Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi |
26 FEBRUARI 2004 ASSALAMUALAIKUM... Orang
yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan
waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir
itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan
waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan
membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa. Tanda Orang Bijaksana Ialah
Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Berbalik kepada diari saya hari ni... Geramnya...
Macam mana boleh saya tidur balik lepas Solat Subuh? Sepatutnya saya kena
jogging dulu hari ni! Tak patut betul saya ni... Memang mengarut!!!! Bila dah
sedar matahari dah terpacak. Patutnya saya kena mandi macam biasa bila bangun
Solat Subuh, sebab lepas mandi memang tak mengantuk dah. May be sebab badan rasa
agak sakit kot. Kemudian
saya kena settlekan sikit urusan di pejabat pos. Adik saya pulak ambil result
STPM. Tapi tak berapa ok. Tu lah jenuh nak nasihat. Tak macam abang dia ni,
rajin... Hehehe... Masuk bakul. Saya dalam bab ni memang saya agak tegas. Kalau
adik yang paling bongsu ka mai nak minta ajar, dipersilakan. Tapi selalunya depa
tak akan mai sebab nanti emgalir air mata. Hehehe... Garang ka saya ni? Saya tak
marah pun! Cuma saya kena pressure sikit agar berfikir! Itu paling penting.
Kalau malas fikir bila nak boleh jawab. Ni lebih takut kat cikgu sampai menangis
takut tak siap! Kalau
mak ada memang mak kata baik tak payah ajar. Saya rasa dalam bab ni kena ada
sikit ketegasan. Saya dengan abah memang sama. Kalau abah ajar pun depa akan
mengalir air mata. Beza saya dengan abah, saya tak akan tinggikan suara. Abah
bila dia tinggian suara sikit adik dah takut. Hehehe... Biasalah dulu saya
sampai mengalir air mata depan abah
bila belajar. Akhirnya dapat score! Petang
saya masuk kerja macam biasa. Cuma lupa nak cakap pagi tadi saya ada sesuatu
yang meghairankan yang saya jumpa. Entahlah...Lupakanlah... Malam ni
saya memang balik lewat sebab nak kena tunggu komputer yang Fahmy tengah
install siap sebab saya nak pinjam CD tu. Komputer kat rumah ada problem. Mati
kutu saya dibuatnya sebab tak boleh menulis. Kena menulis atas kertas dulu
nampaknya. Sambil
tu sembang dengan tuan punya barangan jenama CANGGIH. Terlopong saya dan Fahmy
dengan projek berjuta-juta! Hmm... Tapi seronok sembang dengan Cik Wan tu. Siap
semua kira-kira jam 1.10 minit pagi. Bila balik saya kena install pulak tetapi
memang bermasalah sebab hardisk kedua komputer saya tak dapat didetect. Last
sekali settle jam 4 pagi. Lewat lagi! 25 FEBRUARI 2004 ASSALAMUALAIKUM... Jangan
menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil
itu Oklah... Memang
badan terasa sakit akibat terlalu aktif
semalam! Terpaksalah saya cancelkan jogging hari ni. Terus saya sambung tidur
kembali tetapi tak sempat sebab kena hantar adik dulu ke sekolah! Basikal dia
rosak. Lepas tu luangkan masa untuk baca paper sebelum saya sambung tidur. Tu
pun tak lama sangat sebab ada banyak kerja yang nak kena settle. Kerja banyak
tapi income tak banyak! Hmmm... Sabarlah... Mana tahu nanti dapat kerja yang
lagi ok. InsyaAllah... harap-harap begitulah... Amin... Kemudian
saya masuk kerja macam biasa. Agak letih badan tetapi tetap kena kerja. Gaji tak
masuk lagi! Duit dah nak habis. Mujurlah ada duit kontigensi. Alhamdulillah...
Habis kerja jam 12.20 terus balik rumah. Malam ni terus saya masuk tidur sebab
badan rasa cukup sakit dan letih. 24 FEBRUARI 2004 ASSALAMUALAIKUM... Kita sentiasa muda untuk
melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk Sedikit mutiara hikmah buat renungan bersama... Oklah... Yesssss.......
Menang lagi minggu ni. Bolehlah dikatakan cukup sengit dan amat menarik. Game ni
sebenarnya boleh jadi milik sesiapa sahaja dan yang penting ia menjadi milik
saya. Tuala saya sampai boleh diperah-perah. Cukup puas hati dengan kemenangan
kali ni. Hehehe... 15-12, 8-15 15-12. Auntie
jaga dewan cakap, saya main “buas” hari ni. Hehehe... Macam saya ceritakan
dulu, kalau dalam pergaulan biasa memang susah nak tengok suara saya kuat.
Tetapi kalau di padang, gelanggang badminton, stadium dan padang kawat, anda
boleh lihat. Kemudian
bila lawan gang Mydin rasa mudah sangat sebab dah lalui persaingan yang sukar.
Lepas ni nak kena maintain jogging bagi fitness sentiasa improve. Tambahan bulan
Mei ni ada tournament. Kemudian
bila balik saya just rehat di rumah sambil buat sikit kerja sampingan. Kemudian
tidur sekejap sebelum saya ke kedai untuk surf buat beberapa ketika. Lepas tu
saya ke Stadium sekejap untuk perhatikan latihan terkini team Kedah. Player
nampak agak kurang bersemangat akibat dua kekalahan berturut-turut. Hmm... Lawan
Sarawak ni, nak tak nak mesti kena menang! Kemudian saya ambil adik dari sekolah
sebelum saya bersiap untuk ke masjid Zahir untuk solat Maghrib. Hari
ni tak kerja bolehlah meninjau tempat lain. Habis solat Maghrib saya ke satu
tempat untuk melapangkan minda. Tempat ni berbayar tetapi Alhamdulillah saya tak
dikenakan bayaran oleh petugas. Layanan cukup baik tetapi yang menyeramkan
semuanya perempuan. Rasa macam tersesat pulak. Masuk
waktu Isyak, saya terus ke Masjid Zahir sekali lagi. Kemudian saya pusing
Bandaraya Alor Setar sebelum saya ke kedai untuk surf internet. Smabil tu saya
belanja Syauqi makan ABC. Jam 12 saya terus balik rumah. Sampai sahaja di rumah
terus saya siapkan kerja-kerja saya sampai jam 3.15 pagi. Bukak TV nak tengok
live bola tapi hampa sebab mula pukul 4. Kemudian saya buat kerja sampai jam
4.15 tertidur langsung terlupa pasal tujuan nak tengok bola! 23 FEBRUARI 2004 ASSALAMUALAIKUM...
Memang ada pengertiannya. Cukuplah sekadar penerangan itu. Cantik tak gambar di atas tu? Itu gambar di Pantai Kok (Pulau Langkawi) semasa matahari terbenam. Gambar ni diambil oleh isteri kawan saya. Isteri dia ni pensyarah fotografi di Uitm. Kemudian saya beri sedikit sentuhan. Saja nak test bakat. Hehehe... Oklah... Hari ni memang saya rasa agak letih tapi nak buat macam mana, nak kena bergerak ke banyak tempat. Mula dengan settlekan sikit tugasan yang kena saya siapkan dan kemudian saya bergerak ke Pejabat Pos untuk settlekan beberapa perkara. Satu benda yang nak saya cerita. Jenis saya ni, memang saya tak berapa suka kalau saya diberitahu last minute dan saya kena buat benda tu. Mungkin benda ni agak negatif bagi diri saya. Selalunya saya dah set dah apa yang perlu saya lakukan pada esok hari atau seminggu lagi. Kalau di kampus dulu, saya dah buat satu timetable untuk sebulan dan kadnag-kadang berbulan-bulan. Kalau saya buat projek kelab atau persatuan saya akan kaji dulu dalam kalendar apa yang akan berlaku dan bila yang paling sesuai. Tapi masalahnya ramai yang suka cakap last minute tentang jadual. Kalau adik saya buat macam tu, maaf saya memang tak layan melainkan kalau mak dan ayah saya suruh. Ia memang mengganggu apa yang nak saya lakukan. Kecualilah kalau benda tu kecemasan. Selalunya bab nak kena hantar adik ke mana-mana. Kalau mak dan ayah, saya kecualikan sebab dengan mak dan ayah saya kena tunaikan jugak. Begitu juga dengan kawan-kawan. Ada yang mai mintak tolong waktu saya cukup sibuk. Saya jadi serba salah dengan tugasan lain yang nak kena saya siapkan. Hmmm... Tapi itu memang sikap saya. Kalau nak minta tolong apa-apa better cakap awal-awal sebab mudah untuk saya buat perancangan sebab dalam sebulan saya dah set hari apa untuk repair motor, servis motor, gunting rambut aktiviti kerja, riadah dan lain-lain. Kecualilah kecemasan. Lupakan bab tu, kemudian saya temankan Zam di Shahab Perdana dan on The way saya jumpa sesuatu. Kenapalah saya ni dapat banyak sangat benda tu? Kemudian waktu Zam nak naik bas, jumpak pulak An dan Am. Tahniah dah dapat kerja di KL. Alhamdulillah... Lepas hantar Zam saya terus ke kedai gunting rambut. Kali ni saya mesin no 3. Senang bagi betul-betul pendek. Rasa ringan sikit kepala. Hehehe... Lepas tu saya masuk kerja macma biasa. Lepas tu bila habis waktu kerja, saya stay untuk tonton Liputan Kemuncak Liga Super. Sambil tu saya kena finalize dan siapkan sikit kertas kerja untuk gathering Alumni MRSM PDRM di Port Dickson pada 2 dan 3 Mei ni. Banyak benda nak kena beri perhatian. Budget pun agak tinggi dan kalaulah ada yang boleh sponsor lagi, Alhamdulillah. Semoga dapat sambutan dan ramai member hadir untuk memeriahkannya. Satu jawatankuasa dah ditubuhkan dan Alhamdulillah ramai yang telah beri komitmen dan persetujuan.
Saya balik dari kedai
kira-kira jam 2 pagi. |
Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196] |
Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)
[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]
Baca
Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah