Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat] [Fonebeat]

21 APRIL  2005

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL...

Rasulullah adalah sebaik teladan untuk kita ikuti...

Perspektif IKIM: Akhlak Rasulullah panduan wujud masyarakat unggul

AKHLAK dikatakan menjadi asas pembinaan diri serta masyarakat utuh dan terbilang. Ia dianggap berperanan utama dalam menentukan bangun atau runtuhnya sesebuah bangsa. Akhlak antara faktor dalam pembinaan sesebuah tamadun, hadharah atau salah satu agenda pentingnya.
 

Pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam sehingga menjadi antara misi utama diutus Rasulullah SAW ke dunia ini. Baginda menegaskan dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Riwayat al-Hakim)

Akhlak Baginda seperti al-Quran seperti yang dijelaskan oleh Aisyah. Rasulullah mendidik sahabat menurut tata cara akhlak yang ditentukan Allah. Maka, terbentuk sebuah masyarakat Islam yang begitu unggul sifatnya; beriman dan bertakwa; berkeperibadian mulia lagi terpuji; amat cenderung dan mencintai kebaikan. Begitu juga umat yang dapat menghindarkan diri daripada kejahatan serta sentiasa berusaha mencegah kemungkaran.

Dengan segala kelebihan dan kekuatan itu, masyarakat Islam pada masa itu mengasaskan pula sebuah peradaban yang amat bermakna bagi generasi selepas mereka. Prinsip kejayaan masyarakat Islam yang diasaskan oleh Rasulullah terletak pada kesungguhan serta iltizam mereka yang luar biasa sifatnya. Mereka mentaati segala perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya.

Dengan kata lain, apa juga bentuk usaha yang dilakukan oleh mereka berpaksikan keredaan Allah serta rasul-Nya. Tidak sama sekali melewati sempadan yang akan mengundang kemurkaan-Nya. Kehebatan peribadi dan keluhuran akhlak masyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah itu sentiasa menjadi sebutan sepanjang zaman.

Keperibadian Rasulullah yang suci dan luhur juga menjadi faktor penentu kejayaan pembentukan masyarakat unggul itu.

Kenangan terhadap Nabi Muhammad serta usaha, kegigihan dan perjuangan Rasulullah lebih segar dan mendalam pada hari ini, hari Baginda diputerakan.

Di mana-mana saja hari ini umat Islam membanyakkan selawat serta salam kepada Rasulullah serta mengisahkan kembali cerita gembira dan duka kehidupan serta perjuangannya. Ia sebagai tanda cinta terhadap Baginda. Pada hari ini kita akan mengimbas kembali apa juga perkara berkaitan dengan Baginda. Ia bermula dengan kelahiran sehingga kewafatan Rasulullah.

Usaha mulia itu sememangnya digalakkan. Namun, alangkah beruntungnya jika dapat menterjemahkan pula rasa cinta dan rindu kepada Baginda dalam bentuk tindakan yang lebih praktis.

Hal itu khususnya, dalam cita-cita untuk membangunkan sebuah masyarakat yang berkeupayaan membina hadharah menurut acuan sendiri.

Pada masa sama, kita berhadapan dengan pelbagai hambatan yang menakutkan. Ia seolah-olah petanda bahawa segala perancangan yang diatur akan menemui kegagalan. Keadaan ini termasuk dengan krisis keruntuhan akhlak yang mengakibatkan perlakuan jenayah.

Kaedah penyelesaian bagi kemelut ini sebenarnya digariskan dengan terang dan nyata oleh Islam. Cuma yang tinggal untuk berusaha menyelesaikan persoalan itu mengikut keimanan, keyakinan dan kebijaksanaan diri. Perkara ini yang akan membimbing untuk menyelesaikan segala permasalahan itu dengan berpandukan al-Quran serta sunnah. Kedua-duanya adalah sumber rujukan yang ditinggalkan oleh Rasulullah.

Prinsip yang digariskan al-Quran dan sunnah ini dihayati sepenuhnya oleh masyarakat yang dibina oleh Rasulullah. Ia mendorong untuk menunaikan hak saudara mereka dengan kadar dan ruang lingkup yang begitu luas. Ia adalah tanda kasih serta cinta mereka yang tulen dan sejati terhadap saudara Islam yang lain.

Hak yang ditunaikan itu bukan saja meliputi hak asas yang ditetapkan oleh Islam. Ia juga membabitkan hak untuk ditegur dengan penuh bijaksana dan dibimbing ke jalan yang benar jika terlanjur melakukan kesilapan. Secara mudah, masyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah sentiasa berusaha memastikan saudara Islam mereka yang lain sentiasa terhindar daripada melakukan kemungkaran. Perbuatan yang dianggap menzalimi diri sendiri sehingga mengakibatkan kemurkaan Allah.

Dalam keadaan ini, tidak timbul pula soal hak individu untuk mengatur kehidupan peribadi. Kehidupan individu itu akan memberikan pengaruh terhadap kehidupan bermasyarakat keseluruhannya. Atas kesedaran ini, generasi yang dibentuk oleh Rasulullah sentiasa memikirkan kesan tindakan peribadi mereka terhadap masyarakat umumnya. Mereka sentiasa mendahulukan kepentingan masyarakat berbanding kepentingan peribadi.

Kesedaran itu berjaya mengangkat kedudukan mereka sebagai masyarakat terbaik, terpilih dan berjaya yang disebut oleh al-Quran. Firman Allah bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...” (Surah Ali Imran, ayat 110)

Akhirnya, renungi kata-kata penyair dan pemikir Muahammad Iqbal (m.d. 1938): "Usaha untuk mencontohi (kepemimpinan) Nabi Muhammad menuju jalan kehidupan yang benar adalah dengan mengikuti langkah Baginda. Kegagalan kamu mencapainya adalah suatu kepalsuan dan kesilapan."

  • PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia.
  • Oklah...

    Bangun solat Subuh. Jogging dan kemudian sambung tidur. Terjaga tengok cerita Tamil di TV3 tetapi tertidur balik sampai waktu Zohor. Letihnya badan! Selepas Solat Zohor terus ke pejabat dan siapkan kerja yang tertangguh. Alamak! Banyaknya yang tak siap!

    Kemudian Aieshah belanja makan nasi beriani. Thanks. Waktu Maghrib saya kembali ke rumah dan kembali ke pejabat lepas waktu Isyak. Smabung buat kerja sikit sebelum Yuz ajak makan kenduri kat rumah dia. Thanks Yuz. Murahnya rezeki hari ni tak keluar belanja makan langsung tapi perut kenyang! :)  Hehehe...

    Kemudian sambung kerja di pejabat. Peningnya buat programming ni. Nak debug dan kenalpasti error dan kemudian nak fix the problem. Memang mememningkan kepala. Sampai jam 2 lebih baru balik rumah dan apa lagi. Tidurlah jawabnya... Esok macam mana nak buat. Kerja tak siap banyak lagi...

    [Fonebeat]

    WASSALAM...

    20 APRIL  2005

    ASSALAMUALAIKUM...

    Latest from vatican city - Who will be the next Pope?

    They're 5 candidates that have  been shorlisted.. they are as
    follows;

      1)  POPEYAH..........from Indonesia

      2)  POPEYE............from United Kingdom

      3)  POPCORN.........from United States of  America

      4) POP YEH  YEH...from Malaysia

      Last minute candidate  is;

      5)  POPEDUM........from India


      So, which candidate you think  gonna be the next POPE?

      Vote now via SMS (RM2.50 per  sms), type nextPOPE
      send now!!!

      Thank you.

     

    Itu adalah salah satu isi kandungan email yang saya terima semalam. Ia tidak seharusnya menjadi bahan jenaka kerana Islam tidak mengajar kita mempersendakan orang lain apatah lagi yang berkaitan dengan sensitiviti agama lain. Kalau kita tidak belajar menghormati orang, bagaimana orang ingin menghormati kita. Sempena kedatangan Maulidur Rasul esok, marilah kita sama-sama mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w. Moga-moga kita menjadi lebih baik dari masa lepas...InsyaAllah...

    Oklah...

    Pagi saya terus bertolak ke Bangi kira-kira jam 7.30 dan mulakan latihan dengan jogging. Kemudian melakukan smash, servis, drop dan baseline. Letihnya dan kemudian lawan Farid single. Penatnya. Jam 10.30 habis latihan dan kemudian terus kembali ke Cheras. Saya balik rumah dulu sebelum kembali ke pejabat.

    Dengan badan yang penat terus masuk kerja. Kalau diikutkan saya dapat pelepasan sehari tapi disebabkan kerja yang banyak, saya terpaksa ke pejabat jugak.

    Jam 3 petang saya terus balik rumah dan tukar pakaian dan terus ke Bangi untuk latihan. Memang meletihkan. Penat! Malam saya kembali ke pejabat jam 9.30 malam dan lakukan sedikit kerja. Nak chat dengan yang tersayang tak dapat sebab banyak kerja. Maaf na...

    Jam 11 lebih ke Velodrom untuk makan dengan Sufri. Sedapnya nasi lemak kat sini! Jam 12.15 terus saya terlelap.

    [Fonebeat]

    WASSALAM...

    19 APRIL  2005

    ASSALAMUALAIKUM...

    Hadis: Ihsan teras kesempurnaan beribadat

    KONSEP ihsan perlu ditekankan dalam kehidupan bagi memastikan kepatuhan seseorang Muslim terhadap kod etika Islam.

    Ihsan bermaksud seseorang itu beribadat kepada Allah, seolah-olah dia melihat-Nya.

    Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Ihsan adalah bahawa anda mengabdikan kepada Allah, (beribadat kepada-Nya) seolah-olah anda melihat-Nya, seandainya anda tidak melihat-Nya, maka (ingatlah) bahawa Dia tetap melihat anda." (Riwayat Muslim)

    Ihsan bukan saja memberi kesan kepada kesempurnaan ibadat seseorang, malah sifat ihsan ini memberi kesan kepada pelbagai kegiatan harian seorang Muslim dalam keikhlasannya bekerja, ketekunan dan ketelitiannya.

    Perkara itu bertepatan dengan maksud ihsan yang berkisar kepada makna keindahan, kebaikan, kebajikan, ketelitian, kecemerlangan dan sebagainya.

    Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya...

    Oklah...

    Jam 5.50 pagi dah pun bangun dan bersiap ke pejabat. Jam 6.50 dah log sistem dna jam 8 bertolak bersama Khairill dan Rahman ke Le Meridien Hotel untuk Oracle Developers Day. Sesaknya LRT pagi-pagi ni. Nasib baik kami pi dalam keadaan bersantai. Tak lah tension sangat.

    Sampai di sana selepas registration, dapatlah tali Oracle dan beg Oracle. Kemudian ia berkisar tentang System Overview Architecture (SOA). Memang best dan kemudian lunch memang sedap dan hebat. Hehehe...

    Jam 3 kami bertolak balik menggunakan LRT dan sampai kira-kira jam 3.30 petang dan terus ke pejabat. Siapkan kerja saya log out jam 4.48 petang dan turun jogging di Tasik Permaisuri sebelum kembali ke pejabat jam 8 malam. Siapkan sedikit kerja sampai jam 12.10 malam.

    Lepas balik rehat sekejap sebelum lelapkan mata.

    [Fonebeat]

    WASSALAM...

    Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271][272][273][274][275][276][277][278][279][280][281][282][283]


    ((Sejak 06 April 2003)

    Selected Geng Jurnal’s Site
    (Gengjurnal)

    [Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

    LAMAN HIJAUKUNING
    Baca Diari Sebelum Ini

    Saifulazrul Collection 1999-2005
    Provided by
    Saiful Azrul Che Lah