Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

08 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun jam 5.15. Memang tak dapat tidur mengenangkan nak temuduga hari ni. Takut lewat sampai. Tepat jam 6.30 pagi kami bertolak. Sebelum tu Din ambik Ila dulu. Saya sampai di HUKM kira-kira jam 7.40 pagi. Awalnya. Interview jam 9. Boring jugak tunggu. Silap tak bawak bahan bacaan. Tunggu kat cafe penuh dengan nurse. Segan pulak saya, jadi saya pun call lah member-member di area KL ni. Susah jugak tak pakai handset ni. Kalau duduk KL saya kena pakai jugak sebab susah sangat nak contact.

Kemudian bila saya nak masuk ke Jabatan Sumber Manusia, depa still tak ready sebab hari ni ada perhimpunan mingguan. Jam 8.45 baru saya naik atas setelah saya lepak kat bilik menanti bersalin. Hehehe... Saja sebab kat situ ada TV. Bila masuk dan register, kena tunggu lagi sebab pengarah HUKM lewat sampai disebabkan keretanya rosak.

Sewaktu menunggu memang berdebar-debar. Tetapi bila dah kenal dengan candidates yang lain, kuranglah sikit. Giliran saya yang ke-11. Jumpa seorang tu junior saya semasa di MRSM dulu. Hmmm... Cepatnya grad sebab grad sama dengan saya. Saya buat Tiga Tahun may be dia ikut kelas ekspress kot macam member-member saya yang dapat result superb. Student dari UUM yang lain saya tak jumpa. Yang kena short list ialah 19 orang dan yang hadir 16 orang. Tak tahulah dapat atau tak.

Lepas tu nampak senior saya di UUM. Kak Tuti. Program Baktisiswa di Felda Jelai 2, Gemas, Kak Tutilah timbalan pengarahnya dan dia memang berasal dari situ. Tapi dia tak nampak saya. Hehehe...

Bila dipanggil masuk interview saya ditemuduga oleh Pengarah HUKM, pengurus Jabatan Sumber Manusia, dan dua lagi ahli panel. Rasanya Pegawai Sistem Maklumat kot tapi gred F48. Kemudian bila habis, saya rasa better saya lupakan HUKM. Hehehe... Bukannya berfikiran negatif tetapi masih banyak yang perlu saya perbaiki. Apatah lagi tadi saya ‘bertikam lidah’ dengan ahli panel. Saya kena sokong hujah saya dan mereka pusing ikut sana dan sini. Saya kena tegas dengan pendirian saya. Pengalaman yang cukup menarik!

Bila habis, saya terus beredar dan kemudian saya jumpa dengan seorang businessman dan bebrual. Pendapatan bulanannya ialah RM 70, 000! Tergamam saya! Allahuakbar. Banyak input yang dapat saya pelajari. Lepas ni kena praktik betul-betul.

Kemudian saya ambil teksi sampai ke the nearest LRT Station. Saya puas hati dnegan layanan drebar HWB 7546 kalau tak salah saya. Orang NS.Kemudian saya Kena naik STAR dulu ke Masjid Jamek sebelum saya teruskan dengan PUTRA ke Kerinchi. Hehehe... Peristiwa lawak + menyusahkan saya berlaku. Kasut saya dipijak dan terus lekang sebahagian depan kasut. Allah nak buat macam mana ni. Nak kena jalan sana dan sini. Saya kena cari Din ni. Saya dapat idea dan terus ikat dengan getah. Saya ke bawah Menara berbentuk rebung tu. Tapi tak nampak pun Din.

Rupanya dekat bangunan lain. Saya ke bangunan Telekom sebelah tu. Bangunan ni pernah saya naik dulu sewaktu terima hadiah dari Telekom tahun 1998 dulu. Rupanya office Din di Wisma Pantai tu! Buat penat saya jalan jauh! Hehehe... Saya kemudian rehat di office Din sementara Din buat kerja. Ada internet semuanya on. Petang saya keluar beli tiket di Masjid Jamek naik LRT. Saya solat di Masjid Jamek dan Alhamdulillah jumpa kawan kawan lama kat sana. Hehehe...

Kemudian saya balik ke office Din dan kami agak lewat balik iaitu kira-kira jam 8 malam. Saya pulak try deal dengan Paleo nak aturkan pertemuan dengan Fahmi tetapi ada masalah transportation. Bermakna tak dapatlah kami jumpa. Tak ada rezeki.

Kemudian saya dan Din terus balik ke rumah lepas Din hantar Ila balik. Jam 10.15 kami bertolak sebab Ila ada nak ambil barang di rumah member dia di Desa Aman Damansara. Jam dah 11.25 baru kami bertolak ke Jalan Duta. Din tak berapa pasti sangat kat mana hentian tu, tapi dia tahu di mana Jalan Duta tu. Jadi kami pun terus pecut. Sampai dekat jalan Duta ada satu simpang masuk ke Stadium hoki tu. Kami terlepas dan nak pusing balik cari U turn tapi semakin jauh still tak menampakkan tanda-tanda ada U-turn. Susahnya macam ni. Jam dah 11.45 malam. Bas saya jam 12 tegah malam. Akhirnya kami masuk ikut rumah Duta-duta tetapi rasa macam nak sesat sahaja terus buat keputusan buat pusingan besar dan Alhamdulillah jalan taj jam dan saya sampai kira-kira jam 11.54 malam. Bergegas saya ke sana. Tapi bas jalan jam 12.25 malam! Hehehe...

Apa pun thanks Din dan Ila yang banyak membantu saya di sana. Juga kepada kawan-kawan lain yang mengooferkan pertolongan. Terima kasih banyak-banyak. Memang rasa bertuah ada kawan-kawan yang sentiasa membantu. Memang cukup terharu. Tak sia-sia saya menjadi kawan mereka. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan saya kawan-kawan yang banyak membantu.

Saya memang agak mengantuk tetapi tak dapat nak tidur lena atas bas.

WASSALAM...

07 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan
kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. ( Hadis
Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Oklah...

Lepas Subuh saya rehat sekejap. Pagi ni kelam kabut sikit. Nak baca paper dan lain-lain lagi. Masuk kerja jam 10 sampai jam 2. Balik rumah terus saya bersiap dan packing! Baru packing! Hehehe... Memang style saya macam tu tapi saya dah buat list dah apa yang perlu cuma nak ambil masuk dalam beg sahaja.

Jam 3 bertolak dari rumah, singgah sebentar di Masjid di Mergong buat Jamak Qasar. Kemudian saya ke Butteroworth. Taklah susah sangat keadaan di Butterworth sebab saya dah biasa kerja di sana dan saya dah tahu banyak lokasi. Untuk memudahkan Din saya tunggu depan Tabung Haji. Tak payahlah dia pusing balik kot kawasan terminal sementara (semenatara? Awat lama sangat repair?) tu.

Saya sampai kira-kira 5.15 petang. Tunggu Din 1.30 minit sebab Din kena ambik tunang dia dulu. TAHNIAH Din dah pun bertunang dengan Ila semalam. Sempat saya tengok album pertunangan depa. Macam orang dah kawin pulak persiapan yang depa buat.

Kami bertolak ke Ipoh dulu sebab Din nak hantar sesuatu kat bakal abang ipar dia dan kami pun makan di sana. Kami sampai KL kira-kira jam 12.30 tengh malam. Lepas Din hantar Ila, saya pun tumpang rumah Din di Taman Bukit Serdang. Oklah tiga bilik just for RM 300. Murah tu. Duduk dua orang that mean each RM150. Agak murah dan memang murah! Roomate Din namanya Zul asal Melaka dan ex-UPM.

Lepas buat Jamak Qasar saya sempat tonton live Barca lawan Mallorca. Fuh 2 gol dalam last minute oleh Mallorca! Nasib baik Barca still menang 3-2. Mendebarkan. Kami semua tidur kira-kira jam 2.30 pagi. Lewatnya sebab esok nak kena gerak kira-kira jam 6.30 pagi.

WASSALAM...

06 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh kebahagiaan

 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah:216)

 

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.  Jangan sekali Kemaafan yang diminta hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.  Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

 

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah lagi Maha Pema’af lagi Maha Kuasa”.    (An Nisaa’ : 149)

 

Kita hanya boleh membentuk diri kita sebagai insan yang berfungsi sepenuhnya, Ini tidak bermakna kita tidak mengalami cacat cela.

Kerana manusia itu dibekalkan dengan naluri dan sifat ghaflah serta nasigan iaitu lupa dan lalai"

Sikit lagi bab persahabatan...

Renungilah ia sebaiknya...

Bangun pagi memang saya tergerak hati untuk siapkan kerja-kerja tu walaupun malam tadi dah hilang banyak. Pagi ni memang agak perlahan kerja saya. Hehehe... Berserabut dan terasa macam kembali ke zaman study dulu pulak. Seronok jugak bila serabut macam ni sekali sekala. Taklah saya fikirkan yang merapu-rapu sangat. Hmmm...

Kemudian sebelum saya masuk kerja, saya ke Stadium beli tiket bola untuk lawan Sarawak malam ni. Boleh menang kot. Hehehe... Hari ni saya masuk kerja jam 12 sebab Ariff cuti. Taklah sibuk sangat walaupun ramai sebab depa masuk serentak. Jadi taklah kelam kabut sangat.

Habis waktu kerja terus ke Stadium. Hmmm... Ramai jugak dan memang kali ni  semangat lebih sikit sebab nak kena menang. Tapi seri! Sedihnya... Last minute pulak Eshun score. Minit kedua masa kecederaan! 2-2. Maknanya Kedah dah score 7 tapi lepas 9 dalam 3 perlawanan! Jentera serangan dah OK tapi jentera pertahanan pulak yang KO.

Habis waktu game terus saya balik kedai dan surf Hijaukuning. Lepas tutup kedai terus balik dan tonton balik ulangan Kedah lawan Sarawak. Hehehe... Tak boring-boring dan sempat lagi walaupun banyak kerja. Sambil tu saya buat check list untuk esok. Esok dah nak bertolak ke KL. Saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

05 MAC 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, diantara apa-apa yang tumbuhkan bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.”      (Ya Sin : 36)

 

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

 

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

 

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

 

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.

SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sedikit kata-kata mengenai persahabatan...

Oklah...

Fuh sibuknya saya hari ni. Terpakssa buat itu dan ini. Cuaca dah semakin panas kembali. Setelah sekian lama bumi Alor Setar ni tak disiram hujan, pada 04 Mac lepas barulah turun hujan yang lebat. Alhamdulillah. Memang itulah yang diharapkan. Hujan rahmat. Waktu pagi memang saya tak terkawal rasa mengantuk. Dahlah tidur lewat kerja still tak siap sepenuhnya tetapi dapatlah sambung sikit lagi pagi ni tapi still sempat tonton Tv sekejap. Hehehe...

Kemudian saya terpaksa ke masjid lewat disebakan motor abah rosak dan terpaksa kena ambil kat balai. Jadi memang dekat nak solat baru saya sampai. Habis waktu solat Jumaat terus saya sambung sikit lagi dan tidur selama 30 minit. Kemudian macam biasa terus masuk kerja tetapi hari ni saya tak balik rehat sebab motor dalam penggunaan abah.

Habis waktu kerja terus saya dan Fahmy ke Nasi Kandar Salam, join Bang G dengan Taufik. Thanks sebab Fahmy tumpangkan dan Thanks Taufik sebab belanja kami semua. Hmm... Bila balik apa lagi terus siapkan kerja. Alamak! Komputer buat hal. Hilang banyak page! Tensionnya. Terus saya tidur sebab tak mahu jadi hilang kawalan. Hehehe...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah