Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

08 MAC  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Seronoknya tak ada meeting hari ni. Tenang sikit nak buat kerja tak ada gangguan. Semuanya berjalan lancar hari ni. Maaf lah tak banyak yang dapat saya tulis hari ni disebabkan terlalu sibuk.

Petang jogging di Tasik Permaisuri. Malam patut ada hal sikit di Damansara untuk sesi pra-merisik. Hehehe... Rahsia... Tapi dah cancel, just berehat sambil buat kerja di rumah ja lah...

Jam 11.30 malam dah masuk tidur...

WASSALAM...

07 MAC  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi ni tak ada apa-apa meeting. Senang sikit kerja. Banyak benda yang nak kena settle sebab minggu depan saya akan bercuti. Cumanya la ni panas sikit dan saya memang akan balik waktu rehat tengahari untuk mandi.

Petang habis waktu pejabat ada training badminton dan Alhamdulillah semuanya ok dan saya berpuasa hati dengan prestasi saya. Alhamdulillah. Kemudian malam terus bergegas ke pejabat untuk siapkan kerja yang tertangguh.

Jam 12 tengah malam baru beransur pulang dan tidur jam 1 pagi. Lewatnya tidur la ni...

WASSALAM...

06 MAC 2005

ASSALAMUALAIKUM...

Grand jugak kejohanan kali ni. Dah orang sponsor dan import, main ja lah. Cumanya keeper kami tak mai, jadi terpaksa 4 lawan 5 dan kami tewas 3-0. Kemudian kami berjaya memenangi perlawanan seterusnya dan jadi naib juara kumpulan dan kemudian kami terkandas setelah tinggal 32 pasukan sahaja lagi dari 164 pasukan yang mengambil bahagian. Kira ok lah tu kan.

Dari jam 8 pagi hingga ke 4 petang bertungkus lumus dan kemudian bergegas balik rumah dan terus ke Stadium Shah Alam selepas Asar untuk menyaksikan Kedah vs Selangor. Sesaknya surau, Alhamdulillah pi awal senang nak solat. Kedah seri 1-1. Ulasan saya dalam www.hijaukuning.com .

Jam 12 sampai rumah dan terus rehat. Jam 1.30 baru tidur setelah bersms.

WASSALAM...

05 MAC 2005

ASSALAMUALAIKUM...

Seawal jam 7.45 pagi saya dah tercegat kat lobi Blok Pendidikan tunggu kawan, tapi depa lewat. Yang awal just Zaini dan saya ambik kesempatan untuk surf sekejap. Bertolak dengan kereta Man ke Templer Park. Alhamdulillah semuanya ok dan dapatlah mandi air terjun setelah lama tak merasa mandi air terjun.

Jam 2 petang saya bertolak balik terlebih awal bersama Man and gang. Rehat di pejabat sampai jam 4 petang sebelum berehat di rumah. Selepas Solat Maghrib ke rumah Dean sambil tengok aksi EPL dan tolong Duan. Jam 1 pagi baru balik rumah dan terus lelap sebab esok ada kejohanan Futsal di Sunway.

WASSALAM... 

04 MAC 2005 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi kerja macam biasa, Cuma hari rasa agak tak sihat. Solat Jumaat di Masjid Zubbair Ibnul Awwam tapi tak berapa dapat tumpu kat khutbah sebab agak pening kepala.

Petang hadiri mesyuarat OE II dan banyak benda yang masih tak lengkap, thanks Azhar sebab email walaupun lewat. Habis waktu pejabat hadir pula taklimat Badminton HUKM di Jabatan kejuruteraan. Rehat di pejabat dan selepas Maghrib sambil buat kerja sambil buat personal works.

Jam 12 tengah malam baru beransur pulang. Jam satu pagi baru terlelap.

WASSALAM... 

03 MAC 2005

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah presentation pagi ni settle dan Boss bagi masa dua minggu untuk presentation seterusnya. Ringan sikit kepala untuk menghadapi kerja-kerja yang bertimbun ni. Memang pening kepala jadinya. Alhamdulillah...

Tengahari sambung kerja dengan agak relaks sebelum berehat. Waktu tengahari pulang ke rumah untuk berehat sebelum datang kembali ke pejabat. Petang ada friendly dengan stor pusat. Just tengok ja depa main, hehehe... Tak terer main ping pong ni, badminton ok la... Sambil tu chat dengan tersayang dan malam just berehat di rumah sambil menonton TV dan membaca. Jam 11.20 malam terus masuk tidur.

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271][272][273][274][275][276][277][278]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah