Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

14 MAC  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Jam 10 pagi saya dah tercangak kat Dewan MBAS City Plaza. Kami buat rehearsal untuk malam beradat dan kenduri kesyukuran Dato’ Paduka Ahamd Basri Akil. Kami rest jam 2.30 petang dan sambung balik jam 4 petang.

Selepas Sambut Sherkawi Jirim, kami terus buat final rehearsal dan tamat jam 6.30 petang. Lepas tu kami makan jam 7 malam dan bersiap untuk sambut tetamu lepas solat Maghrib. Sambil tu saya mengambil angin menyaksikan pemandangan Bandaraya Alor Setar dari tingkat 7 City Plaza.

Alhamdulillah majlis kami berjaya dan habis sahaja majlis kami berpeluk-pelukan sesama kami meraikan kejayaan menganjurkan majlis ni yang diikuti oleh media massa, pemain pasukan Kedah dan bekas pemain pasukan Kedah dan dihadiri lebih 600 orang. Tahniah semua warga kerja www.hijaukuining.com dan warga MC Tech. Tahniah saya berbangga dengan anda semua.

Kemudian kami makan di Yasmeen sebelum bertolak pulang ke rumah. Terus saya tidur sebab terlalu penat.

WASSALAM...

13 MAC  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Jam 9 pagi saya dah bertolak ke Penang dan sampai di Juru saya berehat sekejap sebelum ke rumah Muiz di Nibong Tebal. Ada perbincangan sikit dan kemudian ke rumah kawan di Tasek Gelugor. Saya just nak round Kulim dan terjadinya kemalangan depan mata saya di Pondok Labu. Hampir putus kaki pembonceng motor tu dan penunggang motor tu patah kaki.

Motor tu hilang kawalan bila terbabas atas pasir dan terus merempuh hujung divider besi yang tajam dan terpelanting kira-kira 20 meter dan terjatuh dalam longkang. Kesiannya pasangan suami isteri berbangsa Cina ni. Saya tenangkan depa sebelum ambulans sampai. Yang paling cepat sampai ialah pemandu lori tunda. Pantasnya depa mai!

Memang saya nampak saat-saat terjadinya kemalangan tu. Real depan mata! Ngerinya...

Kemudian saya ke Taman Seri Gelugor hadiri kenduri Fauzana dan kemudian terus bertolak pulang ke Alor Setar. Sampai dekat tol Alor Setar Selatan,  tayar motor saya pancit pulak. Terpaksa tolak lebih kurang 3km. Alhamdulillah ada bawak duit lebih. Kemudian terus ke MC Tech untuk lihat persiapan terakhir untuk esok.

Malam ke Stadium Darulaman menonton Kedah vs NTFA. Kedah menang 1-0. Ulasan saya di www.hijaukuning.com . Kemudian lepak di Redtech sampai jam 2 pagi tunggu depa settlekan kerja dan kemudian pi makan ni Nurha Rest. Thanks Fahmy sebab belanja. Balik berbual dengan adik sebelum tidur kira-kira jam 3.30 pagi

WASSALAM...

12 MAC 2005

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi ada sessi talk oleh Student praktikal sampai jam 9 pagi. Kemudian keluar sarapan dengan Man dan Khairill di Al-Amal. Kemudian sambung buat kerja dan jam 2 petang baru beransur pulang. Berehat sambil kemaskan bilik dan packing barang.

Selepas Solat Maghrib, saya ke Pudu Raya dan menaiki bas Jelita jam 9.20 malam dan sampai Alor Setar kira-kira jam 1.45 pagi. Lajunya... Thanks Kie sebab pi ambik

WASSALAM...

11 MAC 2005 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi meeting OE II dan siap perbincangan dengan koordinator dan kemudian terus sambung buat kerja. Tengahari Solat Jumaat di tempat biasa dan hari ni khatib membicarakan bab kempen antidadah. Berehat sekejap sebelum sambung kerja

Jam 5.30 petang baru balik ke rumah dan jam 8 malam terus ke Kompleks Sukan Bandar Tun Razak untuk training badminton. Thanks Jasmi yang belanja kami makan lepas latihan. Terima kasih...

Balik berehat sambil membaca dan bersms sebelum tidur kira-kira jam 12.30 pagi. Letihnya badan...

WASSALAM... 

10 MAC 2005

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni memang free... Langsung tak ada meeting dan latihan badminton. Cumanya kerja cukup banyak. Nak pantau programmer satu kerja dan nak design untuk modul seterusnya satu hal. Banyaknya kerja. Esok nak kena present.

Tengahari macam biasa, kena mandi baru fresh. Kemudian sambung kerja balik. Cukup sahaja waktu terus saya balik dan rehat. Malam kembali ke pejabat untuk settlekan beberapa perkara dan kemudian chat sama dengan yang tersayang sebelum beransur pulang jam 3 pagi. Terus terlelap...

WASSALAM... 

09 MAC 2005

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni pun sama... Tak ada meeting, lega rasanya hati. Yang buat tak tenteram adalah banyak sangat yang bermain dalam kepala saya. Banyak betul kerja yang perlu diselesaikan dan perlu dibereskan.

Tengari balik rumah sekejap. Kemudian kembali dan selepas waktu pejabat, hadiri latihan badminton di Kompleks sukan DBKL Bandar Tun Razak. Selepas Solat Isyak terus ke Damansara bersama rakan untuk sessi pra-merisik smapai jam 11 malam. Bertolak balik Cheras dan selepas berbual jam 12 baru balik rumah.

Kemudian bincang melalui sms. Agak rumit jugak. Jam 1.30 baru tertidur...

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271][272][273][274][275][276][277][278][279]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah