Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

24 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,  bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70  kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati  orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah  hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala  untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat  maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini  tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana  mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai  perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya  dengan malaikat maut. 1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571  minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.
 

Sedikit peringatan agar kita tidak lari dari matlamat utama hidup kita... Moga-moga sama-sama mendapat iktibar, InsyaAllah...

Oklah...

Terlewat ke pejabat hari ni. Banyak benda nak kena perbetul. Sarapan di Al-Amal dan kemudian masuk meeting dari jam 10 sampai 12.25 tengahari. Jam 1 appointment dengan Encik Naseri di Velodrom dan kemudian waktu petang meeting Take Over Modul Order Entry II. Kemudian ambil bayaran jadi pengadil hari tu dari Jasmi. Alhamdulillah. Hari ni pun hari gaji. Saya dah settlekan semua bil hari ni. Senang sikit kepala tapi masalahnya duit dah tinggal...

Kemudian turun training di Bandar Tun Razak. Malam kembali ke pejabat untuk settlekan kerja-kerja sebelum bercuti tanpa rekod esok. Banyaknya kerja!

WASSALAM...

23 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

PETUA MENDIDIK ANAK

Bagi mereka yang telah mempunyai cahaya mata tentu memahami betapa sukarnya untuk mengawasi tingkah-laku anak-anak, terutamanya dalam 'usia nakal' mereka. Ketika dalam peringkat usia ini, sifat ingin tahu dan ingin mencuba sedang giat berkembang.

Sebagai ibu bapa, kita tentu tidak mahu melihat anak-anak kita terjebak ke dalam aktiviti tidak sihat seperti gangsterisma atau perkara-perkara yang boleh memudharatkan seperti bermain api dan sebagainya. Kita juga ingin mengawasi pergaulan anak-anak kita agar tidak bergaul dengan golongan yang rendah akhlaknya. Dalam usaha kita memainkan peranan sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kadang-kala kita tersilap dari segi kaedah menegur anak-anak kita. Akhirnya, niat baik kita bertukar menjadi mimpi buruk.

Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika menegur anak ialah dengan menggunakan ayat yang berbentuk negatif. Contohnya, "kenapalah awak ni malas sangat nak baca buku?". Kritikan sedemikian jika diulangi selalu akan menjadi kenyataan. Ini kerana perkataan ibu bapa terhadap anak-anak adalah doa yang makbul. Dari segi psikologi, kritikan yang negatif akan membentuk minda anak yang negatif. Jadi, jangan persalahkan mereka jika mereka benar-benar menjadi malas!

Kesilapan kedua ketika menegur ialah kita asyik menegur berulang-ulang kali tetapi tidak memastikan anak mengikut teguran kita. Contohnya, kita menyuruh anak yang sedang menonton televisyen pergi bersiap untuk bersolat, kita mesti memastikan mereka terus melakukan arahan kita. Jangan mengulangi arahan tersebut beberapa kali. Ini kerana teguran yang sama beberapa kali akan menjadi leteran.

Teguran yang berkali-kali tanpa merubah tingkah-laku anak-anak boleh membawa dua kesan besar. Pertama, mungkin anak akan benci kepada leteran ibu bapa. Kedua, sifat hormat anak-anak kepada ibu bapa akan berkurangan.

Dalam pada itu, ibu bapa perlu konsisten menegur anak-anak yang melakukan kesalahan yang sama. Contohnya, jika hari ini kita tegur anak yang sedang bermain mancis, jika esok dia bermain lagi kita mesti menegur juga. Teguran yang tidak konsisten akan menyebabkan anak keliru. Semalam tidak boleh, hari ini boleh pulak!

Kesilapan ketiga ialah mengugut atau mengancam anak. Anak yang selalu diugut ketika proses tumbesarannya akan menjadikan dia seorang yang penakut bila besar kelak. Malah, kemungkinan juga dia akan jadi tukang ugut pula suatu hari! Ini kerana anak-anak biasanya akan mengikut tingkah laku dan gaya hidup penjaganya.

Akhir sekali, sudahi usaha kita dengan doa. Walaupun kita sudah menegur dan menasihati anak kita dengan baik, tetapi hanya Allah s.w.t. jualah yang dapat mengubah hati mereka. Jika perangai anak-anak tetap tidak berubah, bersabar dan letakkan pengharapan pada Allah s.w.t. Insya-Allah, kita mampu mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah.

Sedikit info keibubapaan. Hehehe... Ramai member yang dah kawin dan nak kawin. Kena baca ni!

Oklah...

Meeting ditunda ke petang. Pagi dan sikit-sikit buat changes. Waktu ni la nak problem. Alamak banyaknya nak kena settle! Waktu presentation kelam kabut jugak. Termenung saya tengok semua ni. Banyak lagi yang kena buat!

Sebelum tu lawat Abang Sham yang dimasukkan ke Wad. Mengejut jugak. Doktor ambil sample hati untuk analisis. Semoga lekas sembuh!

Petang macam biasa aktiviti kecergasan dan kemudian malam kembali ke pejabat settlekan kerja sambil lakukan aktiviti biasa. Hari ni memang tertekan buat kerja disebabkan satu sebab personal. Alhamdulillah malam ni settle... Kedah menang 3-0 di Paroi!!!

Kemudian online meeting dengan AJK Tertinggi HKC. Smapai jam 1 dan kemudian saya lakukan sedikit kerja sampai jam 2 pagi. Baru masuk tidur.

WASSALAM... 

22 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Bos oh Bos

Hari ini adalah hari pertama Sepiah bekerja, jadi masa mula-mula kerja nie, dia kena la baik-baik dengan boss. Jam dah pukul 6:30 petang Sepiah bersiap-siap untuk balik. Tiba-tiba nambak boss dia (En Zain) dok dekat 1 mesin shredder tengah nak letak kertas kat situ dan terkial-kial nak mengendalikan mesin tu.

Bila ternampak Sepiah belum balik, En Zain panggil Sepiah "Sepiah, awak tau cara operate this thing?" Sepiah jawap "Sure, Tekan je button ni" "Dokumen ni penting ni, seketari saya lupa nak buat sebelum dia balik tadi" terang En Zain. "Awak boleh buatkan untuk saya?" sambung En Zain.

"Boleh" jawap Sepiah dengan confident lalu tekan button dan dokumen tu shredded la. Kemudian ada bunyi telefon dan En Zain angkat, setelah bercakap seketika, En Zain memberitahu Sepiah...

"Sepiah, boleh tak dokumen yg awak photostat tadi tu buat 3 copy"

Nak redakan sikit ketegangan kerja dengan baca cerita-cerita lucu. Hehehe...

Oklah...

Kelam kabut jugak pagi ni... Banyak benda yang tak siap lagi. Ada sesi discussion lagi la... Alamak. Banyaknya error. Petang pun dok sambung buat programming dan kemudian rehat waktu petang untuk turun jogging di Tasik Permaisuri. Malam buat kerja sambil aktiviti biasa. Ada masalah sikit malam ni. Alamak!

SMS dulu tapi kredit pulak habis! Tensionnya... Bila maksud tak sampai...

WASSALAM... 

21 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

Hehehe... Fahamkan betul-betul

Oklah...

Awal-awal pagi lagi terpaksa buat meeting hari keluarga. Ada masalah sikit dan Alhamdulillah ok. Kemudian hadiri meeting SA dan waktu petang dihabiskan dengan programming. Peningnya kepala sebab lusa nak kena present.

Kemudian jogging sekejap sebelum kembali ke pejabat. Banyak jugak kerja nak kena settle dan sambil tu macam biasalah.

Sebelum tidur macam biasa jugak aktiviti yang rutin bagi saya lani. Hehehe...

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271][272][273][274][275][276]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah