Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat] [Fonebeat]

31 OGOS  2005

ASSALAMUALAIKUM...

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Apakah ertinya merdeka bagi kita? Sekadar bebas untuk bergerak? Jika itu sememangnya kita sudah mencapainya sejak sekian lama tetapi ia harus dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan mendalam. Tidak sekadar secara fizikal tetapi juga secara spritual.

Melihat trend terkini, cukup sukar untuk mengatakan yang kita benar-benar merdeka. Corak meraikan kemerdekaan itu sendiri sudah melambangkan kita masih terbelenggu dan dalam erti kata lain masih lagi belum merdeka sepenuhnya.

Dari dalam jiwa yang paling dalam, harus tersemat satu semangat patriotik yang cukup utuh. Tidak sanggup melihat negara dimalukan dan sentiasa dengan segala upaya melakukan sesuatu yang menguntungkan negara. Namun elemen ini semakin kurang pada jiwa anak muda kini. Budaya hedonis yang menggila menjadikan anak muda kita seolah khayal dan terawang-awang di dunia mereka. Mereka sudah tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling. Yang penting gembira.

Apakah mereka tahu apa yang berlaku di Iraq? Palestin? Afghanistan? Dan lain-laian? Jawapannya ya! Benarkah? Ya benar mereka tahu tetapi mereka langsung tidak mengutip sebarang iktibar dari semua itu. Kalau kutip pun ia sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Saya melihat isu ini dari banyak perspektif tetapi saya tak mahu mengupas kesemuanya kerana saya ada batas yang perlu saya jaga dan harap anda faham kedudukan saya kini.

Saya pun kekurangan masa untuk menulis. Paling saya nak ulas ialah peranan ibu bapa kini! Kurang pengawasan ibu bapa kini banyak membuatkan keruntuhan akhlak muda mudi. Bayangkan seorang tok aji yang pakai lebai, boleh berjalan dengan anak gadisnya yang memakai jeans ketat dan baju yang menggiurkan! MasyaAllah... Itu cukup merisaukan saya kerana seorang lelaki boleh terjerumus ke neraka disebabkan wanita di bawah tanggunggannya. Saya kena bersedia untuk itu. Kalau anda kenal saya dan saya lali, tegurlah saya.

Kembali kepada bab kemerdekaan. Seperti tahun-tahun lepas dalam tulisan saya, saya banyak mengatakan yang mengisi kemerdekaan tu jauh lebih sukar dari mencapai kemerdekaan. Bayangkan beratus-ratus tahun kita berusaha untuk mencapai kemerdekaan, dalam masa sehari sahaja ia boleh runtuh! Itu yang menjadikannya sebagai satu cabaran yang cukup besar dan getir.

Melihat pengisian kemerdekaan kini, kita harus lebih banyak bermuhasabah diri dan andaikata kita perlukan perubahan yang radikal, teruskan! (Bukan militan ya!) Saya tak dapat nak mengulas panjang, mas aagak terhad untuk menulis. Sempena kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama menginsafi dan menghayati erti kemerdekaan sedalam-dalamnya. Jangan hampakan titis keringat pejuang kemerdekaan lampau!!!

Jam 6.45 pagi bangun, kemudian terus ke Tasik Permaisuri, jogging sambil lihat banyak helikopter dan kapal terbang pejuang dok melintas nak ke Putrajaya buat pertunjukan sempena hari kebangsaan.

Balik rehat sekejap di rumah sebelum diambil oleh Fakhzan dan Zam Teloi ke Bangsar untuk ambik Asri dan juga van. Kemudian ke UPM untuk ambik Mat Jan dan Hasrul sebelum ke Kajang untuk ambik Am dan Mieos. Kami bertolak dari Kajang jam 2.15 petang ke Pasir Gudang dan Alhamdulillah jam 6 petang tiba di Skudai. Berhenti ambil Rais di Plaza Angsana sekejap sebelum terus ke Stadium Pasir Gudang.

Sembang dengan player, Dato’ Basri, Ba’i dll. Paling best dapat jumpak smeula Areip setelah lama tak berjumpa tapi sayangnya Ariep sekejap sahaja kat Stadium. Tak sempat nak habiskan banyak topik. Sorry Ariep, saya kalau bola depan mata memang susah sikit. Hehehe...

Kedah menang 3-0. Untuk ulasan silalah ke www.hijaukuning.com . Bertolak balik ke KL dan Alhamdulillah smapai kira-kira jam 4.45 pagi. Terus terlelap...

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271][272][273][274][275][276][277][278][279][280][281][282][283][284][285][286][287][288]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah