Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

21 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara oleh Allah SWT daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

 

   Barang siapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 

Kalau Sabtu lepas, saya mulakan hari dengan semua perkara menjadi dan seperti yang saya ingini tetapi diakhiri dengan sesuatu yang tak saya ingini, hari ini berlainan pulak. Sabtu kali ni terbalik. Ditimpa malang dari pagi sampailah ke malam dan nasib baiklah ada juga perkara yang dapat menggembirakan hati.

Bermula dengan kasut bola saya hilang kemudian nak cucuk cuit semua ATM pulak out of service. Jadi saya buat keputusan better saya cuba di Pokok Sena. Sama jugak. Nak cucuk Perwira Affin Bank pun tak ada. Muamalat pun tak ada. Tak sempat nak ke bank terpaksalah meminjam duit kawan. Hmmm...

Dahlah prestasi tak baik la ni, kalah pulak team saya. Lepas tu register lain, menang lepas tu kalah pulak sampai jam 5.30 petang baru habis lawan. Apa lagi, jenuh pecut motor sampai ke rumah hantar kawan balik dulu lepas tu nak masuk kerja lagi. Sepatutnya masuk jam 4 tetapi saya minta excuse untuk lewat sikit.

Hari ni saja saya habiskan tiga liter air kacang soya! Dua botol besar air tapis, satu kole besar air Milo, air sirap yang dibekalkan penganur, air kopi dll tak tahulah tetapi hari ni dalam sejarah saya cukup banyak minum air. Dahlah cuaca panas dan berhabuk, saya kena mandi banyak kali.

Malam saya agak sibuk tetapi still sempat update result terkini dari Stadium Batu Kawan. Thanks semua member yang beri info. Tapi tewas lagi malam ni. Cukup tak bersemangat dibuatnya. Entahlah kenapa saya cukup minat dengan bola ni.

Kalau dulu, bila Kedah tewas, saya memang tak berapa ada mood nak ambil exam. Hehehe... Lawak kan... Tetapi itulah saya dnegan bola ni. Mujur malam ni pasukan yang saya minat satu lagi menang, Newcastle dengan Shearer score. Ada juga penawar pada lewat malam ni.

WASSALAM...

20 FEBRUARI 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

25 Pesanan Luqmanul Hakim
(sambungan semalam)

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu

Tamat...

Walaupun Luqmanul Hakim telah pergi meninggalkan kita beribu-ribu tahun lamanya tetapi pesanannya cukup segar dan tidak lapuk ditelan zaman. Banyak inti yang boleh kita hayati dan terjemahkan dalam kehidupan kita seharian. Tatkala kita sibuk mengejar dunia yang kosong ini, marilah kita renungkan kembali segala nasihat agar kita tidak lupa kepada akhirat yang menanti di hadapan. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi orang yang beringat-ingat, InsyaAllah...

Oklah...

Saya bagun untuk Solat Subuh pun dah agak lewat dah. Dekat jam 7. Kemudian saya sambung balik tidur. Hari ni memang saya tak turun jogging sebab nak taruh tenaga sama untuk lawan bola esok.

Kemudian bila bangun saya settlekan beberapa kerja saya sebelum saya ke kedai untuk buat macam macam urusan mingguan saya seperti penyusunan player untuk fantasyfootball dan reply beberapa email yang masuk dalam mailbox saya di samping mengemaskinikan laman. Sambil tu sempat bertandang membaca blog orang lain.

Hari ni saya Solat Jumaat di masjid Alor Semela. Khatib membicarakan peranan agama dalam kemajuan. Khatib juga mengingatkan bahawa hari ini adalah hari Jumaat terakhir dalam tahun 1424H. Bermakna tahun baru dah tak berapa lama lagi dan seharusnya kita mengisi kedatangan tahun baru dengan amalan-amalan yang dianjurkan untuk memperolh keredhaan Allah, InsyaAllah...

Kemudian saya masuk kerja macam biasa. Habis waktu kerja saya sepatutnya berkumpul dengan pasukan untuk berbincang strategi pasukan untuk esok tetapi terpaksa dibatalkan disebabkan perbincangan telah diadakan terlebih awal. Lewat sangat nanti esok mengantuk pulak. Alhamdulillah goalkeeper kami akan sampai dari KL awal pagi esok.

WASSALAM...

19 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

25 Pesanan Luqmanul Hakim
(sambungan semalam)

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Bersambung esok...

Berbalik kepada diari saya hari ni...

Saya berjogging macam biasa lepas hantar adik ke sekolah. Hari ni memang rasa cukup fresh. Alhamdulillah. Kemudian dalam perjalanan pulang saya singgah di Pasar Taman PKNK untuk beli sedikit keperluan dapur. Hmmm... Seronok... Hehehe... Kemudian saya cuba nasi lemak yang dijual di Taman PKNK tu. Sedap jugak. Sekali sekala ubah selera.

Kemudian saya rest di rumah sambil tengok CD Gila Bola. Kemudian saya sepatutnya ada temujanji dengan member lama saya Tunku Faris, tetapi dia ada urusan lain pulak last minute, terpaksalah ditangguhkan dulu. Ni bab Laman weblah ni...

Kemudian saya masuk kerja awal sikit hari ni dari jam 3.30 petang. Adik saya yang dah di wad tu dah dibenarkan balik dah. Alhamdulillah... Hari ni ramai pulak orang! Jenuh nak control. Tapi semuanya terkawal. Tepat jam 12, sayalah orang pertama yang wish Boss saya happy Birthday yang ke-28. Hmmm... Orang rumah dia pun lewat sikit dari saya. Hehehe... Saya pun tak perasan sangat tetapi saya just tahu dua tiga jam sebelum ni. Hehehe...

Habis waktu kerja saya keluar makan dengan Boss saya, Fahmy sambil berbual banyak perkara. Banyak bab sukan. Bab politik sekarang agak emmeningkan sikit kepala. Harapnya semuanya akan berjalan lancar, InsyaAllah...

Bila balik saya buat sikit kerja tengah malam saya sebelum saya masuk tidur kira-kira jam 4.30 pagi.

WASSALAM...

18 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

25 Pesanan Luqmanul Hakim

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

Bersambung esok...

Sedikit selingan buat diri agar sentiasa teringat kepada pesan kebenaran dadengan ia dapatlah kita kembali bermuhasabah menilai diri...

Kembali kepada diari saya hari ni...

Seperti biasa waktu pagi selepas Solat Subuh dan sarapan, saya hantar adik dahulu ke sekolah sebelum jogging di Taman Rimba. Kemudian saya rest di rumah sampai waktu tengah hari. Sambil tu, saya buat sikit kerja part time saya. Tengah hari saya tidur sekejap. Hmmm... Memang mengantuk sangat. Saya kena tidur jugak.

Tapi waktu nilah telefon banyak berdering. Terpaksalah walaupun tidur terganggu. Mujur saya tak pakai handset. Tapi ramai jugak yang tak percaya, saya tidak memakai handset. Hehehe... Tanyalah siapa yang dekat dengan saya, memang saya tak pakai. Kalau nampak saya pakai pun itu yang orang atau saya tolong buat sesuatu. Buat masa ni saya masih belum tergerak hati untuk memakai handset.

Kemudian jam empat saya masuk kerja macam biasa sampai jam 12 tengah malam. Habis waktu kerja, siapkan apa yang patut, last sekali still dekat pukul empat pagi baru boleh tidur...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah