Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat] [Fonebeat]

29 JUN 2005

ASSALAMUALAIKUM...

Segarnya pagi ni. Bangun dengan penuh kesegaran. Jam 5.30 pagi, saya bangun berehat sambil mengambil angin pagi yang kelihatan seperti mahu hujan. Terasa begitu nyaman dengan udara yang sejuk menghembus keheningan pagi. Terasa begitu indah dan syahdu. Alhamdulillah...

Saya buka mesej, alamak dari tunang tersayang. Merajuk pulak. Hehehe... saya sms memujuk tetapi tiada jawapan. Tak apalah biarkan dia sejuk dahulu. Mungkin hatinya masih panas.

Dah lama saya tak menulis. Terima kasih atas perhatian semua. Memang terasa begitu sibuk. Banyak sungguh aktiviti yang harus diatur dan diselesaikan. Hmmm... Barulah terasa bagaimana kata orang erti kesibukan. Sibuk atau tak pintar mengatur waktu. Mungkin kedua-duanya sekali.

Banyak yang telah berlaku sepanjang saya bercuti menulis ni. Alhamdulillah saya selamat melangsungkan pertunangan pada 05 Jun lepas. Alhamdulillah hari lahir saya yang ke-25 pun telah berlalu pada 06 Jun lepas. Semakin dewasa, semakin banyak yang perlu saya hadapi.

Terasa seperti berkarat penulisan saya. Hehehe... Maklumlah dah lama tak menulis. Kalau dahulu setiap hari ada sahaja masa untuk menulis. Ni pun tiba-tiba terasa rindu nak menulis dan mengungkap coretan hati.

Banyak yang berlaku. Banyak yang nak saya komen tetapi ruang masa untuk menulis segalanya tidak mencukupi, jadi saya hanya menulis apa yang termampu dan sempat.

Cukuplah sekadar ini buat pembuka bicara. Tangan saya masih lagi belum mampu nak menaip macam biasa. Hehehe...

Salam ceria buat semua. 

Moga ceria selalu...

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

01 JUN-28 JUN 2005

ASSALAMUALAIKUM...

Tiada Catatan

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

02-31 MEI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Tiada catatan

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

01 MEI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Bicara Dua Malaikat
Oleh Taraknama  (Laman M@RHAEN)


Assalamuallaikum,

Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit.

Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi: "Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?"

Berkata malaikat yang seorang lagi: "Enam ratus ribu orang."

Bertanya malaikat yang bertanya: "Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?"

Berkata malaikat yang menjawab: "Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq. Dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima."

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu, maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.

Abdullah bertanya lelaki itu: "Apa nama saudara."

Berkata lelaki itu "Nama saya Muwaffaq."

Abdullah bertanya: "Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"

Jawab Muwaffaq: "Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadakaku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untuk berhaji pada tahun ini. "Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam),lalu aku pergi kerumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteri ku itu kepadanya."

Jiran ku itu berkata: "Oleh kerana kamu tidak tahu keadaan ku maka aku terpaksa memberitahu mu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada pada ku lalu aku berikan kapada wanita itu dan aku katakan kepadanya: "Belanjakan wang ini untuk anak- anak mu. Dan aku berkata pada diriku: Haji ku di muka pintu rumah ku (Rumah jiran ku) maka ke manakah aku akan pergi."

Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah pada ku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga."

Sabda Rasulullah SAW: "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?"

Sabda Rasulullah SAW: "Tanyalah pada jiran tetangga mu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."

Mudah-mudahan ada iktibar yang dapat kita petik, InsyaAllah...

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271][272][273][274][275][276][277][278][279][280][281][282][283][284][285]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah