saya berjogging seperti biasa dan kemudian menyaksikan latihan pasukan Kedah. Cuma pagi ni saya banyak berbual dengan seorang guru pencen dalam banyak hal termasuklah politik. Cukup menarik!

Kemudian saya baca paper sebelum just berehat di rumah. Kemudian saya over balik waktu tidur yang tak cukup malam tadi. Hehehe... Masuk kerja dari jam 4 sampai jam 12 tengah malam macam biasa. Selepas itu makan dengan Fahmy di Warung tepi Shell Jalan Langgar Alor Setar.

Suasana malam minggu ni tak macam selalu. Kalau selalu agak sunyi tetapi kini ia cukup meriah dengan ramai petugas yang bertugas memasang poster. Berjuanglah demi mencapai keredhaan Allah. Yang batil pasti akan tewas jua. Hayatilah pembuka kata-kata saya hari ni. Kita juga sedang berjuang!

WASSALAM...

14 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Khamis lepas, setelah sekian lama penduduk di kawasan saya mula merasai bahang ‘projek segera’ sempena pilihanraya. Jalan di depan rumah saya kembali diturap dengan tar baru sedangkan dah bertahun-tahun ia telah merosakkan banyak ‘kung’ motor ramai orang. Kala hujan pulak memang memberi masalah kepada pengayuh basikal dan penunggang motor!

Anehnya apa mimpi jalan ini diturap. Terima kasih! Tetapi mengapa hanya saat ketika jalanraya sahaja. Macam laluan di rumah kawan saya yang cukup teruk tetapi sewaktu pilihanraya kecil anak bukit tempoh hari terus diperbaiki. Mengapa hanya ketika hampir detik pengundian barulah nak kelam kabut menjaga kebajikan?

Mengapa hanya ketika ada media, barulah nak ‘menyibuk’ yang dia menjaga kebajikan semua? Mengapa? Gimik pilihanraya? Hmmm... Nilailah sendiri. Itu hanya secebis kisah...

Oklah...

Hari ni sebelum saya turun jogging, seperti biasa setiap Ahad, saya akan mengikuti siri motivasi pagi oleh Datuk Dr. Mohammad Fadzillah Kamsah. Hari ni membicarakan bab perbezaan gender. Kemudian barulah saya kembali berjogging. Hmmm... Oleh kerana terlalu sibuk dah seminggu saya tak turun jogging dan Alhamdulillah, saya rasa cukup fresh kembali pagi ni.

Kemudian saya turut perjalanan latihan pasukan Kedah sebelum saya beredar pulang dan menelaah paper terutamanya bab pilihanraya. Kemudian saya melelapkan mata lebih kurang sejam sebelum saya masuk kerja kira-kira jam 4 petang. Lewat 10 minit saya sampai kedai hari ni. Ni gara-gara jam adik saya yang lambat 15 minit. Apa kena dengan adik saya ni lewatkan jam 15 minit? Sepatutnya kalau tak mahu sama dengan waktu asal, cepatkanlah dan jangan lewatkan. Naya jadinya! Hehehe... Lawak jugak...

Malam ni banyak yang dapat! Alhamdulillah...Saya tengok bola sama dan MU tewas 4-1 di tangan Manchester City! Tapi Newcastle kalah 1-0. Gol sendiri pulak tu! Lepas tu saya makan dengan Fahmy sambil tonton badminton final. Dah dekat sangat dah nak menang tewas pulak! Tak apalah, itu pun dah cukup baik.

Malam ni lepas siapkan beberapa perkara terutamanya bab diari saya barulah saya tidur kira-kira jam 3.15 pagi.

WASSALAM...

13 MAC 2004 

ASSALAMUALAIKUM...

Seorang rakan telefon dari Cyberjaya hari ni, Airpool. Thanks sebab call dan apabila berbual menerusi telefon memang banyak yang dibicarakan dan banyak juga yang tidak sempat dibicarakan maklumlah kerana masa tidak begitu panjang. Cuma apa yang didengar memang cukup banyak dan ramai kawan yang sudah berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Itulah rezeki masing-masing. Alhamdulillah...

Macam saya walaupun still belum dapat apa-apa kerja tetap, saya cukup cukup bersyukur kerana, rezeki saya datangnya dari arah lain ketika ini. Terima kasih Ya Allah.

Cuma saya teringat dialog saya dengan seorang kawan. Katanya, “Bila dia kaji balik hidup ni, sebenarnya ia bergantung kepada duit”. Dengan pantas saya kata, saya tak setuju. Sebenarnya duit bukanlah penentu. Bagi saya yang penting ialah hubungan kita dengan Allah. Selagi hubungan kita dengan Allah terjaga, InsyaAllah, Allah akan memelihara kita. Kalau duit menjadi ukuran, mengapa masih ramai jutawan yang hati mereka masih gundah gulana?

Tetapi harus diakui duit itu penting tetapi bukannya yang paling penting! Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan redhalah dengan apa jua yang kita hadapi. InsyaAllah kita akan mendapat kemanisan dalam hidup!

Oklah...

Awal-awal pagi lagi saya dah ke Pokok Sena untuk menyaksikan proses penamaan calon bagi pilihanraya kali ni bersama Khodir. Saya sebenarnya lebih kepada nak jadi pemerhati tetapi Khodir ni memang cukup bersemangat. Hehehe... Saya masih belum mahu menceburi bidang politik ni atas banyak sebab.

Tetapi apa yang saya lihat hari ni cukup memberi banyak input dan hasil perbualan dengan ramai orang, saya dapat memperoleh banyak maklumat. Lain daripada yang dilaporkan media! Saya tak mahu cerita lanjut.

Kemudian, bila habis penamaan calon, saya terus menonton berita di rumah bab pilihanraya. Petang saya masuk kerja macam biasa sampai jam 12 tengah malam. Cuma malam ni player saya tak perform. Banyak point hilang! Tak apalah...

Kemudian sempat jugak layan semi final All England dan tahniah buat beregu negara yang layak ke final!

Saya tidur agak awal malam ni...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah