Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

  

06 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Saya benar-benar terasa hati saya diketuk seribu rasa melihatkan apa yang terjadi kebelakangan ini. Ia mengundang seribu macam keinsafan bahawa kita hanyalah manusia yang langsung tidak mampu melakukan sesuatu tanpa izin-Nya. Kita hanya seorang hamba yang sudah terlalu jauh dari haluan yang sebenar. Keagungan Allah jelas terpancar. Peringatan Allah hadir.

Saya mula menyoal diri. Apakah sebenarnya yang sudah saya capai dalam hidup. Jauhkah diri ini terpesong dari landasan? Saya mula kembali menghalusi diri. Banyak perkara sebenarnya yang menghantui saya ketika ini. Alhamdulillah saya ada Allah untuk mengadu segala rintihan hati.

Saya perlu ubah banyak perkara. Saya perlu kembali nilai diri. Saya perlu bermuhasabah sedalam-dalamnya. Saya perlu mengawal kembali halatuju saya. Saya tak mahu terpesong dan saya tak mahu berada dalam kegelapan. Biarlah macam matlamat hidup yang saya inginkan KEREDHAAN ALLAH & KETENANGAN HATI : IMPIAN ABADI.

Doakan saya berjaya beristiqamah di jalan yang hak!!!

Oklah...

Banyak pulak saya melalut hari ni. Hehehe.. Bukannya apa, kita perlu sentiasa menyemak diri, di mana kita ketika ini. Adakah di laluan yang benar atau tidak. Hmmm... Hari ni saya dah bangun jam 6 pagi. Berehat sekejap sebelum Solat Subuh. Jam 7.15 baru bertolak ke pejabat sambil mengambil angin pagi. Log in sistem jam 7.35 pagi.

Man datang ke pejabat hari ni... SELAMAT PENGANTIN BARU... Tak puas bercuti rasanya. Hehehe... Baru sahaja kawin dah kena masuk kerja. Hehehe... Saya pulak memang banyak kerja yang nak kena buat. Alamak, Jumaat depan nak kena present. Pening kepala betul!

Nak kena review balik data Dictionary pun satu hal. Nak  coordinate members satu hal.  Banyak meeting satu hal. Banyak kerja lah kesimpulannya tapi ada masa lagi untuk benda tak berfaedah! Apalah!

Petang rehat kat rumah sambil basuh sikit baju dan berkemas sebab esok nak ke Melaka, berkursus.. Kemudian waktu malam macam biasa, saya berada di pejabat sambil settlekan beberapa kerja dan berbual dengan Sufri. Rancak juga perbualan hingga kami teruskan berbual di Al-Amal sampai jam 12 tengah malam. Kemudian saya terus ke Seven Eleven Bandar Tun Razak untuk reload handset saya. Laju sangat bill bulan ni. Macam-macam benda yang berlaku dan macam-macam perkara yang perlu saya settlekan...

Jam 1.30 malam baru masuk tidur. Tu pun lepas settlekan banyak kerja...

WASSALAM...

05 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Anda boleh melayari Artikel ni... Puluhan Masjid Di Acheh Tidak Terjejas . Di bawah adalah satu artikel yang saya dapat dari Saudara Rozmal Malakan melalui Yahoogroups yang saya langgani. Beberapa hari lepas ada artikel dia dalam Utusan Malaysia juga berbicara tentang Hal Kekuasaan Allah dan Tsunami.

Ini adalah intipati artikel Saudara Rozmal Malakan...

 Tsunami dan Masjid , Adakah kita mengambil pengajaran ?

Malawati muslimah Acheh yang berusia 23 tahun terselamat dari bencana Tsunami setelah berpaut pada pokok nipah selama beberapa hari dilautan. Beliau ketika tsunami menyerang sedang berlari menuju
ke MASJID.

Rizal Shahputra muslim Acheh yang berusia 20 tahun, terapung selama 8 hari di tengah lautan berpaut pada pokok kelapa, tidak meninggalkan solat walau satu waktu pun sepanjang tempoh terapung di lautan. Beliau ketika tsunami menyerang sedang membina MASJID

Dua orang kanak-kanak di Sri Lanka menjadi yatim piatu apabila ibu bapa menjadi mangsa korban tsunami. Kedua kanak-kanak ini berada di MASJID ketika tsunami menyerang rumah mereka.

MASJID di Kg Masjid Terapong, Tg Bungah , Pulau Pinang tidak mengalami kerosakan bahkan dikatakan lantai dan permaidaninya kering, walhah rumah disekeliling dilanda ombak besar.

Semua ini ada tanda-tanda peringatan Allah untuk kita ambil sebagai pengajaran.Adakah benar kita telah merasa insaf  ?

Adakah jemaah yang hadir solat lima waktu ke MASJID atau surau di tempat kediaman kita sama, bertambah atau berkurang selepas tsunami?

Adakah derma kita kepada masjid, surau, anak-anak yatim, orang-orang susah di sekeliling kita bertambah selepas tsunami ?

Adakah kita masih mencari kelemahan orang lain , mengumpat orang lain, mempunyai perasaan hasad dengki terhadap orang lain selepas tsunami?

Adakah kita sudah mencari kelemahan diri kita, kesilapan diri kita selepas tsunami ?

Marilah kita menilai diri kita apakah benar kita telah mengambil pengajaran daripada tanda-tanda yang Alllah berikan melalui peristiwa ini.

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang

Marilah kita kembali menginsafi diri. Melihat kembali segalanya...

Saya log in jam 6.57 pagi hari ni. Surf Internet sekejap sebelum sambung buat kerja. Tak ada apa sangat untuk saya ceritakan sebab banyak lebih kepada discussion yang dapat saya lakukan. Kemudian waktu tengahari keluar makan dengan Azhar dan Khairill di Medan Selera Jalan Jujur.

Petang meeting Jabatan. Banyak isu hangat. Alhamdulillah settle... Tapi banyak jugak nak kena follow up. Petang saya rehat sekejap di rumah dan selesaikan beberapa urusan di rumah sebelum saya kembali ke pejabat pada waktu malam. Hmm... Malam ni banyak perkara yang terungkai. Alhamdulillah tenang rasanya hati...

Jam 12.00 tengah malam baru saya masuk tidur...

WASSALAM...

04 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Please Click Here. And click the words that appears twice. Thank You!!! Please help me. I'm now playing this game and needs your help. Thank You again!

Pasti boring anda dok tengok saya dah beberapa kali mintak tolong klik. Hehehe... Kalau nak lagi best, register la sekali. Tak pun klik sekali setiap hari. Kalau anda nak rasa feel main game ni sila lah klik sini dan register. Hehehe...

Oklah...

Entahlah apa kena dengan saya hari ni. Jam 7.15 baru terjaga. Dah tu ada masalah teknikal sikit sampai saya log in jam 8.10 pagi. Paling lewat dalam sejarah kerja saya. Nak buat macam mana dah terlewat. Kemudian masuk meeting dari jam 9 pagi sampai jam 5.35 petang, cuma berhenti rehat makan tengahari ja. Letihnya kerja. Dah tu banyak  yang perlu diperbetulkan.

Kemudian saya balik ke rumah dan saksikan episod terakhir Witness to The Prosecution II. Kemudian saya berbuka puasa sebelum saya datang ke Office sambung sedikit kerja dan balik kira-kira jam 11 malam. Singgah kedai sekejap dan kemudian masuk tidur jam 11.30 malam.

WASSALAM...

03 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste. (Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Just Jokes...

Oklah...

Hampir jam 7 pagi baru saya terjaga! Lewatnya walaupun DSH dok buat misscall pagi tadi. Tak sedar langsung! Ke pejabat lepas tu present mengenai RUP tu. Hmm... Sampai jam 11.40 pagi baru habis. Kemudian sambung buat sedikit kerja sebelum rehat.

Petang saya balik kira-kira jam 5.40 petang dan tonton drama Witness Of Prosecution II di TV3. Kemudian ke Velodrom berbuka puasa sebelum kembali ke rumah menyaksikan pertandingan separuh akhir kedua Malaysia vs Indonesia. Malaysia tewas 1-4 dan agregat 3-5.

Sebenarnya saya teringin sangat nak ke Stadium disebabkan saya cukup minat bola tetapi oleh kerana penaja utamanya ialah Tiger Beer saya memang boikot. Patutnya Malaysia tak ambil bahagian!

Kemudian saya settlekan beberapa kerja sebelum masuk tidur kira-kira jam 11.15 malam. Antara waktu tidur terawal kebelakangan ni!

WASSALAM...

02 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi kami memang agak lewat sebab lepas subuh terus sambung tidur kembali. Saya ambil kesempatan untuk study sedikit sebanyak tentang Rational Unified Process (RUP). Hmm... Yang lain dok edit rakaman perkahwinan Man semalam. Petang Azhar ajak pi Kolam Air Panas tapi tak jumpa. Hehehe... Merajuk Azhar! Sorry.. 

Jam 5 bertolak dari Ipoh dan jam 6.30 petang sampai office. Saya stay di pejabat untuk settlekan beberapa perkara terutamanya bila nak kena present esok. Hmm... Jam 11.45 malam baru balik dari office. Kemudian singgah beli makanan untuk bersahur esok.

Jam 1.30 pagi baru masuk tidur.

WASSALAM...

01 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Selepas sarapan kami bertolak ke Rumah kenduri di Teluk Sareh, Bota Kanan. Sempat kami mengikuti rombongan Man ke rumah pengantin perempuan. Memang cukup meriah. Tahniah Man semoga Diberkati dan dirahmati, InsyaAllah...

Tengok Man Kawin rasa macam nak kawin pulak. Hehehe... Tengoklah kalau tiada halangan InsyaAllah saya akan kawin pada ........ Hehehe... Rahsia!

Kemudian kami bertolak ke Ipoh kira-kira jam 4.30 petang dan kemudian berehat sekejap di rumah Khairill sebelum kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands kira-kira jam 6.30 petang.

Subhanallah, Maha suci Allah... Indahnya pemandangan dan nyamannya suasana. Jam 11.45 malam kami tiba di Ipoh kembali dan makan malam di sebuah restoran kat Bandaraya Ipoh ni. Jam 12.20 baru balik rumah Khairill dan saya tidur terus. Jam 4 baru terjaga sebab tak solat lagi dan kemudian terus sambung tidur.

SELAMAT TAHUN BARU 2005

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah