Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

  

20 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Untuk hari ni saya terbitkan perutusan Hari raya Korban saya kepada seluruh pembaca diari ni... Saya akan rehatkan diari saya selama empat hari selepas ini dan InsyaAllah kembali semula pada 25 Januari 2005.

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...

Setiap kali tibanya 10 Zulhijah, pastinya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kembali dibualkan. Ada mesej dan pengajaran yang cukup berharga. Allah tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Tidak kiralah sama ada ia kejadian atau apa pun.

Senario terkini menyaksikan, kita harus lebih memikirkan banyak benda. Kita betul-betul berada di akhir zaman. Kita sudah di hujung kehidupan. Kita harus semak kembali diri kita, sama ada kita bersedia kembali kepada Allah.

Peristiwa korban mengajar kita banyak erti tentang bagaimana kita harus hidup. Tetapi semuanya haruslah kerana ALLAH. Saya rasa tak perlu saya ulas panjang bab ni.

Cumanya saya betul-betul rasa cemburu dengan beberapa rakan saya yang kini berada di Tanah Suci Mekah. (Cemburu yang baik) Hehehe... Cemburu sebab dalam usia yang muda, depa dah dapat kesempatan mengunjungi Tanah Suci. Saya cukup berharap dapat juga ke sana... Semoga mendapat haji yang mabrur.

Alhamdulillah inilah kali pertama dalam hidup saya, saya melakukan korban biarpun setompok cuma. Tak sabar, saya menanti saat itu... Alhamdulillah...

Macam biasa, saya akan merehatkan diari saya sempena hari raya haji kali ini selama tiga hari. Saya akan kembali pada hari raya keempat.

Dan jangan dilupa agar kita sentiasa melaungkan takbir, tasbih dan tahmid kerana kali ini ada kesempatan yang lebih panjang iaitu selama empat hari berbanding pada Syawal.

Semoga kita menjadi lebih baik, InsyaAllah...

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...

WASSALAM...

19 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun agak lewat tapi hari tak lewat ke pejabat. Hmmm... Pagi lagi boss dah mula ‘mengamuk’. Gerunnya! Terus saya mulakan operasi membantu programmers. Saya cukup berminat dalam programming ni dan Alhamdulillah saya dapat jawapannya. Tapi masalahnya macam mana nak gerakkan programmers?

Saya tetap cuba sedaya saya walaupun saya masih baru dalam bidang ni. Masih lagi tak berpengalaman. Hmmm... Petang nak turun jogging tapi hujan. Macam mana pun saya sempat untuk ke pasar malam dengan Sufri. Hehehe... Pasar malam yang tak macma pasar malam sebab sikit sangat orang berniaga. Tak pa lah... Janji boleh beli makanan.

Malam kembali ke pejabat dan kemudian saya chat dengan seseorang. Hmm... Mengajar sikit dengan dia. Sambil tu buat kerja. Laman web HKC tak begitu sempat saya kunjungi. Takutnya saya tak siap banyak kerja! Sebab tu kena ada kat pejabat sampai lewat malam. Esok dah hari last. Lusa dah raya. Dalam kepala la ni dok fikir, apa kata saya tak balik Kedah raya ni. Duduk kat pejabat buat kerja. Tapi bila fikir yang saya dah bayar duit buat korban, saya kena lah jugak pi... Balik jugaklah kot. Tiket pi dengan balik dah beli dah...

Malam terus ke ATM dan keluarkan sikit duit sebelum ke kedai. Berbalas sms sebelum masuk tidur.

WASSALAM...

18 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Alamak! Dah jam 7.45 pagi! Lewatnya saya bangun! Kelam kabutnya saya hari ni. Bdan terasa cukup pedih. Saya dah tak mahu ke pejabat, ingat nak ambil cuti ja tapi fikirkan semula bab yang nak kena diselesaikan, saya terpaksa juga ke pejabat dan log in jam 8.11 pagi dengan mata yang cukup bengkak. Hehehe...

Kemudian patutnya ada discussion tapi tak jadi sebab nak terus mudahkan tugas programmer. Dah siapkan UML kemudian terus nak mula programming tapi ramai yang tak familiar dengan semua ni. Masalahnya!!!

Petang saya log out awal jugak, turun jogging. Lawan badminton pun dah dekat. Kena rajin training. La ni berat badan pun dah naik. Kemudian waktu malam kembali ke pejabat untuk buat beberapa perkara.

Banyaknya kerja! Bertimbun dengan pelbagai macam kerja! Sambil tu saya teringat kat seorang sahabat yang sedang hadapi masalah la ni. Rasa bersalah tak dapat bantu. Harap bersabar... Bawah ni ada sikit artikel yang pernah saya masukkan dalam diari saya ni.

KENAPA AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."


-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."


-Surah Al-Baqarah ayat 216

 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


-Surah Al-Baqarah ayat 286



KENAPA RASA KECEWA?


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

 

-Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


-Surah Al-Imran ayat 200



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"


-Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....


-Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."


-Surah At-Taubah ayat 129



AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!


".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

Kemudian bila balik, dok berbalas sms sampai jam 2 pagi. Hehehe... Tak boleh nak tidur...

WASSALAM...

17 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Saya masuk pejabat macam biasa. Cumanya hari ni ada sikit presentation untuk para programmers. Kena bentangkan dan saya ada sikit kesilapan. Alamak! Peningnya nak buat macam mana ni? Saya terus terang tak ada pengalaman dalam bab ni. Saya nak kena lead all the programmers to develope this system.

Petang, still buat pembetulan dan sambil tu stduy sikit bab J2EE ni. Still new for us. Tambahan pulak kat Malaysia masih lagi baru apatah lagi kami. Email pun tak dan nak check.  Banyak kerja yang tak dapat saya selesaikan.

Petang saya log out awal, turun jogging. Dah lama tak jogging sakitnya badan. Hmm... Kemudian waktu malam kembali ke pejabat tapi saya memang tak bermaya sebab badan terasa cukup sakit. Jam 11 malam beransur pulang dan kemudian berehat di rumah sebelum melayan sms. Jam satu baru tidur.

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah