Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

28 JANUARI  2005 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Saujana (Azalinor / Habsah Hassan)

Mencari Cinta

Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Kandil cintaNya menerangi jiwa

( 1 )
Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta

( korus )
Oh! Kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta

Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

( ulang 1 )

( ulang korus 2X )

Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

Sumber: www.liriklagu.com

Tangan saya terasa cukup sakit hari ni. Tu la tak bubuh minyak angin lagi. Buat kerja serba tak kena sebab tangan cukup sakit. Banyak kerja dibuat dengan sbeelah tangan sahaja. Tangan kiri yang terseliuh. Saya naik motor pun dengan sebelah tangan ja. Nak menaip pun seksa.

Tengahari saya urut sendiri dan bubuh minyak angin. Saya bolehlah urut tangan sikit-sikit sebab saya belajar urut tangan sikit-sikit dulu. Lepas tu pengerusikan mesyuarat Hari keluarga. Kemudian saya stay di pejabat sampai malam. Seksanya nak menaip tapi malam ni saya macam ada kekuatan menaip memujuk seseorang. Hehehe...

Jam 11.45 baik ke rumah cukup banyak bersms malam ni sampai lewat pagi. Baru tertidur lepas tu...

WASSALAM... 

27 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Teringat waktu saya dan Sufri ke Pasar Malam di Jalan Bangsawan Bandar Tun Razak tiga hari lepas. Saya terserempak dengan seorang lelaki yang tergantung pada badannya SAYA KETUA THINK TANK DUNIA – ORANG PERAK dan kat situ terselit sehelai daun.

Orang tu tak asing lagi bagi saya. Saya dah beberapa kali temuinya Cuma tak pernah berbual. Beliau adalah Abdul Halim Bistaman seorang yang cukup gigih mendidik anak bangsa dalam bidang matematik. Saya sukakan kalau melibatkan bab otak dan pemikiran. Ada banyak yang perlu kita pelajari tentang pemikiran.

Melihatkan dunia ini hanya pada satu sudut adalah perkara yang cukup bahaya. Kita mampu tersandung dan rebah dalam sekelip mata tanpa tahu punca. Berhadapan dengan kehidupan pelu ada strategi. Saya pernah menulis mengenai strategi suatu ketika lalu.

Beberapa hari lepas, saya dan Rahman ada bertemu dengan My Boss, ada nasihat yang selari dengan apa yang saya fikirkan. Hidup mesti ada strategi. Berhadapan dengan orang politik kita perlu memahami bagaimana orang politik bertindak. Dengan ahli akademik, kita perlu memahami bagaimana mereka bergerak dan juga dengan pelbagai golongan lain.

Secara mudahnya kita perlu dinamik dan tidak statik atau rigid dalam berfikir. Semakin lama kita berfikir, otak akan menjadi lebih tajam. Kalau selari dengan ajaran Islam pula, InsyaAllah akan dibukakan lebih banyak pintu jawapan. Bila saya renung balik, kita ni malas berfikir. Sebab itu kita ketinggalan dalam banyak bab.

Sekadar sebagai renungan... Maaf sebab saya kurang ada masa buat waktu ini sebab sibuk dengan kerja... Nanti boleh bual lagi rasanya...

Oklah...

Lepas bangun tidur, terasa sakit tangan kiri saya. Alamak terseliuh la., ganasnya saya tidur malam tadi. Hehehe...  Nak bubuh minyak angin tak boleh sebab saya banyak kerja hari ni, nanti terganggu pulak kerja saya. Alamak terpaksalah terus macam ni.

Memang sukar nak buat kerja tapi terpaksa jugak buat kerja macam biasa. Kemudian terus sambung buat kerja. Tengahari saya balik rumah sekejap sebelum kembali ke pejabat. Petang saya jogging sekejap sebelum kembali ke pejabat.

Malam ni My boss belikan banyak makanan untuk kami. Thanks... Saya balik jam 12.45 pagi.

WASSALAM... 

26 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Makin dicuba untuk melawan cabaran, semakin kuat pula rintangan yang hadir. Entahlah saya merasakan cabaran yang datang kepada diri ini terlalu hebat. Kebelakangan ni terlalu hebat! Saya hanya mampu mengadu pada Allah agar cabaran-cabaran ini dapat saya atasi. Saya termenung panjang memikirkannya. Alhamdulillah saya masih ada kekuatan untuk menghadapinya dan InsyaAllah, saya akan terus tabah.

Oklah...

Saya log in sistem jam 7.30 pagi hari ni. Pagi tadi bangun lewat 12 minit lepas Azan Subuh. Macam mana boleh tak terjaga awal hari ni? Entahlah. Apa pun yang penting segar. Radio saya yang rosak waktu saya beli tempohari ada hikmahnya. Yang rosak Cuma kabel dia jadi better guna bateri. Saya just nak dengar radio ja. Setakat ni just Radio ikim.fm ja lah yang saya tune. Bateri memang tahan lama. Jadi mobiliti pun mudah. Tenang rasanya macam waktu tengah malam alunan bacaan Al-Quraan oleh Sheikh Saad Said Al-Ghamidi diputarkan.

Melalut pulak. Hehehe... Hari ni saya cuba nak code satu method untuk generate MRN. Puas saya cuba untuk lakukan. Saya masih baru dalam Java. Dulu belajar C. Tetapi sebenarnya lebih kurang ja Java dengan C ni. Java ni WORA (Write Once Run Anywhere) dan ada beberapa lagi features yang lebih powerful. Bila buat online search rasa seronok bila dapat tahu beberapa asal-usul library dalam Java ni. Saya boleh bagi satu laman untuk anda cuba. www.javaworld.com

Alhamdulillah akhirnya saya dapat lakukan target saya. Cumanya saya masih gagal untuk lakukan fasa seterusnya iaitu untuk connect dengan Database. Malas nak connect dengan Access, better saya terus ke Database Oracle, tetapi ada some minor error. Saya pun tak sure. Macam nak gila jadinya sebab just dua error yang ada yang lain tak boleh run. Hehehe... Ni lah dunia programming. Kalau ikutkan ni bukan kerja saya. Saya just design. Tapi sebab saya cukup minat dengan programming terus saya cuba. Satu cabaran...

Petang dekat nak habis waktu kerja, Dino sms saya. Alamak Dino, awatlah kejutkan saya macam ni. Hehehe... Anyway tu cerita lama. Saya dah pun anggap ia sebagai satu pengajaran dalam hidup. Saya terima dan redha dengan segalanya. Bagi saya perkara yang berlalu adalah pengajaran yang cukup berguna dalam hidup. Bagaimana kita mentafsirkannya adalah penting agar kita tidak lari dari matlamat hidup kita.

Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya. Yang penting bersangka baik dan cuba memahami situasi. Tak perlu kita melenting tak tentu arah. Ada perkara yang kadang-kadang perlu ditutup dan walaupun pada pihak kita ia jadi tanda tanya tetapi kita perlu faham inilah lumrah alam. Ada perkara yang tak perlu kita ketahui.

Kita Cuma manusia yang merancang hidup kita. Kita merancang. Allah merancang tetapi perancangan Allah paling sempurna. Sebab itu saya selalu jelaskan yang saya akan redha dengan apa jua yang terjadi. Percayalah yang setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kehidupan ini bukannya semudah yang kita sangka. Yang penting kita memahami hakikat kehidupan. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Hmm... Entah kenapa saya berceloteh panjang hari ni. Sibuk tapi masih ada masa mmenulis rasa hati. Hehehe... Yang penting sentiasa ceria. Sebab hidup ini hanya sementara. Fatamorgana...

Melalut lagi... Kemudian lepas waktu pejabat saya turun jogging sekejap sebelum berehat di rumah. Selepas Solat Maghrib terus ke pejabat. Saya belikan sekotak limau mandarin buat rakan kat ofis tapi depa tak stay kat pejabat hari ni. Yang ada just Abang Shahrul, Zaki, Mior, Shahir, Sufri, Fazie and Husband. Jadi kat depa ja lah yang dapat makan.

Saya ada kat pejabat sampai lewat malam. Saya rasa seronok sangat bila dapat satu kiriman email seseorang yang istimewa bagi saya dari Mesir. Ia banyak memberi semangat pada saya. Cumanya saya tak dapat online malam ni sebab network problem, Saya just akses dari lap top tapi tak ada YM. Tak apalah...

WASSALAM...     

25 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Terlalu banyak yang ingin saya lahirkan dalam diari kali ni tetapi saya tak ada masa yang panjang untuk menulis segalanya. Tempoh seminggu dua ini banyak mengajar saya erti hidup. Saya mula lebih faham banyak perkara. Hati saya banyak tersentuh dnegan banyak kisah di sekeliling dan ia cukup menginsafkan saya.

Mulai dari saat dan tika ini, saya ingin tanamkan satu keazaman, saya nak jadi lebih baik biarpun saya tak begitu ada kesempatan macam orang lain tetapi saya cukup yakin yang Allah menilai seseorang itu pada hatinya Cuma manusia yang menilai dari aspek material.

Saya semakin bertekad untuk benar-benar beristiqamah. Biarkan semua benda yang lagha dan saya harus sentiasa fokus dari sekarang bukannya apabila saya terima sesuatu. Saya nak ubah benda ni. Saya dah cukup nekad.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk semua ini...

Oklah...

Hmmm... Raya kali ni meninggalkan sedikit kenangan yang tak dapat dilupakan. Saya balik Alor Setar malam raya dari Pudu. Bas sepatutnya jam 11.30 malam sampai jam 12.30 malam. Jalan betul-betul sesak dan ada eksiden yang melibatkan empat orang meninggal. Al-Fatihah. Kesesakan memang cukup dirasai sampaikan di kawasan R&R pun terpaksa bersesak. Bayangkan nak beli air tin terpaksa beratur sampai 15 minit!

Sampai nak isi minyak pun bas terpaksa turun dari lebuhraya dan ke Simpang Pulai. Tu pun banyak jugak bas kat sana! Lepas tu bas sebelah pulak pancat tayarnya Lambatnya! Sampai kat Gurun siapa yang nak ke Kangar kena tukar bas pulak. Dah tu drebar bas tak tahu jalan ke Alor Setar lajak ke Jitra jadinya. Tu pun nasib baik penumpang habaq!

Last sekali sampai kat Alor Setar jam 11 pagi! Subuh dan Solat Sunat Raya terlepas! Penatnya, sampai rumah terus balun apa saja makanan yang ada. Cuaca cukup panas di Kedah, maklumlah musim ambik padi sampaikan rumput pun naik kuning.

Lepas solat Jumaat terus ke surau untuk korban. Alhamdulillah first time buat korban rasa macam nak menangis pulak... Sebak jadinya... Dapatlah dalam 20kg lebih. Malam main futsal dengan member PI Street. Menang 29-23. Score 5 gol malam tu.

Raya Kedua...

Pagi just makan kenduri korban di surau sebelum ke Alor Setar dengan Abang Midi dan adik-adik. Beli seluar kat Reject Shop guna baucer tunai. Alhamdulillah just kena bayar RM 13 untuk barangan yang bernilai RM63. Kemudian ke Kampung di Pendang. Tenangnya bila di Kampung dengan suasana sawah. Seronoknya! Alhamdulillah...

Malam kembali ke Alor Setar dan kemudian tengok bola dengan Men dan Boss di Deejay sampai jam 1pagi. Hati saya memang tak tenang sebab kerja yang cukup banyak di KL.

Raya Ketiga...

Saya bertolak jam 10.30 pagi dan sebelum tu hantar borang register kat MCTech sebelum ke Shahab. Thanks Abang Midi sebab hantar. Ada gossip terbaru ni. Hehehe... Sampai kat KL terus beli tiket untuk raya Cina ni. Alhamdulillah settle. Kemudian nak beli tiket LRT terpaksa beratur sampai 500 orang! Ruginya tak top up kad Touch And Go saya ni. Ruginya!!! Terpaksa beratur panjang!

Sampai kat rumah solat Mgahrib dan terus ke pejabat. Member terpaksa tidur di pejabat. Saya jam 12 malam baru beransur pulang dari office. Orang semua raya, saya memang kurang mood raya. Peningnya kepala. Banyaknya kerja sebab tu diari lambat diupdate kebelakangan ni!

Raya Keempat...

Jam 6.40 pagi saya dah ada kat pejabat. Saya memang dalam tekanan kerja kini. Saya doa agar Allah kurangkan tekanan ni. Alhamdulillah ada jalan yang Allah beri.

Saya salute kat my Boss, Dr. Taufik sebab dapat bagi guide untuk masalah kami. Petang terus saya turun jogging tapi saya buat kesilapan! Menyesalnya... Malam saya ke pekabat siapkan kerja dan saya ulang satu lagi kesilapan. Ya Allah maafkan Hamba-Mu yang Maha Lemah ini... Saya tak wajar buat macam tu! Saya terlalu lemah! Jam 1 pagi baru masuk tidur...

Oklah... Untuk hari ni pulak...

Saya log in sistem jam 7.40 pagi hari ni. Sambung buat kerja programming sambil meneliti beberapa perkara lain macam badminton. Tengahari saya jumpa ejen Insurans saya, Encik Naseri. Ada dialog yang cukup menarik. Memang kalau jumpak kami selalu sembang panjang tentang isu semasa. Thanks sebab belanja.

Kemudian ada meeting sampai habis waktu pejabat. Kemudian sambung kerja sikit sebelum ke pasar malam bersama Sufri. Kemudian selepas solat Maghrib terus ke Stadium MPPJ di Kelana Jaya. Bersama Dato’ Basri, Shcaarq, Mat Jan. Cheed. Chot, Ady, Gerrard, Jasni Shafie (Pengulas sukan RTM) dll. Dapatlah bertukar pandnagan dengan semua. Ulasan dalam www.hijaukuning.com

Kemudian terus balik rumah lepas berbual dengan player. Tidur jam 1 pagi.

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah