Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

28 APRIL 2004

DIRIWAYATKAN, pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu, ada seorang lelaki duduk di depannya.

Malaikat maut berkata: *Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya.*

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya.

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: *Mengapa demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?*

Malaikat maut menjawab: *Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi.*

Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda, bermaksud:

*Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim.*

Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya.

Firman Allah bermaksud *Allah menghapuskan apa-apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan (apa-apa yang Dia kehendaki).*

Menyambung silaturahim adalah satu cara yang diajarkan Rasulullah untuk memanjangkan umur dan pada masa yang sama, menambahkan rezeki dengan keizinan Allah.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim. Contohnya,dengan hormat menghormati sesama Muslim, menghormati dan bermanis muka terhadap tetamu serta jiran tetangga dan ziarah menziarahi dengan niat silaturahim.

Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan, perpaduan dan silaturahim atau agama yang saling menghubungkan kasih sayang sesama Islam, saudara, keluarga dan sesama manusia. Islam agama yang mengatur manusia cara hidup terbaik, hidup bersaudara, bersilaturahim dan bersefahaman. Firman Allah bermaksud *Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.* (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Nabi ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, menjawab dalam sabdanya bermaksud: *(Orang yang terbaik antara mereka) ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya(sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran.* 
(Hadis riwayat At-Thabrani).

Inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tidak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat. Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh daripada keberkatan di sisi Allah.

Harapnya kita dapat mempelajari sesuatu dari kisah di atas, InsyaAllah...

Ada hikmah bila sesuatu terjadi kepada diri kita. Memikirkan hikmah yang ada merupakan salah satu cara kita untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Sebagai seorang hamba yang maha kerdil dan hina, kita harus mengakui betapa besarnya Kebesaran Allah.

Justeru, kita harus sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Dan redhalah dengan apa jua ujian yang diturunkannya...Moga-moga kita akan sentiasa menjadi lebih baik, InsyaAllah...

Oklah...

Hari ni semuanya berjalan lancar... Saya ke office seawal 6.25 minit pagi. Saya sampai kira-kira jam 6.48 pagi (masa ketik kad). Terus saya masuk office dan buka beberapa laman yang sering saya surf dan baca online news... Kemudian saya buat sedikit pembacaan. Stail saya, saya akan baca sekejap-sekejap... Sikit-sikit. Melainkan benda tu amat-amat menarik minat saya.

Kemudian waktu kerja agak membosankan sebab sekarang semua sibuk untuk memulihkan kembali sistem di sini. Jadi pembangunan HIS terpaksa diketepikan seketika. Saya mengambil kesempatan untuk study kembali ERD dan DFD (Topik yang paling saya lemah di kampus dulu). Boring jugak hari ni. Rasa mengantuk lagipun malam tadi saya balik dah jam 12.30 malam baru sampai rumah. Tadi pagi jam 5.30 dah bangun dan bersiap.

Petang cukup sahaja jam waktu kerja tamat, terus saya balik. Hehehe... Sempat beli kuih dan kemudian ingat nak jogging tetapi suasana macam nak hujan, terpaksalah saya mengalah. Nanti jadi macam dua hari lepas, lencun saya dibuatnya. Hehehe... Inilah nasib orang naik motor... Bersyukurlah dengan apa yang ada. Redha sahajalah dengan apa yang ada. Ni pun besar tuah dah. Kalau direnung kembali amal memang saya tak layak untuk semua ini. Alhamdulillah saya masih ada ruang untuk semua ini. Terima kasih ya Allah.

Memang saya tak dapat tahan mata saya dari lelap. Tak elok tidur lepas Asar tetapi apakan daya, memang tak terdaya melawan semua ini. Hmm... Inilah adat merantau, memang kena susah sikit (kadang-kadang rasa macam susah banyak. Hehehe...)

Malam sempat juga saya main PS2 dengan housemate. Hehehe... Saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

29 APRIL 2004

Hari ni saya waktu masuk kerja saya ialah 7.18 minit pagi. Lewat sikit sebab hari ni Khamis, ada rutin peribadi sikit... Masuk kerja dan hari ni cuma ada dua orang sahaja dalam bilik saya ni. Semalam saya just dengan Khairil. Hari ni dengan Aieshah pula. Sufri petang baru masuk. Apa pun tenang dalam bilik ni. Banyak masa dihabiskan depan PC. Mula-mula memang ada buat pembacaan tapi lama kelamaan boring jugak.

Cuma hari ni saya hantar sikit pembetulan DFD kepada koordinator untuk disemak. Setakat ni semuanya ok. Alhamdulillah... Sampai petang just buat kerja sendiri. Lepas tu chat dengan orang depan mata. Hehehe... Lawak jugak bila ingat balik.

Lepas tu nak jogging hujan pulak, terpaksalah cancel. Malam just rest di rumah sambil bermain PS 2 dengan member... Saya tidur jam 12.00 tengah malam.

WASSALAM...

30 APRIL 2004

Tiada Catatan

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah