Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

20 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi Ahad ni memang saya rehat betul. Lepas Solat Subuh dan tonton Motivasi Pagi terus saya sambung tidur sampai jam 11 pagi. Kemudian ke pejabat sekejap sampai jam 3 petang.

Jam 4.30 bertolak ke Bandar Sri Damansara untuk game bola bertemu USF-Hicom team Divisyen Dua Liga Sleangor. Sebelum tu solat di Masjid yang cukup cantik, Masjid Al-Mukaramah.

Kami kalah 3-0. Kemudian balik saya lalu jalan baru Lebuhraya SPRINT smapai lah ke Lebuhraya Persekutuan. Kemudian tengok bola KL lawan Selangor pulak dan kemudian rehat di rumah sambil sms. Tertidur pulak. Maaflah sayang! Penat sangat badan ni...

WASSALAM... 

19 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Dekat jam 7 baru tersedar. Sakitnya badan! Sarapan di Velodrom sebelum saya sediakan gelanggang dan jadi pengadil untuk kejohanan Badminton ni. Lawan kami Fahmeey dan Amin tu muncul juara. Tak pa kalah dengan juara tak apa. Tahniah.

Kemudian Amin pula kejang kedua-dua kaki terpaksa dikejarkan dengan ambulans ke ED di HUKM. Kemudian urusetia ada jamuan Nasi Ayam special di Taman Putra, Ampang Jaya. Kemudian ke rumah Jabbar untuk ambil raket sebelum rehat di rumah.

Tidur sekejap petang tu dan malam hadiri majlis BBQ di Kondo Huza di Mentari Kondo di Bandar Sri Permaisuri. Lepas tu semua Alumni MRSM PDRM Kulim, adakan mesyuarat aktiviti kami dan bersurai jam 12.30 malam.

Saya pulak rehat kat rumah dan kemudian tertidur lepas bersms.

WASSALAM...

18 FEBRUARI  2005 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Adakah Kita Seorang Islam?

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah
bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam?

Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam?

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya disisi Islam. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam anjuran Islam.

Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, West Life, KRU, Ziana Zain? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya? Firaun? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah?

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf. Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat?

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ... ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ... ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita?

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam NERAKA yang paling JAUH..... sejauh bintang Suraya...

Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita?

Kita adalah hambaNya.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ADIK SAYA MOHAMAD SHUKRI

Hari ni macam biasa... Cumanya saya tak masuk Demo vendor hari ni sebab nak settlekan programming yang agak sukar. Solat Jumaat di Masjid Zubbair Ibnul Awwam. Khutbah berkisar soal kebersihan. Maklumlah Denggi banyak la ni.

Kemudian sambung buat kerja dan petang ready untuk game malam ni. Lawan kami memang cukup kuat. Saya partner dengan Rahman. Lawan Fahmeey dan Amin. Nasib la awal-awal kami dah kena bertembung. Kalau line lain-lain boleh lawan kat Final.

Set pertama menang 15-11 tapi tewas set kedua 12-15 dan set ketiga tewas 10-15. Sejam lebih kami bertarung dan dapat perhatian semua penonton. Sakitnya badan! Lepas tu makan di Sup Meletup kat rumah Zaki and Gang. Kemudian lepak kat rumah depa sat sebelum balik jam 2 pagi. Macam biasa aktiviti sebelum tidur. Sms dulu, kalau tidak susah nak tidoq. Hehehe...

WASSALAM... 

17 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi-pagi dah kena pengerusikan Meeting Hari Keluarga. Alamak... Banyaknya masalah. Tapi perlu diselesaikan dengan baik. Kemudian buat kerja macam biasa. Jam 4.30 petang terus hadiri meeting Urusetia Pertandingan Badminton HUKM.

Malam kena jadi urusetia dan menilai pemain yang main malam ni. Malam ni just untuk perempuan dan beri sedikit pandangan kepada panel penilaian siapa yang layak.

Kemudian jam 10 sampai 12 saya pun main dengan urusetia lain sebab perempuan lawan habis cepat. Kira ni training untuk esok sama la... Hehehe... Sms dulu sebelum tidoq...

WASSALAM... 

16 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Pohon Semalu Vs Kaum Wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Sedikit renungan buat insan bernama Wanita...

Oklah...

Waktu pagi hadiri Meeting Progress HIS. Banyak lagi yang perlu diperbetul ni! Kemudian hadiri meeting Futsal dan kemudian petang masuk Demo HIS oleh NTI.

Jam 6 training Badminton dengan Saidi, Abang Shahrul dan Rahman di Bandar Tasik Selatan. Kemudian perkena Sup Power di Bandar Tasik sebelum saya ke Pasar malam dan ke pejabat sekejap sambil chat dengan yang tersayang kebetulan online sambil buat kerja.

Lewat pagi baru masuk tidur. Dok sms. Hehehe...

WASSALAM... 

15 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Imbasan Cuti Maal Hijrah

Hmmm... Seronoknya dapat balik kedah.. Naik bas di Pudu jam 10 malam. Sampai kat Penang bas rosak. Nasib baik la drebar bas dan penjaga bilik kawalan dok buat lawak atas bas. Tak lah boring sangat. Yang tersayang ada maslaah tapi dengan liputan Maxis yang teruk, just dapat satu mesej. Kesiannya...

10 Feb 2005

Sampai kat rumah terus solat Subuh dan kemudian turun jogging di Taman Rimba. Kemudian berehat sebentar sebelum ke Hotel Seri Malaysia Alor Setar untuk meeting Jawatankuasa tertinggi Kelab Penyokong HijauKuning bersama Dato’ Basri dan Dato’ Shukri serta wakil Kepda, Jasni Shafie.

Kemudian shooting temuramah untuk siaran berita RTM malam esok. Tonton training pasukan Kedah sekejap sebelum solat Maghrib. Kemudian biancang sikit dengan mak dan abah pasal pertunangan. Alhamdulillah dapat green light. InsyaAllah bila tiba masanya saya akan cerita.

Kemudian sambungan meeting di MC Tech sampai jam 11 malam dan kemudian sembang dengan member dan kemudian lepak di Redtech sekejap sebelum keluar minum dengan kawan-kawan.

11 Feb 2005

Berehat di rumah kemudian ke Perlis untuk kenduri member sebelum bersantai di Tasik Melati. Malam tu rehat sambil keluar minum dengan Zam dan Boss di Salam jam 12 malam. Lepas tu ada serbuan polis kat Kelab malam dekat dengan restoran kami makan tu. Paling tak best pengunjungnya lari ke restoran kami dan bawa sekali arak depa.

Kat Kedah ni, malam Jumaat tak dibenarkan beroperasi tapi depa degil sangat. Tu la jadinya, kan dah kena serbu. 6 Orang ditangkap manakala pengunjung dilepaskan. Biasalah anak polis. Hehehe...

12 Feb 2005

Pagi set appointment dengan Member yang juga timbalan pengarah tourism Malaysia Penang. Dibawanya En. Muzammil, timbalan pengarah Penerangan Penang dengan Mat Yuih. En.Muzammil adlaah orang kurang upaya dan minggu ni masuk dalam majalah Mingguan Wanita yang dia tunjuk kat saya.

Kemudian ke Kampung di Pendang. Tempat yang cukup menenangkan hati saya. Tempat tumpah darah saya. Tenangnya di kampung. Tapi hari ni cirit birit dan malam tu main futsal langsung out dan kemudian termuntah-muntah. Nasib baik tak kena kereta Men. Thanks Men.

13 Feb

Banyak dihabiskan dengan berehat dan sesi berjumpa member-member. Kemudian dapat berita Tok Haji Hashim meninggal. Al-Fatihah. Malamnya ke Stadium tonton Kedah vs Melaka. Kedah menang 4-0.

14 Feb

Pagi awal-awal lagi adik dah ke bertolak ke SMT Seberang Perai. Thanks Men sebab hantar ke Shahab Perdana. Bertolak dan turun di Jalan Duta. Alamak duit dalam poket ada RM 15 ja! Bas ke Pudu tak ada, terpaksa naik teksi ke Jalan Pekeliling. Harap-harap tak kena lebih dari RM 15. Kalau ada ATM Machine tak pa.

Nasib baik kena RM 11 ja. Sebab sangkut dalam jam sama. Apa pun naik LRT tak dak masalah dah sebab ada kad Touch And Go. Apa la Mamun snagat hari ni. Hehehe... Terlajak ke Miharja dah. Saya patut ke Cheras la! Hehehe...

Rehat di rumah dan tidur awal malam tu,

Itu adalah imbasan beberapa hari lepas....

Hari ni pulak...

Pagi lagi dah ada meeting Unit Aplikasi dan kemudian sambung dengan Meeting OT dan kemudian meeting Appointment. Petang meeting urusetia Badminton HUKM pulak. Penatnya...

Kemudian turun jogging dan kemudian waktu malam online sambil buat kerja dan sambil chat dengan yang tersayang.

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271][272][273][274][275]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah