Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

08 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Mana peginyer duit lagi singgit ??? 

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam....

Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.....

Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je...

Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan...

Maknanya....
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9....
Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27...
Mamat bell boy tu amik RM2...so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29

Mana pegi lagi singgit....?????????????

Amacam? Boleh jawab? Nanti saya akan bagi jawapannya...

Oklah...

Saya ke pejabat untuk selesaikan beberapa perkara hari ni. Waktu makan tengahari di BP saya terserempak dengan member lama di UUM. Lama tak jumpa. Sorry sebab saya tak cam muka. Segannya saya bila jadi macma ni. Hehehe... Selepas makan tengahari saya kembali ke rumah dan kemudian berehat sambil membaca paper. Petang turun jogging sekejap

Malam ke rumah Dean untuk menonton Arsenal vs MU. Hmmm... Team yang saya sokong Arsenal menang! Memang menghiburkan game ni wlaaupun tak banyak star yang main. Saya bertolak balik ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam. Dekat je rumah saya dengan rumah Dean.

Lepas siapkan dan lakukan apa yang patut sebelum saya tidur kira-kira jam 1 pagi.

WASSALAM...

07 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Hadis: Syariat Islam sesuai dengan kehidupan setiap zaman
 

DARIPADA Jabir, bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat dari jalan yang betul, dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi, sudah tentu dia menurutku.” (Hadis riwayat Al-Daarimi)


Hadis ini menerangkan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad memansuhkan syariat lain.

Rasul yang diutus oleh Allah kepada kaum masing-masing banyak bilangannya. Antaranya ada yang diturunkan kitab kepadanya, seperti Nabi Musa yang menerima kitab Taurat.

Dalam hadis ini, Rasulullah menjelaskan bahawa syariat Islam yang dibawa Baginda memansuhkan syariat rasul yang lalu.

Oleh itu, tidak harus bagi sesiapa yang ada pada zaman Baginda atau yang datang kemudian, menurut syariat yang dimansuhkan itu. Apa lagi agama yang direka manusia sendiri.

Mengenai perkara ini, Baginda menegaskan bahawa kalaulah Nabi Musa tiba-tiba muncul pada zaman Rasulullah dan ada orang Islam yang mengikutnya dengan meninggalkan syariat Islam yang dibawa oleh Baginda, nescaya orang itu termasuk dalam golongan sesat.

Perkara sedemikian kerana dia menurut syariat yang telah dimansuhkan, pada hal tegas Rasulullah jika Nabi Musa masih hidup dalam masa kerasulan Baginda, nescaya Nabi Musa juga akan menurut syariat Islam yang dibawa oleh Baginda.

Tidaklah sepatutnya timbul sebarang kemusykilan mengenai kesesuaian agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad dengan keadaan umat manusia pada setiap masa, dengan tidak memerlukan sebarang pindaan atau perubahan. Perkara itu kerana apabila diperhatikan, ternyata bahawa Islam adalah berdasarkan kaedah umum yang banyak cawangannya. Islam dapat menghadapi cabaran zaman, menghakimi kejadian yang berlaku dan menyelesaikan masalah yang timbul pada setiap masa.

Jelasnya, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah lengkap mengandungi hukum hakam dan cara peraturan meliputi segala bidang hidup. Perkara sedemikian menjadikannya sesuai dengan keadaan umat manusia dalam segala zaman dan di mana saja mereka berada, selagi sifat kemanusiaannya tidak berubah.

Keadaan itu berterusan hinggakan Nabi Isa ketika turun pada akhir umur dunia kelak akan melanjut dan mengembangkan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad seperti diterangkan dalam hadis berikut:

Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda: “Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu dia memimpin kamu.”

Salah seorang rawi hadis ini, Ibn Abi Dzi'b menerangkan dengan katanya: “Lalu dia memimpin kamu dengan menurut kitab Allah al-Quran dan sunnah Nabi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
 

Satu lagi santapan jiwa disebabkan sedikit kekeliruan kita dewasa ini. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat, InsyaAllah...

Oklah...

Waktu pagi lagi saya dah bangun untuk keluar jogging dan selepas sarapan, saya berehat sambil membaca paper di Taman Tasik. Balik ke rumah sekejap sebelum saya ke rumah Dean berjumpa dengan Zul, Ali dan Duan. Hmmm... Best jugak rumah baru depa.

Saya stay sampai malam sambil main PS2. Hehehe... Freekick dalam PS2 pun menjadi macam free kick yang real saya ambik. Hehehe... Malam saya menanti penuh debar keputusan MSl tetapi akhirnya Kedah terisngkir ke Liga Perdana tahun depan. Apa pun, saya tetap mengharap Kedah akan bangkit...

Terus saya balik rumah dan tidur awal sebab sedih. Hehehe...

WASSALAM...

06 OGOS 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Puasa - Pengubat jiwa yang kosong

Oleh BUSHRA YUSOFF

DI DALAM kehidupan ini ada hari-hari yang dirasakan berlalu begitu sahaja; fikiran terasa kosong dan kita terasa tidak dihargai. Memang sudah menjadi lumrah setiap insan untuk berada di dalam keseronokan, mendapat hadiah, dipuji dan dihargai.

Namun bukan setiap hari kita akan dipuji, diberikan hadiah dan dihargai. Apabila lama tidak mendapat apa yang dihajati, kita akan merasakan ada kalanya Tuhan tidak lagi menyayangi kita dan Tuhan tidak mempedulikan kita.

Satu cara yang cukup mudah untuk menjadi insan yang merasa dihargai ialah dengan cara berpuasa sunat. Berpuasa melahirkan keseronokan dan puasa juga menjadi produk kesihatan dan kecantikan serta ketenangan yang luar biasa.

Luar biasa kerana kita mendapat pelbagai faedah tanpa sebarang modal kecuali keazaman yang kuat.Peranan puasa di dalam kehidupan cukup besar. Al-Quran menerangkan faedah puasa, khasnya puasa pada bulan Ramadan sebagai ramuan untuk melahirkan insan bertakwa.

Allah berfirman maksudnya, Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian menjadi orang-orang yang bertakwa. (Al-Baqarah:183).

Walaupun begitu kita tidak harus menunggu bulan Ramadan sahaja untuk melaksanakan amalan puasa. Sebagai orang Islam kita digalakkan untuk berpuasa sunat pada sebelas bulan selain bulan Ramadan.

Ibadah puasa adalah ibadah antara hamba dengan Tuhan. Ia tidak melibatkan orang lain. Pada awal hari kita mungkin berada di dalam keadaaan ragu-ragu sama ada dapat menyempurnakan puasa atau tidak.

Kita mungkin berfikir seandainya tidak dapat bertahan, kita akan berbuka pada waktu tengah hari. Apabila melewati waktu tengah hari kita akan merasa sayang untuk berbuka puasa. Ia adalah satu detik yang menggembirakan.

Apabila sampai saat berbuka, kita akan berada di puncak keseronokan kerana mampu menghabiskan puasa. Pada saat azan Maghrib dikumandangkan, kita akan merasa begitu hampir dengan Tuhan yang memberi rahmat kepada kita sehingga kita mampu berpuasa pada hari tersebut.

Pada waktu itulah pastinya kita akan merasai bahawa dengan rahmat Tuhan kita dapat berpuasa dan dengan rahmat Tuhan kita mampu berbuka.

Pada waktu itulah jiwa kita tidak akan kosong lagi kerana merasai sendiri pengalaman yang sungguh indah itu. Pastinya kita akan merasai bahawa Tuhan menyanyangi kita dan kita sebenarnya tidak keseorangan.

Puasa sebenarnya mencipta anugerah buat diri kita sendiri. Puasa melahirkan sifat bersyukur kerana walaupun kita lapar dan dahaga, kita masih mempunyai makanan dan minuman. Banyak orang di dunia ini yang betul-betul terpaksa berpuasa kerana ketiadaan makanan.

Sungguhpun kita berpuasa, hidup kita dikelilingi oleh aneka makanan dan minuman. Justeru itu puasa sebenarnya sa-tu peluang untuk kita merasa bersyukur.

Keseronokan puasa juga kerana kita dapat membersihkan jiwa melalui penjagaan pancaindera kita sendiri. Tentunya kita tidak mahu sekadar berlapar dan menahan dahaga bahkan kita mahu puasa yang sempurna.

Oleh itu melalui puasa kita akan mengelakkan diri daripada melakukan amalan yang mengurangkan pahala puasa seperti mengumpat, mencela, memaki dan mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata kotor dan tidak boleh meninggalkan kerja yang sia-sia, maka tidak perlu bagi Allah untuk memberi pahala hanya karena ia meninggalkan makan dan minumnya. (Riwayat Bukhari).

Itulah kenikmatan puasa yang melahirkan jiwa yang lebih tenteram dan merasa dekat dengan Pencipta. Kita akan merasa bahagaia dan bertuah kerana mampu menahan nafsu makan dan minum pada saat orang lain sentiasa menghadap makanan dan minuman.

Usah ditunggu untuk berpuasa pada bulan Ramadan sahaja kerana kenikmatan puasa tersedia untuk sesiapa yang mahu mendekatkan diri dengan Tuhan.

Sekiranya anda merasa tidak tenteram atau tidak dihargai, cuba-cubalah berpuasa sunat kerana kesannya amat besar dalam menyegarkan jiwa yang gersang.

Sedikit santapan rohani sempena hari Jumaat yang mulia. (Petikan dari Utusan Online)

Oklah...

Hari ni selepas Subuh terus saya sambung tidur untuk legakan sikit badan yang agak penat dan kemudian saya kemaskan bilik dan rumah. Tengah hari Solat Jumaat di Masjid Zubbair Ibnu Awwam dan khutbah berkisar tentang halal haram makanan. Meliputi juga soal tanda/logo halal dan lain-lain.

Kemudian saya makan tengah hari kat Taman Tenaga sebelum saya berehat sambil membaca di rumah. Petang turun jogging dan tonton perlawanan bolasepak inter jabatan HUKM dan kemudian saya rest sekejap di rumah sebelum saya kelaur makan dan nak bertolak ke Subang Jaya untuk main futsal. Tapi tiba-tiba perut saya sakit dan saya terpaksa pulang ke rumah.

Mungkin ada hikmahnya saya sakit perut tu sebab saya terjumpa dengan suatu keadaan yang terlalu asing bagi saya. Ya Rabbi...Kuatkan imanku... Sesuatu yang tak pernah saya jangka dalam hidup dan sesuatu yang cukup menguji iman saya. Alhamdulillah saya berjaya atasinya dan kemudian saya ke Subang Jaya.

Nampaknya malam ni ahli tak ramai turun. Cuma tujuh orang yang hadir tu pun dua perempuan. Lela (Sekarang dah jadi Dr. Lela dan Fuzzah). Disebabkan anak Fuzzah tu mukanya macam saya habis saya diusik malam ni. Alamak... Hehehe... But it just jokes.

Kemudian makan dekat Seksyen 15 Subang Jaya sambil berbual dan berbincang mengenai alumni sebelum balik kira-kira jam 1.30 pagi. Bila balik terus saya tidur. Cukup mengantuk...

WASSALAM...

05 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Polis Cerdik

Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.

Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.

Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?

 

Sedikit jokes buat pembuka bicara.

Oklah...

Hmmm... Lewat saya ke pejabat hari ni. First time kad ketik saya tu berwarna merah. Saya tersedar dari tidur jam 7.45 pagi. Memang saya terlalu penat semalam. Macam nak pengsan dibuatnya. Tapi saya gagahkan bangun walaupun urat-urat badan begitu sakit. Siksanya. Di Pejabat, kami hadiri training Jdeveloper dan waktu petang kelam kabut saya settlekan bab tugasan saya untuk Case mix convention.

Dah selesai terus saya balik dan jogging di Taman Tasik Permaisuri dan kemudian support team Bolajaring jabatan saya. Bila saya mai baru menang! Tahniah. Hehehe... Apa pun saya lebih banyak berbual dengan rakan lama di sekolah rendah dulu, Hafiz Nazif. Tak sangka jumpa dia kat sini. Dia sekarang di HKL. Banyak juga cerita yang kami kongsi. Kemudian saya tonton pulak game bola jabatan yang lain. Alamak, takkan tak habis lagi cerita gol saya semalam tu. Segan saya nak dengar...

Malam saya just rehat sambil melayan sms dan call dari member sebelum saya tidur kira-kira jam 11 malam.

WASSALAM...

04 OGOS 2004

ASSALAMUALAIKUM...

I’m The Hero?

Macam tak percaya je. Memang saya akui fitness saya merudum jauh dari tahap asal dan permainan team kami (jabatan) memang cukup goyah. Baru beberapa minit mula semua dah pancit dan langsung tak ada persefahaman dan komunikasi di barisan bawah pun out. Kami diserang bertubi-tubi dan terpaksa bertahan. Namun hanya nasib yang memberikan kami Cuma ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama.

Bayangkan 5 kali peluang lawan dapat peluang satu lawan satu dengan keeper kami Zaki yang cemerlang menangkis asakan lawan. Bila waktu rehat saya dah rasa macam nak kena belasah sahaja team kami ni dengan permainan yang agak longgar dan berterabur sedangkan team lawan kami adalah juara sebelum ini. Alamak!

Mula sahaja second half kami mula beri sedikit tentangan dan saya terus bertindak sebagai last man (position asal saya). Sebelum ni saya bertindak sebagai back up striker tapi melihatkan jentera tengah tak berfungsi terus saya tukar position. Apa pun kemudian kami dibolosi lagi sebiji. Dah 2-0 dan kami terus diserang dan hanya mengharapkan serangan balas.

Satu serangan balas berjaya membuatkan Fazli dihadang di depan sikit garisan tengah. Satu sepakan percuma diberikan. Saya ditugaskan untuk mengambil sepakan percuma dan dengan tak disangka-sangka terus masuk! Saya tak sangka sejauh itu terus menerjah ke jaring!!! Gooollll!!! Tapi saya tak celebrate sangat sebab sedang ketinggalan.

Kami terus diasak Cuma pihak lawan gagal memanfaatkan dereta peluang dengan pertahanan yang lebih kemas dan kemudian melalui satu serangan Shahir pula dikasari di depan kotak penalti lagi 4 minit masa perlawanan nak tamat. Saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengambil sepakan percuma ini.

Memang saya cukup berdebar dengan kepenatan yang amat sangat. Dan dengan tak disangka-sangka sekali lagi ia berjaya menghasilkan gol!!! Alhamdulillah... Kedudukan 2-2. Pasukan lawan terus menggandakan serangan sebab kami dianggap sebagai pasukan terlemah dalam group ni. Bila terlalu tension untuk serang sampaikan striker lawan dihadiahkan kad merah kerana mengasari Zaki pada minit akhir perlawanan dan bila wisel penamat ditiup kami seri 2-2 walaupun langsung tak disangka!

Alhamdulillah...

Oklah...

Tepat jam 7 pagi baru saya bangun. Cukup-cukup dua jam saya tidur dan terus ke pejabat. Pening jugak kepala dan nak kena hazam pulak pelajaran Jdeveloper hari ni. Alhamdulillah training ni saya banyak berjaya dengan tutorial yang diberi.

Tengah hari berehat sekejap sebelum saya pengerusikan mesyuarat jawatankuasa hari keluarga untuk jabatan saya tahun 2005. Penat lah juga dan kemudian turun lawan bola. Penatnya!!! Ulasan macam dalam pembuka bicara di atas.

Malam memang terasa cukup berat nak bangun bila dah baring atas tilam. Tapi saya kena layan call yang agak panjang malam ni. Tak apalah sambil berbaring dan kemudian saya paksakan diri untuk keluar makan sebab saya terlalu lapar + penat. Kira-kira jam 11 terus saya terlelap.

WASSALAM...

03 OGOS  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Ini berkaitan ulasan saya pada hari pahlawan yang lepas...

Sila rujuk laman JAKIM di 
http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371
 
Kategori : Akidah    
Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan  
Isu :  Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan
upacara-upacara lain  
 
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
(Enakmen 3/91)
 
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
 
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah
subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang
Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa
Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6)
Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2)
Enakmen itu:
 
“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena
upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara
lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Nilailah ia...

Oklah...

Hmmm... awalnya saya datang hari ni. 6.52 pagi dah terpacak di office. Banyak kerja yang nak diselesaikan. Ada latihan pulak. Kalau ikut jadual asal, saya bercuti hari ni tapi sebab ada training Jdeveloper, saya terpaksalah tunda dan pinda cuti saya.

Training Jdeveloper banyak memberi input kepada saya tentang pembangunan sistem yang bakal kami bangunkan nanti dan Alhamdulillah saya berpeluang utnuk memperlajari satu lagi skill komputer yang baru.

Habis training, yang best makan free, bolehlah jimat sikit sebab sekarang memang sesak sikit sebab banyak sangat aktiviti yang saya join dan yuran. Petang saya teman Azhar ke klinik warga dan kemudian saya dapat call dari Schaarq ajak ke Kuantan. Alhamdulillah.

Elok sahaja jam 4.30 petang terus saya ke LRT Bandar Tasik Selatan dan sambil bawak motor saya balas sms (jangan tiru aksi ini di rumah. Hehehe...). Dan Alhamdulillah saya Schaarq, Kak Ayu (wife Schaarq), Azril, Izwan dan Shahril bersama ke Kuantan melalui lebuhraya baru. Kami bertolak dari Gombak jam 5.15 dan sampai di Stadium jam 7.45. Tu tak termasuk kami berhenti rehat untuk solat di hentian Temerloh rasanya.

Sampai ja kat Stadium kami sebenarnya dapat kad jemputan untuk VVIP. Alamak kami tak pakai proper. Tak boleh pakai selipar dan baju tanpa kolar. Kalau tidak boleh duduk dengan Tengku Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita dan MB serta Exco Pahang yang lain. Kami masuk pun ikut pintu utama. Tapi disebabkan sukar nak berprotokol ni kami pilih untuk duduk berhampiran terowong pemain Kedah dan berbual dengan pegawai-pegawai pasukan.

Macam biasa selepas leading, tewas jua dan harapan untuk kekal dalam MSL agak tipis. Posting tentang game ada dalam HKC. Lepas game terus berbual dan bersalaman dengan pemain. Saya sempat salam dan berpelukan dengan Akmal yang tampak cukup sedih. Akmal minta maaf sebab gagal memberi kemenangan dan kami pun faham yang player dah beri segalanya. Hmmm... Sedih sebab ada makhluk perosak dalam KFA. Saya tak mahu ulas lebih lanjut bab ni.

Lepas game semua memang sedih tapi kami berhenti rehat sambil makan dan kira-kira jam 1 pagi baru bertolak pulang ke KL. Kemudian berhenti di hentian Genting Sempah untuk solat dan minum teh tarik menyegarkan mata, kami bertolak pulang dengan menghantar Izwan terlebih dahulu dan kemudian saya ke LRT Bandar Tasik Selatan untuk ambil motor saya di sana dan sampai di rumah hampir jam 5. Jam 5 tepat baru saya lelapkan mata. (harap tak terlajak...)

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah