Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

07 NOVEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Selalunya bila berkumandang lagu raya, saya tak begitu terasa sangat. Rasa macam tu je lah... Sebab saya jarang jauh dari kampung bila time raya. Kali ni memang rasa semacam ja. Hehehe... Dah merantau! Seronok jugak rasa macam ni. Baru balik nanti rasa best.

Tapi raya kali ni saya memang cukup sibuk. Kad raya pun tak fikir. Terifkir bila saya dapat kad raya. Hehehe... Tak tahu lah sempat hantar ke tak kat orang. Maaflah sebab saya memang tak sempat hantar kat sapa-sapa pun lagi. Hehehe... Ikut email aci tak? Kan zaman IT la ni! Hehehe...

Tak pa lah kalau sempat saya akan kirim. Tapi nampak gaya macam tak sempat ja...

Dah 24 hari dah hari ni. Tak lama je lagi...

Oklah...

Hari ni selepas Solat Subuh terus saya sambung tidur dan kemudian berehat sekejap. Jam 9 ke pejabat sambil membaca paper, chat dan lakukan sedikit kerja. Sunyi ja pejabat hari ni. Yang datang sekejap ialah Muiz.

Saya stay di pejabat sampai jam jam 4 petang dan kemudian terus beli juadah berbuka dan kemudian berbuka di rumah. Kilat dan guruh malam ni memang cukup menakutkan. Kalau sesiapa yang ada anak kecil pasti kelam kabut nak jaga. Sampaikan alarm kereta pun jadi cukup sensitif selepas kilat dan guruh tu. Awan pekat sepekatnya. Alhamdulillah saya beli makanan awal.

Malam selepas Solat Terawih terus saya masuk tidur.

WASSALAM...

06 NOVEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Oklah…

Saya log system hari ni in jam 7.01 pagi. Terlepas bersahur sebab bila bangun sahaja dah azan. First time terlepas sahur. Tak apalah, hari ni masuk kerja macam biasa. Pagi ada taklimat dan kemudian meeting. Asyik meeting sahaja dan kali ni saya kena gerakkan modul saya untuk berjaya. InsyaAllah berjaya.

Kemudian saya hanya stay di pejabat sebab terperangkap dalam hujan. Sambil tu main game yang saya main semalam. Hehehe... Rileks sekejap! Kemudian balik jam 6.20 petang dan terus beli juadah berbuka. Selepas berbuka berehat sebentar sebelum terawih dan berehat di rumah.

Jam 11 malam tengok bola di kedai makan dekat rumah saya sampai jam 3 pagi. Dua perlawanan saya tengok siaran langsung. Kemudian buat personal activity sampai jam 4 pagi sebelum masuk tidur.

WASSALAM...

05 NOVEMBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Arafat Dah meninggal?

Setakat saya menulis ni, Arafat dah dikhabarkan meninggal malah ada paper hari ni macam Harian Metro menulis yang Arafat sudah meninggal dunia. Apa yang saya tahu secara klinikalnya Arafat sudah meninggal kerana otaknya dikatakan sudah mati tetapi hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja.

Apa pun Arafat seolah di penghujung usia. Palestine akan semakin berkecamuk. Arafat walaupun ada pro dan kontra harus juga diakui dia adalah simbol perjuangan Palestine. Lihatlah selepas ini apakah Palestine akan mampu berjuang tanpa Arafat. Dikhabarkan perebutan kuasa akan berlaku antara penyokong beliau. Kalau ini berlaku maka semakin sukarlah Palestine hendak membebaskan diri dari belenggu Israel.

Terkini mengenai kesihatan Arafat.

Saya turut percaya Arafat diracun perlahan-lahan. Sebelum ini Arafat dikepung di pejabatnya dan tidak dibenarkan orang keluar atau masuk. Sumber makanan dikhabarkan adalah dari Israel. Jadi kemungkinan itu memang ada apatah lagi berurusan dengan bangsa laknatullah tu! Sungguh Keji!!!

Marilah kita mengambil ikitibar atas semua ni. Hehehe... Nak tulis lagi tapi banyak kerja la ni...)

Selingan sikit...

Saya la ni tengah main online games. Tolonglah saya! Hehehe... Caranya... Klik kat link bawah ni...

http://www.darkthrone.com/recruit.dt?uid=V30260B30362P30345R30362I30362T30243

Lepas tu double klik sampai untuk bagi saya satu citizen. Lepas tu register. Main sekali dengan saya. Saya akan dapat 10 tambahan citizen untuk berperang secara maya. Memang best game ni. Cuba lah!!

Tu just selingan…

Oklah…

Saya log in jam 6.23 pagi. Bangun jam 5.15 pagi, terus ke pejabat, tengok game saya sat lepas tu sambung buat kerja dan masuk taklimat doktor Taufik. Taklimat habis 6 minit sebelum masuk waktu Solat Jumaat. Kelam kabut jadinya...

Dah lah tu Traffic light asyik merah dan terpaksa follow jentolak yang bergerak perlahan dan waktu yang sama minyak motor pulak dah kritikal sangat. Kena ke stesyen minyak dulu, lepas tu terkandas dalam hujan tapi diredah jugak barulah sampai. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya.

Khutbah berkisar soal membersihkan harta melalui zakat. Saya bersolat di Masjid Zubbair Ibnul Awwam. Kemudian ke pejabat settlekan sedikit kerja dan waktu petang hujan memang cukup lebat. Memang tengok keadaan macam ni, memang akan banjir kilat KL ni.

Saya dan rakan sejabatan mengikuti majlis berbuka puasa anjuran mesiniaga di Kelana Seafood. Memang semua terpaksa tumpang kereta member-member akibat hujan yang amat lebat.

Lepas tu terperangkap kat office sampai jam 11 malam baru balik. Sayang sungguh terlepas solat Terawih berjemaah lagi. Kenalah buat sendiri lagi malam ni! Nak beli kereta tengah kumpul duit lagi. InsyaAllah tahun depan boleh kot beli kereta. Hehehe... Saya masuk tidur jam 2 pagi. Eh! Jangan lupa ya klik kat link ni... Hehehe...

 http://www.darkthrone.com/recruit.dt?uid=V30260B30362P30345R30362I30362T30243

WASSALAM...

04 NOVEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Akhirnya Bush yang menang. Election Pages

Sengit nampaknya pilihanraya kali ni. Apa pun nampaknya Kery juga mempunyai sokongan yang cukup padu daripada rakyat Amerika. Macam saya tulis semalam. Siapa pun tetap sama!

Apatah lagi Bush mempermainkan rakyat Amerika dengan kemungkinan berulangnya tragedi 11 september. Sungguh Keji!

Sama-samalah kita nantikan perkembangan seterusnya nanti...

Oklah...

Hari ni saya sempat siapkan dua report kursus dan kemudian sambung seidkit kerja sambil memikirkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Esok nak kena beri taklimat, Sabtu ada meeting, Isnin nak kena pengerusikan meeting pulak. Banyak yang perlu difikirkan.

Argghhh... Hehehe... Inilah kerja... Kalau tak ada kerja nanti termenung boring pulak. Hehehe.... Saya pun dah tak begitu ada masa yang panjang untuk menulis. Sukar nak tulis panjang-panjang sekarang. Banyak benda yang perlu diselesaikan.

Bajet raya satu hal... Duit raya dah semestinya. Adik-adik dah demand. Nak bagi sorang berapa ya. Adik saya 5 orang... Tu untuk adik-adik, untuk yang lain lagi? Untuk... hehehe...

Tak apalah itu rezeki mereka. Tapi jumlahnya sekadar yang saya mampu cukuplah.

Ramadhan pun dah semakin hampir ke penghujung, waktu-waktu beginilah yang  seharusnya kita manfaatkan. InsyaAllah saya akan cuba lakukan yang terbaik.

Petang berbuka di rumah dan waktu malam saya memang masuk tidur awal sejurus lepas solat Terawih.

WASSALAM...

03 NOVEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Bush Atau Kerry - Latest News-

Pilihanraya Amerika kini sudah masuk fasa pengiraan undi. Kalau sesiapa yang ingat betapa sengitnya persaingan Al-Gore dan George William Bush dahulu. Bayangkan dalam lebih kurang 130 juta pengundi majoritinya tak sampai sejuta! Apakah perkara yang sama akan turut berulang?

Apa pun apa yang ingin saya highlight di sini ialah apakah akan ada perbezaan dalam dasar Amerika terhadap Islam. Saya cukup pesimis dalam isu ini. Kerry atau Bush sebenarnya sama sahaja kerana betapa mereka sebenarnya tetap akan dipengaruhi oleh pelobi-pelobi Yahudi yang begitu establish di belakang mereka.

Mungkin akan ada sedikit perubahan kalau Kerry memegang Tampuk yang paling menjadi perhatian di dunia ketika ini tetapi pengakhirannya tetap akan sama. Akhirnya Yahudi tetap akan mencapai matlamatnya.

Di sini wujudnya satu pengajaran buat kita umat Islam. Kita sebenarnya tidak berpegang pada ajaran Islam yang sebenarnya hinggakan walaupun kita berjumlah lebih satu billion tetapi kita tunduk kepada miniroti yang jumlahnya lebih kurang 10 juta orang sahaja.

Bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang cukup angkuh. Mereka akan cuba pastikan pengikut agama lain tidak mematuhi ajaran agama masing-masing. Tetapi jika ada orang yang ingin menganut agama mereka, mereka tidak akan benarkan kerana merekalah kaum terpilih pada pandangan mereka. Pembudayaan ilmu mereka memang cukup gah! Atas ilmu itu lah mereka dihormati dan disegani. Lihatlah Albert Einstein, Sigmund Freud atau Steven Spielberg. Dari bangsa apakah mereka ini?

Sempena Ramadhan yang bakal menutup tirainya tidak lama lagi, marilah kita sama-sama menginsafi di manakah kita sebenarnya di dalam perjalanan yang sementara ini. Apakah matlamat kita dan mahukah kita terus ditindas. Kita sudah menjadi terlalu lemah.

Marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan bermuhasabah serta mengatur langkah baru untuk memartabatkan Islam pada tahap yang sepatutnya.

Untuk renungan bersama, silalah ke...Bangsa-bangsa Yang Musnah. Moga ia menjadi iktibar kepada kita semua. InsyaAllah...

Oklah...

Saya log in system jam 6.28 pagi. Tak begitu banyak kerja yang perlu diselesaikan hari ni. Apa pun masih ada satu dua kerja yang harus saya selesaikan tapi taklah sesibuk beberapa minggu kebelakangan ni. Rileks pun ada hari ni. Hehehe... Petang meeting Jabatan dan meeting jabatan pun sekejap sahaja. Saya bagi tazkirah berkenaan Solat malam. Mudah-mudahan semuanya akan memberi kesan kepada diri saya, InsyaAllah...

Petang sebaik sahaja hujan reda kira-kira jam 5 petang terus saya balik takut terperangkap dalam hujan dan terus beli makanan. Tepat jangkaan saya kerana apabila sampai di rumah, hujan kembali turun dengan lebatnya. Saya hanya berehat di rumah sambil menonton TV dan menggunakan lap top.

Malam saya terpaksa solat terawih bersendirian kerana saya tolong Rahman pindah rumah di apartment dia dekat sini. Habis kira-kira jam 11 dan lepas tu Rahman belanja makan di Al-Amal. Thanks. Jam 12 beransur pulang ke rumah dan saya lakukan apa yang patut sebelum masuk tidur jam 1.30 pagi...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248][249][250][251][252][253][254][255]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Jongkang-jongket]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah