Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat] [Fonebeat]

30 APRIL  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Ilmu Hisab Darjah Satu Oleh Dr Ekonomi (Laman M@RHAEN)

Seorang bekas pemimpin berceloteh mengenai kenaikan harga minyak yang dia anggap tersangatlah munasabah dan sungguh masuk akal. Antara lain, dia berhujah dengan hujah yang sudah lapuk lagi mual iaitu harga minyak di Malaysia masih lagi terendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Dia memberi contoh, di Britain harga minyak lebih kurang dalam RM7 seliter, jauh lebih tinggi, berlipat kali ganda daripada harga di Malaysia.

Dalam ilmu hisab, kita ada diajarkan dengan tajuk PERATUS. Naik sekolah menengah, ada tajuk advance sikit: NISBAH DAN KADARAN. Tajuk-tajuk ini adalah tajuk yang paling asas (basic) dalam ilmu hisab. Kalau tajuk-tajuk ini pun kita tak boleh paham, makna kata, memang kita buta ilmu hisab.

Bila kita kata harga minyak kita jauh lebih rendah dengan Britain, kita mesti tanya balik: Berapa NISBAH perbelanjaan minyak seliter orang Britain(British) BERBANDING dengan gaji sebulan mereka? Kemudian, kita kira pula nisbah perbelanjaan minyak seliter orang Malaysia pula (berbanding dengan gaji sebulan). Kemudian, baru kita boleh buat satu perbandingan yang adil dan tidak berat sebelah (fair comparison).

Ambil contoh kelas menengah di Britain dan di Malaysia. Gaji eksekutif muda di Britain lebih kurang dalam £2,000 sebulan. Gaji eksekutif muda di Malaysia pun lebih kurang dalam RM2,000 sebulan. Eksekutif di Britain hanya membayar sebanyak 81 pence (£0.81) seliter. Eksekutif di Malaysia pula kena bayar RM1.48 seliter. Sekarang, tolong kira berapa NISBAH harga minyak seliter dengan gaji sebulan bagi kedua-dua negara? Siapa yang lebih rendah dan siapa pulak yang lebih tinggi?

Itu baru cerita pasal minyak. Belum cerita pasal harga barang makanan lagi.
Eksekutif di Britain boleh beli barang-barang dapur dengan harga yang amat murah. Barang-barang makan seperti bijirin sarapan pagi masih boleh dibeli pada harga di bawah £1. Coklat Snickers boleh dibeli pada harga 30 pence satu. Bak kata orang, kalau bawa £50 pergi membeli-belah, jawabnya 2-3 troli kena pakai bawa barang keluar. Banding pula dengan eksekutif di Malaysia. Boleh beli barang makan di bawah harga RM1? Boleh jumpa Snickers pada harga 30 sen? Berapa banyak barang boleh dapat kalau bawa M50???

Dengar cerita, sardin cap ayam pun dah dekat RM5 setin, mampus tak makanlah kalau orang takde duit! Memang tak hairan kalau eksekutif muda Britain boleh pakai BMW second-hand, boleh beli tunai (cash) lepas kerja 6 bulan.
Eksekutif di Malaysia?? Kancil cabuk pun kena berhutang sampai 7 tahun. Nak beli BMW second-hand?? Kirim salam.......

Jadi, bila campur-campur semua ni, kita boleh dapat NISBAH besar PERBELANJAAN BERBANDING dengan PENDAPATAN. Perbandingan nisbah adalah perbandingan yang lebih munasabah, adil dan masuk akal. Kalau membanding dengan kos yang ditukarkan ke mata wang Malaysia, memang jelas dan terang seolah-olah harga di Malaysia adalah yang terendah dalam dunia, tapi jangan kita lupa pula gaji bulanan kita pun terendah juga! Jangan ambil sekerat-sekerat, jangan highlight satu aspek sahaja, tapi aspek lain cuba disorok-sorokkan.

Kadang-kadang, bila jabatan-jabatan kerajaan dan media-media keluarkan statistik, nampak macam tak pernah pergi sekolah punya orang. Nak kata tak pergi sekolah, tapi di belakangnya bergulung-gulung ijazah dan PhD sana sini, kononnya akulah yang terhebat dalam dunia. Tapi, apa yang diwar-warkan lebih rendah dari taraf hampas kelapa sebab hampas kelapa masih lagi boleh diberi makan kepada ayam.


Fikirkan...

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

29 APRIL  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss... . Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah danJamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan menjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..bengang sehhh...

Hehehe... Just jokes to refresh our mind. Ceria selalu!!! :)

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

28 APRIL  2005

ASSALAMUALAIKUM...

From My cert ..

so bebaik la kalau nak bukak google yek ..akhir kata "Please Ask Google Before Your Ask Dumb Question" .... huhhuhuu

Dear all,

MA-091.042005: MyCERT Special Alert: Mass Malicious Website - googkle.com
http://www.mycert.org.my/advisory/MA-091.042005.html


Original Issue Date: 28th April 2005

MyCERT received information from trusted sources regarding a malicious website with a registered domain that might be entered as a spelling error for the famous search engine, Google.com.


The name of the malicious website is 'Googkle.com'. Users are warned NOT TO VISIT THE WEBSITE as visiting the malicious site will install about 49 pieces of trojan droppers, trojan downloaders, backdoors, a proxy trojan, a spying trojan and adware in the victim's machine and uses the local hosts file to block access to popular anti-virus websites and offers a link to a website that sells AV and anti-spyware tools with the slogan "We help people"... No comment.

System Administrators are advised to check on their DNS cache records whether any users have resolved anything that matches "googkle" recently, and then check/rectify the (likely) infected workstations.

More information is available at:

1. SANS
http://isc.sans.org/


2. F-Secure
http://europe.f-secure.com/v-descs/googkle.shtml


Please take serious note of this alert in order to prevent any unwanted incidents.

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

27 APRIL  2005

ASSALAMUALAIKUM... 

Subject: The power of words

Terok Singh was travelling in a crowded bus. He was carrying the passport size photograph of his son (for college admission).
 
Accidentally, the photograph fell down from his pocket. He started searching for it frantically & found it on the floor, below the ends
of a woman's saree.
 
He asked her "Can you lift up your saree? I wanna take photograph" The rest is history.
 
He was beaten so badly that he had to be admitted to hospital. He was surprised to see Butol Singh on the bed next to him, in a worse condition.
 
Butol explained what happened to him. He had gone to a remote village to work. He finished late and missed the last bus. He couldn't find any hotel. So he approached a nearby house and asked the Owner whether he can stay there for the night. The Owner replied "I have 2 grown up daughters.
 
Sorry, I can't allow you to stay".
 
He approached the next house and asked whether he can stay there for the night. The Owner replied, "I have 3 grown up daughters. "Sorry, I can't allow you to stay".
 
He went to the next house and asked: "Do you have grown up daughters?"
 
The Owner asked, "WHY?????????" Butol replied, "I wanted to stay here for a night....."
 
The rest is history.
 
THE MORAL OF THE STORY IS "WORDS GET YOU INTO DEEP TROUBLE IF YOU DON'T USE IT CORRECTLY.
 
"IF YOU WANT THE RAINBOW, YOU MUST FIRST EMBRACE THE RAIN. EXCELLENCE IS NEVER AN ACCIDENT

Fikirkan....

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

26 APRIL  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Ketagihan mencuri boleh diubati dengan memotong tangan?
 

Oleh ROZMAL MALAKAN

Seorang saintis Perancis Dr. Jean Pierre Atoire seorang pakar psikologi dari Univerity of Marseilles telah mengkaji hampir lebih 20 tahun mengenai kejadian jenayah mencuri, merompak dan meragut.

Beliau telah menjalankan kajian terhadap 1000 pesalah jenayah merompak, mencuri dan meragut dan mendapati lebih 95% peratus penjenayah berkenaan akan kembali melakukan jenayah yang serupa sebaik sahaja mereka dibebaskan daripada penjara.

Dr. Atoire mendapati kebanyakan penjenayah ini melakukan jenayah-jenayah tersebut bukan kerana mereka sukakan aktiviti sedemikian, tetapi adalah kerana ketagihan melakukan aktiviti tersebut.

Mereka yang biasa melakukan rompakan, mencuri dan ragut ini, sel-sel dalam otak mereka akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil "critiennef" yang mengakibat tangan-tangan mereka sentiasa mengarahkan otak-otak mereka melakukan jenayah tersebut.

Apabila ditanya kepada 1,000 pesalah tersebut apakah ubat yang paling sesuai untuk menghilangkan ketagihan ini, hampir 85% peratus responden menjawab, mereka mahukan tangan mereka dipotong.

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata sebagai iktibar kepada kita umat Islam. Umat Islam sekarang ini hanya akan kembali kepada hukum Allah setelah mereka mendengar hasil kajian daripada pakar-pakar bukan Islam setelah dibuktikan secara saintifik.

Mereka banyak berdolak dalih dalam melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Hadith hanya semata-mata mengatakan ia ketinggalan zaman, tidak sesuai pada zaman ini.

Tetapi apabila orang bukan Islam sendiri yang mengatakan hukum dan perundangan Islam adalah baik setelah dibuat kajian saintifik mereka lebih percaya kepada saintis-saintis tersebut lebih daripada kata-kata yang keluar daripada Rasul s.a.w.

Akan tetapi di bawah ini adalah cerita kajian yang sebenar yang dijumpai oleh seorang saintis Russia, apabila beliau mengatakan salah satu rawatan untuk menghilangkan rawatan ketagihan arak ialah dengan merotan.

Mereka yang ketagihan arak di Russia bukannya lari dari hukuman rotan bahkan sanggup membayar sekitar RM416 agar mereka dirotan antara 30-60 kali untuk menghilangkan ketagihan arak.

Sedangkan dalam Islam hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang ditangkap meminum arak ialah rotan sebanyak 80 kali (harap betulkan jika fakta ini salah).

Bersempena dengan bulan Maulidur Rasul ini, marilah kita menghidupkan kembali segala sunnah baginda serta melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah hanya kerana taat dan kepercayaan kita kepada Allah, bukannya percaya kita kepada fakta-fakta saintifik semata-mata.

rujukan berita

London, Mar 30 (ANI): Russian scientists have claimed that beating on the naked buttocks with a cane can cure everything from drug abuse to alcohol addiction and from depression to suicidal tendencies.

The researchers at Novosibirsk said that caning releases endorphins, the body's natural 'happiness hormones', which lead to feelings of euphoria, a reduction of appetite, the release of sex hormones, an enhancement of the immune response and prevents drug and alcohol addiction.

"The treatment works. I'm not sadistic, at least not in the classical sense, but I do advocate caning," Fox News quoted lead researcher Dr Sergei Speransky as saying to Izvestia daily. 

The scientists recommend a standard treatment course of 30 sessions with 60 of the best, delivered on the buttocks by a person of average build.

Another researcher, Dr Marina Chuhrova, said that she had 10 patients she caned regularly. "At first they didn't like it, but when they started to feel the benefits they kept asking for more."

The Russian team will now start charging for the caning sessions getting 57 pounds per patient for a standard treatment. (ANI)

- um

Renunglah ia buat iktibar dan pedoman bersama...

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

25 APRIL  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Mesej : Jangan abaikan rencana ini kerana ia nampak pelik! Percaya atau tidak KAMU MAMPU UNTUK MEMBACANYA!

      Syaa taidk dpaat pycreaa syaa mpmau utunk fhaam apa ynag syaa bcaa! Syaa tbracea klobheean meaujnkban mdnia msniaua. Muernut kpadea hiasl kjiaan di Cmabrigde Uinervtisy, taidk kria bnmagaiaa ssunuan huurf daalm stau pektaaran, pkrarea ynag pliang pneintg iaalh huurf pretmaa dan tkhareir bredaa di tmpaet ynag bteul. Ynag slehbinyea bloeh dlaam sbrauet mcaam mnaa pun dan kmau miash bloeh mmbeaynaca tnapa sarenabg mlasaah. Ini knarea mdina misuana taidk bcaa siteap huurf stau dmei stau, saeilkbyna kauusrhelen ptkraaean slkeguias. Aijab kan? Butel! dan syaa sllaeu fkiir slbeeum ini bwhaaa eaajn aldaah sgnaat pinnteg!!!!

Jadi... Fikir-fikirkanlah ia... Selamat berfikir!

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

24 APRIL  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Nasihat Imam Syafiee dalam mencari sahabat (Siri Akhir)

Menghadapi musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada  orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang  kucintai.

Tipu daya manusia

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia  walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat menggantungkan harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan  selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Menjaga nama baik

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya  bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikaan dosa-dosa terbayang di ruang mata..

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

23 APRIL  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Nasihat Imam Syafiee dalam mencari sahabat (Siri 2)

Sukarnya mencari sahabat sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.   Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Bersambung...

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

22 APRIL  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Nasihat Imam Syafiee dalam mencari sahabat (Siri 1)

 

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut  derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri  daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Bersambung...

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271][272][273][274][275][276][277][278][279][280][281][282][283][284]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah