DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

13 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Satu ungkapan yang cukup untuk membuatkan kita berfikir. Betul kan! Jadi pilihlah calon yang betul dalam hidup kita!

Oklah...

Saya bercuti hari ni. Ramai yang tanya pasal diari saya ni kenapa dah lama tak update? Maaflah saya cukup sibuk akibat kemelangan adik saya ni. Tetamu datang cukup ramai dan saya tak begitu ada masa untuk menulis dan mengemaskini laman saya. Alhamdulillah email masih lagi pantas saya jawab.

Hari ni waktu pagi, saya main badminton dengan boss saya. Tewas 15-5,6-15,11-15. Tapi saya cukup berpuas hati dengan persembahan saya. Tapi still kena perbaiki. Kemudian bila balik rumah terus saya rehat dan kemudian saya ke ke Bandaraya Alor Setar untuk urusan perbankan sebelum saya dikejutkan dengan satu kegemparan dalam Hijaukuning.com.

Apa lagi malam tu saya terus ke stadium dan bersama dengan Datuk Shukri. Saya memang akan sokong Datuk Shukri bersama-sama dengan pendokong setia Hijaukuning.com! Tengoklah kalau apa-apa terjadi tetapi Alhamdulillah keadaan semakin tenang dengan kebijaksanaan Datuk Shukri mengatur langkah.

Kemudian Datuk Shukri belanja makan di Restoran Pak Kadok bersama-sama dengan Bai, Zickeys, Misai, Huzainee, Megat (keeper Kedah), Hasmawi (striker Kedah) dan Ahmad Sobri Ismail (Coach keeper Kedah).

Mula-mula memang saya tak berani nak makan pucuk Kadok tu tapi kemudian rasa sedap pulak. Hehehe... Kami beredar kira-kira jam 12 tengah malam dan kemudian Boss saya pulak ajar keluar minum dengan gang Silat Cekak. Saya pun joinlah. Kami balik kira-kira jam 1.30 pagi. Bila balik rumah saya terus cari maklumat terkini untuk Hijaukuning.com sebelum saya masuk tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

12 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

TELUR REBUS

 

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak.Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus
lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa
amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahanler...Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb..aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi
kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya...peh lak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, jadik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan
jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. 
 

Hehehe... Just satu jokes. Lagipun dah lama saya tak selitkan dalam diari saya jokes. Maaflah sebab selepas adik saya kemalangan, saya memang  cukup sibuk.  Oklah... Kembali ke diari harian saya.

Awal pagi lagi saya dah dapat call yang saya kena kerja pagi sebab Ariep sakit perut. Tak ada masalah walaupun amat mengantuk. Habis sahaja waktu kerja terus saya ke Stadium menonton training pasukan Kedah.

Malam saya kembali ke kedai untuk surf dan lakukan sedikit kerja sebelum saya balik kira-kira jam 12 tengah malam. Saya tidur kira-kira jam 3 pagi selepas settlekan bab komputer saya ni.

WASSALAM...

11 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni awal-awal pagi lagi saya dah keluar jogging di Taman Rimba dan kemudian macam biasa menjenguk training pasukan Kedah di Stadium. Hari cooper test dan Alhamdulillah semua pemain Kedah berjaya melepasinya. Sempat jugak saya sembang dengan dua tiga player tentang ujian ni.

Hari ni saya kerja tengah hari. Tapi waktu Maghrib saya kena bergegas ke hospital disebabkan adik saya dah dibenarkan keluar dari wad. Alhamdulillah tetapi susah jugak nak bawak keluar sebab bila patah kedua-dua belah kaki memang agak sukar sikit. Apa pun dengan pertolongan ramai, kerja yang sukar menjadi mudah.

Kemudian saya kembali ke kedai sebab nak tengok bola team kegemaran saya, Magpies lawan MU dan Alhamdulillah seri! Saya tidur kira-kira jam 4 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnalís Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah