Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat] [Fonebeat]

30 OGOS  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Lega sikit hari tak ada meeting apa-apa Cuma buat kerja macam biasa sambil bolehlah tarik nafas lega sikit. Minggu lepas dah buat presentation. Semuanya dah ok. Habis ja waktu kerja terus rehat sekejap di rumah sebelum turun jogging.

Malam ke pejabat semula walaupun motor ada sedikit problem. Kemudian chat dengan Tunang tersayang sebelum masuk tidur kira-kira jam 12 tengah malam...

[My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

29 OGOS  2005

ASSALAMUALAIKUM...

From :  <angkasawan@angkasa.gov.my>
Sent :  Wednesday, July 27, 2005 6:17:08 PM
To :  SAIFUL AZRUL BIN CHE LAH <SAIFULAZRUL@HOTMAIL.COM>
Subject :  SARINGAN PEMILIHAN CALON ANGKASAWAN NEGARA : UJIAN KECERGASAN FIZIKAL LARIAN 3.5 KM

Hello SAIFUL AZRUL BIN CHE LAH.

Terima kasih kerana mendaftar dengan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) sebagai calon untuk program angkasawan.
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menjalani ujian seterusnya.

2. Sehubungan dengan ini, ANGKASA akan mengadakan proses saringan pemilihan angkasawan
di beberapa tempat di seluruh Malaysia seperti berikut :-

------------------------------------------------------------
Tarikh: 27 Ogos 2005, Masa: 7.00 pagi
Lokasi: Pangkalan Udara Kuantan ( Pahang )

Perasmian oleh Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Pertahanan Malaysia
------------------------------------------------------------

dan pada

------------------------------------------------------------
Tarikh: 3 September 2005, Masa: 7.00 pagi
Lokasi: Diadakan serentak di :

1.Kem Mahkota Kluang ( Johor )
2.Kem Penrissen Kuching ( Sarawak )
3.Kem Lok Kawi Kota Kinabalu ( Sabah )
4.Pangkalan Udara Butterworth ( P.Pinang )
5.Pangkalan Udara Subang ( Selangor )
------------------------------------------------------------

3. Semua calon yang telah disenarai pendek boleh memilih salah satu lokasi seperti yang dinyatakan
di atas dan semua calon dikehendaki mengesahkan pilihan lokasi ujian kecergasan fizikal tersebut
dengan mengisi maklumat ke dalam laman web Angkasawan sebelum 7 OGOS 2005.

4. Semua calon dinasihatkan membuat persediaan awal dari segi latihan fizikal. Kelayakan minimum ujian
larian 3.5 km ialah 20 minit.

5. Semua calon dikehendaki memastikan keadaan kesihatan mereka membenarkan mereka menjalani latihan
larian dan ujian tersebut dan pihak ANGKASA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan
atau kemalangan yang berlaku semasa latihan atau ujian dijalankan.

6. Untuk makluman tuan/puan, segala perbelanjaan persendirian untuk menghadiri ujian tersebut adalah
di bawah tanggungan calon sendiri.

Sekian, terima kasih.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

===============================================================

Sila 'log-in' ke dalam profail anda menggunakan butiran berikut

IC No : XXXXXX-02-XXXX
Password : XXXXXXXXXXXXXXX

Klik di URL di bawah untuk ke laman web kami.

http://www.angkasawan.gov.my/angkasa/index.php?id=800606-02-5479&a=3

Email tersebut saya dapat dah lama Cuma rasanya malas nak pi sebab jadual pun memang cukup ketat. Apa pun daripada 11 000 lebih permohonan, saya termasuk antara 894 permohonan yang berjaya setelah ditapis berperingkat-peringkat. Alhamdulillah...

Oklah...

Hari ni agak awal saya bangun iaitu jam 4.45 pagi. Sambil dengar radio tak tau nak buat apa sebab awal sangat. Kemudian ke pejabat tak boleh log in pulak. Siapkan sedikit kertas kerja dan pembetulan presentation tempoh hari kemudian bincang pasal artikel untuk majalah Arena Bolasepak. Petang saya habiskan masa menonton Episod Akhir Perish In The Name Of Love. Memang best cerita ni dan percaya tak? Dari 32 episod, saya hanya miss 1 Episod walaupun saya bersukan pada waktu petang? Sapa-sapa nak tau ceritanya bolehlah menjenguk ke Perish In The Name Of Love. Tengoklah...

Kemudian kembali ke pejabat sambil siapkan kerja dan online dengan Tunang tersayang. Kemudian tidur kira-kira jam 12.30 pagi.

[My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

28 OGOS  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Terusik pula rasa hati untuk kembali menulis. Entahlah memang cukup sibuk kini. Banyak yang perlu dilakukan dan Alhamdulillah kini rasanya sedikit lapang. Bila semak kembali statistik laman saya rasa terharu jugak sebab ada jugak capaian dari Hungary, Jepun, Mesir, Indonesia, Singapura, Belanda, England, Amerika Syarikat malah ada juga dari Israel (depa nak cari apa? Hehehe...).

Gembira rasanya dapat bertemu lebih dari 30 orang rakan lama dari MRSM PDRM Kulim yang bertandang ke kenduri Adam di Kolej Mara Seremban. Seronok bila sama-sama bertanya khabar dan membicarakan masa lalu lantas terkenang zaman kanak-kanak dulu. Indah!

Sesekali ingin rasanya dunia diputar kembali, dan kembali ke zaman kanak-kanak dan moga zaman itu berkekalan. Hehehe... Tapi itulah lumrah dunia yang muda pasti akan tua. Yang baru pasti akan lama dan yang hidup pasti akan mati. Itu adalah sejarah. Mencongak masa depan, terasa begitu getir. Kini pun sudah dilalui cukup banyak suka dan duka tangis dan tawa. Yang pasti kenangan lalu hanya sebagai pendorong. Kalau ada yang buruk jadikan sempadan yang baik manfaatkan.

Ah. Kenapalah saya teringat balik semua ini? Entahlah kadang-kala itulah yang dapat menenangkan sedikit hati tatkala begitu berserabut tatkala begitu banyak cabaran datang menduga. Zaman kanak-kanak memang indah. Akan kukenang sepanjang masa!

Saya bertolak dari Komuter Bandar Tasik Selatan dan sampai di Seremban. Seremban ni dah tak asing bagi saya dan terus ke KMS. Kemudian kembali ke pejabat untuk sedikit urusan sebelum makan KFC. Hehehe...

Malam saya stay di pejabat mendengar dan mengupdate Perlawanan Kedah vs Pahang di Stadium Darulaman. Kemudian menyaksikan perlawanan Newcastle United vs Manchester United. Hmm... Dua-dua kalah :( lepas tu sempat tonton sekejap Bukit Kepong sebelum terlelap kira-kira jam 1.30 pagi.

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

27 OGOS  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Nak bukak satu Laman Web menarik. Sila klik sini. Best ke tak? Anda pun boleh buat macam tu. Pikiaq tengok macam mana nak ubah. Tak boleh nak ubah mai email saya ;)

Oklah tak banyak yang dapat saya tulis. Tangan baru mula nak menaip balik. Rindu sangat nak menulis la ni. Hehehe. Maklumlah dah lama tak menulis. Esok saya try tulis lebih panjang, InsyaAllah...

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271][272][273][274][275][276][277][278][279][280][281][282][283][284][285][286][287]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah